CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8632|Reply: 65

MINGGU NI MINGGU EXAM.. CAMNE PERSEDIAAN ANAK2?

[Copy link]
Post time 18-5-2006 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Hmmmm.... pening kepala coach anak nak exam ni...anak yang nak periksa.. saya yang susah hati.. ajar banyak kali pun.. susahnya nak melekat kat kepala anak2 ni.. nak hantar tuisyen rasanya awal lagi.. masih boleh kita sendiri coach... bila coach sendiri tu yang rasa nak jatuh jantung menahan sabar.. kalau marah.. tarik muka.. terus tak nak belajar... waddddduuuuuuuhhhh...

Tiap kali cek buku sekolah anak2 ni.. mesti mulut ni mengomel2... ada page yang terkoyaklah... kerja tak siaplah... berlubang lah...ni dah tahun dua.. masa tahun satu hari tu lagi teruk... buku hilanglah..

Anak saya ni mesti kene perati.. kalau dibarkan... rasanya berderetlah merah buku laporan.... ada idea tak nak tanamkan minat belajar kat anak2 ni ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2006 07:12 AM | Show all posts
Originally posted by braun at 18-5-2006 09:59 PM
Hmmmm.... pening kepala coach anak nak exam ni...anak yang nak periksa.. saya yang susah hati.. ajar banyak kali pun.. susahnya nak melekat kat kepala anak2 ni.. nak hantar tuisyen rasanya awal lag ...



hi braun,

juju pun nak share gak coz anak sulung juju baru Darjah Satu....sekolah dia ada buat exam nak tentukan kelas before mid exam nie...alhamdulillah anak juju dpt skor 60/60...so masuk le kelas budak2 yg dah boleh membaca ....

yang naik angin juju....check2 home work ada tanda question mark...especially subject BM....dia ada 4 buku kerja ...yang kena tulis balik...lebih kepada penulisan rasanya.....bila tanya kenapa tak buat....tahu apa dia jawab....macam budak2 le .--------> refer sekolah tadika.....buat benda yg sama...dulu kan dah belajar....

tapi juju mmg jenis tak force anak2 sangat...yg sulung mmg malas sikit ....tapi kat sekolah alhamdulillah tengok penumpuan belajar lebih...anak no 2 tak yah disuruh...dia tahu nak buat homework.....

sekarang nak bagi minat belajar...juju selalu belikan buku2...bacakan buku2 tu untuk diorg...on top of that belikan educational CD...which budak2 sekarang dah pandai guna PC...so this one of the attraction.

yg penting....tiap2 hari kena check beg sekolah diorg....macam2 benda jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 11:59 AM | Show all posts
aiyaaaa... dng anak2 sekarang, hari2 kena duduk dengan diaorang! boleh buat my blood go upstairs you knoww.....:geram::geram:


kami dah start sitting together and going thru the subjects with them since last year... oklah budak2 ni kalau ada parents sebelah yg guide, they do better la skit...



:pray::pray::pray: semuga allah selamatkan my blood pressure:nerd::nerd::nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 12:05 PM | Show all posts
memang normal kot kan....anak-anak nak periksa, parents yang gelabah lebih.
Anak sempoi je....:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 04:16 PM | Show all posts
anak achu exam minggu depan.. sekolah kebangsaan & sekolah agama sekali..
sian la pulak dia org kena pulun abis-abisan...

so dah 2 minggu ni dok dengan dia org buat latihan & soal menyoal..
suh hafal sifir dan buat soalan suh jwp..

memang pening & naik darah la kita ibu2 ni jadinye..

cuma achu ckp, kalo nak suh amik report card kat sekolah..
jgn bagi malu kat mak bapak.. so cuba la score..
harapan sbg ibubapa nak tgk anak cemerlang memang ada..
tapi biar la ikut kemampuan dia org..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 05:02 PM | Show all posts
hehe
tu ari ada lah mintak pendapat abang ramli ms pasal isu nih
since dia ada 2 anak dan dia pun duda
tapi saya nak tahu gak
apa peranan yang dia mainkan
dlm cara mendidik anak dan monitor pelajaran anak2
since dia jauh lebih tua dari kita semua, so saya anggap itu nasihat yang baik;

