CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19539|Reply: 20

DIARI Kesihatan (Makluman)

[Copy link]
Post time 7-8-2006 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Diari

Mitos dan fakta mengenai resdung
PUSAT Perubatan Sunway akan mengadakan ceramah umum bertajuk 慏oktor, adakah saya menghidap sinus? Fakta dan mitos sinusitus dan hidung sensitif?

Ceramah akan diadakan pada 12 Ogos ini mulai pukul 1.45 petang, bertempat di Tingkat 1 OPD, pusat berkenaan.

Di sana, anda akan bertemu dengan Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) yang juga Pakar Bedah Leher dan Kepala, Dr. Koay Cheng Boon yang akan menyampaikan ceramahnya.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Norman di talian 03-7491 9191 sambungan 7763.


Ceramah kesihatan warga emas
LECADIA PrimaCare Centre akan mengadakan ceramah kesihatan awam percuma kepada orang ramai. Ini adalah sebahagian program yang diambil oleh Lecadia untuk memberitahu orang ramai tentang pentingnya penjagaan warga emas.

Ceramah pertama bertajuk menyediakan suasana rumah yang selamat untuk warga emas. Ia antara lain termasuklah tip penjagaan rumah agar selamat didiami oleh warga emas serta perbezaan orientasi ruang di kalangan warga emas dan orang muda.

Sementara itu, ceramah kedua berkaitan dengan cara-cara mengatasi masalah tekanan warga emas, tekanan mental atau keadaan yang membosankan serta, tekanan emosi dan harga diri.

Tarikh: 12 Ogos 2006 (Sabtu)

Masa: 2 hingga 4 petang

Tempat: Tingkat 6, Bilik Mesyuarat, The Lecadia Centre, 417-425 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.

Masuk adalah percuma. Makanan ringan turut disediakan. Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Melissa atau Mary di talian 03-92211149/92215155.


Pemeriksaan kesihatan tulang Anlene
BILAKAH kali terakhir anda memeriksa kesihatan tulang anda? Tidak pernah? Kalau begitu, jangan lepaskan peluang ini.

Fonterra Brands, menerusi jenamanya Anlene - pemimpin produk kesihatan tulang akan menganjurkan Kempen Pemeriksaan Kesihatan Tulang di seluruh negara, bermula minggu hadapan.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang peri pentingnya menjaga kesihatan tulang bagi menghindari penyakit-penyakit tulang pada usia tua, demi kelangsungan hidup yang sihat.

Sempena kempen tersebut, para pengunjung berpeluang membuat penilaian kekuatan tulang mereka dengan menjalani imbasan ultrasound tulang secara percuma.

Adalah dianggarkan, lebih 50,000 skan tulang akan dilaksanakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2006 09:20 AM | Show all posts
Bengkel percuma:-

PENJAGAAN KESIHATAN LEBIH SEMPURNA

Tempat : Renaissance Hotel, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

Tarikh : 23 Ogos 2006 (Rabu Malam Khamis)

Masa : 8.00 pm - 9.30 pm

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Cik Jamilah di talian : 019-
3971806.


Sekian. Terimakasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 10:28 AM | Show all posts
DIARI

Kempen Oktober Merah Jambu
WIJAYA International Medical Centre (WIMC) akan mengadakan kempen Oktober Merah Jambu sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada 14 Oktober ini (Sabtu) mulai pukul 9.30 pagi.

Pelbagai acara menarik dirancang seperti siri seminar berkaitan kanser payudara, demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara dan testimonial bekas pesakit kanser tersebut.

Orang ramai juga berpeluang mendapat cenderahati dan cabutan bertuah selain promosi perkhidmatan refleksologi, urutan, produk kecantikan dan kesihatan serta lain-lain lagi.

Seminar setengah hari tajaan Persatuan Perancang Keluarga Selangor dan NCWO itu diadakan di WIMC, N0.1 Jalan 215, Seksyen 51, Off Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor.

Datanglah beramai-ramai memeriahkan sambutan ini dengan berpakaian merah jambu. Hubungi 03-76207979 sambungan 604 (Harjit) untuk maklumat lanjut dan menempah tempat duduk anda, hari ini.

Forum buah pinggang dan perut anda
PUSAT Perubatan Sunway akan mengadakan forum umum pada 14 Oktober 2006 (Sabtu) di Tingkat 1, OPD, di premisnya.

Pendaftaran bermula pada pukul 1.45 petang. Pakar Runding Nefrologi, Dr. Thiruventhiran akan menyampaikan ceramah bertajuk Pengesanan Awal Penyakit Buah Pinggang? disusuli ceramah Bunuh Kuman Itu - Hentikan Kanser Perut oleh Pakar Runding Gastroenterologi, Dr. Tan Huck Joo.

Orang ramai turut berpeluang bersoal jawab dengan dua pakar berkenaan secara langsung. Jamuan ringan disediakan.

Hubungi Norman di talian 03-74919191 sambungan 7763 waktu pejabat sahaja, untuk pendaftaran.

Forum kanser payudara
PUSAT Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) akan mengadakan forum umum bertajuk Mengesan Kanser Payudara di Peringkat Awal pada 14 Oktober ini (Sabtu) dari pukul 2 hingga 4.30 petang.

Bertempat di Auditorioum, Tingkat 8, bangunan Suit Perundingan Perubatan, GIMC, 282 & 286, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, ceramah akan disampaikan oleh Perunding dan Pakar Bedah Am, Datuk Dr. Suseela Nair.

Forum adalah percuma dan terbuka kepada semua. Jamuan ringan turut disediakan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasarannya di talian 03-42552761 (Hazrina) atau 03-4255 2892 (Samiha).

Kempen kesihatan warga emas
SEMPENA Hari Antarabangsa Warga Emas bulan ini dan bersesuaian dengan Program Amal Komunitinya, Lecadia PrimaCare Centre mengadakan Kempen Kesejahteraan Warga Emas secara percuma pada 14 Oktober ini, mulai pukul 2 petang.

