CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7033|Reply: 12

Aku dan Dosa

 Close [Copy link]
Post time 19-9-2005 03:21 AM | Show all posts |Read mode
Aku, Seorang lelaki ... dosaku sebesar gunung.. Hampir kering air mataku memohon keredaanNya... namun hidupku sering dihantui oleh kisah silamku.
   Kisah ini bermula selepas aku dilahirkan kedunia oleh seorang wanita bernama Ibu. Ibu hanya seorang remaja ketika dia dinikahkan dengan ayah. Masa tu ibu hanya tahu memasak dan membuat kerja kerja dapur. Ibu tidak pernah bersekolah dan sudah tentu ibu seorang yang buta huruf. Ketika bernikah usia Ibu masih 16 tahun sedangkan ayah sudah menjangkau 32 tahun. Ibu tak pernah kenal siapa ayah. Baginya, apa yang sudah ditentukan oleh orangtuanya adalah yang terbaik buatnya.
   Ketika itu bumi Malaysia baru sahaja mencapai kemerdekaan. Bahang inflasi yang melanda bukan sahaja dirasai rakyat amnya tetapi juga oleh kedua ibubapaku yang baru mendirikan rumahtangga.. Selepas berkahwin, Ibu tinggal bersama sama orang tua ayah. Ayah pula bekerja di negara jiran membanting tulang memberi nafkah kepada keluarganya. Setahun selepas itu aku dilahirkan. Pada umur 17 tahun, Ibu gembira bukan kepalang dengan kehadiran ku. Sekurang kurangnya akulah pengubat sepi ketika ketiadaan ayah. Aku ditatang bagai minyak yang penuh dan dilimpahi dengan penuh kasih sayangnya.
   Namun keindahan hidup hanya sementara. Ketika aku berumur 2 tahun, Ayah berselisih faham dengan orang tuanya. Kami bertiga keluar dari rumah itu dan berpindah ke kebun kepunyaan kawan ayah. Aku masih begitu kecil untuk mengingati keadaan ketika itu. Daripada apa yang diceritakan oleh ibu yang ada hanyalah pokok getah dan kawasan belukar. Dengan bantuan rakannya.. Ayah dapat menyiapkan sebuah pondok kecil daripada kayu getah beratapkan atap rumbia. Aku rasa rumah ayah mungkin yang paling buruk dalam kampung itu. Ibu tidak pernah mengeluh. Ibu tabah dengan apa yang ditentukan olehNya. Bagi ibu, aku dan ayah adalah segala-galanya. Dari situ, bermulalah kehidupan kami dalam keadaan yang serba daif. Ayah meneruskan pekerjaannya di negara jiran dan hanya pulang dua tiga bulan sekali manakala Ibu mengambil upah menoreh getah diatas tanah yang kami duduki itu. Selepas setahun kami tinggal dalam pondok buruk itu.. Kami dikhabarkan dengan berita gembira apabila Tuan punya tanah bermurah hati menjual tanah itu kepada ayah dengan harga yang agak murah dan boleh dibayar secara ansuran. Dengan simpanan yang ayah ada.. Kami berjaya mendirikan sebuah rumah papan beratapkan zink. Lebih besar daripada pondok buruk itu.
   Ketika aku berusia empat tahun... aku dikurniakan seorang adik lelaki. Ayah masih lagi kerja di negara jiran.. dari apa yang ku dengar.. ayah bekerja sebagai buruh kontrak membina lapangan terbang Changi di Singapura. Ayah yang hanya pulang sekali sekala membuatkan Ibu seolah olah seorang ibu tunggal yang membesarkan kedua anaknya seorang diri. Aku biasanya ditugaskan menjaga adik yang masih kecil ketika ibu menoreh getah. Aku masih ingat lagi ketika itu adik terjaga dari tidur lantas menangis. Dan apabila aku bangun mencari Ibu.. Aku lihat ibu sedang menoreh dalam kegelapan malam menjelang subuh.
