View: 5179|Reply: 11
|
6 Selebriti Bollywood Yang Berjaya Mempertahankan Rumah Tangga Walaupun Dicu...
[Copy link]
|
|
Edited by NaylaArisha at 23-10-2021 11:15 AM
6 Selebriti Bollywood Yang Berjaya Mempertahankan Rumah Tangga Walaupun Dicurangi
Kehidupan berumah tangga ada pahit dan ada manisnya. Kadang-kadang ianya bukanlah seindah yang disangka, banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi bersama. Pada mata kasar, segala-galanya terlihat indah namun hakikat disebalik keindahan tersebut tiada siapa yang tahu.
Sama seperti yang dialami oleh selebriti Bollywood yang akan kami senaraikan ini. Kerana cinta, mereka tetap memutuskan untuk saling memaafkan pasangan mereka walaupun telah ditipu atau dicurangi.
Ramai selebriti Bollywood yang sangat sukses di dalam industri hiburan, malangnya ia tidak berlaku dalam kehidupan rumah tangga mereka apatah lagi yang melibatkan orang ketiga. Anda ingin tahu siapakah selebriti yang kami maksudkan ini? Jom kita tengok!
1. Twinkle Khanna
Isteri kepada pelakon, Akshay Kumar, Twinkle Khanna telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 yang lalu setelah kedua-duanya terlibat dalam projek bersama sebuah filem ‘International Khiladi’ (1999). Ternyata, perkahwinan mereka berdua juga pernah dilanda badai yang besar.
Artis yang berusia 46 tahun ini ternyata tahu tentang kecurangan yang dilakukan oleh suaminya iaitu menjalinkan hubungan cinta dibelakangnya bersama artis, Raveena Tandon. Namun, Twinkle Khanna sama sekali tidak berputus asa. Dia percaya pada suaminya dan akhirnya dia berjaya mencuri kembali hati suaminya itu. Pasangan ini juga telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dan rumah tangga mereka masih kekal bahagia hingga ke saat ini.
2. Kajol
Rumah tangga Kajol juga pernah dilanda badai dengan kehadiran orang ketiga. Pada tahun 2010, terdapat desas desus mengenai kecurangan yang telah dilakukan oleh suaminya, Ajay Devgan dan bintang yang bergandingan dengannya dalam filem berjudul ‘One Upon A Time In Mumbai’, Kangana Ranaut. Berita itu sama sekali telah mengejutkan industri dunia Bollywood.
Namun, oleh kerana cintanya yang begitu utuh terhadap suaminya itu, Kajol dikatakan telah memaafkan Ajay dan mengambil keputusan untuk menjaga rumah tangga mereka. Kini mereka hidup kekal bahagia bersama keluarga tercinta.
3. Poonam Sinha
Usia perkahwinan Poonam Sinha dan Shatrughan telah terjalin selama 40 tahun. Namun hubungan mereka juga pernah dilanda badai apabila suaminya dilaporkan telah menjalinkan hubungan dengan Reena Roy.
Ibu kepada 3 anak ini tetap berusaha dan menjaga rumah tangganya. Berkat kesabaran dan kepercayaannya, Shatrugan akhirnya pulang ke pangkuannya dan rumah tangga mereka kembali pulih dan kekal bahagia.
4. Yogeeta Bali
Yogeeta Bali merupakan pelakon Bollywood era 1970-an hingga 1980-an. Pada tahun 1976, dia mendirikan rumah tangga bersama Kishore Kumar tetapi akhirnya mereka bercerai selepas 2 tahun hidup bersama iaitu pada tahun 1978.
Kemudian dia berkahwin untuk sekali lagi dengan Mithun Chakraborty pada tahun 1979. Dalam perkahwinan kedua ini, pelakon filem ‘Aakhri Badla’ (1989), terpaksa membiarkan rumah tangganya dilanda pelbagai khabar angin yang tidak menyenangkan tentang suaminya itu.