Dua topik dibentangkan iaitu Penjagaan Kesihatan Warga Emas dan mengenai Penyakit Buah Pinggang oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan.

Saringan kesihatan percuma juga diadakan bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Ia dihadkan untuk 50 peserta sahaja yang berdaftar melalui telefon.

Seminar akan diadakan di Lecadia Centre, Tingkat 6, Bilik Seminar, 417-425, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Melissa atau Mary di talian 03-92215155 atau 03-92211149.

Kempen kanser payudara estee lauder
ESTEE Lauder Inc. akan menganjurkan kempen kesedaran kanser payudara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2006 10:00 AM | Show all posts
I-WWL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 02:44 PM | Show all posts
Diari

Forum penyakit prostat, kanser pundi kencing
PUSAT Perubatan Sunway akan menganjurkan forum umum mengenai penyakit prostat, kanser pundi kencing dan inkontinens pada 27 Januari ini. Ia akan diadakan di tingkat 1 OPD, pusat perubatan berkenaan dan dijadualkan bermula pada pukul 2 petang (pendaftaran 1.45 petang).

Ceramah akan disampaikan oleh Pakar Runding Urologi, Dr. Chua Chong Beng. Jamuan ringan turut disediakan.

Hubungi Norman di talian 03-56315637 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel: [email protected] atau Edmund

[email protected] untuk maklumat lanjut.

Skan tulang percuma
LECADIA PrimaCare Centre Sdn. Bhd., akan mengadakan skan tulang percuma kepada orang ramai pada 18 Januari, mulai pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Orang ramai dijemput ke Lecadia PrimaCare Centre, Tingkat 3, No. 417-425 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. Jamuan ringan turut disediakan. Untuk keterangan lanjut, hubungi Yen atau Mary di talian 03-92215155 atau 92211149.

Pemeriksaan mata orang awam
KLINIK Optometri, Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur menawarkan pemeriksaan mata komprehensif termasuk penyaringan masalah penglihatan kepada orang awam.

Perkhidmatan adalah percuma. Hubungi talian 03-40405499 untuk temu janji.

Hubungi PASHH untuk nasihat mengenai jantung
MEREKA yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan jantung baik dari segi pencegahan penyakit jantung hinggalah kepada pengurusan dan pemulihan, bolehlah menghubungi PASHH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2007 11:23 AM | Show all posts
DIARI

Forum penyakit Parkinson, asma
PUSAT Perubatan Pantai Cheras dengan kerjasama Persatuan Penyakit Parkinson Malaysia akan menganjurkan forum umum mengenai kedua-dua penyakit terbabit pada Ahad, 28 Januari ini.

Forum bermula pada pukul 1.30 petang itu akan berlangsung di Dewan Perak 2, Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras.

Orang ramai juga berpeluang berinteraksi dan bersoal jawab dengan dua orang pakar runding perubatan dari institusi berkenaan yang akan mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Patricia di talian 03-79806685 atau 03-91322022 sambungan 2119 atau 3123 (Lim atau John).


Ceramah kesihatan wanita, derma darah
ROCKWILLS Business Solution akan mengadakan ceramah kesihatan bertajuk Saringan Kanser Ginekologi: Apa yang Perlu Diketahui oleh Wanita pada 27 Januari ini.

Ceramah akan disampaikan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr. Ashar Abdullah dan dijadualkan berlangsung di Wisma Rockwills, 62 Jalan 1/31A off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Ia bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 12 tengah hari, disusuli dengan kempen menderma darah sehingga pukul 5 petang.

Mereka yang berminat bolehlah menghubungi Reeca atau Jess di talian 03-77811993 untuk pendaftaran atau e-mel: [email protected]

Forum penyakit prostat, inkontinens
PUSAT Perubatan Sunway akan menganjurkan forum umum mengenai penyakit prostat, kanser pundi kencing dan inkontinens pada 27 Januari ini.

Ia akan diadakan di Tingkat 1 OPD, pusat perubatan berkenaan dan dijadualkan bermula pada pukul 2 petang (pendaftaran 1.45 petang).

Ceramah akan disampaikan oleh Pakar Runding Urologi, Dr. Chua Chong Beng. Jamuan ringan turut disediakan.

Hubungi Norman di talian 03-56315637 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel: [email protected] atau [email protected] untuk maklumat lanjut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-1-2007 09:12 AM | Show all posts
Forum Awam Penyakit Parkinson dan Asma


SIAPA yang tidak kenal dengan peninju unggul, Muhammad Ali? Kehebatannya di gelanggang dan tumbukan tepat yang sering dilakukan membuatkan namanya tersohor seantero dunia. Tetapi, kini kehidupannya mendapat perhatian umum terutama peminatnya apabila disahkan menghidap penyakit Parkinson yang menyebabkan beliau sukar mengawal gerakan tangannya.

Pemain bola sepak legenda Malaysia, Mokhtar Dahari juga dikatakan menghidap penyakit itu sebelum beliau meninggal dunia. Penyakit Parkinson berpunca daripada masalah pada otak yang menyebabkan pergerakan menjadi lambat dan tangan sering menggeletar.

Biasanya penyakit ini dialami di kalangan warga emas yang secara tidak langsung menjejaskan mutu hidup pesakit. Dengan peningkatan jumlah warga emas di Malaysia, mungkin ada baiknya jika kita mendapatkan maklumat mengenai penyakit unik itu.

Ingin mengetahui apa itu penyakit Parkinson dan gejalanya, Pusat Perubatan Pantai Cheras (PPPC) dengan kerjasama Persatuan Penyakit Parkinson Malaysia (MPDA) akan mengadakan forum awam bertajuk Penyakit Parkinson dan Asma pada Ahad, 28 Januari ini. Bermula jam 2 petang, ceramah itu akan disampaikan oleh Perunding Neurologi PPPPC, Dr Chew Nee Kong di Dewan perak 2, Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Menera PGRM, Cheras.