   Umurku 7 tahun, aku bersekolah di sekolah rendah dihujung kampung. Walaupun hidup kami daif, Keperluan persekolahan ku agak mencukupi.. malah lebih dari apa yang kawan kawan ku ada. Bagi ibu, persekolahan ku yang paling utama. Biarlah miskin harta tapi kaya dengan ilmu pengetahuan kerana ianya yang akan mengubah kehidupanku kelak. Dalam kelasku, aku merupakan pelajar yang paling pintar. Bahkan dalam kelas mengaji Al-Quran pun aku yang paling cemerlang..Setiapkali hari penyampaian hadiah, Ibu tak menang tangan membawa hadiah hadiah yang aku dapat. Dalam aktiviti sukan pun aku turut menyerlah. Aku jadi anak kebanggaan orangtuaku. Manjadi sebutan orang-orang kampung. Pada ketika itu terbayang kepuasan pada wajah Ibu yang tak henti henti mendidik dan melimpahi aku dengan kasih sayang walaupun ayah tiada disisi kerana mencari rezeki. Anak ketiga ibu lahir selepas itu.
   Pada umurku 13 tahun, aku dapat tawaran sekolah berasrama di bandar. Pada mulanya ibu agak keberatan kerana kesempitan wang. Namun setelah aku mendesak dan terus mendesak akhirnya ayah dapat mengadakan wang yang cukup untuk membiayai aku kesekolah asrama itu. Gembiraku tidak dapat kukatakan. Ayah menghantar aku bandar membeli kelengkapan asrama ketika mendaftarkan aku disekolah itu meninggalkan ibu dan kedua adik-adikku di rumah.
   Dalam asrama barulah aku dapat merasakan yang betapa miskinnya aku. Banyak keperluan yang tidak dapat aku adakan sedangkan kebanyakkan rakan rakanku mempunyainya. Ketika itu timbul perasaan tidak puashati dengan orang tuaku. Aku menyesal kerana dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Setiap kali hujung minggu aku pulang dan meminta duit dari Ibu. Ibu sanggup bergolok bergadai mengadakan duit untukku. Walaupun sedikit jumlahnya, aku tetap berpuas hati daripada tak dapat langsung. Keseronokkan hidup jauh dari kedua orang tuaku membuatkan aku terus hanyut. Aku jadi lalai dan mengabaikan pelajaranku. Asal usul dan tujuan utamaku kebandar sudah aku lupakan. Berkawan dengan golongan berada membuatkan aku malu untuk mengakui keadaan orangtuaku di kampung. Aku menjadi liar. Menghisap rokok dan sekali sakala mencuba ganja dan ia terus menjadi lumrah dalam hidup remajaku. Akhirnya keseronokan hidupku diasrama sampai ke penghujung apabila keputusan SPM ku hanya mencapai gred 3. Aku tidak dapat kemana mana dengan keputusan yang setaraf itu.
   Selepas alam persekolahan, aku jadi kutu embun dikampung. Aku tidak bekerja, hanya makan minum tidur dan melepak dihujung kampung. Sekali sekala ayah menegurku tetapi langsung tak kuhiraukan. Adik adikku yang sedang bersekolah juga tak pernah aku ambil peduli. Ibu masih seperti dahulu membanting tulang untuk menyekolahkan adik adiku. Ayah bagaikan sudah serik denganku, Adik adik ku tidak disekolahkan ke bandar walaupun mewarisi keputusan cemerlang dalam persekolahannya.
   Aku sudah mula bergaul dengan golongan sakit dalam kampungku. Sakit merupakan istilah untuk penagih dadah bagi orang kampung. Lama kelamaan aku turut terjebak dalam kancah dadah. Kalau dulu aku setakat jadi kutu rayau.. aku kini jadi penagih dadah pula. Orang tuaku mula menerima akibat daripada perlakuan aku. Kejian dan kutukan terus dilemparkan oleh masyarakat kampung. Segala kecemerlangan persekolahanku yang hebat diperkatakan suatu masa dahulu sudah dilupakan. Dari anak yang dibangga banggakan akhirnya aku jadi anak yang menconteng arang ke muka orangtuaku.
   Ketika Ayah pulang dari perantauan.. Aku dimarah cukup cukup oleh ayah. Ibu hanya menangis memujuk ayah supaya jangan terlalu berkeras denganku. Aku tak tahan lagi. Perasaan marahku yang membuak buak mendorong aku keluar dari rumah itu sehelai sepinggang. Dan saat itu aku bersumpah dihadapan ayah yang aku tidak akan menjejakkan kaki lagi kerumah itu. Ayah tergamam.. Ibu pula meraung raung ketika aku berjalan meninggalkan rumah. Langsung tidak aku toleh kebelakang lagi. Aku sudah nekad....
