Mr.Forensics This user has been deleted
|
FIREFOX EXTENSION/TIPS/TRICKS/INFO
Berkenalan dengan extension Firefox
Firefox merupakan sebuah browser basic yang cukup best dan powerful.Ketika kita mula-mula mendownload firefox,kita akan terkejut melihat user interface yang sangat buruk dan seperti sudah ketinggalan zaman.Tapi pedulikan itu semua.Ada banyak skin Firefox yang dipanggil theme boleh didownload untuk memenuhi hasrat anda.
Apa yang membuatkan ia seronok untuk dipakai ialah:kepelbagaian fungsinya yang sedia didownload mengikut kemahuan penggunanya.Kini segalanya boleh dilakukan tanpa perlu membuka program external atau perisian tambahan,kerana kebanyakan extension wujud untuk memudahkan kerja dilakukan hanya dari Firefox anda sahaja!You want it,go download it.Kalau tanak byk fungsi strip your firefox down.
Review aku tulis ini merupakan extension firefox yang aku pakai atau yang berguna menurut pandangan aku sahaja.Kepada mereka yang masih belum menggunakan Firefox,gunakan sekarang!!!Ya!Sekarang!Muahahaha..
------------------------------------------------------------------------------------
CARA-CARA INSTALL EXTENSION DARI THREAD NI:
1.Klik macam biasa kat link extension.
2.Kalau window extension muncul,klik install.
3.Kalau window extension tak muncul,save extension ini kat mana2 dulu,
4.Then bukak window extension kat Tools/>Extension
5.Drag extension file masuk dlm window.
6.Restart Firefox setiap kali Install Extension.
---------------------------------------------------------
1.Restart Firefox
Firefox datang tanpa fungsi restart,padahal perkara utama yang perlu dan penting untuk firefox mengupdate extension yang didownload adalah dengan cara restart.Restart adalah fungsi yang tidak mungkin didapati pada mana-mana browser sekalipun,sebab anda boleh tekan butang 'close' dan klik semula pada ikon browser anda.Tapi sebab cara ini membolehkan anda buat kerja dengan lebih mudah,tidak ada salahnya untuk guna extension ini.
Setelah anda download,ya,anda terpaksa klik butang close dan buka program browser anda sekali lagi.Kini pilihan restart boleh didapati di bawah tab File.
Download terus dari addon.mozilla.org
klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... _firefox-0.3-fx.xpi
---------------------------------------------------------
2.Nightly Tester Tool
Satu masalah kecil dengan extension firefox ialah apabila pemaju extension ini kerap mengupdate extension mereka sehingga tidak compatible dengan versi firefox anda.Ini menyebabkan firefox tidak akan menerimapakai extension tersebut untuk digunakan,anda mungkin sakit hati.Perkara ini juga berlaku kalau anda terjumpa extension yang best,tapi ianya sudah tidak dimajukan lagi dan terhenti pada firefox versi sekian-sekian.
Untuk melepasi had yang firefox kenakan ini,anda boleh cuba download Nightly Tester Tool.Ia akan override semua versi extension dan buat extension itu compatible dengan versi firefox anda.
Setelah mendownload extension ini,anda akan dapati kotak interface extension anda akan wujud satu checkbox padanya,iaitu 'Make Extension Compatible With All Firefox Version'.Setiap kali anda fikir extension tersebut tidak melepasi versi FF anda,klik checkbox ini dan install.Sekarang semua extension telah melepasi sekatan ini.
Download terus dari addon.mozilla.org
klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... ols-1.0.4-fx+tb.xpi
-----------------------------------------------------------
3.IE View
Adakah kebanyakan webpage dibina berdasarkan apa yang dilihat dan dihandle oleh internet explorer?Jika pandangan ini tepat,sedikit sebanyak pasti akan memberikan effect pada webpage itu jika dilihat dari sudut browser FF.FF merupakan browser yang memaparkan webpage dengan caranya sendiri,mungkin saja bertepatan dengan cara IE atau mungkin tidak.Setiap binaan browser adalah berlainan.
Anda mungkin terkejut melihat sesetengah ciri yang ada pada website tidak berfungsi dengan baik di FF.Mungkin.Jika ini berlaku,anda terpaksa buat 2 3 langkah untuk buka IE,copy paste URL website yang hendak dilihat seterusnya tunggu page untuk load...
Dengan extension IE view,anda tidak perlu buat kerja 2 3 kali.Klik kanan pada link yang anda ingin buka melalui IE,pilih Open Link Using IE.
Download terus dari addon.mozilla.org
klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... iew-1.2.7-fx+mz.xpi
--------------------------------------------------------------
4.Tab Mix Plus
Melayari website menggunakan firefox lebih mudah dengan adanya tab,anda tidak perlu buka banyak windows dan menyesakkan taskbar anda.Sekarang kebanyakan browser muncul dengan fungsi tabbing.Firefox mempunyai ciri tabbing yang baik.Sekarang kebanyakan browser sudah memiliki ciri ini.Untuk customize tab pada firefox pergi klik menu Tools>Option>Tab.Ini sudah cukup sebenarnya.