Selain itu, Pakar Perunding Perubatan PPPC akan menyampaikan ceramah bertajuk 慉nda sukar bernafas? Anda batuk? Mungkinkah anda menghidapi asma?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2007 09:41 AM | Show all posts
Ceramah Antenatal bakal ibu


PADA zaman moden ini, antara masalah yang sering dihadapi kebanyakan pasangan muda ialah bagaimana hendak menjadi ibu bapa yang baik terutama ketika menerima kehadiran 憃rang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2007 10:40 AM | Show all posts
Diari

Atasi 3G (Gebu, gempal, gemuk)

LEMBAGA Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan mengadakan ceramah kesihatan bulanannya bertajuk Cara Atasi 3G (Gebu, gempal, gemuk) pada 23 Februari 2007 (Jumaat).

Tempat di Auditorium, Tingkat 13, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Masa: 2.30 hingga 5 petang. Ceramah percuma ini terbuka kepada orang ramai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-269

37555 sambungan 1110, 1117 dan 1105.

Kelas antenatal KBMC
KAMPUNG Baru Medical Center (KBMC) mengalu-alukan pasangan suami isteri terutamanya bakal ibu yang pertama kali hamil untuk menyertai Kelas Antenatal 2007 dengan tema
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 12:03 AM | Show all posts
...good info...

...thank u for sharing...good effort...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2007 12:21 PM | Show all posts
Diari

Jogaton Hari Asma Sedunia 2007
MAJLIS Asma Malaysia, Persatuan Torasik Malaysia dan Yayasan Paru-paru Malaysia dengan kerjasama firma farmaseutikal GlaxoSmithKline akan menganjurkan jogaton sempena Hari Asma Sedunia pada 13 Mei 2007.

Acara dijadualkan bermula pada pukul 7 hingga 10.30 pagi di Tapak A, Lake Gardens Kuala Lumpur dan terbuka kepada semua terutamanya pesakit asma. Hubungi 03-27152843 atau layari laman web www.asthma-acm.com.my

Forum penyakit arteri koronari
PUSAT Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) akan mengadakan forum Merenung Sejenak Penyakit Arteri Koronari pada 13 Mei 2007, mulai pukul 2 hingga 5 petang di Auditorium, Tingkat 8, Bangunan Suit Perundingan Perubatan, GIMC, 282 & 286, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma, jamuan ringan turut disediakan. Hubungi Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran 03-42552761 (Hazrina) atau 42552892 (Samiha).

Rawatan laser akupunktur
PENGAMAL perubatan alternatif, Dr. Muhammad Kim dari Korea menawarkan rawatan laser akupunktur secara percuma kepada pesakit strok, darah tinggi dan kencing manis.

Mereka yang berminat bolehlah menelefon 03-26980595 atau 019-2652966 atau pergi terus ke Kelab Golf Titiwangsa PDRM, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Operasi bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2007 10:55 AM | Show all posts
Diari

Program sempena Hari Hipertensi Sedunia
Persatuan Hipertensi Malaysia dengan kerjasama Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia dan Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan akan mengadakan program bersempena Hari Hipertensi Sedunia dengan tema Pemakanan Sihat, Tekanan Darah Terkawal.

Program yang bakal disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan ini akan diadakan pada 17 Mei 2007 (Khamis), pukul 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk pameran dan pemeriksaan kesihatan, kaunter berhenti merokok, kaunter pemakanan sihat serta demonstrasi cara memasak yang sihat.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan yang julung kali dianjurkan di luar Lembah Klang ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi pengerusi program iaitu Prof. Madya Dr. Shaiful Bahari Ismail atau Puan Nik Rohana di talian 09-7664047.

Ceramah mengenai diabetes
LECADIA PrimaCare Centre Sdn. Bhd. akan menganjurkan ceramah kesihatan awam bertajuk Diagnosis dan Rawatan Diabetes Di Kalangan Warga Tua pada 19 Mei 2007 pada pukul 2 hingga 4 petang di Lecadia, Tingkat 6, Bilik Seminar, 417-425, Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lanjut, telefon Cik Lay Yean/Cik Mary di talian 03-922111 49/5155. Jamuan ringan turut disediakan kepada para peserta.

Forum alahan protein susu lembu
IBU bapa dan kanak-kanak yang mengalami alahan protein susu lembu (CMPA) boleh mempelajari risiko, penyebab dan penyelesaian berkaitan dengannya melalui forum umum CMPA pada 20 Mei 2007 di Tiara Rini Ballroom, Hotel Royale Bintang Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Forum yang dijadualkan bermula dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang itu memberikan penekanan terhadap tip-tip untuk mengenal pasti dan menyediakan alternatif kepada kanak-kanak bermasalah untuk tumbesaran yang normal.

Yuran masuk sebanyak RM10 dikenakan. tempat duduk adalah terhad. Untuk pendaftaran, hubungi 03-79569098 atau e-mel: CMPAforum@meditechme dia.com

Jom raikan Hari Ibu
HOSPITAL Pakar KPJ Kajang akan mengadakan sambutan Hari Ibu pada 19 Mei 2007 di lobi utama premis berkenaan yang terletak di Jalan Cheras, Kajang, Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bermula dari pukul 9 pagi hingga 1 petang termasuklah pemeriksaan kesihatan percuma, pertunjukan fesyen, ceramah kesihatan kulit oleh Clara International, penceritaan mengenai ibu, permainan, menyolek bonda, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Pihak hospital turut menawarkan promosi istimewa penyaringan mamogram bagi mengesan kanser payudara sehingga 30 Jun ini. Lima puluh ibu pertama berpeluang menerima cenderahati. Hubungi Linda dan Aida untuk maklumat lanjut di talian 03-87692999.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2007 10:42 AM | Show all posts
Diari

Forum HPV, kanser serviks

PUSAT Perubatan Sunway (Sunmed) akan menganjurkan forum umum bertajuk HPV dan Kanser Serviks: Bolehkah Penyaringan Membantu pada Sabtu, 14 Julai 2007, pukul 1.45 petang di Tingkat 1 OPD, Sunmed.

