CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4523|Reply: 9

homeopati

[Copy link]
budakpoyokiut This user has been deleted
Post time 22-7-2005 08:46 PM | Show all posts |Read mode
salam semua...
nak tanyer skit.. ada x sesaper yg pernah try homeopati ni utk cepat lekat??? kiter sajer tanye2 coz.. ada gak member2 g tau ubat situ leh cepat lekat...tq....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2005 09:31 PM | Show all posts
hm..pernah jugak dgr...homoepati utk cepat lekat n ada jgk utk memudahkan proses bersalin..tp tak pernah cuba...n tak tau sgt...pasal kelebihan homoepati nih..maybe rakan2 lain ble bantu budakpoyokiut...insyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2005 12:13 PM | Show all posts
april memang nak tau pasal hemopathi nie.....

sesiapa ade info.. tolong lah kongsi .... nak try..
Reply

Use magic Report

budakpoyokiut This user has been deleted
 Author| Post time 25-7-2005 08:40 PM | Show all posts
mmm... mgkin x ramai kot yg cuba.. harap2 a ada yg leh kongsi kan....:pray: kot2 cara ni leh lekat ker
Reply

Use magic Report

comeii This user has been deleted
Post time 26-7-2005 07:56 AM | Show all posts
comeii tgh try color vibration theraphy oleh Dr Norhisham.. ubat dia style homeopathy gak.. ade member comeii mkn, pregnant lak...

kalau nak keterangan lanjut pegi kat www.harmonisers.net.

click kat alga shousma..

[ Last edited by comeii on 26-7-2005 at 07:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2005 10:00 AM | Show all posts
dekat kg. baru ada klinik homeopati..kalo x silap..Doc. PRof. NIK OMAR.
cuba la pegi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
budakpoyokiut This user has been deleted
 Author| Post time 29-7-2005 08:53 PM | Show all posts
tq.. comeii.. tp naper x bleh buka web site 2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 03:36 PM | Show all posts
Suplemen Homeopati Baik Untuk Ibu Mengandung?

Oleh Shuhaida Mohd Said

ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) -- Keletihan serta alahan yang serius merupakan satu fenomena yang sering dialami segelintir wanita hamil terutama mereka yang hamil buat kali pertama.

Situasi ini seringkali mengganggu emosi wanita bermula dari awal usia kandungan sehinggalah detik melahirkan anak.

Pelbagai jenis suplemen seperti multi-vitamin yang dibekalkan oleh doktor diambil untuk mengurangkan masalah berkenaan, termasuklah yang popular di pasaran iaitu rumusan berasaskan homeopati.

Hasil perkembangan teknologi perubatan, pelbagai jenis makanan kesihatan tambahan diperkenalkan dan setiap suplemen dipercayai mempunyai kelebihan tersendiri.

RUMUSAN HOMEOPATI

Pengamal perubatan homeopati Dr Husna Azizan berkata, antara hasil perkembangan teknologi perubatan termasuklah pengenalan kepada rumusan homeopati, biokimia dan herbalisme.

"Terdapat pelbagai jenis produk homeopati untuk wanita hamil yang berasaskan alam semulajadi, mineral dan galian di pasaran tempatan", katanya kepada Bernama disini.

Dr Husna berkata rumusan pemakanan homeopati dipercayai mampu membantu kaum ibu menjalani pengalaman hamil dengan lebih selesa dengan membekalkan zat tambahan yang memberi lebih tenaga kepada mereka.

"Rumusan homeopati membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, mencegah demam, batuk, selesema, sakit kepala dan sakit gigi.

"Pengambilan rumusan homeopati juga dipercayai dapat merangsang pembinaan saraf dan otak bayi semasa dalam kandungan lagi", kata Dr Husna.

KELEBIHAN HOMEOPATI

Dr Husna berkata wanita hamil yang mengambil suplemen homeopati yang lengkap dengan kandungan zat besi juga akan lebih bertenaga, cerdas dan dapat mengawal emosi agar sentiasa tenang.

Ia juga dipercayai dapat mengurangkan sakit serta memudahkan kelahiran bayi di samping dapat menghilangkan rasa takut serta cemas kepada bakal ibu, katanya.

Beliau berkata wanita hamil sangat digalakkan mengambil suplemen seperti rumusan pemakanan homeopati bagi memastikan emosi serta kesihatan bakal ibu berada pada tahap yang baik.

"Keadaan kesihatan ibu akan mempengaruhi tahap kecerdasan anak di dalam kandungan dan sekiranya ibu sentiasa sihat dan cergas, bayi juga akan sihat dan cergas", katanya.

Beliau berkata sebaiknya suplemen homeopati diambil setelah kandungan mencecah usia tiga bulan ke atas.

Dr Husna berkata ia juga dapat membantu menyusun semula alat peranakan di samping menguatkan seluruh anggota tubuh yang terjejas akibat proses bersalin.

Katanya, pengambilan rumusan homeopati juga boleh diteruskan sehingga lepas bersalin untuk membantu melegakan luka, menghilangkan sengal serta bisa-bisa selepas bersalin.

PANDANGAN PAKAR

Sementara itu Pakar Ginekologi dan Obstetrik di Kedah Medical Centre, Dr Kamaruzaman Ali berkata setiap wanita hamil perlu berwaspada dalam memilih apa saja rumusan makanan tambahan termasuk homeopati.

Beliau berkata, tempoh tiga bulan pertama kandungan adalah sangat kritikal dan bakal ibu seharusnya peka dan tidak terlalu ghairah mengambil pelbagai makanan tambahan yang kononnya menjamin kesihatan bayi yang dikandung.

"Bagi saya, multi-vitamin yang selalu dibekalkan doktor sudah mencukupi kerana dari segi prinsip homeopati, ia melibatkan penggunaan steroid dalam dos yang rendah untuk meningkatkan sistem imun untuk melawan penyakit dan kadang-kadang ia hanya mengandungi zat besi semata-mata.

"Yang penting ialah mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil apa-apa suplemen kerana dalam perubatan moden pun ibu hamil perlu berwaspada tentang ubatan kerana ia mungkin membahayakan kesihatan kandungan," tambah beliau.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2009 12:18 PM | Show all posts

Balas #5 comeii\ catat

tq comeii... tgk rawatan kesuburan dia kena titiskan dkt tut kita la plak alamak takut nye nk letak mende2 sebarang dkt situ... mkn ubat aje x bole ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:58 PM | Show all posts
sape2 nk info homeopati blh google atau tgk website rasmi homeopati

http://www.pphm.org.my/index.php ... id=25&Itemid=28

adam serasi dengan homeopati ni. homeopati ni banyak mazhab dan cabang. adam pakai mazhab old school yg lebih utamakan kos murah dan prinsip penyembuhan hoslitic.. jd sapa2 tak faham blh tanya adam. sikit2 adam blh bantu. lebih2 tanya doctor. sebab adam penyakit yg adam kena je blh tlg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.060243 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list