CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1101|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 29/05/2021

[Copy link]
Post time 29-5-2021 09:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-5-2021 02:00 PM

COVID-19: 726 kes baharu, empat kematian di
KUCHING: Sarawak merekodkan 726 kes baharu COVID-19 hari ini dengan sejumlah 430 kes dikesan di Daerah Kuching, Kapit, Sibu, Miri dan Subis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata Kuching merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 159 kes diikuti Kapit (73), Sibu (72), Miri (66), Subis (60), Bintulu (49), Samarahan (43) dan Pakan (28).

Manakala lain-lain kes dikesan di  Meradong (27), Selangau (16), Asajaya (16), Sarikei (15), Tanjung Manis (13), Beluru (13), Mukah (12), Serian (10), Matu (9), Pusa (8), Bau (8), Betong (5), Simunjan (5), Kanowit (4), Julau (4), Tatau (2), Saratok (2), Marudi (2), Song (2), Lawas (1), Sri Aman (1) dan Sebauh (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 46,162.

“Daripada 726 kes baharu yang dilaporkan 521 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 124 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan.


“Manakala 45 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (kes tidak bergejala, 34 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 2 kes import B melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia,” katanya.



JPBNS turut memaklumkan terdapat empat lagi kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 280 orang.

“Kesemua empat kes kematian melibatkan dua perempuan dan dua lelaki berumur antara 58 hingga 72 tahun. Dua daripada kematian direkodkan di Hospital Kapit manakala dua lagi kematian dari Hospital Bintulu,” katanya.

Dalam pada itu  terdapat 497 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 37,872 orang atau 82.04 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 7,907 orang.

Manakala, 726 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Utusan borneo 29/05/2021




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2021 09:57 PM | Show all posts
Kluster Sungai Sian, Meradong membabitkan sebuah rumah panjang


KUCHING: Satu lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak iaitu Kluster Sungai Sian, Meradong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kluster ini dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di kawasan Sungai Sian, Meradong.

Jangkitan katanya merebak melalui pergerakan sosial dan pergaulan rapat dalam kalangan penduduk di rumah panjang tersebut.

“Sejumlah 57 individu telah dibuat saringan awal di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 30 kes didapati negatif dan 5 kes masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Sarikei dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” kata JPBNS menerusi kenyataan.

JPBNS turut memaklumkan penamatan tujuh kluster setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster-kluster ini.

Kesemua tujuh kluster yang ditamatkan ialah Kluster Jalan Ding Lik Kwong, Sibu, Kluster Passin, Matu, Kluster Duranda Emas, Serian, Kluster Sungai Tuah, Kanowit, Kluster Durin, Bau, Kluster Sungai Sebemban, Bintulu dan Kluster Asia Villa, Kuching.

Jumlah kluster yang masih aktif adalah 79 kluster dengan 11 kluster merekodkan 47 penambahan kes baharu manakala 68 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

Dalam pada itu, Daerah Meradong telah bertukar ke status Merah daripada status Jingga setelah merekodkan 27 kes jangkitan tempatan baharu menjadikan jumlah kes tempatan yang dikesan dalam tempoh 14 hari yang lepas ialah seramai 62 orang.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah meningkat kepada 28 daerah manakala tiga daerah berstatus jingga, lapan daerah kekal berstatus Kuning dan satu daerah kekal berstatus Hijau.


Utusan borneo 29/05/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2021 10:03 PM | Show all posts
11 rumah panjang dikenakan PKPD


KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan melibatkan 11 rumah panjang di Sri Aman, Tatau, Lubok Antu, Sarikei, Saratok, Meradong dan Mukah.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata rumah panjang terlibat ialah Rh Agusti Kampung Keropok, Lingga di Sri Aman dari 28 Mei hingga 10 Jun.

Turut dikenakan PKPD Rh Semangat anak Bubon, Ng Dia, Sangan dan Rh Kanyan anak Abok, Sg Penyarai, Kakus di Tatau mulai 28 Mei hingga 10 Jun dan Rh Igar Bukit Tungku, Engkelili di Lubok Antu mulai 29 Mei hingga 11 Jun.

“PKPD turut dilaksanakan di Rh Garai Sg Minus Jakar di Sarikei dan Rh Daisy, Skim B, Bintangor di Meradong mulai 29 Mei hingga 14 Jun dan Rh. Sambang, Babang serta Rh Tama, Nanga Melupa di  Saratok  mulai 19 Mei hingga 11 Jun.


“Manakala PKPD di tiga rumah panjang di Mukah iaitu Rh Rimong anak Kilat, Rh Asin anak Aji dan Rh Bija anak Unggang masing-masing dikenakan mulai 30 Mei hingga 12 Jun,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan lanjutan tempoh PKPD melibatkan dua rumah panjang di Sri Aman iaitu Rh Noel Kampung Aping Dadak, Pantu dan  Rh Agal Panggil Angkong masing-masing dari 28 Mei hingga 10 Jun.

Sementara itu arahan PKPD bagi dua rumah panjang di Saratok iaitu Rh Entinggi, Nangga Ingu Kabo Krian dan Rh Engkabi, Tingkat Seblak ditamatkan hari ini.
Turut ditamatkan hari ini PKPD di Blok F & O RPR, Bandaria Park di Bintulu dan Rh Janang, Sungai Wong di Pakan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2021 10:11 PM | Show all posts

Baru: Rai Gawai cara berbeza, kekang penularan COVID-19



KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba' Kelalan, Baru Bian mengajak masyarakat Dayak meraikan Hari Gawai tahun ini dengan cara berbeza bagi membantu mengekang penularan COVID-19 di negeri ini.


Beliau berkata seperti tahun lalu sekatan perjalanan dilaksanakan kerana Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berusaha mengawal penyebaran COVID-19.
"Gawai bermaksud perayaan, dalam bahasa Lun Bawang perayaan dipanggil 'Irau' dan merupakan perayaan diraikan sekepas tamat musim menuai padi, sebagai tanda berterima kasih kepada Tuhan.
"Setiap kita yang akan meraikan perayaan Gawai pastinya akan terus mencari iktihar dan mencari jalan serta kaedah agar dapat pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga meraikan perayaan ini.

"Namun, baru-baru ini terdapat berita, mereka yang melanggar peraturan dan pulang ke kampung semasa perayaan telah menyebabkan berlakunya jangkitan COVID-19 tanpa disengaja serta mengakibatkan ramai terkena musibah.

Beliau berkata seperti tahun lalu sekatan perjalanan dilaksanakan kerana Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berusaha mengawal penyebaran COVID-19.
"Gawai bermaksud perayaan, dalam bahasa Lun Bawang perayaan dipanggil 'Irau' dan merupakan perayaan diraikan sekepas tamat musim menuai padi, sebagai tanda berterima kasih kepada Tuhan.
"Setiap kita yang akan meraikan perayaan Gawai pastinya akan terus mencari iktihar dan mencari jalan serta kaedah agar dapat pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga meraikan perayaan ini.

"Namun, baru-baru ini terdapat berita, mereka yang melanggar peraturan dan pulang ke kampung semasa perayaan telah menyebabkan berlakunya jangkitan COVID-19 tanpa disengaja serta mengakibatkan ramai terkena musibah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045031 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list