View: 16807|Reply: 45
|
Satu-satu ustaz bagi ‘hint’, Selepas usik Syed Saddiq mengenai jodoh, Dr Zul beri satu lagi "bayangan" berkait Fattah
[Copy link]
|
|
Selepas mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai jodoh, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini memberi satu lagi ‘bayangan’ kepada orang ramai.
Namun kali ini berkait dengan pelakon dan duda popular, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman.
Dalam satu hantaran di TikTok, Dr. Zulkifli memuat naik beberapa keping gambar mengenai Majlis Doa Selamat yang diadakan oleh Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35.
Kata Dr. Zulkifli, kehadiran dirinya adalah untuk menyampaikan tazkirah sempena bulan Ramadan kepada para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
“Sambutan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kedatangan Ramadan adalah antara kebudayaan Melayu yang masih diamalkan di kampung-kampung.
“Adat kebudayaan ini juga selari dengan apa yang dilaksanakan para salafussoleh menjelang Ramadan. Mereka menyambut Ramadan dengan gembira dan saling menasihati untuk melakukan amal soleh.
“Ini kerana Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan dapat menemuinya adalah satu nikmat daripada Allah. Moga kita semua dapat menjadikan Ramadan kali ini yang terbaik dalam hidup kita,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Namun apa yang menarik minat pengguna media sosial adalah di penghujung kapsyen, Dr. Zulkifli turut menyebut ‘username’ Amira Othman meskipun majlis tersebut diadakan oleh Fattah Amin.
Di dalam hantarannya juga terselit salah satu gambar Amira Othman yang mengenakan jubah berwarna putih menghadiri majlis tersebut.
Hantaran dan kapsyen itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dan rata-rata menganggap ianya adalah ‘bayangan’ tentang hubungan kedua-dua selebriti itu.
“Ustaz dah muat naik ni, apa tandanya ustaz. Tolong beritahu kami semua,” komen Aina.
“Salam ustaz, kira jadilah dua orang ni ya. Halus tapi sampai,” komen Zulhelmi pula.
“Comel je Dr. Zulkifli ‘mention’ nama Amira di penghujung kapsyen. Semoga Allah memudahkan urusan jika benar apa yang kami rasa benar,” komen Faqena pula.
Terdahulu timbulnya desas desus Fattah Amin dan Amira sedang menjalankan hubungan istimewa setelah mereka berdua terlibat dalam satu projek raya.
Gosip mengenai mereka memuncak apabila ada pihak yang mendakwa Fattah dan Amira sudah pun mengikat tali pertunangan.
Bagaimanapun, Fattah Amin menafikan dakwaan kononnya sudah melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Amira seperti yang tular sejak Ahad lalu.
Mengakui terkejut dengan gosip berkenaan, Fattah menganggap khabar angin itu mungkin timbul kerana komen netizen yang mendoakan mereka berdua.
Sumber : Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
I plak yg tolong seram utk AO
Camne nk jd mak tiri fatima
 |
|
|
|
|
|
|
|
Feeding juadah pada netijen...uztad negara pun enterframe. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kesian betul dgn AO
Berharap sungguh netizen kali ni
Kalau tak jadi, malu besau dia weh
Tp nak buat mcmana, dia pun mmg plan semua ni dari awal lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke retis retis lain yg hadir doa selamat fatah ni ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Haaa jeng3... Fattah amin n fmly mmg green flag.. good.. cume ibu nyamma nanti ok ke? Hrp2 smuanya good good.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xsabar nak tunggu walimah pasangan paling perfect kat mesia ni kohkohkohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
Aneem replied at 25-2-2025 10:28 PM
Aku kesian betul dgn AO
Berharap sungguh netizen kali ni
Kalau tak jadi, malu besau dia weh
Nmpak ao berharap ke?nmpak dia biasa2 je..ntah2 plot twist nnt ao tunang tp bukan fattah |
|
|
|
|
|
|
|
Lahh aku igt aku komen benang yg sama aku komen pg td..dah knp ada dua benang bincang topik yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
Isninselasarabu replied at 26-2-2025 10:23 AM
Haaa jeng3... Fattah amin n fmly mmg green flag.. good.. cume ibu nyamma nanti ok ke? Hrp2 smuanya g ...
Bg iols toksah le kawen dgn retis..serabut jah..kalau jodoh tak panjang..tgk ha apa jd skrg..masa tgh sawit2 ni mmg la org puji..bila dh bitter? |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 25-2-2025 10:53 PM
ada ke retis retis lain yg hadir doa selamat fatah ni ?
Igtkn dia jemput sopia barakbah juge..
Musti cantik sof berselendang berjubah |
|
|
|
|
|
|
|
Aneem replied at 25-2-2025 10:28 PM
Aku kesian betul dgn AO
Berharap sungguh netizen kali ni
Kalau tak jadi, malu besau dia weh
Itulah
Dia kena terimalah pujian mahupun kecaman
Consequences yg dia perlu hadap
Bila libatkan someone yg byk haters dan ada fanbase yg kuat mcm bamtah dlm kerja dan kehidupan dia |
|
|
|
|
|
|
|
kalau fansbase kuat knp lakonan drama, lagu nyanyian dia lepas cerai ni takde yg trending hype puN? kata ramai fans, ke ramai tu sokong percintaan saja??????? byk drama dia berlakon pasca cerai tp kenapa smua sendu takde trending pon? salah kt mana?
produk2 dia je yg hype sbb dia collab menggatal dgn prmpuan. jd maksudnya dia kne ada perempuan ke utk hype?? tak boleh stand alone?
tanya jeeeee. sbb lofa lepas putus dgn fatah ok je masih hype mcm mcm produk trending laku.
|
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 26-2-2025 10:27 AM
Nmpak ao berharap ke?nmpak dia biasa2 je..ntah2 plot twist nnt ao tunang tp bukan fattah
Kan. Ku pun rasa begitu.
Dia tunang ngan org lain sebenaunya |
|
|
|
|
|
|
|
Boring. Next.  |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai boringnya lah tak habis2 cerita mamat kayu ni |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk benar Abdul dgn anak org. anak sendiri x di jenguk. |
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 26-2-2025 10:27 AM
Nmpak ao berharap ke?nmpak dia biasa2 je..ntah2 plot twist nnt ao tunang tp bukan fattah
Plot twist ao tunang bukan dgn fatah ok. Yg kesiannya kalau twist ngan Fatah tunang ngan org lain eg sofia B atau balik semula ngan ex. Apa2 hal, pompuan lah yg kesian. Bak kat Mira, dia perempuan tak boleh lebih2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|