Para peserta berpeluang bersoal jawab tentang apa-apa sahaja berkenaan penyakit itu dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Wong Yat May. Untuk mendaftar, hubungi Guna atau Edmund di talian 03-56314064/68 pada waktu pejabat. Jamuan ringan turut disediakan.

Pengesanan awal kanser
HOSPITAL Pakar Kajang KPJ (KJSH) akan mengadakan taklimat kesihatan percuma mengenai pengesanan awal kanser dan perkembangan terkini pada Sabtu, 14 Julai 2007 di Lobi KJSH dari pukul 11 pagi hingga 1 petang.

Acara yang terbuka kepada semua ini antara lain membincangkan tentang pelbagai jenis kanser antaranya, kanser sistem gastrousus, payudara, paru-paru, tiroid, hati, kulit, darah dan lainlain.

Ujian pengesanan secara percuma disediakan kepada para peserta. Jamuan ringan turut disediakan. Hubungi Paramjeet, Haslinda atau Aida di talian 03-87692999/2820 sebelum 11 Julai 2007.

Kelas antenatal percuma
PUSAT Perubatan Pantai Cheras akan mengadakan kelas antenatal percuma yang meliputi pengurusan bersalin, penjagaan bayi dan kepentingan untuk membina ketahanan badan bayi kanak-kanak pada 14 Julai pukul 2 hingga 5 petang.

Bertempat di Hotel Maluri, No. 1 Jalan Permaisuri, Taman Maluri, Cheras, ibu-ibu juga berpeluang mendapatkan imbasan percuma tahap glukos, hemoglobin dan tekanan darah tinggi. Hubungi John Lai atau Bernice Koon di 03-91322022 sambungan 2119/3123.

Bengkel berat badan anak
JABATAN Dietetik dan Nutrisi, Pusat Perubatan Sunway akan menganjurkan program keluarga berasaskan gaya hidup sihat pada Sabtu, 14 Julai 2007 di Kompleks Sukan 3K, Subang Jaya, Selangor.

Bengkel interaktif sehari bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang itu membawakan tema masalah berat badan di kalangan anak anda yang mungkin boleh menjejaskan mereka.

Ia turut menampilkan penilaian perubatan, kecergasan, diet; kelas senaman serta pasukan profesional pelbagai disiplin. Hubungi jabatan berkenaan di talian 03-74919191 sambungan 7758.

Ceramah pengurusan hormon
LECADIA PrimaCare Centre akan mengadakan ceramah kesihatan awam tentang strok dan bagaimana memperoleh kesihatan optimum melalui pengurusan hormon bio-identikal secara semula jadi.

Ceramah dijadualkan pada Sabtu, 14 Julai 2007, pukul 2 hingga 4 petang bertempat di Lecadia, Tingkat 6, Bilik Seminar, 417-425, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Keterangan lanjut, hubungi Loo atau Mary di 03-92211149/5155.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2007 02:20 PM | Show all posts
Diari

Kempen kesedaran hepatitis
AL-JABBAR Herbs akan menganjurkan siri seminar dan kempen kesedaran hepatitis serta penjagaan hati di seluruh negara pada 3 Ogos ini bertempat Kuala Terengganu, Terengganu.

Acara yang dijadualkan bermula pada pukul 1 hingga 5 petang itu bakal menampilkan penceramah utama, Pakar Perunding Kanan Gasteroenterologi dari Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh.

Tempat adalah terhad dan hanya peserta berdaftar dibenarkan untuk turut serta. Penghidap penyakit hati seperti hepatitis, sirosis, hati berlemak diutamakan. Perkhidmatan ujian darah juga disediakan.

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi Akma atau Siti di 03-87379476 atau faks 03-87344117 atau e-mel: [email protected] atau SMS: ALJABBAR SEM dan hantar ke 32728.

Bengkel pengurusan stres
HOSPITAL Pusrawi SMC, Jalan Raja Haroun, Kajang (HPSMC) akan menganjurkan bengkel pengurusan stres pada Sabtu, 4 Ogos 2007 dari pukul 9 pagi hingga 1 petang bertempat di Prescott Metro-Inn, Kajang. Terhad kepada 50 penyertaan terawal sahaja. Yuran pendaftaran RM50 seorang manakala bagi penyertaan dua orang ke atas RM40. Hubungi 03-87347570 (Majinah) untuk pendaftaran.

Kelas antenatal KBMC
Pusat Perubatan Kampung Baru akan menganjurkan Kelas Antenatal 2007 yang bertemakan Memahami Anugerah Ilahi pada 4 Ogos 2007 di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tempat terhad dan jika berminat sila hubungi Nurulniza, Roslina dan Safuan di talian 03-26931007 atau layari laman web www.kbmckl.com.my untuk pendaftaran.

Pengurusan stres dari perspektif Islam
Pusat Pengajian Al-Quran Sistem Individu (PUPAQSI) akan menganjurkan seminar pengurusan stres mengikut perspektif Islam pada Ahad, 5 Ogos 2007 dari pukul 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Dewan PUPAQSI, 17A Jalan Pinang E 18/E, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor. Terhad kepada 50 penyertaan terawal sahaja. Untuk pendaftaran, hubungi 016-2272327 (Zaid Muhammad).

Kempen kesedaran prostat
KEMENTERIAN Kesihatan akan menganjurkan Kempen Kesedaran Prostat bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai masalah-masalah berkaitan prostat seperti pembengkakan kelenjar prostat (BPH) dan kanser prostat.