1.  jgn paksa anak, tapi kita motivate, kita galak dan kita monitor perkembangan dorang
2.  kita sedar dari masa ke semasa, akan ada ramai lagi murid yang akan lebih pandai dari anak kita, so kita beri kata peransang dan semangat, serta tunjukkan kita jugak mcm belajar seumpama dorang
3.  kalau kita bertegas tak bertempat, dia ckp nanti anak main wayang dgn kita. dpn kita dia mcm baik, tekun tapi belakang
     kita anak tunjuk belang. nanti apa2 jadik, kita tak pecaya anak kita yang buat since kita pecaya anak kita baik dan tak
    buat mcm tuh

itu lah lebih kurang dia pesan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2006 05:35 PM | Show all posts
mungkin tips nih berguna tuk semua;

Cara Mudah Belajar
09 March 2006

  
Bosan Membaca?

Sikap jemu dan bosan dapat diatasi dengan melukis atau membuat lakaran apa yang anda pelajari. Anda boleh melakar dalam bentuk lukisan dan membuat sedikit nota di tepi lakaran anda itu. Sudah tentu anda lebih berminat dengan apa yang dibaca. Anda juga boleh melukis dalam bentuk gambar rajah grafik supaya dapat menyumbang untuk anda lebih memahami apa yang dipelajari.

Jika jemu membaca secara berseorangan anda boleh mengubah situasi ini dengan mewujudkan kumpulan belajar. Dengan kaedah yang berlainan ini mungkin mampu mengatasi kebosanan walaupun dalam jangka waktu yang singkat. Kumpulan belajar ini boleh diadakan di sekolah ataupun di luar sekolah. Dengan cara ini, pertukaran dan percambahan pendapat dapat dikongsi bersama dalam satu kumpulan itu melalui sesi perbincangan yang diadakan. Sudah tentu ia lebih menyeronokkan. Sekiranya timbul pertentangan pendapat, rujuklah buku rujukan bagi mengatasi masalah ini.

Akademik Ataupun Kokurikulum?

Persoalan ini sering timbul di kalangan remaja. Ada remaja yang aktif dalam kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan tetapi kurang menyerlah dalam akademik. Ada pula remaja ulat buku yang hanya bergaul dengan dunia buku, jurnal dan perpustakaan. Tiada masa untuk menyertai aktiviti kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti anjuran sekolah ataupun universiti. Ini menunjukkan tiada keseimbangan dalam mengurus masa.

Realitinya kedua-dua bidang ini penting kepada remaja. Remaja perlu bijak menguruskan masa kedua-dua bidang ini supaya dapat diterajui dengan cemerlang. Bagi si ulat buku, bakat dalam diri anda perlu diasah. Bukan hanya sekadar bergelumang dengan akademik. Anda perlu mempelajari dunia bersosial secara positif.

Bagi yang hanya aktif dalam kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan, mereka perlu kembali kepada tujuan asal anda dihantar belajar oleh kedua ibu bapa. Jangan sampai kokurikulum lebih gah dan berjaya sebaliknya pelajaran terabai.

Pelajaran adalah fokus yang perlu diutamakan. Aktiviti luar yang disertai pula adalah tiket untuk anda memajukan diri. Pikullah kedua-duanya sekali. Jangan sampai salah satu daripadanya tercicir.

Ikut Jadual yang Dibina

Memang mudah merancang aktiviti pembelajaran. Lepas makan, belajar. Selepas itu rehat sekejap. Kemudian sambung belajar balik. Nampak mudah sahaja. Hakikatnya, ia begitu sukar dilaksanakan.

