CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1042|Reply: 0

[Kedah] Pesawah rayu MADA selenggara saliran air

[Copy link]
Post time 12-9-2021 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Pesawah rayu MADA selenggara saliran air
ROSHILA MURNI ROSLI | | 12 September 2021


Azmi menunjukkan saliran yang dipenuhi semak samun dan menghalang air keluar dari sawah

JERLUN - Kira-kira 20 pesawah di Kampung Permatang Kerengga di sini merayu pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) segera menyelenggara saliran yang tersumbat untuk mengelakkan padi mereka tenggelam ketika cuaca hujan dan ribut.


Seorang pesawah, Azmi Baharom, 56, berkata, masalah berkenaan adalah disebabkan air yang bertakung itu tidak dapat mengalir keluar dengan baik ke saliran yang sepatutnya.


Katanya, saliran itu atau lebih dikenali sebagai sungai buang tidak diselenggara hampir empat bulan sehingga menyebabkan ia dipenuhi semak samun dan sampah sarap.


" Sebelum ini pihak MADA datang mencuci saliran sebanyak tiga kali dalam setahun, tetapi sejak setahun lalu, sudah berkurang kepada dua kali sehingga menyebabkan ia tersumbat," katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Kerengga di sini pada Ahad.


Menurutnya, walaupun telah membuka laluan air dari sawah, namun air tetap tidak mengalir keluar kerana tersekat akibat semak samun terbabit.


"Apabila hujan lebat dan ribut, padi akan rebah. Jadi kami cuba buka gelung (laluan) air, tetapi air tidak mengalir keluar dari sawah ke sungai buang dan akhirnya padi yang tenggelam lama di dalam air mulai rosak dan tidak dapat dituai.


"Situasi ini menyebabkan kerugian kepada kami. Tanaman dijaga dengan elok tetapi apabila sudah masak dan tunggu masa untuk dituai, tenggelam pula dalam air," katanya.


Azmi menambah, dia sebelum ini beberapa kali memanjangkan masalah perparitan berkenaan kepada pihak bertanggungjawab namun tidak mendapat penyelesaian sehingga kini.


"Isu padi rebah akibat ribut kami faham ia kuasa Allah SWT, namun padi yang rebah itu jika tidak tenggelam terlalu lama dalam air, ia masih boleh diselamatkan dan kami masih boleh meraih hasil," katanya.


Ruslan Man, 61, pula berkata, dianggarkan 0.29 daripada 2.32 hektar sawah padinya di kawasan berkenaan tenggelam dalam air akibat takungan air dalam sawah.


"Setiap kali musim menuai saya selalunya mendapat hasil sekitar dua tan, tetapi apabila jadi begini saya agak sedih, sudah pasti pendapatan merosot," katanya yang memiliki sawah di kampung berdekatan.


Saharul Izam Shafie, 52, berkata, dia berharap ada tindakan segera daripada pihak MADA berkaitan masalah terbabit supaya mereka dapat menjalankan kerja-kerja sawah dengan lancar.


"Kalau tidak diselenggara dalam masa terdekat, banyak masalah timbul pada musim baharu nanti antaranya anak padi tenggelam. Kami akan terus menanggung kerugian," katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... enggara-saliran-air
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036378 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list