CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2544|Reply: 5

INFO SIHAT

[Copy link]
Post time 28-7-2006 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Petua mencegah strok
MENGURANGKAN peluang mendapat strok bermakna anda perlu tahu faktor-faktor risiko tersebut.

Setelah anda mengetahui faktor-faktor berkenaan, anda boleh mengurangkan melalui:

Rawat tekanan darah
Hipertensi merupakan penyebab utama berlakunya strok dengan anggaran antara 40 hingga 70 peratus.

Ia juga menyebabkan berlakunya penyumbatan dalam pembuluh darah dan menyebabkan tekanan yang abnormal pada dinding pembuluh darah.

Dinding pembuluh darah yang lemah ini boleh menyebabkan ia pecah.

Berhenti merokok
Tabiat merokok menyebabkan pembentukan aterosklerosis berlaku lebih cepat.

Nikotin yang terdapat dalam tembakau boleh meningkatkan tekanan darah.

Perokok merupakan faktor utama berlakunya strok.

Elakkan mengambil makanan berkolesterol tinggi dan berlemak
Selain merokok, paras kolesterol yang tinggi merupakan faktor utama berlakunya strok.

Justeru, pastikan anda mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi dan berlemak.

Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan
Mereka yang mengambil minuman keras mempunyai risiko dua kali ganda mendapat haemorrhagic stroke berbanding mereka yang tidak mengambil minuman keras.

Mereka yang bergantung kepada alkohol dalam jumlah yang banyak mempunyai risiko tiga kali ganda mendapat strok.

Kurangkan pengambilan garam
Garam yang berlebihan dalam makanan boleh meningkatkan tekanan darah.

Kawal berat badan
Pastikan anda mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian dan umur anda.

Tekanan darah meningkat seiring dengan berat badan dan tekanan darah akan menurun jika anda berjaya mengurangkan berat badan.

Melakukan senaman secara tetap
Pastikan anda melakukan program senaman secara tetap. Sebaik-baiknya anda dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan mana-mana program senaman.

Elakkan tekanan yang keterlaluan
Seboleh-bolehnya elakkan situasi yang boleh memberi anda tekanan dan belajarlah teknik relaksasi.

Ini kerana tekanan boleh meningkatkan tekanan darah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2006 05:21 PM | Show all posts
Tips bantu mangsa tercekik

MASALAH tercekik benda asing sebenarnya boleh berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Bagaimanapun, masalah tercekik benda asing di kalangan kanak-kanak tidak seharusnya dipandang ringan.

Ini kerana, kanak-kanak yang disyaki tercekik mungkin tidak sedarkan diri.

Masalah tercekik benda asing ini boleh berlaku di tempat berhampiran meja makan apabila kanak-kanak terbabit makan gula-gula, gula-gula getah atau kacang.

Kacang sering kali menjadi punca kanak-kanak tercekik, selain permainan yang dimasukkan ke dalam mulut.

Dalam kes yang serius, tercekik benda asing boleh mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan akhirnya kematian jika dibiarkan tanpa rawatan.

Antara gejala yang dialami oleh kanak-kanak yang tercekik ialah:

* sukar bernafas

* muka menjadi biru

* saluran darah di leher dan kepala membengkak

* mangsa mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba

Jika orang dewasa atau kanak-kanak yang berusia lebih daripada setahun, suruh mereka batuk.

Bagaimanapun, jika mangsa gagal bernafas atau tidak boleh batuk, tanya jika mangsa masih tercekik.

Bagi bayi yang berusia kurang daripada 12 bulan lakukan tindakan seperti:

* Terbalikkan bayi (pusingkan dengan keadaan muka di bawah) dan letakkan pada lengan anda.

Dengan menggunakan tapak tangan, urut bahagian belakang bayi antara kedua-dua bahu.

Jika kaedah tersebut gagal, letakkan bayi di pangkuan anda dalam keadaan duduk.

Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari di bawah paras puting susunya.

Tekankan dada hingga satu ke satu setengah inci dan tekan sebanyak empat kali secepat yang mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 02:59 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 28-7-2006 05:21 PM
Bagi bayi yang berusia kurang daripada 12 bulan lakukan tindakan seperti:

* Terbalikkan bayi (pusingkan dengan keadaan muka di bawah) dan letakkan pada lengan anda.

Dengan menggunakan tapak tangan, urut bahagian belakang bayi antara kedua-dua bahu.

Jika kaedah tersebut gagal, letakkan bayi di pangkuan anda dalam keadaan duduk.

Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari di bawah paras puting susunya.

Tekankan dada hingga satu ke satu setengah inci dan tekan sebanyak empat kali secepat yang mungkin.





卐errr...bukan urut ek sayang...tapi...u give 5 back blows...gunakan the heel of your palm to give these back blows...like the one that lady in black is doing...while the other lady is demonstrating chest compression on an infant who is unresponsive and whose heart is not beating......


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 11:14 AM | Show all posts

Budget 2007 - manafaat pada kita semua

RM10 bilion untuk khidmat kesihatan

KUALA LUMPUR 1 Sept.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 11:18 AM | Show all posts
Subsidi RM50 galak wanita jalani ujian kanser

KUALA LUMPUR 1 Sept.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2006 09:54 AM | Show all posts
Diari

Hari terbuka Hari Jantung sedunia
PERSATUAN Jantung Malaysia dengan kerjasama HeartScan Malaysia akan menganjurkan hari terbuka bersempena Hari Jantung Sedunia 2006.

Dengan tema Jantung Untuk Hidup, acara itu akan diadakan pada 17 September ini mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang di HeartScan, 109 Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Orang ramai berpeluang menjalani imbasan percuma kolesterol dan gula darah, berat badan, analisis lemak badan dan imbasan tulang ultrasound (dihadkan untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas).

Maklumat lanjut, sila hubungi talian 0322870988 atau e-mel: inquire@heart scan.com.my

Tingkatkan potensi anak anda
PERSATUAN Pediatrik Malaysia akan mengadakan seminar Positive Parenting bertajuk 慣ingkatkan Potensi Anak Anda di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 16 September ini, mulai pukul 2.30 hingga 5.30 petang.

Sebelum itu, terdapat penilaian pengukuran berat dan tinggi untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 9 tahun. Ibu bapa akan dibantu oleh pakar-pakar pemakanan dan dietetik untuk mengajar ibu bapa memplotkannya pada carta tumbesaran.

Ibu bapa yang berminat menghadiri seminar ini hanya perlu membayar yuran RM10 seorang dan akan diberikan pek lengkap mengandungi fail maklumat, cenderahati serta makanan ringan.

Jumlah tempat terhad. Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, hubungi 03-5621 1408.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053847 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list