Ia bertujuan menggalakkan golongan lelaki menjalani pemeriksaan supaya penyakit ini dapat dikesan dan diberikan rawatan pada peringkat awal lagi.

Pemeriksaan fizikal, darah dan aliran air kencing turut disediakan secara percuma pada Sabtu dan Ahad, 4 dan 5 Ogos 2007 bertempat di Hospital Kajang; Klinik Pakar Hospital Klang dan Hospital Kuala Kubu Baru, Selangor bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Lelaki berusia 50 tahun ke atas adalah digalakkan menjalani pemeriksaan ini di samping mendapatkan maklumat lanjut tentang penyakit prostat.

Rawatan laser akupunktur
PENGAMAL perubatan alternatif, Dr. Muhammad Kim dari Korea menawarkan rawatan laser akupunktur secara percuma kepada orang awam yang menderita penyakit strok, darah tinggi dan kencing manis.

Mereka yang berminat bolehlah menelefon 03-26980595 atau 019-2652966 atau pergi terus ke premis baru yang kini terletak di Kelab Golf Titiwangsa PDRM, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Operasi bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pemakanan dan pencegahan tulang rapuh
AMIRUL Nizam ENT Sdn. Bhd. akan menganjurkan dua taklimat percuma bertajuk pemakanan penghidap tulang rapuh dan pencegahannya serta, bagaimana racun toksin memasuki tubuh tanpa disedari hingga menyebabkan penyakit seperti kanser?

Antara yang akan dibincangkan adalah tentang cara pemakanan, pencegahan dan rawatan susulan. Para peserta juga dijemput bersoal jawab dengan penceramah. Taklimat terbuka kepada semua.

Ia akan diadakan pada Ahad, 5 dan 12 Ogos 2007, pukul 2 hingga 5 petang bertempat di No. 33A, Jalan Gelama 17/24, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor. Untuk maklumat lanjut, hubungi Aini atau Tuan Zarah di talian 019-3808677 atau 017-2182255.

Kursus bantuan kecemasan CPR
ANDA tahu resusitasi kardiopulmonari (CPR)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 12:04 PM | Show all posts
DIARI

Persidangan Kesihatan Seksual

KAMPUS Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan Konferens Kesihatan Seksual pada 16 dan 17 Ogos di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu dan Konferens Umum: Kemesraan Perhubungan dan Kesihatan Seksual pada 18 Ogos di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, USM, Kubang Kerian mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Program anjuran bersama Persatuan Perubatan Keluarga USM (FAMOUS/USM), Persatuan Alumni Doktor USM (PADU), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Kelantan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) Kelantan dan Persatuan Perancangan Keluarga Kelantan (KFPA).

Ia bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan kesihatan seksual. Antara tajuk-tajuk yang akan dibentangkan seperti kesihatan seksual apabila umur meningkat, dari sudut agama, masalah seksual kaum wanita dan remaja dan bagaimana kita boleh membantu.

Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai konferens ini, sila hubungi 09-766-

4047 (Puan Nik Rohana) atau 09-7664401 (Hajah Rokiah).

Forum kanser hidung

PUSAT Perubatan Sunway (Sunmed) akan mengadakan forum umum percuma mengenai kanser hidung dan masalah-masalah selepas radioterapi pada 25 Ogos mulai pukul 2 petang, di Tingkat 1 OPD, Sunmed. Hubungi Guna atau Edmund di talian 03-56314064/68 pada waktu pejabat atau e-mel: [email protected] atau [email protected] untuk pendaftaran.

Kelas antenatal DEMC

PUSAT Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akan menganjurkan kelas antenatal (berkaitan kehamilan) pada 26 Ogos mulai pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam.

Program termasuk ceramah mengenai proses kelahiran oleh pakar perbidanan dan sakit puan; epidural oleh pakar bius; pemakanan semasa hamil oleh pakar pemakanan; bayi dan perkara berkaitan oleh pakar kanak-kanak.

Para peserta juga akan diberikan tunjuk ajar tentang senaman antenatal oleh fisioterapi. Setiap pasangan dikenakan bayaran RM80 termasuk makan minum dan cenderamata. Sebarang pertanyaan, hubungi 03-58808868 (Noorfathihah Hassan).

Peraduan pesakit buah pinggang

BAXTER Healthcare Malaysia mengadakan peraduan khusus Dreamcather (penangkap mimpi) untuk para pesakit buah pinggang di seluruh negara yang kini menjalani rawatan dialisis peritoneum (PD) bagi penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD).

Pesakit dijemput untuk menjelaskan dalam tulisan tidak melebihi 300 patah perkataan mengenai impian terpendam mereka selama ini dan bagaimana rawatan PD akan membantu mereka mencapai cita-cita tersebut. Buat masa ini, pesakit ESRD mempunyai tiga pilihan rawatan iaitu hemodialisis, PD dan pemindahan buah pinggang.

Borang penyertaan boleh didapati daripada pusat dialisis peritoneum ambulatori berterusan (CAPD) di seluruh negara ataupun mendapatkan maklumat lanjut daripada doktor mereka. Pertandingan Dreamcatcher dibuka sehingga 30 Ogos 2007.

Simposium diabetes

INSTITUT Diabetes Negara (NADI) akan menganjurkan simposium perkembangan profesional berterusan kali keenam untuk doktor-doktor dan pakar penjagaan kesihatan yang memberikan tumpuan terhadap perkembangan terkini tentang penjagaan diabetes.

Simposium dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 9 September ini di Sheraton Subang Hotel & Towers di Subang Jaya, Petaling Jaya Selangor. Seramai 35 pakar tempatan dan antarabangsa telah dijemput sebagai panel.

