View: 2020|Reply: 1
|
Hatton kekal momentum kuasai hari kedua
[Copy link]
|
|
St Andrews (United Kingdom): Tyrrell Hatton meneruskan permainan mantap pada hari kedua Kejohanan Alfred Dunhill Links di Scotland yang dilihat pada landasan tepat untuk memenangi gelaran itu buat kali ketiga.
Pemain Inggeris itu membenam 70 pukulan dalam keadaan cuaca berangan di Kingsbarns selepas melakukan 64 pukulan di lapangan Carnoustie Khamis lalu dengan kejohanan ini akan dimainkan di tiga tempat berbeza.
Hatton melangkah ke pusingan ketiga dengan 10 di bawah par, satu pukulan mengatasi rakan senegara, Daniel Gavins dan dua pukulan mengatasi juara Masters 2016 Danny Willett dan pemain China, Li Haotong ketika akan beraksi di Old Course, St. Andrews yang dikenali 'rumah golf'.
Bagi Hatton, dua pusingan awal di Scotland minggu itu hadir selepas dia yang berada dalam pasukan Eropah tewas 9-19 kepada Amerika Syarikat di Piala Ryder.
"Saya gembira dengan apa yang saya catatkan," kata Hatton. "Ia sangat sukar di sini. Mudah untuk melakukan kesalahan dan mudah untuk melakukan pukulan yang teruk.
"Saya rasa saya bernasib baik di mana ketika saya melakukan pukulan yang teruk, saya tidak menamatkannya dalam keadaan yang teruk. Saya dapat kembali semula ke green.
"Saya gembira dengan cara saya berjuang di luar sana hari ini dalam keadaan yang sukar." - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tyrrell Hatton buru gelaran ketiga Alfred Dunhill Links. -FOTO AGENSI |
|
|
|
|
|
|
| |
|