1. Bagaimana mengikuti jadual yang dibina?
2. Bagaimana corak pembelajarannya?

Beberapa tip berikut dapat dipraktikkan bagi merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran, iaitu:

1.Pastikan anda belajar setiap malam. Menuntut ilmu mestilah berterusan. Menurut perspektif Islam, Tuhan sukakan orang yang sentiasa istiqamah dalam amalan harian. Tetapkan, setiap malam anda perlu belajar selama 3 jam. Anda mungkin boleh tidur dahulu. Kemudian bangun tengah malam ataupun menjelang subuh untuk belajar.
2. Semasa sesi pembelajaran, tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang dipelajari. Fokuskan sepenuh fikiran dan tumpuan anda. Pastikan tiada gangguan luaran seperti panggilan telefon, gangguan TV dan gangguan dari rakan-rakan. Anda hanya dapat melaksanakan semua ini jika anda benar-benar ikhlas ataupun kesedaran sendiri dan tiada paksaan dari sesiapa. Jika tidak, mungkin anda akan tertidur ataupun berkhayal.
3. Jangan buat kerja separuh hati atau sambil lewa. Ingat, apabila anda membuat sesuatu tanamkan sifat dan semangat serta kesungguhan mahu membuat yang terbaik. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kepuasan yang tidak terhingga mengiringi kejayaan dan kesempurnaan yang dikecapi; sebaliknya sekiranya hasil kurang memberangsangkan, terimalah ia dengan positif, sekurang-kurangnya anda menang dalam persembahan walaupun kurang bernasib dalam pencapaian.
4. Dalam belajar, dua kemungkinan boleh berlaku iaitu:
a. Anda letih
b. Anda malas dan bosan


........bersambung...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 05:36 PM | Show all posts
.......sambungan.......


Jika anda letih, rehatkan diri anda selama 10 minit. Minum air masak dan tarik nafas dalam-dalam. Rehatkan minda anda, tenangkan fikiran. Buat sedikit senaman ringan.

Namun jika anda mula rasa malas dan bosan, motivasikan diri anda. Juruskan fikiran dan bayangan anda kepada kejayaan pelajar-pelajar cemerlang sebelum ini yang menjadi idola anda. Ia boleh mencetuskan kembali semangat dan minat belajar. Bayangkan kejayaan yang bakal diperoleh. Kemudian teruskan belajar dengan penuh semangat.

3. Pastikan pembelajaran melibatkan semua mata pelajaran. Dahulukan mata pelajaran yang sukar. Lebihkan sedikit peruntukan masa dan tumpuan untuk mata pelajaran yang sukar ini.

Jadikan Belajar Satu Agenda Wajib

Ada pepatah mengatakan tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Di sini dapat dilihat betapa pentingnya ilmu. Ia pencetus pembangunan, teknologi dan ketamadunan. Bagaimana hendak mendapatkan ilmu? Sudah tentulah dengan belajar. Anda perlu menjadikan belajar itu sebagai rutin harian sebagaimana anda jadikan makan, minum dan tidur itu satu keperluan.

Sekiranya kebiasaan ini dipupuk dan dibina dalam diri, sudah tentu anda tidak menghadapi masalah dalam pembelajaran formal ataupun tidak formal. Bagi memupuk sikap kebiasaan belajar pada peringkat permulaan sudah tentu agak sukar. Jadi, pada awalnya anda boleh mengingatkan diri anda dengan jam loceng yang menjadi sahabat baik anda di permulaan belajar. Ia mungkin tidak menjadi keperluan lagi selepas proses ini menjadi rutin harian anda. Bagi memudahkan belajar, pastikan meja belajar anda tersusun rapi dan bersih. Subjek yang hendak diulang kaji berserta bahan rujukannya tersedia dengan lengkap di atas meja. Sudah tentu ia lebih memudahkan anda. Anda tidak perlu membuang masa untuk mencari-cari bahan rujukan itu apabila tiba masa ia diperlukan. Sebaliknya anda boleh terus mengulang kaji. Ini adalah salah satu pencetus kepada minat anda untuk belajar.