Tapi jika anda masih tidak puas hati dengan kompleksiti dan usability tab anda,gunakan Tab Mix Plus.Anda akan dapati sejumlah besar fungsi yang berguna melalui exension ini.Ia membolehkan anda tutup,duplicate,kunci,merge,highlight dan save keadaan dan jumlah tab anda jika tiba2 saja,katakan,anda tertutup browser anda.Crash recovery akan recover semula tab yang tertutup beserta dengan posisi scroll dan history tab yang telah anda tutup.Banyak lagi le,penat lak nak citer muahaha..
Download terus dari addon.mozilla.org
klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... plus-0.3.0.5-fx.xpi
-------------------------------------------------------------
5.AdBlock
Page anda lambat loading disebabkan oleh segala mak nenek banner yang bersaiz besar?Adakah anda benci melihat banner dan image yang buat anda menyampah dan naik heran akan kenapa perlu wujud gambar kat situ?Jangan tolerate dengan banner-banner yang tak perlu ini.
Ia melambatkan.
Adblock datang dengan sejumlah besar banner dan template image yang semua orang mmg cuba hindari seperti banner java yahoo dll.Ia memang sudah wujud ketika anda mendownload extension ini.Untuk menambah filter ini anda hanya perlu klik kanan pada banner/header/image yg anda rasa tak perlu,dan pilih Adblock this Image/Background,ia akan ingat sampai bila-bila selagi anda tidak musnahkan senarai filternya.
Jika anda pandai memanipulasi filter,anda boleh gunakan asterisk * sebagai wildcard.
Contohnya jika anda buat adblock pada satu image,akan muncul satu box yang menyuruh anda tekan add atau cancel.Disebelahnya terdapat textbox alamat image yang boleh diedit.
Katakan lokasi image yang telah ditunjukkan seperti berikut:
- [img]http://www.saya.com/gambar.gif[/img]
Copy the Code
Apabila anda klik Add untuk image ini,hanya image gambar.gif sahaja yang diblock dari page tersebut,dan yang lain akan tetap dipaparkan seperti biasa.
Sekarang dengan menggunakan asterisk * sebagai wildcard seperti contoh ini,
http://www.saya.com/*.gif
akan memblock semua gambar format gif dari page tersebut.
Jika anda tersalah block,terdapat fungsi whitelist yang membolehkan image tersebut diunblock semula.
Sila download juga Adblock Filterset.G Updater yang menyenaraikan filter terbaru dari adblock.
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik Sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... 042-fx+fl+mz+ns.xpi
-----------------------------------------------------
6.FlashGot
Semua orang sedang menggunakan perisian download manager untuk mendownload stuff dari internet.Penggunaannya lebih laju dan bersifat memotong fail kepada beberapa bahagian supaya ia lebih efisien dsb.Ada juga download manager yang mencari server terdekat dengan lokasi anda apabila mendonlod supaya,ya,supaya lebih lajulah.Inilah tujuan download manager diperkenalkan,secara utamanya.
Sudah pasti orang yang expert tidak mahu guna default downloader seperti disediakan dalam browser FF,walhal ia sudah cukup laju.Tapi bagaimana mahu download file yang sedang berada dalam browser ini menggunakan download manager,tanpa perlu copy link,paste masuk dalam software sana?Flashgot boleh menyelesaikan masalah ini.
Sebut apa saja download manager anda.FlashGet,GetRight,DAP,Gigaget,Free Download manager bla..bla..ia disokong oleh firefox anda.Apabila anda menginstall extension ini,ia secara otomatiknya mengesan download manager yang terdapat dalam harddisk anda.Sekiranya anda gunakan Download Manager yg pelik2 pun anda masih boleh enablekan melalui FlashGot.
Klik kanan pada link fail yang hendak didonlod,pilih FlashGot Link.Link tersebut akan disambungkan pada download manager anda.Lagi-lagi pilihan boleh diset di Tools>FlashGot>references.
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik Sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... +fl+mz+ns+zm+tb.xpi
-----------------------------------------------------
7.All-In-One Sidebar
Ada orang suka sidebar,ada yang tidak suka.Ada yang suka kalau ianya boleh dipelbagaikan dan dipilih untuk letak dimana samada atas bawah kiri atau kanan.
All-In-One Sidebar (AIOS) adalah copycat kepada sidebar opera.Anda suka sidebar opera?Anda akan lebih suka AIOS,sebab ianya customizable dan lebih fleksibel.Kecil atau besar,text atau ikon,slim atau gemuk,pilihan appearance,layout dan fungsi; boleh diset dengan klik kanan pada senarai extension ini,pilih option.
Kenapa saya suka sidebar?Saya suka sidebar kerana saya tak perlu lagi klik menu untuk akses submenu kegemaran saya,hanya perlu launch dari sidebar sahaja.
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... bar-0.6.4-fx+fl.xpi
------------------------------------------------------
8.Plain Text Links(PTL)
Jika anda jumpa satu link dalam bentuk yang tidak boleh diklik,tapi anda mahu buka link tersebut dalam tab baru,gunakan Plain Text Links.Dengan PTL,anda cuma perlu highlight link tersebut,klik kanan dan pilih Open selected link in new tab.Tak perlu copy,paste dan tekan go.Juga tak perlu copy,Paste and Go.
