View: 1617|Reply: 8
|
[Sarawak]
Remaja kanser tahap 4 mohon bantuan makanan di tukar dengan duit
[Copy link]
|
|
SIBU: Disebalik wajah ceria, remaja berusia 19 tahun menyimpan derita yang harus ditanggung.
Remaja yang tinggal bersama-sama neneknya itu, sedang bertarung dengan kanser barah tulang belakang yang dihadapinya sekarang.
Bukan sahaja serba kekurangan, penghidap kanser Tahap 4 tersebut merayu bantuan makanan yang diterimanya ditukar kepada wang untuk pergi ke hospital setiap kali mendapatkan rawatan.
Beliau yang tinggal menyewa dengan neneknya sejak berusia 16 tahun di tingkat atas rumah kedai yang disewa.
Ayahnya meninggal ketika dia masih sangat muda, manakala ibunya telah berkahwin semula.
Malah lebih menyedikan, neneknya yang bekerja sebagai sebagai pembantu kedai kopi bergaji hari tidak bekerja sejak PKP 3.0.
Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu, Chambai Lindong berkata, remaja berkenaan membuat permintaan menukarkan bantuan makanan dengan wang tunai untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Ketika kami pergi untuk menghantar makanan kepada dia dan neneknya. Remaja berkenaan, bertanya, adakah kami dapat menukar makanan dengan wang tunai kerana dia memerlukan wang setiap kali pergi ke hospital.
"Permintaannya menyentuh hati kami. Kami menyerahkan makanan, tetapi remaja ini berhak mendapat bantuan yang diberikan oleh kita semua," katanya.
Beliau berkata, SDNU Sibu akan berusaha membantu dengan apa cara yang termampu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga adik dapat bantuan duit dan apa sahaja yang diperlukan. Sedihnya..muda2 dah tempuh banyak dugaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg tak pakai mask tu ke orang nya..
Semoga dipermudahkan urusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah yang tak pakai mask tu ... dengan nenek nya
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Harap dapat bantuan perubatan yg sepatutnya. Muda lagi dah banyak dugaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya. semoga ramai tampil memberi bantuan pd adik ni. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.
Semoga di berikan kesembuhan dan di permudahkan segalanya urusan adik ni bersama nenek dia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mencari cari update tentang adik ni... tak jumpa lagi...
semoga dah ada bantuan yang boleh meringankan beban adik ni ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|