View: 1406|Reply: 1
|
Tiada maaf bagimu - PABM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Dua atlet angkat berat mengambil bahan terlarang boleh mengucapkan selamat tinggal pada sukan terbabit apabila Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengambil tindakan drastik dengan menyingkirkan mereka menyertai sebarang kejohanan pada masa hadapan.
Atlet berkenaan masing-masing pemenang pingat emas angkat berat Sukan Komanwel Gold Coast, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad dan seorang lagi angkat berat yang difahamkan berasal dari Terengganu kemungkinan tidak akan dibenarkan lagi menyertai sebarang pertandingan walaupun mereka dikatakan prospek pingat untuk negara.
Presiden PABM Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya sudah serik apabila sering terpalit pengambilan bahan terlarang sekali gus menjejaskan imej persatuan itu yang dilihat gagal mengawal atau memantau tindakan atlet mereka.
Katanya, hukuman terbabit bukan hanya terhad kepada dua individu berkenaan namun juga merangkumi atlet angkat berat lain supaya berhati-hati dalam penggunaan ubatan sekali gus tidak menjadi mangsa hingga menjejaskan karier mereka dalam sukan itu.
"Pada masa ini, PABM tidak lagi berperanan menjatuhkan hukuman kepada atlet didapati menggunakan bahan terlarang kerana segalanya diuruskan Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS).
"Kita sudah mengadakan perbincangan dan mahu atlet terpalit dengan isu berkenaan tidak lagi disenaraikan pada masa hadapan demi memastikan perkara sama tidak berulang dan beri peringatan kepada individu lain.
"Perkara terbabit sudah diingatkan kepada semua atlet namun ahirnya semua bergantung pada diri sendiri dan persatuan tidak boleh memantau mereka sepanjang masa," katanya, ketika dihubungi.
Untuk rekod, pada tahun lalu PABM digantung daripada menyertai sebarang aktiviti Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) selama setahun bermula 1 April 2020 hingga 1 April 2021, selain semua atlet angkat berat tidak dibenarkan untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Keputusan itu juga turut tidak membenarkan atlet menyertai sebarang kejohanan dan program anjuran IWF, selama lima bulan sehingga 1 September 2020.
Penggantungan lima bulan itu adalah disebabkan PABM menggantung atlet daripada menyertai sebarang kejohanan IWF selama setahun, bermula 31 Mei 2018 hingga 1 Mei 2019.
Baru-baru ini, Pengarah ADAMAS, Azura Abidin mengesahkan Azroy dan seorang lagi atlet angkat berat positif penggunaan bahan terlarang pada ujian yang dilakukan Jun lalu.
Azroy mengakui silapnya apabila dia diuji positif bahan terlarang anabolic steroid bagi tujuan mengurangkan rasa sakit di bahagian lututnya yang dialami sejak empat tahun lalu. Jika disabit kesalahan, mereka bakal dikenakan hukuman penggantungan maksimum empat tahun. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AYUB berkata hukuman terbabit bukan hanya terhad kepada dua individu berkenaan namun juga merangkumi atlet angkat berat lain supaya berhati-hati dalam penggunaan ubatan. FOTO NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|