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... xt_links-0.2-fx.xpi
-------------------------------------------------------
9.Mouse Gestures
Kini laksanakan segala macam benda seperti Back,Forward,Open New Tab,Close Tab,Refresh Tab,Up One Level dll dengan hanya guna mouse gesture,tak perlu lagi tekan butang back dan klik sini sana.Adakah anda peminat mouse gesture?Dengan mouse geture anda boleh setkan dan suruh FF anda execute tugas yang telah anda berikan.Klik kanan dan tahan sementara gerakkan gesture/arah yang anda mahu untuk execute tugas Back.
Segalanya mungkin.Mouse Gestures menyokong fungsi scroller dan butang middle pada mouse anda.Terdapat juga fungsi trail sebagai bantuan visual,fungsi pembatalan jika anda masih tidak melepaskan butang mouse untuk tempoh tertentu,etc etc.Untuk Option dan setting gestures anda,
klik kanan pada senarai extension,pilih Option.
Gestures yang disediakan oleh extension ini boleh didelete dan diset kepada profail anda sepenuhnya.
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... 1.5-fx+mz+zm+tb.xpi
-----------------------------------------------------
10.FasterFox
Melajukan firefox anda?Adakah anda fikir ia sudah tidak laju lagi?Sebenarnya ia sudah laju,tapi kita akan sentiasa mencari kaedah untuk melajukan speed ketika kita browsing untuk mempercepatkan speed yang sudah sedia cepat.
Fasterfox adalah extension yang membenarkan browser firefox melakukan prefetch terhadap webpage yang sedang direquest dan dirender oleh URL.Apa kebendernyer ni,terus terang aku cakap aku pun tak tahu.But dia melakukan kerjanya dengan superb.Sila ambil timer anda dan uji loading time satu website yang anda rasakan heavy dan lembab sebelum anda install Fasterfox.Sekarang setelah anda install extension ini,sila ambil timer anda kembali dan uji masa loading.Jika kesesakan server adalah sama,anda kini akan tahu Fasterfox telah melakukan kerjanya.
Image akan didownload dengan lebih laju seperti biasa.
Dan kalau nak laju lagi mestilah ada bantuan dari Adblock dan juga Chromedit..aku dah apply dan ternyata memang laju tak hingat,at least jauh tinggalkan internet explorer di belakang.Krakakaa..
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... terfox-1.0.3-fx.xpi
-------------------------------------------------------
11.ScrapBook
ScrapBook adalah extension yang berfungsi macam page grabber.Katakan anda suka dengan satu page disebabkan oleh designnya,atau sekadar maklumat yang ada di dalamnya,anda boleh gunakan ScrapBook untuk tujuan ini.Ia membolehkan anda capture page pada tab yang sedang anda layari atau capture semua page pada semua tab yang anda sedang layari.
Browsing Offline atau browse website tanpa menggunakan internet jadi lebih mudah dengan ScrapBook.Anda boleh suruh ScrapBook save webpage sedalam mana/sbrp dlm link depth yang anda mahu.Tidak cukup dengan ini ada juga piihan untuk save image/media/javascript/compressed file dan apa-apa saja file yang anda mahu dari page yang anda sedang scrap,jika keadaan website tersebut membenarkan.
Setiap single page yang anda scrap leh lak dimerge dan dicombine sbg html,atau compress ngan software zip anda.Kalau anda rasa scrap page anda rosak seperti kehilangan favicon atau kehilangan kod html padanya,ada fungsi repair untuk mengembalikan dokumen anda pada template yang betul.
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... ook-1.0.5-fx+fl.xpi
-----------------------------------------------------------
12.Clippings
Sayangnya ketika aku mula-mula mendownload Firefox,ia tidak ada fungsi Notes seperti Opera.Ia amat berguna bagi aku untuk buat template posting macam aku sentiasa reply dekat forum ni.
Font mesti georgia.Color mesti navy.
Kalau nak welcoming newbie mesti guna gambar welcome yang sama.
Kalau nak ketawa mesti krakakaka dan muahaha.
Tapi tanpa Notes letih betul aku nak taip tag-tag Discuz Code ni.
Who needs note?Tak ramai kan?Muahhaaha...Opera mungkin advantage dari segi notes.Tapi tak lama,sebab aku tahu tak ramai yang suka notes,dan pilihan untuk download atau tak download extension Clippings adalah yang terbaik.
Anda boleh set template notes melalui clippings.Apabila anda berjumpa dengan textbox,anda boleh klik kanan dan akan jumpa menu clipping.Setkan melalui Clippings Manager.Applykan notes yang telah anda buat dan tada...tayah susah-susah taip Discuz Code yang sama dan buhsan tu.
Actually bukan saja tag malah anda boleh gunakan Clippings untuk paste text yang kerap anda guna seperti Assalamualaikum dan krakakaka..muahahhaa...hik hik..prrfffrrffpthhtt dan juga text2 yang anda regularly posting.
