[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 30, 2021 @ 8:42pm[email protected]
ALOR SETAR: Polis seorang wanita dan dua anak perempuannya di sekitar daerah Pendang dan Alor Setar kerana disyaki terbabit dalang kes penipuan penjualan barangan kosmetik tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes mangsa penipuan dalam urusan pembelian produk kecantikan jenama sendiri yang tidak wujud melalui laman Instagram.
Beliau berkata, susulan itu, pada 17, 18 dan 22 Ogos lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah menahan tiga wanita masing-masing berusia 53, 31 dan 28 tahun yang disyaki menjadi dalang kes berkenaan dalam tangkapan Merpati (Internet Scam).
"Siasatan mendapati, ketiga-tiga mereka dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak 2018.
"Penangkapan ketiga-tiga mereka membantu polis menyelesaikan 14 kes berkaitan penipuan menggunakan modus operandi sama sebelum ini," katanya.
Elias berkata, pihaknya menasihatkan mangsa lain yang ditipu tiga suspek berkenaan supaya tampil membuat laporan polis.
Beliau turut mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan tawaran penjualan barangan secara dalam talian terutama membabitkan harga rendah sebelum membuat transaksi.
Semakan awal terhadap kesahihan maklumat diterima boleh dibuat di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau melalui aplikasi Check Scammer CCID yang boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store.