      

Bersambung ke bahagian dua....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2005 10:00 AM | Show all posts
is it a true story???anyway bagus untuk dijadikan iktibar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2005 10:07 PM | Show all posts
Sambungan dari bahagian satu       

    Seperti yang telah aku rancang. Kotaraya terus aku tujui. Berbekalkan pakaian sehelai sepinggang ini aku menumpang lori seorang apek penjual buah buahan dan terus menuju ke kotaraya. Sepanjang perjalanan ku ke kotaraya.. tidak henti henti apek itu bercerita dan sekali sekala bertanya tentang kehidupanku. Tanpa rasa malu dan berselindung.. aku jelaskan segala galanya yang berlaku. Aku kira apa perlu aku malu dengan apek yang entah siapa dan dari mana asalnya. Setibanya di Kuala Lumpur.. Apek itu mengajak aku tinggal malah bekerja dengannya memandangkan dia tidak mempunyai sebarang anak.. Dan dari saat itu bermulalah hidupku sebagai penjual buah buahan dan tinggal sebumbung dengan apek itu bersama sama dengan isterinya. Duit gaji yang diberikannya sudah cukup untuk menyara hidupku di tengah tengah kotaraya ini.
      Perkerjaan ku sebagai penjual buah buahan mendedahkan aku kepada orang ramai. Dari situ ramai rakan rakan mengenaliku dan menjadi seterusnya rakan akrab. Daripada hanya seorang penjual buah.. aku terjebak semula dengan dadah. Pada mulanya aku hanya seorang penagih. Setelah cukup modal yang telah aku kumpulkan aku menjadi pengedar kecil kecilan pula. Bekalan ini aku dapat dari seorang pembekal besar di tengah kota. Hasil dari penjualan dadah ni memang menguntungkan. Dari seorang yang sederhana aku kini sudah mula senang. Aku tidak tinggal lagi dengan Apek itu malah aku menyewa sebuah rumah dengan kawan kawan pengedarku. Oleh kerana daya tarikkan dan pengaruhku agak luas maka daripada pengedar kecil kecilan aku kini sudah jadi pengedar besar. Bekalan ku pula aku dapat dari seorang ketua samseng terkenal. Aku sudah ada nama dalam bidang ini. Kali ini daripada keadaan senang, aku jadi seorang  yang mewah walaupun tidak kaya raya. Aku masih ingat lagi moto besar yang aku tunggangi cukup gah ketika itu.  Dari setakat pengedar aku kini meluaskan lagi kegiatan ku kepada aktiviti penyeludupan kenderaan dan barang elektrik. Wang ribuan ringgit yang aku perolehi habis begitu sahaja aku joli. Aku lebih selesa begitu kerana aku memikirkan sekiranya aku menyimpan wang yang banyak dalam bank sudah tentu ianya mempermudahkan aku di jejaki oleh pihak berkuasa.
   PAda masa itulah aku mengenali seorang GRO bernama S, S seorang gadis berbangsa cina. Oleh kerana aku kerap bertandang ke situ. Aku dapat mengenali S dengan lebih mendalam. Dari situ barulah ku ketahui yang S sebenarnya menyimpan perasaan terhadapku. Dari setakat pelanggan tetap kini S menjadi kekasihku. Dari apa yang diluahkan oleh S ternyata dia ingin hidup dengan ku dan lari daripada perkerjaannya sekarang. S memeluk islam tanpa pengetahuanku. Pada suatu hari S menemuiku dan mengajak aku bernikah dengannya ketika itu juga. Oleh kerana perasaan cintaku yang mendalam kepadanya aku terus bernikah dengan S. Pernikahan itu tidak dihadiri oleh sanak saudara baik S mahupun aku. Ketika itu S sudah pun berhenti dari menjadi GRO. Aku terpaksa keluar dari rumah sewaku dan menyewa sebuah rumah lain untuk aku tinggal bersama sama dengan S.
    Ketika bersama S, S banyak mengajak aku berhenti dari meneruskan kegiatanku. S banyak memberikan aku perangsang malah semangat untuk berubah menjadi lelaki yang baik. S kelihatannya begitu bersungguh-sungguh mendalami agama yang baru dianutinya. Aku merasakan hidupku sudah terbalik. Sepatutnya Aku yang membimbing S kerana dia seorang mualaf. Tetapi S yang merupakan seorang mualaf yang baik kini membimbing aku kejalan yang benar. Seringkali S bertanya aku tentang orang tuaku. Setiapkali itulah aku herdik dia kerana pantang sekali aku ditanya tentang ibubapaku. Aku marah kerana S sendiri tidak pernah kuketahui latar belakang keluarganya apatah lagi untuk aku bertanya tentangnya. Bayang wajah Ibu aku lontarkan jauh jauh dari ingatanku.
