CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 993|Reply: 1

Program atlet pelapis tetap diteruskan

[Copy link]
Post time 16-9-2021 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah berhenti melahirkan individu pelapis dalam pelbagai sukan apabila seramai 262 atlet muda sedang giat menjalani latihan sepenuh masa di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jumlah atlet berkenaan adalah membabitkan 15 sukan yang dilihat berpotensi menyinar pada masa akan datang.

Belia berkata, selain pelapis kebangsaan, program pembangunan jangka panjang juga turut dilaksanakan bagi meneruskan kesinambungan atlet senior sedia ada.

"Antara program yang dilaksanakan adalah seperti Program Pelapis Negeri, Program Bakat serta Program Khas iaitu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Program Pembangunan Ragbi Negara (PPRN) dan Program Pembangunan Hoki Negara (PPHN).

"Atlet ini perlu diberikan pendedahan awal ke temasya antarabangsa supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi temasya sukan yang lebih berprestij pada masa akan datang.

"Pada masa sama ia juga sebagai persediaan untuk memastikan atlet pelapis ini setanding dan mampu menggantikan atlet senior yang bakal bersara kelak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Mukriz Tun Mahathir (Jerlun) berkaitan negara hanya bergantung kepada kudrat atlet senior bagi menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa.

Selain itu, berkaitan persediaan negara menjelang Sukan Sea yang ditangguhkan hingga tahun hadapan, KBS melalui Majlis Sukan Negara masih meneruskan program latihan sepenuh masa atlet.

Beliau berkata, Program Podium dan Pelapis Kebangsaan secara Kem Latihan Berpusat mengikut konsep Gelembung Sukan diteruskan dengan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula 1 Jun tahun lalu.

"Program latihan atlet ini akan diteruskan sebagai persiapan atlet ke arah temasya sukan Sea/Para ASEAN Hanoi 2021, Sukan Asia/Para Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 nanti," katanya. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 10:54 AM | Show all posts

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.373809 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list