CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 836|Reply: 0

[Kedah] 10 tan 'drum wood' dari Thailand dirampas

[Copy link]
Post time 23-8-2021 12:42 PM | Show all posts |Read mode
10 tan 'drum wood' dari Thailand dirampas[size=0.8]Noorazura Abdul Rahman - Ogos 23, 2021 @ 12:25pm[email protected]


Drum wood yang dirampas MAQIS di ICQS Bukit Kayu Hitam, Rabu lalu. - Foto MAQIS





ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas hampir 10 tan 'drum wood' dari Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Rabu lalu.
Jurucakap MAQIS Kedah berkata rampasan itu dibuat susulan pemeriksaan terhadap sebuah kontena pada jam 5.15 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati 9,829 kilogram (kg) kayu yang cuba dibawa masuk tidak mempunyai permit import yang sah daripada MAQIS dan juga sijil fitosanitasi daripada negara asal.
"Kesemua 'drum wood' yang dianggarkan bernilai RM9,138.42 ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau, berkata perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728].

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) di bawah Akta sama iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"MAQIS sentiasa memantau dan memeriksa keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054055 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list