Dugaan terbesar adalah ketika suaminya bermain kayu tiga dengan artis wanita, Sridevi. Walaupun berita buruk itu tersebar luas, namun dia sama sekali tidak pernah mengalah dan tidak pernah mengatakan untuk berpisah. Berkat kesabarannya telah membuahkan hasil apabila suaminya kembali kepadanya dan ikatan perkahwinan mereka masih kekal sehingga ke hari ini.
5. Jaya Bachchan
Jaya Bachchan juga pernah berhadapan dengan situasi dicurangi oleh suaminya sendiri, Amitabh Bachchan yang dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan artis, Rekha pada tahun 1984.
Ibu mertua kepada artis bermata cantik, Aishwarya Rai ini walau bagaimanapun tetap memaafkan suaminya dan berjaya merebut kembali hati si suami yang kini sudah berusia 77 tahun.
Walaupun usia perkahwinan mereka telah mencecah 47 tahun, namun pasangan ini nampak begitu romantis walaupun di mana mereka berada. Mengalahkan pasangan suami isteri yang lebih muda dari mereka.
6. Saira Banu
Berkahwin dengan jarak usia 22 tahun, Saira Banu telah dilamar oleh Dilip Kumar pada tahun 1967. Malangnya, perkahwinan mereka tidak bertahan lama kerana Dilip lebih suka bersama kekasih gelapnya, Asma. Akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai.
Seolah-olah mendapat balasan, Dilip akhirnya dikhianati oleh Asma sehingga kedua-dua mereka menamatkan hubungan cinta mereka.
Ternyata walaupun dia sangat terluka, Saira tetap gembira dan menerima dengan hati terbuka lamaran kedua bekas suaminya itu, Dilip. Kini mereka bersatu kembali dalam ikatan perkahwinan dan hidup bahagia. Pada usia 53 tahun perkahwinan, keduanya selalu setia menemani antara satu sama lain.
Itulah antara 6 senarai selebriti bollywood yang berjaya mempertahankan rumah tangga mereka walupun dikelilingi oleh pelbagai ujian dan cabaran.
Sumber:https://murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
konsep asal berlaki versi bollywood |
|
|
|
|
|
|
|
akshay kumar tu mmg playboy dr sebelum kawin..ramai tekejut bila twinkle kata nak kawin dia dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Yg loyal sampai sekarang mcm sunil shetty dgn jackie shroff tue. Pastue ajay dgn kangana tue takdelah meletup mcm kangana dgn hritrik kan? Yg ai tau ajay dgn mahima tp tue pun x betul lawak sebab ada komen kata yg ajay dgn kangana tue mcm x betul sebab kangana tak buat kecoh mcm before before this |
|
|
|
|
|
|
|
Twinkle dgn Akshay tu kawin 2001 la tt .
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat zaman paper mingguan malaysia pancaindera bahagian gosip2 artis tu. Kalu playboy je muke akshay kumar ni jea la.. tapi meolss suke jah tengok lakonan die... |
|
|
|
|
|
|
|
ajai yg muka xsiap tu pun xnak kalah gigih nak mencurang... |
|
|
|
|
|
|
|
Ajay devgan tu handsome sekian |
|
|
|
|
|
|
|
krimkraker replied at 25-11-2021 01:01 PM
Teringat zaman paper mingguan malaysia pancaindera bahagian gosip2 artis tu. Kalu playboy je muke ak ...
iols pun minat AK
dan harap twinkle twinkle little star segera arwah
#kutunggududamu |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 3-12-2021 01:10 AM
iols pun minat AK
dan harap twinkle twinkle little star segera arwah
#kutunggududamu
Amboi kaka cmf....tapi AK ni suke mencurang...sanggup ke kaka |
|
|
|
|
|
|
|
macam tak x sangka yg no 5 tu |
|
|
|
|
|
|
|
ugggggh rupa samseng jual dadah jah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|