CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2088|Reply: 3

[Kedah] Pemantauan polis lebih ketat, pastikan pelancong patuh SOP di Langkawi

[Copy link]
Post time 12-9-2021 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Pemantauan polis lebih ketat, pastikan pelancong patuh SOP di LangkawiBERNAMA

[size=0.9]


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim. FOTO BERNAMA



Kuala Kedah: Polis akan melaksanakan pemantauan lebih ketat dan menyeluruh di Langkawi bagi memastikan pelancong mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pelaksanaan gelembung pelancongan di pulau itu, bermula 16 September ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi akan mengatur gerak dan mungkin menambah keanggotaan bagi memastikan pemeriksaan pematuhan SOP dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

"Walaupun dibuka secara gelembung, semua pengunjung perlu mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan... mereka yang nak ke Langkawi juga kena ada surat kebenaran polis.

"Kena dapatkan kebenaran di tempat mereka duduk, contohnya kalau duduk di kawasan Brickfields (Kuala Lumpur), kena dapatkan surat daripada Brickfields (balai polis)," katanya yang ditemui pemberita ketika meninjau sekatan jalan raya di Jalan Kuala Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata, surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi program perintis perjalanan ke Langkawi itu, bagaimanapun hanya diperlukan bagi pelancong yang akan menggunakan laluan darat sahaja.

Mazlan berkata, bagi pelancong yang menggunakan pesawat udara pula, mereka tidak perlu mendapatkan surat daripada PDRM, seperti yang diumum Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini.

Sementara itu, beliau berkata isu nelayan di Kuala Kedah yang tidak boleh membawa keluar hasil tangkapan mereka dari kawasan PKPD sudah diselesaikan.

"Tiada masalah untuk golongan nelayan keluarkan hasil tangkapan mereka... sebab benda (hasil tangkapan) cepat rosak jadi memang kita benarkan mereka bawa keluar," katanya.

Beberapa hari lepas media melaporkan kira-kira 1,000 nelayan di Kuala Kedah terjejas pendapatan apabila tidak dapat keluar ke laut dan menghantar hasil tangkapan ikan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu bermula 6 Sept lepas.

PKPD Kuala Kedah dilaksanakan hingga 19 September ini membabitkan seluruh kawasan di mukim itu kecuali tiga kampung iaitu Kampung Teluk Talipon, Kampung Baru Bakar Kapur dan Kampung Padang Garam.



Disiarkan pada: September 12, 2021 @ 5:55pm







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape ocpd langkawi yg ganti tuan iqbal? Handsome tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
selamat melangkawi batas
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 08:30 PM | Show all posts
please bubble burst bubble bee  bumblebee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.348214 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list