Kemudahan Elektronik Untuk Belajar

Zaman semakin canggih. Berbagai-bagai alat elektronik yang dicipta bagi memudahkan manusia. Masa dirasakan semakin pendek, bergerak semakin pantas meninggalkan kita. Kalau dahulu ibu bapa anda menaip menggunakan mesin taip, tetapi sekarang kerja itu menjadi lebih mudah dengan adanya komputer. Anda perlu menguasai dan mampu memanfaatkan setiap teknologi canggih yang dicipta.

Bagi memudahkan proses mengingat, anda boleh menggunakan pita rakaman. Rakam apa yang diajar oleh pengajar anda di dewan kuliah. Anda boleh mendengar kembali hasil rakaman itu pada bila-bila masa. Sama ada sebelum tidur, sementara menunggu rakan ataupun sambil berjalan kaki ketika menuju ke suatu destinasi. Apabila anda mendengar berulang kali, sudah tentu mudah untuk anda mengingati apa yang diajarkan. Malah anda boleh mengesan topik yang diberi penekanan melalui nada suara pengajar anda.

Selain itu, kemudahan seperti internet banyak membantu sekiranya anda pandai memanfaatkannya. Banyak maklumat dan soalan akademik boleh diperoleh di dalamnya. Anda tidak perlu bersusah payah mencari maklumat di merata tempat, semuanya boleh didapati dalam laman web yang ditetapkan. Walaupun anda seorang yang sibuk, anda masih mampu mengetahui isu-isu semasa. Banyak maklumat terkini yang boleh didapati. Tetapi, anda perlu peka dengan setiap maklumat. Jangan sampai anda menerima maklumat yang salah dan belum tentu kesahihannya.

Anda Perlukan Kumpulan Belajar

Setiap hari anda bertungkus lumus belajar. Semua orang mengatakan anda seorang ulat buku yang rajin dan kuat belajar. Tetapi hasilnya masih tidak berbaloi. Kadang-kadang anda tidak menang tangan untuk menghabiskan semua bahan bacaan. Kenapa perlu merumitkan keadaan? Anda boleh belajar secara berkumpulan. Lebih mudah, cepat dan hasilnya lebih memberangsangkan.

Kumpulan belajar atau lebih dikenali sebagai study group sebenarnya banyak membantu sekiranya dijalankan secara berdisiplin. Jangan jadikan study group anda sebagai satu kumpulan yang hanya berbual kosong. Kumpulan yang dibentuk janganlah terlalu besar bilangan ahlinya. Ini mengelakkan pembaziran masa. Ini kerana, ramai orang, banyak pula ragamnya. Jadi pilihlah kumpulan belajar yang bersesuaian dengan diri anda.

Jika anda belajar secara bersendirian, sudah tentu anda hanya melihat satu masalah dalam satu sudut sahaja. Tetapi jika berada dalam satu kumpulan belajar, masalah itu dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Ingat, banyak buah fikiran lebih memudahkan kerja. Setiap orang mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Hasil perbincangan dalam kumpulan itu sudah tentu menguntungkan. Pengetahuan sedia ada dapat dikongsi bersama.

Bagi mencari bahan rujukan ataupun soalan-soalan penting, pengagihan kepada kumpulan belajar lebih memudahkan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Apabila semua orang mencari serba sedikit, kemudian digabungkan sudah tentu ia menjimatkan masa. Masa yang ada boleh dimanfaatkan untuk berbincang dan berkongsi idea.

Ahli kumpulan belajar yang baik sentiasa mengingatkan rakan-rakannya yang lalai dan terleka. Manusia biasanya ada hari yang sarat dengan semangat, namun kadang-kadang dibuai rasa malas. Oleh itu, dengan adanya kumpulan belajar, anda boleh saling nasihat-menasihati. Kumpulan belajar anda boleh dijadikan satu motivasi kepada anda. Semangat persaingan sihat boleh dibentuk untuk berjaya.

Bantulah Diri Anda

Pernahkah anda keluar dari bilik kuliah dalam keadaan tidak faham langsung apa yang dipelajari? Pernahkah anda berasa cemas apabila terdengar rakan-rakan anda membincangkan sesuatu topik yang anda tidak tahu langsung mengenainya? Adakah anda hanya menulis setiap apa yang ditulis oleh pengajar, tanpa memahami isi kandungannya? Selalu cemas apabila guru atau pensyarah menyoal di dalam kelas?