   Aku merasakan keseronokkan sebagai seorang ayah buat kali pertama apabila S melahirkan seorang anak lelaki yang comel sekali.. mewarisi wajah melayuku dan ibunya seorang gadis cina. Melihat bayi yang masih merah itu aku menitiskan airmata apabila mengenangkan keadaanku ketika masih bayi dalam pangkuan Ibuku. Aku menjadi tidak keruan seketika. Bayang-bayang Ibu kembali menghantui hidupku kini. Perasaan rinduku pada ibu cepat cepat aku lontarkan jauh jauh.
    Sepanjang hidupku berumahtangga, S tidak pernah jemu memujuk aku untuk kembali ke jalan yang dirahmati Tuhan. Sedikit demi sedikit kata kata S berkesan terhadap diriku. Aku mula mengurangkan kegiatan ku sedikit demi sedikit dengan harapan terus berhenti akhirnya. Aku kembali menemui Apek yang pernah memberi aku tempat teduh itu untuk berbincang dan seterusnya bersama-sama memulakan kembali perniagaan buah yang paling aku ketahui selok beloknya selain kegiatan haramku itu. Baru dua bulan aku merancang, tiba tiba pada satu hari.....


Bersambung ke bahagian tiga.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2005 10:26 PM | Show all posts
wah...

bestnye :clap: :clap: :clap: :clap: :clap:

cpt la sambung
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2005 01:09 PM | Show all posts
cayalah brader_jon!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2005 01:38 AM | Show all posts
..............
      Waktu itu aku sedang menikmati sarapan di sebuah gerai. Tiba tiba seorang rakan memberitahu aku bahawa pihak polis sedang menggeledah rumah sewaku yang lama. Beberapa orang rakanku sudah dicekup dan dibawa ke balai. Aku bergegas pulang kerumah sebelum pihak polis sampai ke tempatku. Di rumah.. segala bentuk bahan terlarang aku curahkan kedalam mangkuk tandas dan aku pamkan cepat cepat sehingga tiada kesan bukti. Selepas itu yang kedengaran hanyalah tangisan S dan anak lelakiku ketika polis memberkas dan membawa aku kebalai. Aku tergamam.. serba salah tidak sanggup memandang kebelakang kearah S. Peristiwa lama terbayang kembali.. Begitulah keadaannya saat aku meninggalkan ibu di kampung ketika aku keluar dari rumah. Bezanya kini polis yang membawa aku pergi dan aku pergi tanpa kerelaanku. Dalam perjalanan ke balai aku tak henti henti menangis mengenangkan nasib S dan anakku.
    Setelah siap siasatan.. Pihak polis tidak dapat menyabitkan aku dengan 39B AKTA DADAH BERBAHAYA. Aku terlepas dari tali gantung sedangkan tiga orang rakan seperniagaanku kecundang. Pihak polis tidak menemui apa apa bukti ketika mereka menggeledah rumahku pada saat aku ditangkap. Dengan ini aku disabitkan dengan kesalahan menagih dadah dan dihantar ke pusat serenti untuk program pemulihan selama lima tahun.
     Dalam pusat serenti.. aku banyak belajar tentang kehidupan. Aku kembali keajaran agama dengan bimbingan seorang ustaz. Alhamdulillah aku dapat mengecapi kembali keindahan islam yang telah jauh aku tinggalkan. Apek yang sudah mengganggap aku seperti anaknya seringkali datang menjengukku. S juga sesekali sekala datang menjengukku bersama sama anakku. Aku dapat tahu yang S telah pindah dari rumah sewa dan duduk menumpang dirumah kawan lamanya semasa menjadi GRO. Untuk menyara hidupnya S berkerja sebagai jurujual di pasaraya berdekatan.
    Genap setahun dalam pusat serenti, telah banyak yang aku timba ilmu pengetahuan dan kemahiran. S datang untuk kali yang terakhir bersama sama anakku. Katanya dia ingin pergi dari kota. Mungkin akan ke utara membina hidup baru disana. Dikota, S tidak dapat menahan godaan untuk kembali kepada kerjaya lamanya demi untuk menampung keadaan hidup yang semakin mendesak. Aku dapat rasakan yang aku akan berpisah untuk selama-lamanya dengan S dan anakku. Aku tiada upaya untuk memujuk S lagi. Biarlah S pergi mencari ketenangan hidup dalam membesarkan zuriatku dengan sempurna.