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... lippings-1.2-fx.xpi
----------------------------------------------------
13.SwitchProxy
Proxy banyak gunanya.
Proxy membolehkan anda download file dr website yang filter ip dari kawasan/lokasi download anda seperti megaupload dll.Proxy membolehkan anda browse webpage anonymously.Hak anda untuk browse website tidak patut digugat.Anda boleh pergi mana-mana saja tanpa takut IP anda dilog dan dikesan pihak tertentu.
Kini anda sudah kenal proxy dan bagaimana ia berfungsi,tetapi perisian atau website apa yang anda gunakan untuk bertukar proxy?Tidak perlu launch 2 3 application,exhausting betul.Extension SwitchProxy membolehkan anda buat pertukaran proxy melalui Browser Firefox sahaja.Anda boleh set jenis dan nombor ip anonymous yang boleh didapati dari Internet.Tidak perlu berada di dalam lingkungan proksi yang terhad lagi.Cari list proxy di Internet dan add sebagai list proksi kegemaran anda.Bilamana anda perlukan proksi ini,akses boleh dilakukan melalui toolbar dengan hanya satu klik.
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... ol-1.4-fx+mz+tb.xpi
------------------------------------------------------
14.GMail Space
Adakah anda mempunyai akaun email GMail yang disediakan google?Akaun percuma ini mampu menyimpan bahan/fail/email sehingga bergigabyte jumlahnya (and still counting!).Anggap saja ia tempat simpanan sekunder anda di internet.Dengan 1 Gigabyte anda boleh buat dan simpan macam-macam termasuk fail mp3 dan fail installer,apa-apa sahaja yang anda fikirkan.
Dengan extension Gmail Space tidak perlu buka window/tab yang berlainan untuk login ke akaun GMail anda.Klik satu butang dan isikan nama serta password anda.Anda sudah pun login ke akaun GMail,dan tetingkap berupa Windows Explorer akan dipaparkan untuk memudahkan anda memindahkan fail dari pc atau mendonlod fail dari GMail ke PC.Ia akan berkelakuan seperti software ftp lengkap dengan detail speed,progress dan time elapsed/time remaining.
Mudah bukan?
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... _space-0.3.1-fx.xpi
-------------------------------------------------------
15.ImageShack Right Click
Ada image yang anda lihat sedang tertampal di sehelai webpage,dan ingin dikongsi bersama ahli forum,atau ingin ditampal di blog/website anda.Apa yang anda lakukan?
a)Klik kanan gambar,pergi properties,ambil url dan copy,paste di blog/forum/website andani dinamakan hotlinking.Penyedia website tidak suka hasil kerja mereka dihotlink,ia akan membebankan server mereka.Image biasanya akan direplace dengan image "NO HOTLINKING" seperti yang biasa kita lihat dari photobucket.Kalau tidak,anda bernasib baik tapi tak akan hidup tenteram.
b)Klik kanan,save image as,buka imageshack dll,upload,ambil url,copy dan pasteni kerja leceh.
c)Guna extension ImageShack RIght-click.
Klik kanan,pilih Upload to Image-Shack.Ambil url dan copy paste:
Seperti cara kedua,ia selamat dari bencana hotlinking.Tapi ia ternyata lebih mudah sebab anda dah save 3 steps!
But Why ImageShack?Takleh ker guna hosting lain.
Jawapannya,ImageShack satu hosting yang stable,tak penah down lagi(kata diorang).Dan setakat ni aku tak penah tengok image aku hilang kalau diupload via IMageShack,hatta imej 6 tahun lepas.Tapi kalau korang nak kumpul sebagai koleksi tertutup,better use Photobucket atau Flickr.\ dll/
Download terus dari addon.mozilla.org
Klik sini http://reg.imageshack.us/imageshackrc-0.3.3.xpi
-----------------------------------------------
16.Chromedit Plus
Flexibility Firefox juga terletak kepada konfigurasinya yang bagi orang memodify camner cara ia bertindak terhadap url,terhadap server,terhadap webpage,terhadap cache dan lain-lain.Kalau korang taip kat address bar about:config,korang akan nengok segala mcm jadah yang teknikal,boleh diedit,kalau korang faham.Benda2 yg boleh diedit ialah nilainya,bukan namanya.
Tukang2 modified telah cari jalan untuk membuatkan firefox jadi lebih laju berdezup dengan modification terhadap beberapa parameter yang korang leh scroll kat situ tu.Parameter ni berselerak.Jadi untuk memudahkan pengeditan,wujudlah ChromEdit Plus.Paramater ini kembali ditulis disini siap dengan pengubahan kat nilainya sekali,mostly untuk suruh firefox buat keje dengan lebih efisien.
Parameter yg korang simpan akan dijadikan default profile diorang.
Anda perlu restart FF untuk tengok keberkesanan ini.Aku pun tak pandai ubah apa-apa,cuma ambil .css dari internet sahaja.Tapi better than tak buat sesuatu yg dah nyata berhasil betul kan.. krakakaa..
