CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26010|Reply: 158

PUTERI GUNUNG LEDANG MUZIKAL

[Copy link]
Post time 13-10-2005 01:25 PM | Show all posts |Read mode
...........a'kum
sapa tgk ntv7 area kol 12.00-1.00pm td?
pgl akan dimuzikalkan la..br je launching td
koreographer pat
music director roslan aziz
adlin aman ramli pun ada...
agak2 kowang best x muzikal dowang....ble jadi macam muzikal2 lain x?:hmm:

[ Last edited by juanalisa81 at 13-10-2005 01:28 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2005 09:52 AM | Show all posts
aku tgk MNN 6-30 pm semalam...

3 pelakon yg kompom berlakon : TIARA, ADLIN & ALEX KOMANG...

akan dipentaskan di ISTANA BUDAYA ,FEBRUARI 2006 sempena Bulan Kekasih katanya...valentine la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 09:55 AM | Show all posts
lagu tema dia yg student uitm nyanyi tu pun sedap gak, kan???
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 10:37 AM | Show all posts
ye ke ni?bung adlin pon jd belakon ke?
pesal aku blh termiss ni...

lambat lg tayang ek...nak kena pegi ni
adlin punye pasal.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by thelauncher at 14-10-2005 10:37 AM
ye ke ni?bung adlin pon jd belakon ke?
pesal aku blh termiss ni...

lambat lg tayang ek...nak kena pegi ni
adlin punye pasal.....


ha ah...tetap jadi SULTAN MELAKA...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 11:57 AM | Show all posts
sapa jd hang tuah?
aku terbayang beberapa scene dlm pgl yg takleh diadaptasi atas pentas istana budaya...hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2005 11:58 AM | Show all posts
last skali tiara perform kt istana budaya - teater siti zubaidah....org kata halim osmang belakon hampeh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2005 02:51 AM | Show all posts
mesti tonton....x penah tgk teater...apetah lagi teater muzikal..mesti besh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2005 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 14-10-2005 11:57 AM
sapa jd hang tuah?
aku terbayang beberapa scene dlm pgl yg takleh diadaptasi atas pentas istana budaya...hehe


ermm...contoh dier aper?? terbang2 ker? macam sorang wartawan tuh cakap,arap2 kali nie silat...betul2 silat,bukan kungfu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 02:27 PM | Show all posts
scene tiara tenggelam kat tempat lain, timbul tempat yang berbeza...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 04:53 PM | Show all posts
tak sangka Dick Lee tu pemes gak kat cni.
so, dick lee is the song writer & roslan aziz is the muzic director. judge SI ngan judge MI
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 10:09 AM | Show all posts
Laksamana Tuah pilihan Tiara Jacquelina
Oleh: WANDA IDRIS



AKSI Stephen-Rahman Hughes dan Tiara Jacquelina semasa latihan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.
--------------------------------------------------------------------------------



SETELAH berbulan-bulan mencari, akhirnya Puteri Gunung Ledang menemui Tuah yang dicari. Saat mata wartawan Malaysia bertentang dengan mata Hang Tuah itu, dan bertanya khabar, pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran.

Persoalan utama: Kenalkah dia dengan legenda Melayu yang menjadi kebanggaan kita itu.

Dan jawapan daripada empunya diri dalam loghat Inggerisnya yang pekat: "Sudah semestinya... saya telah mendengar nama itu sejak kecil.

"Saya masih ingat lagi, saya suka bermain lawan-lawan masa kecil dan mak saya selalu panggil, 'Hang Tuah... masuk!"

"Dan saya bertanya kepada mak, siapakah Hang Tuah itu dan dia menceritakan legenda Hang Tuah kepada saya," kata Stephen-Rahman Hughes yang akan memegang watak Hang Tuah dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Teater terbitan Enfiniti Productions itu akan dipentaskan di Istana Budaya pada Februari ini.

Menurut Stephen, dia telah membaca naskhah Hang Tuah. "Kini selepas ditawarkan membawakan wataknya, saya terasa lebih dekat lagi dengan legenda Melayu ini.

