CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1170|Reply: 1

Pemain muda pengganti Jin Wei

[Copy link]
Post time 17-9-2021 10:20 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Satu hilang tidak bermakna skuad badminton wanita negara akan tempang apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai perancangan dengan menggilap 'ubi muda' untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain bersara.

Jurulatih Perseorangan Wanita Negara Indra Wijaya berkata, beliau mengakui sememangnya agak sukar untuk mencari pengganti pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei dalam waktu terdekat ini.

Beliau berkata, pengumuman persaraan oleh Jin Wei itu menyebabkan barisan kejurulatihan perlu menggunakan alternatif lain iaitu membawa pemain muda untuk menggalas cabaran di kejohanan antarabangsa kelak.

Katanya, walaupun boleh dikatakan bukan kerja mudah untuk menggilap bakat muda untuk mencapai tahap seperti Jin Wei namun perkara terbabit bukanlah mustahil jika semua pihak mampu memberi komitmen tinggi dalam usaha melahirkan pemain wanita terbaik dunia.

"Saya agak terkejut dan sedih dengan keputusan Jin Wei untuk bersara namun memahami kepayahan dan kesakitan ditanggung terutama terpaksa menanggung kecederaan.

" Pada masa sekarang, kami akan cuba memantau dan melihat perkembangan pemain muda kerana kita melihat ada ramai yang berbakat. Jika dilatih dengan konsisten sudah tentu prestasi mereka akan meningkat.

"Jika nak katakan sekarang ini sudah ada pengganti Jin Wei agak sukar kerana tidak ramai individu berbakat sepertinya mungkin perlu mengambil masa untuk mencapai tahap itu," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Arena badminton negara hari ini dikejutkan dengan pengumuman persaraan Jin Wei.

Jin Wei, 21, yang juga juara remaja dunia 2015 dan 2018 membuat pengumuman mengejutkan itu dalam saluran Youtube miliknya - Wei's Space - dengan menyatakan masalah kesihatan sebagai alasan utamanya membuat keputusan drastik berkenaan.

Menurut pemain itu, dia masih bergelut dengan tahap kesihatan selepas mengalami masalah kesihatan di bahagian perut sehingga menyebabkan terpaksa menjalani pembedahan membuang sebahagian usus pada pertengahan 2019.

Untuk rekod, Jin Wei pernah menduduki ranking ke-24 dunia selain memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebelum masalah kesihatan menghantui dirinya. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2021 10:21 PM | Show all posts

GOH Jin Wei. -FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.283217 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list