|
Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang tidak akan berkecil hati apabila prospek pingat emas beralih arah kepada pelumba muda pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizul berkata, ketika ini adalah lebih penting mengharapkan rakan seperjuangan terdiri daripada Muhammad Fadhil Mohd Zonis ataupun Muhammad Shah Firdaus Sahrom mampu berada pada tahap optimum seterusnya boleh menyertai Olimpik Paris 2024 dalam acara berpasukan.
Beliau berkata, tempoh tiga tahun dilihat sebenarnya agak singkat namun segalanya boleh berlaku sekali gus berharap kem berbasikal negara mampu mengekalkan momentum masing-masing.
"Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan prestasi dan meningkatkan lagi (kemampuan diri). Saya akan membantu Shah dan Fadhil untuk berada di tahap tertinggi yang termampu.
"Andai kata di Paris nanti Shah atau Fadhil lebih mempunyai peluang untuk menang, lebih menunjukkan prestasi dan cemerlang daripada saya, sudah tentu saya akan membantu mereka sebaik mungkin.
"Kalau pada masa itu saya masih relevan, tentunya saya akan beraksi sepenuh keringat dan seperti mana saya kongsikan dengan media, Paris 2024 adalah kayuhan legasi saya yang terakhir, selepas itu saya akan bersara.
"Bagi saya, lebih ramai lebih baik kerana ia dapat menyuntik lebih banyak semangat dan memberikan keyakinan untuk atlet Malaysia yang lain. Jangka masa itu tidak jauh, harap dapat doakan kepada saya bukan saja untuk kem berbasikal tetapi juga seluruh kontinjen."
Beliau berkata demikian, ketika menjadi tetamu Webinar Edisi Khas Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan UiTM: Inspirasi Perjuangan Dari Bumi Tokyo anjuran Universiti Teknologi Mara.
Webinar berkenaan disiarkan secara langsung di platform Youtube itu turut disertai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin.
Pemenang pingat perak acara keirin di Tokyo 2020 itu turut menjelaskan kem berbasikal trek mempunyai tumpuan menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang dijadual berlangsung pada tahun depan dan fokus seterusnya memburu kelayakan ke Paris 2024 dalam acara berpasukan. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Azizulhasni Awang |
|
|
|
|
|
|
|
Prospek terbaik heols utk menang emas adalah Kat Rio & Tokyo aritu sebenarnya.. sama mcm LCW prospek terbaik menang Emas masa edisi London. |
|
|
|
|
|
|
| |
|