CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 1

[Sarawak] Covid19 28/05/2021

[Copy link]
Post time 28-5-2021 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak mencatatkan 698 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 401 atau 57.45 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Sibu, Miri dan Kuching.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Sibu (159),

Miri (125),

Kuching (117),

Bintulu (43),

Lubok Antu (39),

Bukit Mabong (35),

Kapit (33),

Samarahan (29),

Sri Aman (27),

Betong (16),

Sarikei (16),

Kanowit (11),

Song (9),

Subis (7),

Selangau (6),

Mukah (4),

Meradong (4),

Julau (3),

Tatau (3),

Daro (2),

Saratok (2),

Belaga (2),

Sebauh (2),

Beluru (2),

Pakan (1)

Dalat (1).






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2021 06:08 PM | Show all posts
Hari ini terdapat empat (4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 276 orang.

I. Kes Kematian Ke-273.
Kes kematian ke-273 adalah kes ke-39,846 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah dibawa ke Hospital Sri Aman kerana kes mengalami gejala demam selama dua minggu.
Kes seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak bagi rawatan lanjut. Saringan ujian RTK Antigen dan rt-PCR telah dibuat dan telah dikesan positif COVID-19 pada 19 Mei 2021. Keadaan kesihatan kes didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mei 2021.

Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan gout. Kes ini melibatkan Kluster Nanga Skrang.

II. Kes Kematian Ke-274.
Kes kematian ke-274 adalah kes ke-44,972 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 57 tahun yang telah dibawa ke Hospital Sri Aman bagi mendapatkan rawatan kecemasan kerana menghadapi masalah kesukaran bernafas. Kes didapati mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak beberapa hari sebelumnya. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 27 Mei 2021. Keadaan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mei 2021.

Kes ini mempunyai komorbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan dyslipidemia.

III. Kes Kematian Ke-275.
Kes kematian ke-275 adalah kes ke-43,940 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 89 tahun yang telah dimasukkan ke PKRC Sri Aman kerana mempunyai kontak dengan kes positif. Kes didapati mengalami gejala kesukaran bernafas dan telah dirujuk ke Hospital Sri Aman bagi mendapatkan rawatan.
Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 25 Mei 2021. Keadaan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mei 2021.

Kes ini mempunyai ko- morbid penyakit darah tinggi.

IV. Kes Kematian Ke-276.
Kes kematian ke-276 adalah kes ke-41,151 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 77 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak kerana ditemui tidak sedarkan diri di rumah. Menurut sejarah kesihatan, kes turut mengalami gejala demam dan kurang selera makan beberapa hari sebelumnya. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 21 Mei 2021.
Keadaan kesihatan kes kian merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mei 2021.

Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.141498 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list