CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1190|Reply: 4

[Sarawak] Covid19 30/05/2021

[Copy link]
Post time 31-5-2021 06:52 AM | Show all posts |Read mode


Sarawak mencatatkan 513 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 226 atau 44.05 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching dan Miri. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 46,675.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Kuching (117),

Miri (109),

Sibu (47),

Bintulu (44),

Sri Aman (33),

Subis (23),

Kapit (21),

Mukah (19),

Selangau (15),

Sarikei (15),

Tatau (11),

Kanowit (9),

Samarahan (9),

Serian ( 8 ),

Simunjan (4),

Belaga (4),

Julau (3),

Beluru (3),

Lubok Antu (3),

Asajaya (3),

Meradong (3),

Bau (2),

Betong (2),

Kabong (1),

Lawas (1),

Saratok (1),

Lundu (1),

Song (1)

Pakan (1).

Daripada 513 kes baharu yang dilaporkan, seramai 33 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 406 adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.


Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
• 399 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak
kepada kes positif COVID-19 (9 kes bergejala);
• 83 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala);
• 24 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan ;
• 5 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada
(kes tidak bergejala);
• 2 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ) (kes tidak bergejala).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2021 06:53 AM | Show all posts
Kuching tinggi balik...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2021 07:02 AM | Show all posts
Hari ini terdapat EMPAT (4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 284 orang.

I. Kes Kematian Ke-281.
Kes kematian ke-281 adalah kes ke-32,685 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam, batuk dan selesema selama dua hari dimana hasil ujian RTK Antigen adalah positif pada 21 Mei 2021. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 26 Mei 2021. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mei 2021.

Kes ini mempunyai ko- morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, gout dan penyakit paru-paru kronik (COPD).

II. Kes Kematian Ke-282.
Kes kematian ke-282 adalah kes ke-45,346 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 82 tahun yang telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak kerana ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga. Menurut sejarah kesihatan, kes turut mengalami gejala demam dan batuk selama seminggu. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 26 Mei 2021. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mei 2021.

Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi. Kematian ini dikategorikan sebagai Brought-In Dead.

III. Kes Kematian Ke-283.
Kes kematian ke-283 adalah kes ke-34,066 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 74 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala batuk dan kelesuan badan dimana hasil ujian RTK Antigen adalah positif pada 05 Mei 2021. Saringan ujian rt- PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 06 Mei 2021. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mei 2021.

Kes ini mempunyai ko- morbid penyakit darah tinggi dan kanser usus.

IV. Kes Kematian Ke-284.
Kes kematian ke-284 adalah kes ke-29,593 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 69 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak kerana mengalami gejala batuk bermula sejak sebulan yang lalu. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 28 April 2021. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mei 2021.

Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit paru-paru kronik (COPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2021 07:13 AM | Show all posts
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu Kluster Gerigat, Kabong dan Kluster Sungai Parik, Sri Aman. Ringkasan kluster-kluster tersebut adalah seperti berikut:

I. Kluster Gerigat, Kabong
Kluster Gerigat merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah kampung di Gerigat, Kabong yang telah merebak melalui pergerakan sosial dan aktiviti berziarah semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas.


Sejumlah 358 individu telah dibuat saringan awal di mana:
• 20 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 12 kes didapati negatif; dan
• 326 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Saratok dan telah dimasukkan ke PKRC di Bahagian Betong bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

II. Kluster Sungai Parik, Sri Aman
Kluster Sungai Parik merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan empat (4) buah lokaliti di kawasan Sungai Parik di Lingga dan Tanjung Bijat Sri Aman.

Sejumlah 130 individu telah dibuat saringan awal di mana:
• 24 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 7 kes didapati negatif; dan
• 99 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan telah dimasukkan ke PKRC di Bahagian Sri Aman bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2021 07:22 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.395278 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list