    Dua tahun selepas itu. S datang kembali menjengukku. Kali ini seorang diri tanpa anakku. Rupanya S ingin menuntut fasakh dariku. S telah menemui seseorang yang lebih baik dariku. Puas aku bertanya, tetapi S seperti ingin merahsiakan dimana dia tinggal ketika itu. Katanya cukuplah sekadar aku tahu yang dirinya bahagia dengan hidupnya yang baru manakala anakku membesar dengan sempurna. Aku tidak segan silu menangisi pemergian S, satu satunya isteri yang aku cintai seumur hidupku. Aku amat memahami kenapa S bertindak sedemikian sedangkan janjinya untuk sehidup semati denganku masih segar dalam ingatan. Semuanya hanyalah demi kesejahteraan dan masa depan zuriatku sendiri. Sekiranya jodohku dengan S hanya setakat ini, Aku reda dengan takdir yang ditentukan Tuhan untukku.
    Tidak sampai lima tahun aku telah dibebaskan atas sebab berkelakuan baik. Aku disambut oleh Apek yang tak henti henti menjenguk aku ketika aku dalam pusat. Apek menawarkan aku pekerjaan lamaku tetapi aku menolak dengan alasan aku ingin lari dari kehidupan silam. Namun sikap murni apek tidak terhenti disitu. Dia menugaskan aku untuk menjaga kebun buahnya di satu pekan yang agak terpencil. Ini hanya untuk menuruti permintaanku supaya aku tidak dapat dijejaki oleh rakan rakan lamaku. Di sana aku kembali kepada keadaan daif seperti yang pernah ayah lalui semasa aku masih kecil. Hanya ada pondok dusun yang beratapkan  nipah menjadi tempat aku berteduh. Tidak sampai seminggu, aku dikhabarkan bahawa Apek telah menemui ajal dalam kemalangan jalanraya semasa memandu lori yang sarat dengan buah buahan. Ketiadaan apek yang selama ini menjadi tempat aku bergantung hidup membuatkan hidupku terus diselubungi kemiskinan. Aku mencari nafkah dengan mengail ikan dan menjualnya di kedai di hujung kampung. Kalau ada rezeki adalah ikan untuk dijual. Ibarat kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang.  Kedaifan itu terus berlanjutan hingga beberapa tahun dan sehingga itu aku terus menjadi penunggu tetap pondok itu. Diatas pondok itulah aku tidur beralaskan tikar mengkuang dan setiapkali hari hujan, aku hanya mampu duduk di tepi dinding kerana lantai pondok dilimpahi air hujan.  Aku pun seakan tidak mengerti kenapa Tuhan tidak memberi aku peluang untuk aku membina semula hidupku dengan sempurna. Makan pakaiku masih atas belas ikhsan orang lain. Makan nasi berlaukkan garam menjadi lumrah kehidupanku sehari- harian.
     Oleh kerana Kasihan melihat kehidupanku.. Seorang Penduduk kampung yang sering memberikan makanan kepadaku menjodohkan aku dengan seorang janda bernama K dengan harapan aku dapat menumpang hidup dengan lebih sempurna daripada sekarang. Alhamdullilah aku selamat diijabkabulkan dengan K tanpa dihadiri walau seorang pun orang tuaku apatah lagi adik beradikku yang tidak pernah aku kenali.
    Dari situ kehidupan ku sebagai seorang suami kepada K bermula. Bagaimana Ibuku dapat menerima kehadiran ayahku begitulah K dapat menerima aku seadanya walaupun K tidak mengenaliku apatah lagi latarbelakang hidupku yang hina itu. K yang merupakan seorang janda, hidup dengan ibu bapanya yang sudah tua. Dengan kehadiranku dapatlah aku meringankan beban yang ditanggungnya dengan melakukan kerja kerja kebun diatas tanah orang tuanya. Walaupun aku bahagia dengan K namun aku masih merasakan sesuatu kekurangan dalam hidupku. Hampir setiap malam aku bermimpi dan mengigau dalam tidurku. Dalam mimpi itu aku lihat Ibu sedang berjalan memimpin Ayah ditepi lebuhraya ditengah tengah panas terik matahari. Ibu dan ayah kelihatan begitu daif sekali dengan pakaiannya yang compang camping dan sekala sekali ayah jatuh tersungkur didalam semak kerana keletihan. Setiap kali aku terjaga dari mimpi aku terus menangis teresak esak sehingga menimbulkan kehairanan Isteriku. Mimpi yang sama itu berulang hampir setiap malam membuatkan hidupku sentiasa resah gelisah. Jauh disudut hati aku teringin untuk kembali menatap wajah Ibu dan ayah. Tapi aku  malu untuk pulang ke kampung halamanku. Sumpah ku untuk tidak menjejakkan kakiku lagi kerumah itu masih terngiang ngiang ditelingaku. Bagaimana aku hendak berhadapan dengan kisah silamku itu.. Aku tidak berdaya. Tuhan aku mohon kepadamu ampunilah dosa dosaku. Tapi desakkan dalam diri membuatkan aku ingin kembali dan membantu orangtuaku yang serba daif itu. Dan yang paling membingungkan aku apakah ayah dan ibu masih hidup lagi dalam dunia ini..?