Maklumat pasal .css profile ni akan aku copy dan paste kedian.
Buat masa ni pe kata korang
Extension Chrom Edit (download SINI)
(Alternatif Download Link- SINI....
---*Jika ChromEdit tidak compatible,anda perlu install Nightly Tester Tools.Ini kerana ChromEdit tidak lagi diupdate oleh programmer tersebut.
-------------------------------------------------
Bersambung kalau aku rajin.:bgrin:
ARTIKEL DITULIS OLEH MR.FORENSICs.
SHOULD YOU HAVE ANY ADDITIONAL INFO/TIPS/TRICKS/GREAT EXTENSION/
PLEASE ADD HERE...
to make it MORE MOTIVATING kredit akan kubagi dengan angka 5 sebagai minimum nilai.
Saper yang aku bagi kacang secara otomatiknya masuk
Kelab Peminat Firefox Forum Cari muahahaha...:bgrin:
Last edited by trunks at 27-1-2007 07:58 PM
[ Last edited by trunks at 27-1-2007 08:02 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
Reply #2 freekey's post
- [align=center]bla bla bla[/align]
Copy the Code |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by freekey at 25-5-2006 08:29 PM
Hmm.. terima kasih..
I'm wondering again..
Camner ko nya mesej leh jd ...
sebab text yg ko copy tu forum engine ni interpret as CODE untuk center so kuar "bla bla bla" yg tercenter. |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
Extension (Continued)
17.Video Downloader
Save mana-mana video yg ada kat website seperti:
Youtube, Google Video, iFilm, Metacafe, Dailymotion, Myspace, Angry Alien, AnimeEpisodes.Net, Badjojo, Blastro, Blennus, Blip.tv, Bofunk, Bolt, Break.com, Castpost, CollegeHumor, Current TV, Dachix, Danerd, DailySixer.com, DevilDucky, Double Agent, eVideoShare, EVTV1, FindVideos, Free Video Blog, Grinvi, Grouper, Hiphopdeal, Kontraband, Lulu TV, Midis.biz, Music.com, MusicVideoCodes.info, MySpace Video Code, Newgrounds, NothingToxic, PcPlanets, Pixparty, PlsThx, Putfile, Revver, Sharkle, SmitHappens, StreetFire, That Video Site, TotallyCrap, VideoCodes4U, VideoCodesWorld, VideoCodeZone, vidiLife, Vimeo, vSocial, Yikers, ZippyVideos... and any other webpage with embedded objects.<---quote dr webpage diorang..:bgrin:
So tak perlu buka website KeepVid.Com ,copy link,paste link,dan download link....Kalau page tu ada embedded video/streaming/flash streaming just click kat ikon kat sebelah kanan bawah bhg firefox...
pastu link akan wujud automatically,boleh terus copy paste masuk download manager/flashgot...
sesetengah video dlm bentuk flv,so kena download flv player untuk view benda alah ni.
Download terus dari addon.mozilla.org
http://releases.mozilla.org/pub/ ... wnloader-1.0-fx.xpi
------------------------------------------------------------
18.Foxy Tunes
Kontrol pemain mp3 anda melalui browser so tak payah switch windows, tutup atau klik mp3 player anda untuk cari next song,pause,stop,play dsb.
Support software seperti berikut:
WinAmp, iTunes, Yahoo Music Engine, foobar2000, Windows Media Player, Musicmatch, Quintessential, J. River, jetAudio, XMPlay, MediaMonkey, Media Player Classic, Sonique, wxMusik, Real Player, XMMS, Noatun, Juk, Amarok, Music Player Daemon, Rhythmbox...dll...<ambil dari website,infact aku guna QCD player dan it works well.
Ia akan berada di bawah sebelah kanan bhg browser firefox korang
Download terus dari addon.mozilla.org
http://releases.mozilla.org/pub/ ... 2.5-fx+mz+zm+tb.xpi
--------------------------------------------------------------
19.Google Preview
Memaparkan screenshot website yang digoogle dlm bentuk thumbnail..Akan ditunjukkan sebelah setiap link yg digoogle.Menyenangkan scanning website yg hendak dibuka bagi orang visual cam aku..:bgrin:
Sokong Yahoo jugak..
Preview dekat sini:https://addons.mozilla.org/firefox/189/previews/
Download terus dari addon.mozilla.org
http://releases.mozilla.org/pub/ ... review-1.3.1-fx.xpi
--------------------------------------------------------------
20.Resizable Textarea
Sesetengah kotak teks untuk taip kecik giler...pastu kena scroll lak kalau nak rujuk balik apa kita tulis..
contoh mcm email box...kadang2 terlalau kecik dan tak senang nak scroll atas bwah.
Kat forum cam tu jugak kalau nak reply,so aku mmg happy leh jumpa extension ni...
Resize TextArea.Boleh wat ia jadi besar panjang kecik dan sempit,memudahkan kerja typing.
Ia mungkin dah tak compatible ngan Firefox version 1.5.0.3,,tapi boleh override dgn Nighly Tester Tool.
Selepas install,restart dan kalau nak besarkan textbox,wat macam window biasa.
