Dalam pada itu, tidak hanya menceriakan Amyza, Didie turut mengambil kesempatan meraikan ulang tahun Andre Mikail ke-19 sewaktu melawatnya di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Didie dan Amyza turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat Andre yang turut mengalirkan air mata kerana terharu dengan kejutan tersebut.
“Sebenarnya berat hati nak muat naik video ini tapi hari ini (Sabtu) hari istimewa buat Andre anak kepada sahabat mummy.
“Hari ini (Sabtu) hari ulang tahun Andre yang ke-19, mummy doakan Andre terus kuat ya sayang.
“Mummy mohon doa dari semua yang baca ini doakan buat Andre semoga ada keajaiban buat Andre. Semoga cepat sembuh," ujarnya.
Amyza sebelum ini memaklumkan anaknya menghidap kanser paru-paru.
Pada 15 Februari lalu, Amyza, 47, berkongsi khabar duka Andre yang merupakan anak sulungnya disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.
Remaja itu kini sudah pun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber: mStar