CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 3

[Kedah] 'Suami sempat hantar video kepala air sebelum dia hilang'

[Copy link]
Post time 22-8-2021 07:58 PM | Show all posts |Read mode
'Suami sempat hantar video kepala air sebelum dia hilang'[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 22, 2021 @ 5:50pm[email protected]


Najmi (kanan) menyerahkan cek bayaran PERKESO kepada Nornazliatul Aqilah, hari ini. -NSTP/Noorazura Abdul Rahman



GURUN: "Arwah sempat menghantar video mengenai kejadian kepala air di tempat dia bekerja ketika saya menghubunginya dan kemudian dia menjerit mengatakan pokok tumbang, selepas itu talian terputus," kata Nornazliatul Aqilah Nazri, 26.

Balu kepada mangsa tragedi kepala air, Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28, itu berkata dia tidak menyangka panggilan telefon itu kali terakhir dia bercakap dengan suaminya, sebelum mayatnya ditemui di muara laut Sungai Udang pada jam 3.10 petang Khamis lalu, oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, dia reda dengan pemergian suaminya walaupun masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.
"Suami saya sudah enam hari bekerja membina pondok di Pusat Rekreasi Titi Hayun, bersama majikannya, arwah Ahmad Din, 64, dan seorang lagi pekerja warga Indonesia dikenali dengan nama Wan.

"Selepas gagal menghubungi suami, saya cuba menghubungi majikan suami, namun dia juga gagal dihubungi. Ketika itu saya sudah tidak sedap hati sehingga mayat Ahmad ditemui pada hari sama.
"Pada hari Khamis, saya pergi ke Titi Hayun menunggu operasi pencarian sehingga saya dipanggil membuat pengecaman mayat di muara Sungai Undang," katanya.

Nornazliatul Aqilah yang juga ibu kepada dua anak ini berkata demikian ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Batu 2, Gurun, ketika penyerahan bayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit dan Pengarah PERKESO Kedah, Mohamad Haron Othman.
Nornazliatul Aqilah menerima faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 dan faedah Pencen Penakat sebanyak RM893 sebulan.

Beliau berkata, dia akan menggunakan wang Pencen Penakat PERKESO untuk membesarkan dua anak lelakinya yang berusia lima dan setahun.
"Saya akan guna wang ini sebaik mungkin untuk pelajaran anak dan berterima kasih kepada PERKESO yang memudahkan urusan pembayaran faedah ini dengan cepat," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Er menteri besar x ada bg apa2 komentar ke berkenaan bencana alam terbaru ni?


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalilahiwainailahirojiun.. takziah kpd keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah kepada keluarga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.040171 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list