CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1960|Reply: 2

[Kedah] Tempahan hotel di Langkawi cecah 50 peratus - MAH

[Copy link]
Post time 12-9-2021 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Tempahan hotel di Langkawi cecah 50 peratus - MAH[size=0.8]Oleh Hamzah Osman - September 12, 2021 @ 2:55pm[email protected]


- Foto hiasan.



LANGKAWI: Hotel di pulau ini yang kehilangan pendapatan selama lebih setahun setengah susulan penutupan sektor pelancongan akibat pandemik COVID-19 sudah menerima antara 20 hingga 50 peratus tempahan bilik sejak Khamis lalu.

Tempahan makin bertambah sejurus Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan di pulau peranginan ini yang dipilih sebagai projek rintis program itu bermula Khamis depan.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Razmi Rahmat, berkata hotel-hotel yang bernaung di bawah MAH mula menerima tempahan bilik antara 20 hingga 50 peratus, manakala beberapa hotel lima bintang berhampiran Pantai Kok, Datai, Chenang dan Penarak menerima lebih 50 peratus tempahan bilik.

"Bagaimanapun hotel-hotel berstatus tiga bintang masih merangkak-rangkak dengan kadar tempahan berada sekitar 20 peratus," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Razmi yang juga Pengurus Besar Hotel Adya Langkawi, berkata peningkatan tempahan hotel lima bintang adalah kerana golongan atasan yang tidak dapat bercuti di luar negara mengambil peluang bercuti di Langkawi.

Sebaliknya, beliau berkata, hotel tiga bintang ke bawah menjadi pilihan golongan pertengahan yang dipercayai masih mengambil sikap berhati-hati berikutan catatan harian kes COVID-19 di Langkawi masih sekitar dua angka.

"Selain itu, mereka yang merancang bercuti bersama keluarga menggunakan kereta sendiri dan feri untuk ke Langkawi, mungkin berfikir banyak kali kerana jeti Kuala Kedah masih sebahagian lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 19 September ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan tempahan hotel di Langkawi membabitkan individu dan kumpulan meningkat ketara menjelang pertengahan Oktober termasuk bagi penganjuran mesyuarat dan bengkel.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Langkawi, Datuk Noorazly Rosly, berkata tempahan yang diterima 45 ahlinya ketika ini amat perlahan kerana SOP menyatakan pelancong jalan darat perlu menggunakan khidmat agensi pelancongan.

"Kerap kali agensi pelancongan akan memilih penginapan di hotel ada bintang kerana komisen tinggi, jadi kami pengusaha hotel bajet dengan tawaran harga yang memang rendah hanya mampu melihat.

"Pada masa sama, seperti hotel lain, kami juga hanya menerima pelancong yang telah lengkap disuntik dua dos vaksin COVID-19 untuk menginap bagi mengekang penularan COVID-19," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigil la tangan nak booking AirAsia flight Penang-Langkawi tapi husband suruh hold dulu. Katanya awai2 ni confirm kena sembelih harga makan coklat semua.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
rindunya nak p westin langkawi  lagi,,harap smp la lagi nnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040740 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list