CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1001|Reply: 1

[Kedah] Kematian penternak lembu mungkin berkait kongsi gelap, sindiket dadah

[Copy link]
Post time 24-8-2021 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Kematian penternak lembu mungkin berkait kongsi gelap, sindiket dadah[size=0.8]Oleh Wartawan BH - Ogos 24, 2021 @ 1:41pm[email protected]




SUNGAI PETANI: Polis percaya kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui terbaring dengan kesan tembak dan tikam di badan ada kaitan dengan kegiatan ahli kongsi gelap atau sindiket dadah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa yang juga penternak lembu berusia 38 tahun itu dibunuh kerana dendam atau ada kaitan dengan aktiviti sindiket dadah.

"Siasatan masih dijalankan walaupun masih terlalu awal untuk kita kaitkan kematian mangsa dengan aktiviti kumpulan kongsi gelap atau dadah namun kita tidak menolak kemungkinan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam tadi, mayat seorang lelaki ditemui tertiarap dengan kesan tembak dan tikam di badan di tepi Jalan Kongsi 14, Bukit Selambau, di sini.

Mayat itu ditemui dua lelaki yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebelum melihat motosikal mangsa di tepi jalan utama dan mereka melihat mayat mangsa kira-kira tiga meter dari motosikalnya.

Menurut Kamarul Zaman, setakat ini polis menahan seorang suspek untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih lagi dijalankan.
"Hasil pemeriksaan lanjut, kita mendapati ada kesan tembak di bahagian hadapan dan belakang badan mangsa.
"Polis turut menemui kelongsong peluru di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan, suspek yang ditahan setakat ini adalah remaja berusia 18 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak jauh dari lokasi penemuan mayat mangsa.
Penahanan suspek itu mungkin dapat memberi petunjuk berhubung kejadian berkenaan namun polis masih lagi menjalankan siasatan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
so something sangat kes nyaa
tikam, tembak lagi
macam mangsa tu zombi haa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.162994 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list