Situasi-situasi di atas menunjukkan anda sebenarnya memerlukan bantuan awal. Siapa yang perlu membantu anda? Pertama sekali sudah tentulah diri anda sendiri. Ingat, apabila anda menyedari situasi seperti tadi anda perlu bertindak segera. Tiada masa untuk berlengah-lengah. Terdapat beberapa bentuk bantuan yang perlu diberikan kepada diri anda sendiri.

1. Kenal pasti topik yang menjadi masalah anda, baca dan cuba fahami topik itu.
2. Anda perlu bertindak segera tanpa menunggu lebih lama dengan bertanya kepada rakan yang lebih arif berkenaan topik itu.
3. Banyakkan latihan. Apabila berlaku kekeliruan anda perlu bertanya. Jangan malu untuk bertanya. Malu bertanya, sesat jalan.
4. Perbincangan dan perkongsian mampu memecahkan kebuntuan. Ia juga menambahkan minat terhadap apa yang dipelajari.

Guru dan pensyarah sentiasa bersedia menerima kehadiran anda. Luangkan sedikit masa untuk bertemu mereka. Dapatkan penjelasan mengenai topik-topik yang menjadi kekeliruan anda. Sebelum berjumpa dengan pengajar anda, sediakan soalan-soalan yang ingin diutarakan. Kemudian tunjukkan kesungguhan anda dalam memahami topik itu. Sudah tentu guru ataupun pensyarah akan membantu kerana kesungguhan anda.

Mengimpikan kejayaan, pastinya memerlukan pengorbanan. Bagi mencapai impian, anda tidak dihamparkan dengan permaidani merah. Sebaliknya, pelbagai halangan demi halangan perlu ditempuhi. Kemudian barulah terasa betapa manisnya sebuah kejayaan. Tiada istilah putus asa dalam pengorbanan. Jika anda berputus asa, tiada hasil yang diperoleh, sebaliknya anda hanya membuang masa.

Membentuk Tumpuan

Cuba anda bayangkan bagaimana seorang ahli karate mampu memecahkan beberapa tingkat batu bata dengan hanya menggunakan tangannya. Sudah tentu dia memfokuskan sepenuh perhatian kepada batu bata itu. Perhatiannya hanya kepada batu-batu itu. Bukan kepada kemampuan tangannya. Jadi matlamatnya tidak mungkin tersasar. Apabila tumpuan sepenuhnya wujud, seluruh kekuatan dikumpulkan di tangan. Batu-bata itu dapat dipecahkan dengan mudah. Begitulah kepentingan tumpuan fikiran kepada sesuatu perkara yang dilakukan.

Begitu juga dalam melakukan setiap tugas. Kalau belajar, belajar betul-betul. Kalau bermain, main betul-betul. Kalau beribadat, beribadat betul-betul. Berikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada apa yang dilakukan. Jangan mencampuradukkan setiap urusan dalam satu masa. Apabila tumpuan anda terganggu, sudah tentu ia turut mengganggu tugasan yang sedang dibuat. Anda perlu kuat semangat bagi menepis semua halangan dan permasalahan yang dihadapi. Dengan itu barulah matlamat yang anda impikan mencapai kejayaan.

Semua orang boleh membentuk penumpuan yang tinggi. Hanya dengan latihan anda mampu melakukannya. Peristiwa seorang gadis India yang mampu menarik kapal terbang dengan rambutnya begitu menakjubkan. Gadis itu berjaya memberikan sepenuh perhatian matlamat dan sasarannya. Tiada ilmu sihir yang digunakan. Sebaliknya tumpuan fikiran yang hanya memfokuskan pada matlamat dan sasaran.