Download terus dari jeremy.zawodny
http://jeremy.zawodny.com/moz/Resizeable_Textarea_0.1b.xpi
---------------------------------------------------------------
21.Cooliris Preview
Ia lebih baik dari Google Preview...
Kalau google preview hanya paparkan thumbnail bersaiz thumbnail..yg ni pun sama..cuma bezanya...boleh set besar atau kecik saiz thumbnail tu...
Preview di sini:
https://addons.mozilla.org/firefox/2207/previews/
Ia memudahkan kerja kalau nak cari maklumat atau just nak browse gitu2 jer..so tapayah klik dan tinggalkan window sekarang..
Download terus dari addon.mozilla.org
http://releases.mozilla.org/pub/ ... views-1.4-fx+mz.xpi
----------------------------------------------------------------
bersambung kalau aku rajin...
[ Last edited by Mr.Forensics at 1-6-2006 07:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
Extension Firefox (continued)
22.ImageBot
Upload image dari PC korang terus ke Imageshack atau Photobucket dengan mudah,
bukan satu,bukan dua tapi sebanyak mana gambar yg korang nak upload.
Selepas process selesai,korang akan diberil link dan pelbagai pilihan template link yg korang boleh gunakan untuk tempek kat forum...sebagai galeri gambar dan juga sebagai koleksi peribadi.
Link gambar-gambar yg korang upload kekal dan boleh disimpan kalau korang nak guna kemudian hari...sesuatu yg tak mungkin korang boleh buat selama ini dengan imageshack
(kecuali korang simpan link gambar tu dlm text file!)
Template Link boleh diubah sendiri supaya senang korang nak sesuaikan dgn kaedah posting..
Contohnya korang suka wat gambar tu marquee,dgn Imagebot boleh set template untuk set gambar tu marquee bila dipost dlm forum.
Preview-- https://addons.mozilla.org/firefox/1174/previews/
Download -- http://releases.mozilla.org/pub/ ... agebot-3.0.0-fx.xpi
---------------------------------------------------------
23.Statusbar Calculator
Kecuali korang boleh mengira lapan angka darab lapan angka dengan otak,tak perlu pakai extension ini..:bgrin:
Aku jarang mengira kalau dah online dan berinternet.Tapi pernah stumble upon pengiraan...tetiba jer tatau nak wat apa,kecuali amik kertas dan kira/guna Calc.exe yg windows sediakan.
Leceh kan....muahahaha.,
So dengan extension ni,korang leh kira direct upon dari Firefox.Klik sekali tambah,klik 2 kali tolak...bla bla bla..nak jawapan tekan Equals.Ia berada dekat statusbar Firefox,sebelah kanan,bhg bawah..
Download dari addon.mozilla.org
http://releases.mozilla.org/pub/ ... _beta_-0.9.3-fx.xpi
-------------------------------------------------
sambung kalau aku rajin.. |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
SPEED UP FIREFOX KORANG!
Firefox merupakan sebuah browser yg laju,memaparkan table dlm webpage dengan begitu laju ,apatah lagi kalau webpage tu dah dicache.Ini penting sebab kebanyakan website telah dibina ikut asas table...
Tapi ia boleh dilajukan lagi sehingga beribu-ribu kali lemon,tak kisah kalau internet connection anda lembab atau pc anda lembab,ada solutionnya.
(Artikel Copy dan Paste dari www.TestingReflection.com.
Webmaster telah diberitahu....:bgrin
1.Apa Yang Anda Perlukan?
--Browser Mozila Firefox
--Extension Chrom Edit (download SINI)
(Alternatif Download Link- SINI....
---*Jika ChromEdit tidak compatible,anda perlu install Nightly Tester Tools.Ini kerana ChromEdit tidak lagi diupdate oleh programmer tersebut.
Install Extension dan restart Firefox.
2.Tentukan Jenis Komputer dan Speed Internet
--kenal pasti mana jenis komputer dan internet speed korang,copy code ini.
