CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 1

Nuraisyah, Juni Karimah bergelut tanpa pengalaman di Tokyo

[Copy link]
Post time 31-7-2021 07:56 AM | Show all posts |Read mode
PENGALAMAN terus memisahkan gandingan pelayar negara Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali dengan jaguh handalan dunia pada hari ketiga acara International 470 Wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Jumaat.

Selepas bergelut mencari rentak dalam empat perlumbaan pertama, gandingan itu memulakan perlumbaan kelima dan keenam di Enoshima Yacht Harbour dengan baik apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok hadapan pada penanda pertama.

Namun, mereka yang berusaha keras mengekalkan rentak kelajuan mula dipintas satu persatu pihak lawan memasuki penanda kedua sebelum terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di kedudukan ke-20 dalam kedua-dua perlumbaan.

"Pengalaman pelayar dunia menyaksikan mereka (Nuraisyah-Juni Karimah) dipintas sehingga tamat perlumbaan, keputusan ini agak mengecewakan selepas mendahului kelompok hadapan pada penanda pertama," kata jurulatih kebangsaan Muhammad Sahir A Rahim ketika dihubungi Bernama.

Selepas enam perlumbaan, Nuraisyah-Juni Karimah berada di ranking ke-20 daripada 21 peserta dengan mengumpul 91 mata bersih dengan baki dua hari perlumbaan selepas ini.

"Esok (Sabtu) rehat sebelum aksi bersambung pada lusa (Ahad), peluang ini boleh digunakan untuk menganalisis perlumbaan mereka hari ini dan sebagai persiapan untuk perlumbaan akan datang," tambah Muhammad Sahir.

Pasangan dari Poland Agnieszka Skrzypulec-Jolanta Ogar mendahului saingan dengan mengumpul 10 mata bersih diikuti Hannah Mills-Eilidh McIntyre dari Great Britain di tempat kedua (14 mata bersih) dan gandingan Perancis Camille Lecointre-Aloise Retornaz di tempat ketiga mengutip 17 mata bersih.

Sementara itu, pelayar wanita negara Nur Shazrin Mohamad Latif boleh menarik nafas lega selepas berjaya memperbaiki pencapaiannya dalam acara Laser Radial Wanita pada penampilan keduanya di temasya Olimpik.

Pada aksi Jumaat, Nur Shazrin menamatkan dua perlumbaan terakhir masing-masing di tempat ke-16 dan ke-15 sekali gus menutup saingan di tempat ke-26 daripada 44 peserta dengan mengumpul 194 mata bersih selepas 10 perlumbaan.

Keputusan itu menyaksikan beliau mengatasi pencapaian tempat ke-33 dengan 274 mata bersih pada penampilan sulung di edisi Rio 2016.

Jurulatihnya, Mohd Hafizi Roslee berkata, persembahan ditampilkan Nur Shazrin sepanjang beraksi di Tokyo boleh dibanggakan biarpun hanya sempat menyertai dua kejohanan luar negara pada dua bulan terakhir sebelum berangkat ke Tokyo.

"Untuk keseluruhan saya rasa berpuas hati dengan apa yang kami capai, mengambil kira persediaan yang dibuat, cuma sasaran kami untuk berada dalam kalangan 20 pelayar terbaik tak dapat selain kita berada di kedudukan ketiga dalam kalangan negara Asia.

"Jadi banyak yang perlu dilakukan untuk persiapan ke Sukan Asia tahun depan, kami perlu banyak lagi pendedahan berlayar dengan kelajuan angin mencapai 15-20knot, selain pengalaman dari aspek kejohanan," jelasnya.

Beliau berkata, kekangan pandemik Covid-19 banyak mempengaruhi persiapan mereka ke Tokyo dengan hanya menyertai satu kejohanan pada awal tahun lepas selain perlu menangguhkan sesi latihan selama tiga bulan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, pelayar lelaki negara Khairulnizam Mohd Afendy mengakhiri saingan acara Laser Standard Lelaki di tempat ke-28 daripada 35 peserta dengan 196 mata bersih selepas menamatkan perlumbaan kesembilan dan ke-10 masing-masing di tempat ke-23 dan ke-20.

Selepas 10 perlumbaan, pelayar Australia Matt Wearn mengungguli ranking dengan 49 mata bersih diikuti wakil Kanada Hermann Tomasgaard (71 mata bersih) dan Tonci Stipanovic dari Crotia di tempat ketiga (74 mata bersih) untuk mara ke pusingan perebutan pingat bersama tujuh lagi pelayar terbaik.

Namun, keputusan dilakar Khairulnizam yang memenangi pingat perak pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang itu lebih baik berbanding pencapaiannya pada edisi London 2012 dan Rio 2016.

-- BERNAMA
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pengalaman-di-Tokyo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 07:57 AM | Show all posts

Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.096403 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list