Tidak semua orang mampu membentuk tumpuan fikiran dengan mudah. Gangguan persekitaran dan diri sendiri sering menjadi halangan. Oleh itu, anda perlu sentiasa bermotivasi dalam memberi dorongan bagi mengatasi segala halangan yang ditempuhi. Ungkapkan kata-kata semangat kepada diri sendiri seperti, 慳ku boleh melakukannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2006 05:36 PM | Show all posts
........sambungan...........


Persediaan Ulang Kaji Mengikut Konsep Islam

Bersesuaian dengan tuntutan Islam sebelum memulakan sesuatu proses pembelajaran, beberapa langkah boleh diikuti bagi mempermudahkan urusan ulang kaji anda secara lebih berkesan. Sebelum memulakan ulang kaji, luangkan sedikit masa anda dengan menunaikan solat taubat dan solat hajat. Mohonlah supaya dipermudahkan segala apa yang dipelajari. Hanya kepada Tuhan sahaja tempat anda bergantung. Dialah yang memberi dan menarik nikmat yang ada pada diri kita.

Solat taubat yang dilakukan dengan ikhlas mampu membersihkan hati dan diri kita daripada dosa. Anda perlu dalam keadaan bersih dari dosa dan noda semasa memohon sesuatu dari Tuhan. Selepas itu berdoalah dengan penuh khusyuk kepadanya. Mintalah apa yang anda mahukan. Dengan izin Tuhan diperkenankan doa itu selagi niat anda ikhlas. Cuma masa yang menentukan, sama ada permintaan anda itu diperkenankan dalam masa yang singkat ataupun lambat. Semua ini mempunyai hikmah di sebaliknya.

Kemudian mulakan sesi pembelajaran anda dengan bacaan doa penerang hati. Semoga nur atau cahaya dari ilmu itu mudah menyerap masuk ke dalam diri anda seterusnya memudahkan anda memahami apa yang dipelajari. Jika anda kepenatan, rehatkanlah diri anda serta banyakkan berzikir. Ia memberikan ketenangan kepada anda dalam belajar. Bangun dari tempat belajar anda dan lihatlah pemandangan alam yang terbentang luas. Anda bukan sahaja mencuci mata yang kepenatan, tetapi juga melihat kebesaran Tuhan dengan penuh kesyukuran. Kemudian sambung belajar kembali.

Akhiri sesi ulang kaji anda dengan bacaan doa supaya segala yang dibaca mudah difahami dan diingati seterusnya dapat diamalkan untuk memberi manfaat kepada semua orang. Terapkan amalan ini dalam hidup anda, dengan izin Tuhan ia membentuk anda menjadi lebih berdisiplin dalam memburu kejayaan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 09:21 AM | Show all posts
walaupun anak acun baru 5 tahun....dia pun ada mid terms exam...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 19-5-2006 12:05 PM
memang normal kot kan....anak-anak nak periksa, parents yang gelabah lebih.
Anak sempoi je....:geram:



Anak2 Maksuu punyer pun gitu, tak ada perasaan langsunglah bebudak ni, kalau kecik lagi takpe ni dah boleh jadi bapak orang dah. :geram::geram: tapi Maksuu tak nak dia jadik bapak orang lagi.Tensionnnn.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 12:38 PM | Show all posts
Norsha as a teacher pun pening pala nak advice anak sendiri bila time exam..zaman sekarang, too many disctraction available, tu yg payah..tu 1 obstacle.
2nd obstacle pulak...time pegang buku, mata pun berat jerr...time pegang pc game, tak pulak mata kuyu..susah betul nak cakap..takkan as a mom kita nak halang kalau dia cakap, ngantuk laa sgt2 mummy...mmg rasa nak cekik2 dia,..tapi takkan nak halang kalau dia cakap dia penat...ishh..
So..last2..buat laa apa yg dia termampu...yg Norsha rasa, minat anak2 takleh dipaksa..kalau takde minat, semua mende takleh jadi...so, yg penting kita nak kena bagi dia minat tapi bukan paksa dia minat...
Cam my doter, dia minat science, so..science's mark turn out okay..dia tak minat BM n Maths, so...markah untuk both subjects nye jgn la harapkan A..jauh paggang dari api..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 10:05 AM | Show all posts
Untuk menjadi ibu yang baik dan agar anak kita baik, kita bersabar jelah, berdoa dan tawakal. Insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 11:22 AM | Show all posts
anak me pn exam minggu ni.. start frm today..
w/p dia br 6 yrs n 5 yrs.. tp mak bapak mana tak gisauu..
puas ngajo.. weekend br ni..
baru ngajo anak 2 org.. lom lg jdk cikgu sekolah.. mahu sakit tekak.. sakit kepala..  :geram:

