View: 1219|Reply: 2
|
Kalendar Slam mampu dicapai - Federer
[Copy link]
|
|
London: Roger Federer tetap yakin Kalendar Slam mampu dicapai selepas Novak Djokovic gagal pada halangan terakhir di Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Djokovic berusaha menjadi lelaki pertama sejak Rod Laver pada 1969 menang kesemua empat kejohanan utama pada tahun sama.
Tetapi dia tewas straight set kepada Daniil Medvedev pada final dan selepas tamat perlawanan dia berkata amat lega apabila tak perlu lagi berdepan tekanan.
Federer menjuarai tiga Grand Slam dalam musim sama sebanyak tiga kali tetapi tidak berpeluang memburu Kalendar Slam.
"Saya fikir ia boleh berulang sekali lagi,'' katanya mengenai Kalendar Slam.
"Kita dapat melihatnya dengan Novak, saya sendiri dan Rafa [Nadal] yang hampir melakukannya. Tetapi anda perlukan juga sedikit tuah. Anda perlukan kesabaran dan kekuatan.
''Ia memang sukar tetapi boleh dicapai. Apa yang dilakukan Novak tahun ini memang mengagumkan.''
Federer berharap kembali beraksi pada saingan tertinggi musim ini selepas berehat panjang tahun lalu susulan pembedahan lutut.
Dia juga terpaksa berehat awal musim ini akibat kecederaan dengan aksi terakhirnya di Wimbledon. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DJOKOVIC gagal halangan terakhir untuk mengulangi pencapaian Rod Laver. |
|
|
|
|
|
|
|
Skali aku baca kalender siam |
|
|
|
|
|
|
| |
|