Memandangkan penyertaan dihadkan kepada 600 peserta sahaja, sesiapa yang berminat diminta mendaftar awal. Maklumat lanjut serta borang penyertaan boleh didapati melalui laman web www.nadidiabetes.com.my atau menerusi NADI di talian 03-78761676 atau 1677 atau faks ke 03-78761679.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2007 12:35 PM | Show all posts
DIARI

Kempen kesedaran buah pinggang Terengganu

UNIT Nefrologi Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu dengan kerjasama PKD Kuala Terengganu dan Unit Pendidikan Kesihatan JKNT akan mengadakan kempen Hari Kesedaran Penyakit Buah Pinggang Negeri Terengganu 2007 pada 23 Ogos ini (Khamis), mulai pukul 8 pagi hingga 4 petang di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Padang Hiliran Kuala Terengganu.

Dua ceramah kesihatan bertajuk Penyakit Buah Pinggang dan Penyakit Batu Karang & Prostat akan disampaikan oleh Dr. Zawawi Nordin dan Datuk Dr. Abdul Jamil Abdullah. Antara program menarik termasuklah pameran kesihatan, kuiz, cabutan bertuah dan pemeriksaan ultrasound buah pinggang percuma.

Kempen bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit buah pinggang dan penekanan terhadap langkah-langkah awal sebelum menjadi semakin serius. Semua dijemput hadir.

Malam nostalgia bekas pelajar perubatan Bangladesh

BEKAS-BEKAS pelajar perubatan di Bangladesh akan mengadakan Malam Nostalgia pada 31 Ogos ini bertempat di Palace of the Golden Horses. Program dijadualkan bermula pada pukul 8 malam.

Perjumpaan semula itu diadakan sempena genap 50 tahun sejak graduasi pertama pelajar jurusan perubatan terbabit yang menamatkan pengajian mereka di sana pada tahun 1957. Ia lebih bermakna kerana pada masa yang sama negara turut meraikan Hari Kemerdekaan ke-50.

Pertemuan juga menjadi peluang terbaik kepada mereka yang terputus hubungan untuk menyambung kembali tali silaturahim sedia ada. Untuk maklumat lanjut, hubungi Dr. Zalfah Zainal di talian 017-

3008443 atau Dr. Ahmad Sabri Shabudin, 012-6976720.

Kempen tumbesaran optimum bersama Fernleaf

Jenama produk tenusu Fernleaf melancarkan kempen Kempen Tumbesaran Optimum Bersama Fernleaf Khasiat Terjamin di seluruh negara yang direka khas untuk membolehkan ibu bapa membantu anak- anak mereka mencapai tumbesaran yang sebaik mungkin.

Ibu bapa dijemput tampil memeriksa status tumbesaran anak-anak mereka dengan mengukur tinggi, berat dan komposisi badan diikuti dengan sesi rundingan dengan pakar pemakanan bertauliah di pasar raya, pasar raya hiper dan outlet runcit lain.

Buku panduan dengan maklumat penting berkenaan kumpulan makanan, aktiviti fizikal dan carta untuk menjejaki pertumbuhan fizikal anak diberikan kepada setiap ibu selepas pemeriksaan.

Hari ini, kempen diadakan di Lembah Klang - Econsave Balakong dan Klang Pandamaran, Bintang Selayang dan Kajang, Mydin USJ serta, Bintang Melaka. Sementara itu pada 25 dan 26 Ogos ia dijadualkan bertempat di Lembah Klang - OUG Central Hyper, Bintang Rawang dan Semenyih, Billion Kota Bharu, Kumpulan Sunshine F/L Lai Lai Pulau Pinang dan Sebasun Kuala Terengganu.

Forum kanser hidung

PUSAT Perubatan Sunway (Sunmed) akan mengadakan forum umum percuma mengenai kanser hidung dan masalah-masalah selepas radioterapi pada 25 Ogos 2007 (Sabtu), mulai pukul 2 petang, bertempat di Tingkat 1 OPD, Sunmed. Hubungi Guna atau Edmund di talian 03-56314064/68 pada waktu pejabat atau e-mel: [email protected] atau [email protected] untuk pendaftaran.

Kelas antenatal DEMC

PUSAT Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akan menganjurkan kelas antenatal (berkaitan kehamilan) pada 26 Ogos 2007 (Ahad) mulai pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam.

Program termasuk ceramah mengenai proses kelahiran oleh pakar perbidanan dan sakit puan; epidural oleh pakar bius; pemakanan semasa hamil oleh pakar pemakanan; bayi dan perkara berkaitan oleh pakar kanak-kanak.

Para peserta juga akan diberikan tunjuk ajar tentang senaman antenatal oleh fisioterapi. Setiap pasangan dikenakan bayaran RM80 termasuk makan minum dan cenderamata. Sebarang pertanyaan, hubungi 03-58808868 (Noorfathihah Hassan).

Sambutan kemerdekaan di Hospital Pakar KPJ Kajang

HOSPITAL Pakar KPJ Kajang (KJSH) akan mengadakan sambutan kemerdekaan 25 Ogos 2007 bermula jam 9.45 pagi hingga 1.00 petang. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah taklimat kesihatan mengenai 慚enopaus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2007 12:45 PM | Show all posts
Kempen Derma Darah PraRamadan
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

揇I negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, sampai satu tahap, kakitangan tabung darah hospital terpaksa menunggu di masjid-masjid selepas solat tarawih untuk merayu penderma darah.

憫Kekurangan bekalan darah di sana lebih teruk berbanding negeri-negeri lain (terutamanya Lembah Klang) disebabkan oleh taburan penduduk muslimnya yang lebih tinggi,拻 kata Dr. Mohd. Halim Abu Bakar.

Begitu sekali? Pengarah dan Koordinator Nasional Kempen Derma Darah PraRamadan Ansara-Utusan itu menceritakan betapa sukarnya untuk mendapatkan bekalan darah mencukupi sepanjang bulan puasa yang bakal menjelang kembali, tidak lama lagi.