A) Komputer Laju,Speed Internet Laju
- user_pref("network.http.pipelining", true);
- user_pref("network.http.proxy.pipelining", true);
- user_pref("network.http.pipelining.maxrequests", 8);
- user_pref("content.notify.backoffcount", 5);
- user_pref("plugin.expose_full_path", true);
- user_pref("ui.submenuDelay", 0);
- user_pref("content.interrupt.parsing", true);
- user_pref("content.max.tokenizing.time", 2250000);
- user_pref("content.notify.interval", 750000);
- user_pref("content.notify.ontimer", true);
- user_pref("content.switch.threshold", 750000);
- user_pref("nglayout.initialpaint.delay", 0);
- user_pref("network.http.max-connections", 48);
- user_pref("network.http.max-connections-per-server", 16);
- user_pref("network.http.max-persistent-connections-per-proxy", 16);
- user_pref("network.http.max-persistent-connections-per-server", 8);
- user_pref("browser.cache.memory.capacity", 65536);
Copy the Code
B)Komputer Laju,Speed Slow
- user_pref("network.http.pipelining", true);
- user_pref("network.http.proxy.pipelining", true);
- user_pref("network.http.pipelining.maxrequests", 8);
- user_pref("content.notify.backoffcount", 5);
- user_pref("plugin.expose_full_path", true);
- user_pref("ui.submenuDelay", 0);
- user_pref("content.max.tokenizing.time", 2250000);
- user_pref("content.notify.interval", 750000);
- user_pref("content.notify.ontimer", true);
- user_pref("content.switch.threshold", 750000);
- user_pref("network.http.max-connections", 48);
- user_pref("network.http.max-connections-per-server", 16);
- user_pref("network.http.max-persistent-connections-per-proxy", 16);
- user_pref("network.http.max-persistent-connections-per-server", 8);
- user_pref("nglayout.initialpaint.delay", 0);
- user_pref("browser.cache.memory.capacity", 65536);
- user_pref("browser.xul.error_pages.enabled", true);
- user_pref("content.interrupt.parsing", true);
Copy the Code
C)Komputer Slow,Speed Internet Laju
- user_pref("network.http.pipelining", true);
- user_pref("network.http.proxy.pipelining", true);
- user_pref("network.http.pipelining.maxrequests", 8);
- user_pref("content.notify.backoffcount", 5);
- user_pref("plugin.expose_full_path", true);
- user_pref("ui.submenuDelay", 0);
- user_pref("content.max.tokenizing.time", 3000000);
- user_pref("content.notify.backoffcount", 5);
- user_pref("content.notify.interval", 1000000);
- user_pref("content.notify.ontimer", true);
- user_pref("content.switch.threshold", 1000000);
- user_pref("content.maxtextrun", 4095);
- user_pref("nglayout.initialpaint.delay", 1000);
- user_pref("network.http.max-connections", 48);
- user_pref("network.http.max-connections-per-server", 16);
- user_pref("network.http.max-persistent-connections-per-proxy", 16);
- user_pref("network.http.max-persistent-connections-per-server", 8);
- user_pref("dom.disable_window_status_change", true);
Copy the Code
D)Komputer Slow,Speed Internet Slow
- user_pref("network.http.pipelining", true);
- user_pref("network.http.proxy.pipelining", true);
- user_pref("network.http.pipelining.maxrequests", 8);
- user_pref("content.notify.backoffcount", 5);
- user_pref("plugin.expose_full_path", true);
- user_pref("ui.submenuDelay", 0);
- user_pref("content.max.tokenizing.time", 2250000);
- user_pref("content.notify.interval", 750000);
- user_pref("content.notify.ontimer", true);
- user_pref("content.switch.threshold", 750000);
- user_pref("nglayout.initialpaint.delay", 750);
- user_pref("network.http.max-connections", 32);
- user_pref("network.http.max-connections-per-server", 8);
- user_pref("network.http.max-persistent-connections-per-proxy", 8);
- user_pref("network.http.max-persistent-connections-per-server", 4);
- user_pref("dom.disable_window_status_change", true);
Copy the Code
3.Final Process!
--Di menu bar,pergi Tools>ChromEdit Plus>Chrom Edit
--Pilih user.js
--Paste Code yg anda copy masuk sini.
--Restart Firefox.
4.Sesi Testing.
--Bukak satu webpage yg penuh ngan gambar2 dan memang anda tau lambat load.
--Have you feel the difference?You should.
--Kalau tak,anda pasti tidak,sila cuba copy code lain dan paste semula di Chromedit.Restart dan timing kelajuan.
5.Tamat.tapi Nota Suka-Suka..
--install extension Fasterfox.baca ulasan yg aku buat kat atas tentang Fasterfox.
Mungkin page akan jadi lagi laju bila loading,Fasterfox guna sistem prefetching.
--Kalau harddisk volume besar,tetapkan cache yg besar.
--Guna extension AdBlock untuk Block image yg tak diperlukan dari webpage yg regular korang pegi.Jimat masa loading.
-------------------------------------------------------
text ditranslate kedlm bahasa melayu oleh Mr.Forensics
disambung kedian hari.tq.
[ Last edited by Mr.Forensics at 27-6-2006 11:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
Extension Firefox (Continued)
24.SearchPluginHacks
Cari maklumat di google atau mana-mana search engine yang anda suka tanpa perlu menaip alamat google terlebih dahulu.Search boleh dilakukan dari Search Bar,di bahagian atas sebelah kanan Firefox anda.
Ia didatangkan dengan pelbagai search engine,anda boleh menambahnya mengikut preference browsing anda.Klik pada simbol enjin carian...anda akan ada pilihan untuk mencari maklumat di enjin carian yang anda mahu.
Tapi ia didatangkan dengan pakej search plugin yang teruk seperti eBay,Amazon dan Creative Common..who needs this?Malangnya ia tidak boleh didelete..tapi here comes SearchpluginHacks.
Bersaiz 4kb,sekarang anda sudah bleh mendelete serach plugin yg anda tidak suka...dan mengeditnya di kemudian hari.
Download dari addon.mozilla.org
http://releases.mozilla.org/pub/ ... nhacks-0.1.3-fx.xpi
-----------------------------------------------------
25.Minimize To Tray
Ia melakukan kerja macam namanya.