Bersambung ke bahagian akhir....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2005 01:49 PM | Show all posts
sedeynye cite ni.. huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2005 03:36 PM | Show all posts
Bahagian Akhir....
   
    Dalam jemaah surau dikampung itu aku meluahkan masalahku kepada Imam, seorang tua yang berilmu. Nasihatnya kepadaku.. Pulanglah..lihat ibumu..ayahmu.. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu nak.. Jangan terus terus jadi anak yang derhaka.. Sesungguhnya seorang ibu akan mengampunkan dosa anaknya walau sebesar gunung. Takkan bahagia rumahtanggamu tanpa restu ibumu. Takkan berjaya kehidupanmu tanpa izin Ibumu. Hanya selepas itu barulah aku nekad untuk pulang menjenguk kedua orang tuaku setelah hampir dua puluh lima tahun aku tinggalkan mereka.
    Pada hari raya tahun berikutnya, Aku dan isteriku nekad pulang kekampung halamanku dengan meminjam kereta jiran sebelah rumah bapa mertuaku. Aku masih ingat selok belok pekan dan kampung asalku. Ketika aku memasuki jalan kampungku, aku lihat keadaan kampungku telah berubah sama sekali. Rumah rumah banyak didirikan berderet deret di tepi jalan. Jalan tanah merah sudah digantikan dengan jalan berturap, namun liku dan selok beloknya masih sama. Aku sangsi samada aku dapat mengenalpasti kedudukan rumah orangtuaku. Tapi aku pasti akan selekoh sebelum tiba kerumah orangtuaku tidak pernah berubah semenjak dahulu. Ketika aku membelokkan kereta kehalaman rumah.. Aku terpaku sejenak seakan akan tidak percaya. Rumah orang tuaku sudah jauh berubah daripada keadaan semasa aku tinggalkan suatu ketika dahulu. Rumah papan buruk ayah sudah tiada lagi. Yang ada ialah sebuah rumah batu yang agak besar hampir seperti banglo. Dan aku perasan yang rumah itu paling besar daripada rumah rumah orang kampung yang lain. Halamannya dipenuhi dengan Kereta termasuk dua buah mercedes. Rumah ayah tidak sama langsung seperti yang aku bayangkan selama ini. Dalam mimpiku ayah dan ibu sangat daif.. tapi realitinya jauh berbeza. Apakah maksud mimpiku itu sebenarnya.. aku keliru..
     Aku keluar dari kereta lantas memberi salam.. beberapa orang anak kecil yang sedang bermain main disitu menjawab salamku lantas memanggil ayahnya. Tiba tiba.. Abang.. Adikku keluar terus memanggil namaku. Antara percaya atau tidak dia kembali kedalam rumah dan memimpin ayahku keluar menemui aku. Ayah sudah terlalu tua sehingga perlu dipapah untuk berjalan. Ayah yang seakan akan terpaku, memanggil namaku, memeluk aku dan menangis. Aku yang tergamam turut menangis apabila kedengaran ayah tidak henti henti meminta maaf dariku. Katanya ayah tidak berniat menghalau aku keluar dan meminta maaf atas keterlanjurannya memarahi aku. Aku merasa sebak kerana sepatutnya aku yang minta maaf.. bukan ayah. Puas ayah cari kau lepas kau pergi nak.. berhari hari ibu menangis meminta ayah mencarimu.
