CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1469|Reply: 1

[Kedah] Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM1.4 juta

[Copy link]
Post time 13-9-2021 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM1.4 juta[size=0.8]Zuliaty Zulkiffli - September 13, 2021 @ 2:23pm[email protected]


Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat (dua dari kanan) menunjukkan dadah jenis heroin base dan pil kuda bernilai RM1.4 juta di Changlun, Jumaat lalu. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli




ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis heroin base dan pil kuda bernilai RM1.4 juta yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata dalam operasi jam 11 pagi Jumaat lalu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah menahan kereta jenis Toyota Corolla di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Changhai, Changlun.

Katanya, pemeriksaan ke atas kenderaan dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun itu menemui satu beg galas mengandungi 40 ketulan mampat dibaluti pita pelekat lutsinar serta kertas minyak coklat di but kereta terbabit.

"Pemeriksaan lanjut ke atas ketulan mampat berkenaan mendapati ia mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin base seberat lebih 15 kilogram (kg).

"Turut ditemui satu paket plastik mengandungi 110 biji pil bertulis 'WY' disyaki dadah jenis pil kuda seberat kira-kira 12 gram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari; Ketua JSJN Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin dan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan.

Kamarul Zaman berkata, susulan tangkapan itu, pihaknya kemudian menahan seorang lagi lelaki berusia 37 tahun di sebuah rumah di Kampung Padang, Changlun, pada jam 2 petang hari sama.

Katanya, hasil siasatan mendapati dadah heroin base dan pil kuda itu dipercayai diperolehi dari negara jiran dengan polis masih menyiasat bagaimana sindiket berkenaan dapat membawa semua bahan berkenaan ke negara ini.

"Kita masih siasat sama ada dadah berkenaan dibawa masuk melalui jalan sah atau laluan tikus di kawasan sempadan negara ini.

"Sekiranya dadah heroin base dan pil kuda itu terlepas ke pasaran, ia boleh diguna sehingga 900,000 penagih dadah," katanya.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methampetamine.

"Selain dadah bernilai RM1.4 juta, kami turut menyita kenderaan Mitsubishi Storm bernilai RM21,500, seutas rantai emas bernilai RM16,380, seutas gelang bernilai RM4,239 dan wang tunai berjumlah RM5,030," katanya.

Semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2021 09:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.063950 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list