"Mak saya merupakan orang yang paling gembira apabila mendapat tahu saya mendapat tawaran ini," katanya. Dia berdarah kacukan Inggeris daripada sebelah bapa. Ibunya ialah seorang wanita Melayu yang berasal dari Pontian, Johor.

Timbul lagi persoalan, sejauh mana pengetahuannya tentang Tuah, watak yang bakal dibawanya untuk pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM)?

Lebih penting, mampukah dia bertutur bahasa Melayu dan bagaimana pula rentak tarinya menarikan tarian tradisional Malaysia?

Inilah jawapan Stephen. "Memang susah... baik bahasanya mahupun tariannya. Ia menuntut kesungguhan yang tinggi tapi saya yakin tiada apa yang mustahil untuk dilakukan,'' katanya.

"Membaca bahasa Melayu agak mudah tetapi menyebut perkataannya sukar. Saya perlu banyak belajar.

"Indah... memang bahasa Melayu itu indah dan saya merasainya ketika menyanyikan lagu tema PGLM, Keranamu Kekasih,'' tambah jejaka ini yang dilahirkan di Wales, United Kingdom.

Nyata, Tuah yang satu ini berbeza daripada pemegang watak Hang Tuah lain dalam drama dan filem Melayu sebelum ini. Stephen membawakan watak klasik Melayu tapi dia bukan Melayu tulen.

Malah wajahnya juga tidak membayangkan keMelayuan apalagi lambang pahlawan Melayu terbilang.

Orangnya kacak tapi raut wajahnya Inggeris pekat. Cuma sesekali terimbas wajah-wajah bintang Hindi seperti Aamir Khan atau John Abraham.

Tetapi kerana kekacakannya itu tidak hairanlah dia dipilih oleh Andrew Llyod Webber untuk menjadi hero pementasan teater muzikal Bombay Dreams yang menjadi hit di daerah teater terkenal West End di London tidak berapa lama dulu.

Dan sebenarnya pengalaman itu jugalah yang menjadi antara tarikan utama mengapa lelaki kacukan Inggeris-Melayu ini dipilih membawakan watak Tuah dalam PGLM.

Ia diakui sendiri oleh Puteri Gunung Ledang, Tiara Jacquelina saat berbual santai di Bilik VIP, Istana Budaya, Kuala Lumpur ketika menanti giliran menemu ramah Laksamana Tuah baru ini semalam. Tiara merupakan penerbit eksekutif PGLM.

Dalam interviu, Stephen yang mesra dipanggil Steve sesekali mengeluarkan dua tiga patah perkataan Melayu. Dia tenang menjawab soalan-soalan yang dilontarkan kepadanya.

"Saya menerima tawaran ini dan menganggapnya sebagai satu penghargaan.

"Melalui teater ini, saya dapat kembali mencari asal usul saya dan bagus juga kerana ia boleh membentuk semula bahasa ibunda saya,'' katanya.

Jejaka berbadan sasa yang tinggal di kota London itu menambah:

"Mungkin orang skeptikal terhadap watak Hang Tuah yang dibawakan oleh seorang lelaki Inggeris. Tapi di London, sebenarnya, saya lebih banyak ditawarkan membawakan watak orang Asia.

"Bagi saya, tiada had dalam teater sama ada bahasanya atau bangsanya. Dan saya juga tahu bahawa bukan satu kerja mudah untuk melakonkan watak itu dalam PGLM.

"Tetapi jika saya melepaskan peluang untuk membawa watak legenda Melayu itu yang menjadi ikon kesetiaan, ia akan merugikan saya,'' katanya sambil menambah dia tidak tidur malam memikirkan tentang Hang Tuah dan PGLM.

"Saya agak gementar tetapi dalam masa yang sama ia menerujakan saya. Itulah yang memberi motivasi kepada saya.

"Bukan mudah untuk membawakan Tuah. Saya telah menghadiri latihannya sejak dua minggu lepas dan saya tahu biarpun saya punya pengalaman luas dalam bidang pementasan teater muzikal, tapi naskhah yang satu ini memang sukar.

"Saya perlu bekerja keras berkali-kali ganda. Tapi saya enjoy. Yang penting saya perlu fokus,'' kata Stephen yang masih belum berpunya.