     Saat yang paling hiba adalah ketika aku menatap wajah ibu. Wajah Ibu tidak jauh  berubah sejak aku tinggalkan dia. Dan tangisan Ibu sama seperti yang kudengar ketika aku tinggalkan rumah papan ayah. Saat itu lututku terasa amat lemah untuk berdiri. Aku jatuh terjelepuk didepan Ibu menangis dan terus menangis seolah olah aku telah lepas dari dosa yang amat besar. Aku cium kaki ibu lantas memohon ampun tidak terkira banyaknya. Aku peluk tubuh ibu yang telah melahir dan membesarkan aku selama ini. Ibuu... maafkan saya bu.. dosa saya tak terampun buu... Berkali kali ibu memaafkan aku ...Ibu memaafkan aku dengan harapan aku takkan pergi meninggalkannya lagi. Sudah terlalu lama aku tidak merasakan usapan ibu. Sudah terlalu lama aku tidak merasai sentuhan lembutnya. Aku terlalu merinduimu bu..... maafkan aku.......
     Selepas itu barulah aku berpeluang meminta maaf kepada adik adik ku termasuk adik yang tidak pernah aku kenali. Rupa rupanya aku ada enam orang adik beradik. Yang paling bongsu masih menuntut lagi. Aku meminta maaf kepada adik ngahku kerana diatas bahunya selama ini terpikul beban menjadi anak sulung dalam keluarga. Namun kesemua adik adik ku reda dengan apa yang telah ditentukan. Pada hari itu barulah kami saling mengenali antara satu sama lain. Anak saudara.. ipar duai dan semuanya. Malam itu kami adik beradik lelaki berjemaah dengan aku menjadi Imam. Kami mengucapkan kesyukuran diatas kebesaran Tuhan yang menemukan kami semua kembali dalam keadaan yang gembira. Inilah pertama kali aku menjadi pemimpin dalam keluarga dan aku amat bersyukur kerana Tuhan masih memberikan aku peluang untuk mengecapinya lagi.
    Aku juga sangat bersyukur kerana adik adikku semua berjaya. Dua daripadanya menjadi ahli perniagaan. Tiada seorang pun yang mengikut jejak aku. Mungkin mereka telah terdidik semenjak kecik dengan mengambil contohku sebagai pengajaran kepada mereka. Adik perempuan ku pula telah bersuamikan seorang yang berjaya. Alhamdullilah kejayaan mereka semua telah banyak menaikkan taraf hidup orang tuaku.
Rumah batu ayah ni pun hasil dari sumbangan mereka semua untuk membalas jasa Ibu dan Ayah ku membesarkan mereka.
    Disudut rumah itu aku duduk sambil memerhatikan keluarga besarku. Ayah kulihat duduk diatas kerusi empuk begitu asyik menonton buletin utama di kaca tv. Wajah ayah jauh berubah.. Badannya kurus dan nampak terlalu tua. Mungkin kesan daripada kerja kerja berat yang dilakukan semasa zaman mudanya. Ibu masih kelihatan sihat walaupun tidak semuda dahulu . Aku lihat ibu bergitu asyik melayan karenah cucu cucunya yang tak sudah sudah mengelilinginya bercerita dan bergelak ketawa. Aku lihat Ibu begitu disayangi oleh kesemua cucu-cucunya. Alangkah terkilannya aku kerana anakku sendiri tidak pernah dapat mengenali siapakah datuk dan neneknya. Dari apa yang diceritakan oleh adik adiku, Ibu tidak pernah jemu menanti kepulanganku setiap kali hari raya menjelma. Bagi ibu, aku tidak pernah hilang. Ibu sentiasa percaya bahawa Tuhan akan membawa aku kepangkuannya kembali.
    Tidur semalaman dikampung membuatkan aku terasa begitu hinanya menjadi aku. Betapa kecilnya sumbangan ku kepada orang tuaku, malah tiada se sen pun yang dapat ku hulurkan untuk membalas budi mereka. Barbanding adik adik ku aku hanyalah seekor biri biri hitam dalam rumah ini. Aku malu ... sangat malu.. malu dengan diri aku sendiri. Aku bersyukur kerana mereka semua dapat menerima aku kembali... tetapi dapatkah aku menerima diriku sendiri...??? Aku bersalah dengan semua orang..  sampai bila aku harus menanggung kesalahanku ini.
     Aku kembali meneruskan kehidupanku di rumah mertuaku. Tapi aku masih resah dan gelisah. Bayang bayang ibu masih menghantui aku. Oleh kerana kedaifan keluargaku maka aku tidak dapat untuk menjenguk kedua ibu bapaku sekerap mungkin.  Sampai satu ketika Ayah mertuaku meninggal dunia aku bagai kehilangan arah. Adik beradik isteriku bertindak menghalau aku dari tinggal lagi dirumah itu. Alasannya aku hanya pendatang yang tidak tahu asal usulnya dan tidak layak untuk mewarisi tanah peninggalan Bapa mertuaku. Oh rupa rupanya selama ini mereka hanya mahu aku tinggal disitu dan menjaga bapa mereka yang telah uzur itu.. Ya Allah ya Tuhanku.. Kenapa begitu payah sekali untukku memulakan penghidupanku yang baru...Walaupun aku keliru namun aku reda dengan keadaan itu.
