View: 2795|Reply: 4
|
Lalisa hanya di tangga ke-84 di AS
[Copy link]
|
|

LISA BLACKPINK
Lalisa hanya di tangga ke-84 di AS
SEBENARNYA besar harapan semua peminat untuk melihat ‘anchor’ Blackpink, Lisa mendarat dengan jayanya menerusi debut solonya berjudul Lalisa.
Biarpun memegang takhta artis K-pop paling ramai pengikut dalam Instagram, perihal itu tidak memberi jaminan lagu solonya akan terus melakar kejayaan besar.
Di Amerika Syarikat (AS), debut Lalisa sekadar di tangga ke-84 pada minggu pertama cara lagu paling popular, Billboard Hot 100.
Di Korea Selatan pula, debut lagu ciptaan Teddy Park dan Bekuh Boom itu di tangga ke-90 dalam carta Gaon Digital Chart, namun melompat ke tangga ke-64 pada minggu berikutnya.
Muzik video (MV) Lalisa bagaimanapun mencipta rekod sebagai MV artis solo paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam iaitu sebanyak 73.6 juta, sekali gus memadam rekod yang diraih Rose (One The Ground) dengan 41.6 juta tontonan.
Seorang pengkritik muzik menerusi South China Morning Post pula mengklasifikasikan kualiti muzik Lalisa sebagai karya dengan suntikan instrumental yang semacam trek hip-hop biasa dengan bunyi drum dan jalur bass kitar semula.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu money dia ni trending gak dkt tiktok
..byk fyp pakai lagu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Money tu nampak lagi best dengar compare Lalisa rasa cam biasa2 jer ala2 lagu Jojo Siwa jer... |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 4-10-2021 11:07 PM
Money tu nampak lagi best dengar compare Lalisa rasa cam biasa2 jer ala2 lagu Jojo Siwa jer...
Money tue sebenarnya beat sampling dr lagu lain kan and jadi viral sebab org guna untuk video squid games |
|
|
|
|
|
|
| |
|