Tambahnya, Pusat Darah Negara (PDN) bukan tidak pernah cuba membuka pintu mereka dengan melanjutkan waktu operasi ke sebelah malam bagi tujuan tersebut, tetapi nampaknya, usaha itu juga menemui jalan buntu.

Saban tahun, setiap kali Ramadan bertandang, rayuan yang sama akan kedengaran berulang kali seperti tahun-tahun sebelumnya.

Bekalan darah di tabung darah seluruh negara akan mengalami krisis simpanan yang meruncing kerana umat Islam tidak dapat menderma darah pada siang hari ketika melaksanakan Rukun Islam ketiga itu.

憫Lazimnya, bilangan penderma darah pada bulan Ramadan turun mendadak kerana dianggarkan lebih 75 peratus penderma darah semasa terdiri daripada orang Islam.

憫Keadaan ini diburukkan lagi dengan musim perayaan khususnya akhir Ramadan dan awal Syawal di mana perantau pulang beraya di kampung sekaligus menyaksikan peningkatan kes-kes kemalangan jalan raya berbanding perjalanan biasa,拻 ujar Dr. Mohd. Halim.

Ditanya bagaimana tercetusnya idea untuk mengadakan kempen yang diadakan buat julung kalinya itu, beliau berkata, sebagai seorang doktor, beliau memahami peritnya bertarung dengan masalah itu.

憫Setiap kali mendegar rayuan mengenainya di buat di media, saya dapat merasai kesengsaraannya apatah lagi tugas saya sebagai seorang pakar perbidanan dan sakit puan. Rayuan sebegini sepatutnya tidak kedengaran lagi...

憫Bayangkan dalam saat-saat getir proses kelahiran secara normal atau pembedahan caesarean, tiba-tiba berlaku kecemasan sampai terpaksa berlari ke sana ke mari nak ganti darah.

憫Ini semua boleh mengancam nyawa ibu yang mengalami pendarahan teruk (pendarahan tidak henti-henti) atau tumpah darah khususnya, dalam masa yang begitu singkat sahaja,拻 katanya.

Ketika ini, seperti yang selalu kita saksikan di kaca televisyen, seluruh ahli keluarga akan dipanggil untuk menderma darah mereka.

Di samping itu, tegas Dr. Mohd. Halim, memastikan bekalan darah yang cukup sepanjang masa di seluruh negara adalah sangat penting dalam menyelamatkan nyawa para pesakit yang menjalani prosedur pembedahan, mangsa kemalangan jalan raya dan industri, mangsa bencana, para pesakit gangguan darah seperti talasemia dan leukemia.

Malang tidak berbau. Hari ini hari orang, esok lusa siapa tahu, mungkin hari kita pula. Mereka juga mungkin terdiri daripada kalangan orang-orang yang anda sayangi, ahli keluarga anda sendiri.

Beliau berkata, selain membantu tabung darah menampung keperluan darah semasa bulan puasa, kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang peri pentingnya menderma darah.

憫Kami juga mahu membantu Kementerian Kesihatan mencapai sasaran lima peratus dari penduduk negara ini sebagai penderma darah yang kini masih jauh berkurangan.

憫Selain itu, ia diharap mampu menjadikan amalan murni ini sebagai satu budaya sihat di negara ini. Tidak perlulah kita merayu-rayu lagi selepas ini. Biarlah ia datang secara sukarela dari hati rakyat Malaysia,拻 jelasnya.

*Derma darah serentak seluruh negara

憫Ansara telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kempen Derma Darah Praramadan yang julung kalinya diadakan ini, di semua bandar utama seluruh negara.

憫Kami telah memilih Sabtu dan Ahad terakhir sebelum bermulanya Ramadan 1428 hijrah (bersamaan 8 dan 9 September 2007) untuk mengadakan kempen ini secara serentak di 13 lokasi,拻 kata Dr. Mohd. Halim.

Menurutnya, tarikh tersebut dipilih mengambil kira jangka hayat darah yang hanya mampu bertahan selama 35 hari selepas didermakan.

憫Adalah menjadi hasrat kami untuk menjadikan kempen seumpama ini sebagai acara tahunan pada waktu yang sama (Sabtu dan Ahad terakhir sebelum bermulanya Ramadan).

憫Kami berharap agar rakyat Malaysia akan bersama-sama kami bagi menjayakan kempen derma darah ini bagi keperluan kita bersama tanpa mengira agama mahupun keturunan.

憫Memandangkan AEON memberikan kami laluan untuk menggunakan lokasi mereka di pusat membeli belah Jaya Jusco, singgahlah menderma darah sambil-sambil anda membuat persiapan menyambut kedatangan Ramadan Al-Mubarak,拻 ujarnya.

Kira-kira 400 sukarelawan Ansara yang terdiri daripada pelbagai profesionalisme dari doktor, peguam, jurutera, arkitek dan sebagainya telah bekerja keras bagi merealisasikan kempen ini sejak beberapa bulan ini.

Selain Kumpulan Utusan dan AEON Jusco, kempen diadakan dengan kerjasama PDN dan ditaja oleh Telekom Malaysia Bhd. (TM), Nestle, F&N, KPJ Health dan Edaran.

Kepada semua penderma budiman, anda adalah wira yang tidak dikenali namun jasa anda sentiasa dihargai. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

*Kriteria pendermaan darah

Anda layak menjadi penderma darah sekiranya berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Seseorang individu boleh menderma hingga tiga kali dalam setahun.

Hanya kurang satu pint (350 hingga 450 ml) darah diambil dalam masa sesingkat 10 minit sahaja. Setiap satu pint berupaya membantu sehingga tiga orang pesakit yang amat memerlukan darah.

*Mengenai Ansara

Ansara adalah nama singkatan untuk Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Malaysia, yang berpusat di Bangunan Mara, Kala Lumpur.

