View: 1704|Reply: 3
|
Khairul Hafiz idam catat bawah 10s
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas acara 100 meter (m) Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, Khairul Hafiz Jantan bercita-cita untuk menjadi atlet olahraga Malaysia pertama berjaya mencatat masa 10 saat (s) dan ke bawah.
Menurut Khairul Hafiz sasaran awalnya mahu mencapai semula catatan masa 10.18s seperti dilakukannya lima tahun lalu ketika mencipta rekod kebangsaan di Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak.
"Mesti saya ada hajat hendak pecah rekod kerana sebagai atlet, (saya) ada perasaan nak mencapai semula catatan 10.18s. Malah, saya sasar diri saya boleh lari 10 flat (10s) atau 9.99s," katanya dalam program bual bicara virtual bersama Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis semalam.
Dia yang berusia 23 tahun mengakui sentiasa menanamkan azam dan berkata kepada diri sendiri bahawa setiap kali turun berlatih tekadnya adalah berikan yang terbaik.
Program bual bicara bertemakan 'Athletic - The Return of Lost Soul' itu turut menjemput jurulatih pecut kebangsaan, Mohd Poad Md Kassim, jurulatih lontar peluru para, Faizol Harun dan bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad.
Khairul Hafiz bergelut untuk kembali mendapatkan tahap dan rentak larian terbaiknya sejak mengalami kecederaan hamstring ketika meraih emas di Kuala Lumpur 2017.
Bagaimanapun, pelari kelahiran Melaka itu menjelaskan, dia kini bebas sepenuhnya daripada kecederaan dan bersedia memberikan prestasi terbaik selepas tidak mempunyai sebarang pertandingan hampir dua tahun disebabkan pandemik Covid-19.
Pertandingan kompetitif terakhir disertai Khairul Hafiz ialah Sukan Sea Manila 2019 tetapi dia hanya menyertai acara 4x100m sahaja. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KHAIRUL Hafiz Jantan. FOTO NSTP |
|
|
|
|
|
|
|
lama gila tak dengar cerita adik ni.
go go go spidey!
|
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya x dgr cerita dia ni
Insyaallah blh.muda lg ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|