View: 1509|Reply: 1
|
Pasangan kembar skuasy idam kejutan
[Copy link]
|
|
PASANGAN kembar, K. Vitrikashenie dan K. Vinikasheinie sudah tidak sabar membuat debut di pentas profesional pada Kejohanan Skuasy SRAM PSA 5 di Pusat Skuasy Nasio-nal, Bukit Jalil bermula hari ini hingga 2 Oktober ini.
Kedua-dua pemain berusia 16 tahun dengan gelaran The V’s itu menganggap kejohanan itu sebagai langkah pertama untuk karier profesional mereka selepas menceburi sukan skuasy sejak umur 10 tahun.
Bagi Vitrikashenie, dia mahu menjadikan kejohanan itu sebagai platform untuk mempersiapkan diri sebelum mewakili Selangor pada Sukan Malaysia (Sukma) Johor tahun depan.
“Ini adalah langkah pendedahan pertama saya dan Vinika (Vinikasheinie) masuk ke sirkit profesional. Kami merasakan ini sebagai titik permulaan yang bagus untuk karier kami.
“Setahun tiada kejohanan selepas Sukma tahun lepas ditunda ke tahun depan. Terima kasih kepada Essem Group kerana sudi menaja kami walaupun dalam keadaan Co-vid-19 sekarang,” kata pelajar SMK Subang Utama itu.
Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah buat Vitrikashenie dan Vinikasheinie kerana mereka bakal berdepan pemain adik-beradik sensasi yang juga pilihan kelima dan ketujuh iaitu Aika Azman serta Aira Azman di pusingan pertama hari ini. - Kosmo
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
VITRIKASHENIE (kanan) dan Vinikasheinie. |
|
|
|
|
|
|
| |
|