Bila ia berada dalam keadaan minimize ia akan berada di system tray,jadi taskbar korang tidak sesak..Kemas dan konsep yang simple..
Download dari addon.mozilla.org
http://releases.mozilla.org/pub/ ... 06+-fx+zm+sb+tb.xpi
-------------------------------------------------------
sambung kalau aku rajin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 0001's post
setakat aku guna xder problem..
ok jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mr.Forensics at 25-5-2006 07:02 PM
FIREFOX EXTENSION/TIPS/TRICKS/INFO
Berkenalan dengan extension Firefox
Firefox merupakan sebuah browser basic yang cukup best dan powerful.Ketika kita mula-mula mendownload firefox,kita akan ...
3.IE View
Adakah kebanyakan webpage dibina berdasarkan apa yang dilihat dan dihandle oleh internet explorer?Jika pandangan ini tepat,sedikit sebanyak pasti akan memberikan effect pada webpage itu jika dilihat dari sudut browser FF.FF merupakan browser yang memaparkan webpage dengan caranya sendiri,mungkin saja bertepatan dengan cara IE atau mungkin tidak.Setiap binaan browser adalah berlainan.
Anda mungkin terkejut melihat sesetengah ciri yang ada pada website tidak berfungsi dengan baik di FF.Mungkin.Jika ini berlaku,anda terpaksa buat 2 3 langkah untuk buka IE,copy paste URL website yang hendak dilihat seterusnya tunggu page untuk load...
Dengan extension IE view,anda tidak perlu buat kerja 2 3 kali.Klik kanan pada link yang anda ingin buka melalui IE,pilih Open Link Using IE.
Download terus dari addon.mozilla.org
klik sini http://releases.mozilla.org/pub/ ... iew-1.2.7-fx+mz.xpi
Ermm.. so extension IE View ni akan launch Internet Explorer utk view page yg berkenaan ke forensik??
Ermm... so what about this one?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IE Tab » Overview
More Previews »
IE Tab 1.0.9.5, by PCMan (Hong Jen Yee), yuoo2k, released on Jun 10, 2006
IE Tab - an extension from Taiwan, features: Embedding Internet Explorer in tabs of Mozilla/Firefox.
This is a great tool for web developers, since you can easily see how your webpage displayed in IE with just one click and then switch back to Firefox.
If you need some instructions.
Please visit our official website on http://ietab.mozdev.org
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa pernah guna?? Berdasarkan understanding aku.. yg ini dia akan Open dlm Fiefox gak kan?? Tapi dia display how the page looks as rendered by IE. Betul tak?
If so, that's so cooooooooooooolll!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziz79 at 14-6-2006 10:00 AM
setakat aku guna xder problem..
ok jer..
Problem tu depends on combination extension, system yang digunakan and instance. Aku pakai pun blum pernah ada prob. :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
ChatZilla - Extension irc ntuk firefox
Adanya extension nie senang sket ntuk kaki irc...xyah susah2 nak launch MIRC semata2 nak chat @ download stuff kat cenel ker...just click kat firefox menu jer...maka kuarlah benda alah bernama ChatZilla...adik kpd mIRC..
Command dia sama jer ngan mIRC...sebijik tue...tp interface dia nie hudus la gak...bagi aku ler...
Screenshot dia:
Download kat : http://releases.mozilla.org/pub/ ... 9.73-fx+fl+mz+zm.xp
Cool yo !! Peace and out !! i:ting: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks tips yang berguna sgt2 tentang firefox..start ari nih aku guna firefox....dah godek2 ubah2, tambah sana sini, best jugak rupanya firefox nih...say goodbye to IE for a while....
so far extension yg aku dah download...
1. yang utk restart firefox tuh..senang, lepas install new themes ke, extension ke, tayah susah2 nak close then bukak balik firefox
2. tab utk IE...sapa kata bila guna firefox takleh guna IE...
3. foxytunes..bukak winamp dan dgr lagu fav terus dari firefox...
dan yan pelaing penting tuka themes firefox nih.yang ori bagi aku mmang tak cantik langsung...heheh |
|
|
|
|
|
|
|
yang paling best extension yang aku jumpa kat firefox nih adalah 'performancing'... dengan pakai benda nih, kita bleh terus update/tulis blog tanpa perlu buka blog kita.... sesuatu yang berguna buat aku... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm gune stumble! ...
hanya ada utk ff jer ......
menarik gak gune stumble ...
stumble dgn website2 yg menarik + leh bg kita information .....
ada perlbagai topic yg leh kita pilih ........
[ Last edited by trunks at 27-2-2007 05:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
Originally posted by freekey at 14-6-2006 01:07 PM
Ermm.. so extension IE View ni akan launch Internet Explorer utk view page yg berkenaan ke forensik??
Ermm... so what about this one?
------------------------------------------------------- ...
aah freekey,link yang ko bagi tu akan buka dalam firefox jugak..link extension yang aku bagi akan buka dalam separate window,iaitu bukak dalam browser ie.thanks for the link.thumbs up. |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
|