CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4751|Reply: 25

‘Tiada istilah sibuk kerja, tiada masa untuk Fatima’ - Fattah Amin

[Copy link]
Post time 27-1-2025 01:58 PM | Show all posts |Read mode



Pelakon Fattah Amin menepis dakwaan segelintir pihak menuduhnya kurang meluangkan masa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya kerana mengutamakan kerjaya seni yang kini sedang meroket.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, dia tidak pernah mengabaikan kewajipan sebagai bapa walaupun jadual kerjanya  padat.

“Perkongsian Instagram baru-baru ini menunjukkan antara momen saya dapat berjumpa dengan Fatima tapi sudah tentu situasi tidak sama macam dulu.

“Kalau ada yang kata saya sibuk sehingga ketepikan Fatima, itu tidak benar. Jadual kerja saya sudah disusun awal dan tarikh melawat Fatima juga sudah dipersetujui. Dalam sebulan, saya dibenarkan melawat dan bermalam bersama Fatima beberapa kali.

  


“Saya sentiasa masukkan waktu melawat dan bermalam dengan Fatima dalam jadual saya. Tiada istilah saya sibuk dan tidak masa untuk Fatima,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran butik Amber di sini, semalam.

Berkongsi lanjut, Fattah menegaskan sentiasa menghubungi dan mencari masa untuk Fatimah kerana itu tanggungjawabnya sebagai bapa.

“Alhamdulillah saya dan Fazura sudah bersetuju dalam perjanjian sebelum ini, jadi saya dan Fatima dapat berjumpa.

“Sudah tentu sekarang saya tinggal berasingan dengan anak tetapi tanggungjawab sebagai ayah tetap ada dan memang mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama Fatima,” ujarnya.

Fattah turut menegaskan Fatima tetap memerlukan dirinya meskipun dia dan Fazura tidak lagi bersama.

“Kita kena faham situasi dan emosi anak kita, adakalanya mungkin dia mahu meluangkan masa dengan mommy dia. Walaupun mommy dan daddy tidak lagi bersama, dia tidak boleh rasa kehilangan.

“Saya tidak boleh salahkan situasi itu atau menghalang masa dia bersama mommy dia dan faham perkara itu.

“Kami ada berunding, macam ada masanya Fazura sibuk dan kadang-kadang dia mahu meluangkan masa dengan Fatima, jadi kita capai persefahaman tersebut.

“Fatima baru berusia empat tahun. Hanya ikut cakap apa yang dia faham. Dia pun kata sayang mommy dan daddy, jadi kita faham benda itu. Insya-Allah lama-kelamaan dia akan faham situasi sebenarnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fattah memaklumkan dia tidak dapat menahan sebak apabila Fatima mengakui pernah bermimpi dirinya disebabkan terlalu rindu.

“Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy.

“Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh,” jelasnya.

Baru-baru ini, Fattah mencuri tumpuan apabila memuat naik foto bersama Fatima dan meminta anak perempuannya itu untuk tidak bersedih kerana bertemu untuk tempoh singkat.

Dalam perkongsian foto tersebut turut kelihatan Fatima mencium pipi bapanya.

Terdahulu, Fattah dan Nur Fazura yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sah bercerai pada 7 Oktober lalu.

  


Sumber – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2025 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay abutah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Beria masing2 komen mengatur jadual hidup si Fattah terpaling tahu segala apa aktiviti orang tu buat. Dah sah2 member tu dah siap2 atur jadual sendiri, atur jadual nak jumpa anak ikut persetujuan kes hadhanah yg dah ditetapkan sebelum ni. Masalah dia satu je sekarang ni, anak tu yg xnak jumpa dia. Sebelum ni okay je anak tu nak je dengan ayah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 07:27 PM | Show all posts
Hensemnyeeee
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by esteryen at 27-1-2025 11:02 PM