     Aku pulang kekampung ibu semula. Kali ini Ego lelakiku aku pijak kelantai..Aku  meminta bantuan dari ayah untuk aku meneruskan hidup bersama isteriku. Ibu sentiasa memberikan sokongan untuk aku memulakan hidup baru. Adik adik lelakiku bersama iparku bersepakat untuk membelikan aku sebuah rumah kos rendah bersama sama dengan sebuah kereta kancil dan memberikan pekerjaan kepadaku. Pekerjaan yang sesuai dengan lelaki seusiaku. Dimana harus aku letakkan maruah diri serta keegoanku sebagai seorang abang ketika ini. Kalau dulu aku dibebani dengan kedaifan.. kini aku dibebani oleh satu keadaan serba salah yang tiada kesudahan. Adik adikku sangat menghormati aku sebagai abangnya yang sulung. Permintaannya kepadaku ialah abang janganlah abaikan ibu lagi.
     Janji dan sumpahku kepada adik adikku aku pegang erat dalam hidupku. Ibu tidak akan aku abaikan lagi. Kali ni dua tiga hari sekali aku jenguk Ibu di Kampung. Memandangkan adik adikku tinggal jauh di Kuala Lumpur maka segala kebajikan orang tuaku, aku yang bertanggungjawab keatasnya. Impian ku ingin berbakti kepada mereka sehingga nafas mereka yang terakhir. Aku sedar , walau sekuat mana pun usaha ku .. takkan berjaya sekiranya tiada restu dari ibu. Semakin jauh aku berlari meninggalkan Ibu semakin dekat wajahnya dalam ingatanku. Sudah berapa kali aku cuba memulakan hidupku yang baru.. tetapi setelah aku dekat dengan ibu barulah aku tenang. Aku sekarang bahagia dengan kehidupanku. Setiap hari aku memohon ampun dan meminta hidayah daripada Tuhan. Dan hampir setiap kali aku bersalaman dan mencium tangan ibu aku memohon ampun kepadanya. Bagiku dosa yang aku tanggung amat besar.. Kisah kisah silamku menghantui aku. Bagaimana aku hendak melupakannya.. kerana orang orang disekelilingku membuatkan aku merasa amat berdosa dan biasan dari kisah silam itulah yang terpancar kemukaku sendiri.
   Ya Allah Ya Tuhanku.. Begini jauh perjalanan yang harus aku lalui hanya untuk aku menilai kasih sayang seorang Ibu. Begitu berat beban yang harus aku pikul semata mata untukku dekat kembali kepadaMu. Sesungguhnya aku reda dengan apa yang telah Kau tentukan padaku. Aku bersyukur kerana Kau masih berikan aku waktu dan kesempatan untuk sujud dan bertaubat kepadamu. Aku bersyukur kerana aku masih berkesempatan untuk berbakti dan menebus kembali kesilapanku kepada ibu dan ayahku. Aku meminta kepadaMu.. Kau panjangkanlah usia kedua ibubapaku dalam keadaan iman dan kesejahteraan yang berkekalan. Amin.
  

Kisah ini ditulis untuk pengajaran. Adaptasi daripada kisah benar. Bukan haku tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2005 09:53 PM | Show all posts
sungguh sedih kisah benar nie...sesuai utk dijadikan tauladan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2005 05:04 PM | Show all posts
:cry: benar2 berlaku erk kisah ini?..
macam ni pun ada kat dunia ni yer..
sesuai utk tatapan remaja2 zaman sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2005 07:03 PM | Show all posts
sedih ar....

best la citer nih.. kisah benar ke?
sungguh menyayat hati..

dan bersyukur kerna masih diberikan pelunag untuk insaf....

tapi satu jer yg menjadi tanda tanya.. macam mana ngan anak dia yg kawin ngan cina muslim tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2005 03:26 AM | Show all posts
dia seharusnya bersyukur sbb diberikan peluang utk bertaubat & bertemu dgn keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 08:59 AM | Show all posts
bestnya cerita ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.071294 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list