Sehingga kini, sebanyak 34 buah MRSM yang ada di negara ini telah melahirkan lebih 40,000 pelajar lepasan MRSM dalam pelbagai bidang.

Dari semasa ke semasa, Ansara yang kini dipimpin oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir selaku presidennya, terbabit di dalam pelbagai program komuniti baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Ahli-ahli Ansara antaranya telah membantu mangsa tsunami dan mangsa banjir besar Johor manakala di luar negara, mereka terlibat secara langsung dalam Misi bantuan Ambon, Indonesia dan beberapa program kemanusiaan untuk rakyat palestin.

Senarai lokasi kempen derma darah

* Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2007 02:28 PM | Show all posts
DIARI
Rawatan homeopati orang miskin, kurang upaya

PERSATUAN Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar Malaysia dengan kerjasama Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia akan memberikan rawatan percuma untuk orang miskin dan kurang upaya setiap Jumaat, mulai pukul 8 hingga 11 pagi, bertempat di Pusat Perubatan Homeopati Dr. Nik Omar, No. 122 Taman Universiti Homeopati, Kg. Gelang Mas, Meranti, Pasir Mas, Kelantan.

Antara rawatan yang ditawarkan terdiri daripada pelbagai jenis perubatan alternatif seperti homeopati, akupunktur, bekam, magnet terapi, refleksologi, inframerah dan lain-lain terapi. Orang ramai dijemput hadir. Maklumat lanjut, sila hubungi Nik Fairuz di talian 013-9314166 atau Siti 09-7976948.

Kaunseling sulit HIV/AIDS

MAJLIS AIDS Malaysia menawarkan maklumat dan kaunseling sulit mengenai HIV/AIDS. Infoline interaktifnya - 03-78077007
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2007 01:19 PM | Show all posts
DIARI

Seminar Kesihatan Hari Diabetes Sedunia

HOSPITAL Sungai Buloh dan Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Daerah Sg. Buloh akan menganjurkan Seminar Kesihatan pada 14 November 2007 (Rabu) dari pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang di Aras 3, Auditorium Hospital Sg. Buloh.

Selain ceramah berkenaan Diabetes Penyebab Kebutaan dan Pentingnya Kawalan Gula dalam Darah, para peserta berpeluang menjalankan pemeriksaan gula dalam darah secara percuma.

Cabutan bertuah juga akan diadakan dan pesakit serta ahli Persatuan Diabetes Malaysia berpeluang memenangi glukometer bagi kegunaan merekod paras glukosa darah. Pesakit diabetes, paramedik, dan orang ramai dijemput hadir.

Pemeriksaan kesihatan percuma di IJN
INSTITUT Jantung Negara (IJN) akan menganjurkan forum awam dan pemeriksaan kesihatan percuma pada 14 November 2007 (Rabu) bertempat di Auditorium, IJN pada pukul 8 pagi hingga 1 petang.

Orang awam yang berumur 35 tahun ke atas dan tidak menghidapi diabetes adalah dijemput hadir. Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 150 orang sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-26178200/8316.

Rundingan percuma berhenti merokok
SEMPENA Hari COPD Sedunia, Institut Perubatan Respiratori (IPR), Hospital Kuala Lumpur akan menganjurkan imbasan fungsi paru-paru, konsultasi bersama profesional perubatan serta klinik berhenti merokok secara percuma.

Sekiranya anda seorang perokok atau bekas perokok yang berusia 40 tahun ke atas atau mempunyai masalah pernafasan atau batuk-batuk sejak lebih sebulan, anda dijemput melakukan imbasan.

Anda mungkin tidak boleh bernafas atau nafas tercungap-cungap tetapi bukan bermakna anda tidak boleh dibantu untuk melawan penyakit ini.

Bila? 10 hingga 11 November 2007. Masanya? 10 pagi hingga 8 malam. Di mana? Promenade, Aras Bawah, One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2007 10:20 AM | Show all posts
DIARI

Ceramah kesihatan bulanan LPPKN

LEMBAGA Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan mengadakan ceramah bertajuk Hidup di Tahap Kesihatan Terbaik pada 23 November 2007 (Jumaat) pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang di Auditorium, tingkat 13, Bangunan LPPKN, 12B, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ceramah percuma yang terbuka kepada orang ramai itu akan disampaikan oleh Pegawai Perubatan Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia LPPKN, Dr. Komathy a/p Thiagarajan. Hubungi 03-26937555 sambungan 1110, 1116 dan 1117.

Hari Diabetes sedunia HUKM
UNIT Diabetes & Endokrinolgi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Kejururawatan akan mengadakan sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat HUKM yang julung kalinya.

Ia akan diadakan pada 20 November 2007 (Selasa), pukul 9 pagi hingga 4 petang di Lobi Utama, Hospital UKM. Acara ini adalah kesinambungan sambutan ulang tahun HUKM ke-10.

Beberapa aktiviti menarik telah pun dirancang seperti ceramah kesihatan, pemeriksaan paras glukosa darah, pemeriksaan tekanan darah, kaunseling pemakanan dan khimat nasihat doktor secara percuma.

Pemeriksaan katarak percuma
SEPANJANG November ini, BiO-LiFE bersama dengan Eye Laser Correction (M) Sdn. Bhd. akan melancarkan program pemeriksaan mata bagi mengesan penyakit katarak iaitu salah satu penyakit mata yang banyak dialami oleh warga emas.

Kunjungilah farmasi berdekatan untuk membuat pemeriksaan secara percuma! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan BiO-LiFE di talian 03-77287407 atau Eye Laser Correction (M) Sdn. Bhd. di talian 1-800-88- 9363.

- Hantarkan aktiviti anda kepada Diari Kesihatan, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (M) Bhd., 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur atau e-mel: [email protected] atau faks: 03-92213752 selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh penganjuran. Penyiaran adalah percuma.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.084752 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list