bila baca artikel gini & cara jawab plus jawapan fattah sounds okay la pula ya. adoii sedih la pula part fatimah mimpikan daddy sebabkan terlalu rindu.. apalah perasaan fattah dan2 tgk clips yg fatimah ckp i dont love daddy anymore or dia pun faham ye la budak kan, tgh merajuk sbb rindu, x mean it pun.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah bapak ko pun sibuk nak berbini baru lagi dik. Terima jelah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2025 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku xrasa timah betul2 marah, xsyg lagi daddynya, timoh nk dipujuk...pmpuan kan suka dipujuk, rasa disayangi bila dipujuk.. weiii patah, gi pujuk anak kao...asyik nk digosip dgn retis pmpuan je kerjanya...taulah awak  tu hermes.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 05:21 AM | Show all posts
Dorang ok ok je. Takkan semua luar dalam nak bgtau kat sosial media kekdahnya. Yg sadisnya fanatik masing2 je berbalas jawab mcm la dpt beras dari depa 2 org tu

Rilex2 sudehhhhh...haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambil maklum. Terpaling suci
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kami ada berunding..so dia ok2 je la dgn faz..keledek je fitnah faz nk conquer sorang
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga lps badai berlalu, hati masing2 da sejuk boleh je la co parent helok2 bg satu dunia tgk dpn mata bg fans masing2 bertenang...letih aku duk bgasak je
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam sharnaz n nabila la jugak..mula2 bergaduh gak pasal anak waktu baru bercerai...lama2 baru ok..dua2 ambil turn coparenting.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 08:07 AM | Show all posts
aku tak faham kalau keledek kata fazz tak bagi patah jumpa anak.. kat mana dan bila pulak fazz buat macam tu?

lepas tu cakap fazz hasut anak cakap dont loves daddy, fazz brainwashed anak, fazz yang minta cerai so belalah anak elok elok tanpa dadyy

its so annoying bila makcik makcik keledek buat komen macam ni. dorg elok elok je kalau hal anak..

may be dorg bukan suami isteri yg bagus tapi they are trying to be parent yg baik tuk anak dorg
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 27-1-2025 07:27 PM
Hensemnyeeee

Tak hensem pon si juling ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 08:18 AM | Show all posts
read between the lines. heols dah menjwb dgn terang jelas yg heols x bizi. so bila timah ckp mcm tu, its a normal thing budak merajuk dgn parents. korang yg emo2 salahkan mak timah tu dah kenapa? aiyo, merentan serupa dah nak menopouse. pastu memasing emo tabur fitnah. iols sekolahkan pakcik yg bau2 tanah dah smlm kat thread dok tabur fitnah serupa dia xkan mati lah kekdahnya. terus dia delete komen. iols plak dh slmt ss. kahkahkah! giler senang kalau saman fitnah kat heols. saman sampai tggl spender. penat lah nak hadap fitnah x berkesudahan? x penat ke tabur fitnah? kasi lah chance mak dia cari duit dgn tenang. ingt senang ke jd single mom? semua benda nak kena fikir kot! yih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki tinggi ada rupa sikit ramai yg sokong
Mmg ex wife jadi nmpak malang betul
Klu mcm Shuk Shuib Ali Puteh mmg kena maki hamun forevahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 08:31 AM | Show all posts
artis lain pun cerai tapi fatah special sikit mengadu kat reporters kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu seperti kata netizen dia keje dgn company faz..skrng dia kena mandiri..
Sauk la jobs...sbb nya dia tau tanggungjawab dia beri nafkah anak
Skrng for sure dh lain kehidupan pasti tak sama cm masa dlm alam perkhawinan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 08:45 AM | Show all posts
kakasotong2 replied at 27-1-2025 02:09 PM
Beria masing2 komen mengatur jadual hidup si Fattah terpaling tahu segala apa aktiviti orang tu buat ...

ye betol.timoh yg slh.kalau tak timoh yg salah.maknya timoh yg salah





Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Penghafal surah al mulk tak pernah salah. Elok je faz bg hak bermalam beberapa kali sebulan. Tp nurtizen buta membaca
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.073816 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list