Bermula dengan tarian, Stephen kemudian menjadi koreografer, menyanyi dan kini berlakon. Transformasi dan pengalaman itu dianggap bakal membantunya menjayakan PGLM.

Tiara juga optimis dengan kemampuan hero barunya itu. Tiara yakin Stephen dapat bertutur dengan baik menjelang pementasan PGLM yang bakal berlangsung dari 7 Februari hingga 26 Februari ini.

"Kami bercakap Melayu dengannya. Melalui cara itu rasanya akan lebih mudah Stephen menguasai bahasa kita,'' kata Tiara.

Pat Ibrahim, koreografer PGLM, turut-hadir dalam temu bual itu bersama pengarahnya, Zahim Al-Bakri, dan penulis naskhah PGLM yang turut memegang peranan Sultan Melaka, Adlin Aman Ramlie.

Kata Pat: "Mungkin kerana dia mempunyai asas dalam bidang tarian dan berpengalaman sebagai koreografer, jadi tidak sukar untuk kami membentuknya. Cuma kadang-kadang pertanyaannya agak teknikal.

"Misalnya, dia tanya kalau gerakan begini, otot mana yang digunakan dan sebagainya. Jadi kita perlu peka. Stephen juga amat berminat dengan silat.''

Apabila melihat wajah Hang Tuah dari kota London ini, rasanya usaha Enfiniti Productions untuk membawa PGLM ke pentas antarabangsa pasti boleh membuka mata ramai orang terhadap kemampuan teater Malaysia.

"Dia rajin dan penuh semangat. Kala kita berhenti rehat, dia terus berlatih,'' kata Zahim mengenai keazaman Stephen-Rahman Hughes.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 11:21 AM | Show all posts
persoalan yg bermain di fikiran aku...bole ker stephen rahman ni ckp melayu... i mean cakap melayu yg takdak slang.. takan hang tuah ckp slang omputih lak kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by black_rose at 7-12-2005 11:21 AM
persoalan yg bermain di fikiran aku...bole ker stephen rahman ni ckp melayu... i mean cakap melayu yg takdak slang.. takan hang tuah ckp slang omputih lak kot


nampaknya cam tak boleh jer( pasal so far mamat ni nampaknye pelat) tapi tak tahuler if he can perfect the accent in 2 mths. aku wonder kenapa sampai nak kena panggil mamat ni plak. Is Tiara searching for new talent?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 11:29 AM | Show all posts


This is he....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 11:44 AM | Show all posts
stephen rahman ni kan yg dato farid suka panggil dlm karnival tv3 tu kan.. even masa nozie ngan aidid kawin dulu pon dia ada gak , nyanyi lagu apa tah time diorg potong kek...

tiara kempunan kot..tak dpt m nasir. hehehe.. so carik yg lagik muda and ensem dr mnasir hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2005 02:23 PM | Show all posts
pelik aku! dah xde lagi ke JANTAN MELAYU kat donia ni sampai nak amik mat saleh celup tu jadi HANG TUAH!

dia tak rasa bersalah ke memperkotak katek kan bangsa MELAYU hang tuah tu!

p/s : takkan melayu hilang di dunia... ! tau xper..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 02:27 PM | Show all posts
mcm dibuat main2 je taraf bangsa melayu tu! mcm la org melayu xde talent!

bangga sgt la dpt anugerah itu ini! tu yg pikir dia boleh buat apa dia suka!

nanti lepas ni aku calon kan dia utk anugerah 'actress melayu kemban sedonia!"
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by cikedee at 7-12-2005 02:27 PM
mcm dibuat main2 je taraf bangsa melayu tu! mcm la org melayu xde talent!

bangga sgt la dpt anugerah itu ini! tu yg pikir dia boleh buat apa dia suka!

nanti lepas ni aku calon kan dia utk anu ...



mmg ler tiara tak kisah pon... dia pon bukannye melayu pon..sudah lupa ker... hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by black_rose at 7-12-2005 02:36 PM



mmg ler tiara tak kisah pon... dia pon bukannye melayu pon..sudah lupa ker... hehe..


ye tak ye jugak ek!... he he lupe laks!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.088341 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list