View: 30165|Reply: 12
|
[Tempatan]
Cubaan seludup 13,000 kg gula, 5,100 peket minyak masak ke Thailand gagal
[Copy link]
|
|
Sinar Harian
HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
11 November 2024 10:02am
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 13,000 kilogram (kg) gula dan 5,100 peket minyak masak dalam kejadian berasingan menerusi Op Taring Wawasan di Wakaf Bharu, Tumpat pada Ahad.
TUMPAT - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 13,000 kilogram (kg) gula dan 5,100 peket minyak masak dalam kejadian berasingan menerusi Op Taring Wawasan di Wakaf Bharu di sini pada Ahad.
Dalam operasi itu, PGA turut menahan tiga lelaki berusia antara 24 hingga 56 tahun yang dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan kawalan tersebut.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tangkapan dan rampasan pertama dilakukan pada jam 5 petang selepas anggota bertugas menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 13,000 kg gula bernilai RM40,285.20 yang ditemukan dalam lori berkenaan tidak mempunyai dokumen sah.
"Suspek berusia 26 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup gula tersebut ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Menurut beliau, sejam kemudian anggota sekali lagi berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak masak di lokasi yang sama.
Hasil pemeriksaan mendapati 300 kotak yang mengandungi 5,100 peket minyak masak ditemukan di dalam kenderaan tersebut tidak mempunyai dokumen yang sah.
Hasil pemeriksaan mendapati 300 kotak yang mengandungi 5,100 peket minyak masak ditemukan di dalam kenderaan tersebut tidak mempunyai dokumen yang sah.
Ujarnya, tangkapan dan rampasan dilakukan pada jam 6 petang selepas menahan sebuah lori jenis Daihatsu dan van jenis Toyota Hiace dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.
"Hasil pemeriksaan mendapati 300 kotak yang mengandungi 5,100 peket minyak masak ditemukan di dalam kenderaan tersebut tidak mempunyai dokumen yang sah.
"Kita turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 56 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak masak tersebut ke negara jiran," katanya.
Menurut beliau, anggaran nilai rampasan minyak masak bernilai RM 12,750.
Tambahnya, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan suspek serta barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu untuk tindakan selanjutnya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah bagi subsidi, amik kesempatan.
Takde subsidi, komplen federal zalim, tak islamik, takmo bantu rakyat.
How? |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo btul penyeludup
Elok hukum mati je |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah… serambi Guatemala kesahnye!! |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai PAS beter ajar rakyat dia psl hukum hakam makan harta haram drpd dok sebok suruh federal wat great wall kat sg.golok tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi tembak penyeludup ni…dasar kufur nikmat |
|
|
|
|
|
|
|
org dah paham lobai..tu semua projection.
nak tutup kelemahan negeri sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
|
manop replied at 13-11-2024 02:06 AM
org dah paham lobai..tu semua projection.
nak tutup kelemahan negeri sendiri...
Dah terang lagi bersuluh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bau2 subsidi tahun depan kena tarik |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 12-11-2024 03:25 PM
Lobai PAS beter ajar rakyat dia psl hukum hakam makan harta haram drpd dok sebok suruh federal wat g ...
Kdg2 i rasa elok hadiahkan kelatan tu ke DAP je lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka betul. Patutla minyak peket susah nak dapat. Patut letak gambar sekali bagi orang tengok. Biaq malu satu keturunan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong tarik balik subsidi gula n minyak masak |
|
|
|
|
|
|
| |
|