View: 1598|Reply: 1
|
Jaguh maraton Kenya umum persaraan
[Copy link]
|
|
Paris: Atlet maraton Kenya, Mary Keitany hari ini mengumumkan persaraannya pada usia 39 tahun kerana kecederaan belakang.
Mary pemegang rekod dunia sebagai wanita tunggal maraton dengan catatan masa dua jam 17 minit satu saat, yang dicatat ketika memenangi London Maraton ketiganya pada 2017.
Dia juga memenangi acara Maraton New York di empat edisi.
"Sekarang adalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal - sebagai pelari elit - kepada sukan yang saya sangat minat," katanya.
"Selepas kejayaan 2019, apabila saya memperoleh keputusan yang baik termasuk kedudukan kedua di New York, saya berharap akan terus dapat bersaing di peringkat antarabangsa untuk beberapa tahun lagi sekalipun usia saya sudah lewat 30an," menurut Mary dalam satu kenyataan.
"Bagaimanapun, saya kecewa untuk memaklumkan, kecederaan belakang yang saya alami pada penghujung 2019 membuatkan saya mengambil keputusan untuk bersara.
"Saya tidak dapat menjalani rawatan yang saya mahukan di Eropah kerana pandemik Covid-19 menghalang perjalanan tahun lalu dan setiap kali saya memikirkan mengenai kecederaan seterusnya mula menjalani latihan berat ia akan menjadi masalah sekali lagi.
"Terdapat juga beberapa perancangan yang belum dapat dipenuhi tetapi saya tidak sabar untuk memenuhi masa bersama keluarga saya - anak saya yang kini berusia 13 dan lapan tahun." - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mary cipta rekod di London Maraton. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|