ermm sabar2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by braun at 18-5-2006 09:59 PM
Hmmmm.... pening kepala coach anak nak exam ni...anak yang nak periksa.. saya yang susah hati.. ajar banyak kali pun.. susahnya nak melekat kat kepala anak2 ni.. nak hantar tuisyen rasanya awal lag ...


samalah kita. ank yg nak periksa kita yg gelabah tak tido mlm. ish ish... anak orait lg ler.. soh belajar dia takmo. dia nak belajar mende yg dia suka je. susah ati tol.. sib baik baru kindy...kalau tidak tak tau le camne..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 02:22 PM | Show all posts
Alhamdulillah.. berkat usaha coach anak... anak sy baru call... spelling dapat 100%. Harap2 dia lebih bermotivasi untuk dpt keputusan yang cemerlang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2006 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by mamaorait at 22-5-2006 11:50 AM


samalah kita. ank yg nak periksa kita yg gelabah tak tido mlm. ish ish... anak orait lg ler.. soh belajar dia takmo. dia nak belajar mende yg dia suka je. susah ati tol.. sib baik baru kindy... ...


kita senasib ler.. :bgrin: . luckily dah settle 2 weeks ago. last saturday dah ada party utk amik report card..seronok tgk ada handycraft dan performance tuk mother's day.. btw.. Alhamdullillah..lega ati tgk semua biru..tp seblum tuh sabar jerlah nak suruh dia tgk buku..ada ajer alasannya..ngantuk la..nak tido laa.. sakit mata laa.. dan dan tuh nak makan laa.. pastu kita ngajar tak nak dgr plak tuh :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 02:35 PM | Show all posts
nice info syd.....


anak2 i pun ngah exam mid term nih....well cam biasalah....
ayah tak ada di sisi nih...so nak suntik motivasi....mama dia suh ayah beri kata2 hikmat via sms kat anak2 dia.....hehehehe....dan arini g sit for exam seme senyum lebar......

tepon tadi tanya hows d exam, memasing seme confident ajerk...ontalah....hikhik....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 03:20 PM | Show all posts
yup, me toooo!!!! fenin nak fikir anak exam nie!! tp dorang tu selambe je mcm takde ape tp kita pulak yg gabra!!:geram: suruh baca buku malas nyeeee :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 07:47 PM | Show all posts
dari dulu dewi lebih suka ambik approach yg bersahaja dan relax bila coach anak2 belajar ni... kecuali masa ambil UPSR dan PMR jer dewi hantar tuition. time lain dewi ajar sendiri.

dewi dapati anak2 dewi boleh paham lebih kalau dewi ajar dia guna logik thinking. contoh la last week anak dewi yg from 1 tu cakap cikgu dia soh buat latihan interger.. ni campur tolak nombor2 yg ada -ve.

so dewi terangkan jer 1ve tu macam hutan. +ve tu apa yg kita ada. bila dia dah paham konsep tu senang jer dia buat latihan tu.

subjek apa pun kalau leh apply logik mmg anak2 dewi mudah paham. dewi stress kan pemahaman dari hafalan .. jadi bila soalan tu di putarbelitkan pun dia boleh handle.

kakak dia kata dia tak paham subjek sejarah.. dia tak minat. dewi cakap jer.. sejarah tu macam cerita tapi kisah benar. kakak kena baca buku tu macam buku cerita cuma dia kena  ingat details2 macam tarikh ,tempat dan nama org yg penting.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051766 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list