View: 762|Reply: 1
|
Jun Hoong tetap dapat pujian Zhuliang
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Yang Zhuliang tetap memuji prestasi anak didiknya, Cheong Jun Hoong meskipun penerjun negara itu terkandas awal pada kempen Olimpik Tokyo kali ini.
Zhuliang mengakui Jun Hoong sudah melakukan yang sebaik mungkin malah cuba bangkit ketika pusingan awal acara 10 meter (m) platform individu wanita semalam selepas gagal memperoleh mata yang diharapkan dalam dua terjunan pertama.
"Kehidupan tak sempurna jika hanya melihat kepada keputusan sahaja. Terima kasih Jun Hoong kerana tidak pernah berputus asa tidak kira betapa sukar dan risiko yang dilalui.
"Belajar menikmati kemenangan ketika anda berjaya, belajar merendah diri dan rasa hormat ketika anda gagal. Memang ada berlaku kesilapan. Jun Hoong sudah melakukan dengan sangat baik dan segala-galanya juga berjalan dengan lancar," katanya.
Pada aksi semalam, Jun Hoong gagal meneruskan kemaraan apabila sekadar menduduki kedudukan ke-26 berbanding 18 penerjun yang terpilih ke separuh akhir.
Markah rendah daripada dua terjunan pertamanya nyata memberi kesan besar sebelum dia bangkit dengan prestasi lebih baik pada baki tiga terjunan selepas itu.
Namun segala-galanya sudah terlambat untuk Jun Hoong yang kali ini pulang dengan tangan kosong selepas meraih pingat perak lima tahun lalu di Rio ketika bergandingan bersama Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama wanita.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Jun Hoong semalam. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|