CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22216|Reply: 32

Bayi kerap hidapi kolik

[Copy link]
Post time 10-8-2006 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Bayi kerap hidapi kolik

IBU bapa yang baru menimang cahaya mata dan tidak berpengalaman biasanya akan berasa cemas apabila bayi mereka kerap menangis dengan jangka masa lama.

Ia merupakan sebahagian tanda-tanda bayi mengidap kolik yang kerap dialami bayi berumur kurang daripada 3 bulan menghidap kolik.

Kolik merupakan diagnosis untuk bayi yang menghidap sakit perut. Bagaimanapun, sakit perut yang dihidapi bayi-bayi ini berlainan kerana selain menangis dan menjerit, tiada tanda-tanda lain seperti demam, najis berdarah, muntah, air kencing kotor atau cirit-birit.

Bayi tidak boleh ditenangkan dan akan menangis di antara 1-5 jam dengan kakinya ditarik ke dada dan mukanya menjadi merah. Ibu bapa selalu berasa cemas kerana tiada cara untuk mengurangkan jeritan dan tangisan bayi mereka.

Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa bagi membantu bayi mereka yang mengidap kolik.

Tanda-tanda kolik:

- Bayi berumur kurang daripada 3 bulan.

- Menangis dan menjerit.

- Kaki ditarik ke dada semasa menangis. Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama tiap-tiap hari.

Tindakan ibu bapa:

- Pastikan dengan doktor bahawa anak anda menghidap kolik dan bukan penyakit lain yang membahayakan anak.

- Kurangkan jumlah susu yang diberi dan lebihkan kekerapan penyusuan.

- Sendawakan anak apabila ia menangis berpanjangan untuk mengeluarkan angin dari dalam perutnya.

- Pastikan suhu bilik tidur tidak terlampau panas atau sejuk.

- Pastikan lampin bayi kering.

- Tenangkan bayi dengan mendukung dan mendakapnya.

Ibu bapa disaran merujuk kepada doktor untuk memastikan diagnosis kolik. Ia juga boleh dikesan melalui tangisan bayi yang berlainan daripada biasa.

Selain itu, bayi yang mengidap kolik kerap tidak mahu menyusu atau kelihatan tidak bermaya.

Sesetengah ibu bapa suka menggunakan gripe water untuk mententeramkan bayi mereka. Ubat-ubatan seperti Dentinox, Dewind atau Infacol boleh mengurangkan kekerapan kolik.

Bincanglah ubat-ubat ini dengan doktor anda.

Rawatan kolik yang melibatkan penukaran susu anak jarang sekali berkesan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 02:15 PM | Show all posts
klu yg tradisionalnye.. klu baby boy biasanye sbb kena penyakit pasang...tu yg asik melalak x henti2..sakit tuh..so kena g urut kat bomoh pasang 3 hari beturut..slalunye lepas 3 hr akan ok..klu baby girl x tau la plak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 11:41 AM | Show all posts
Hai sume...

Fina baru jer bersalin 1/7/06 yang lalu....nak jadikan citer si danish nie tetaip malam kena kolik n kembung perut...macam2 dah dibuat...akhirnya ada mak cik kasi tau suh pakai minyak daun TYT...barulah kurang kembung perut nya.....walaupun sebelum nie fina penah try susu yang khas tuk baby kembung perut pun tak jalan gak....minyak TYT gak jalan penyelesaiannya...kepada ibu2 yang bakal melahirkan fina nasihatkan supaya menyusu badan so kembung perut baby nie takkan berlaku....semasa pregnant lagi kena banyakkan pemakanan yang bolehkan banyak susu badan supaya tak jadi macam fina yang memang tak cukup susu.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 02:39 PM | Show all posts
aku biase guna minyak yuyi je... tiap kali salin diaper sapu kat perut, belakang badan n tapak kaki dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 06:29 PM | Show all posts
fina, i fullu BF, anak kembung semcm je. minyak TYT tu i dah jumpa. 2 hari yg i pakai ni, ok anak i kurang kembung.thanks atas suggestion
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 12:47 PM | Show all posts

errr..

kat mana nak cari minyak TYT ni?

camana rupenyerr?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2006 06:34 PM | Show all posts
cari kat kedai ubat cina. tapi mlm tadi anak i nangis dari pukul 3pg sampai ke pagi. emak n ayah jadi mcm zombie. anak i ni, selalunya, apa2 ubat berkesan utk sehari dua.lepas tu kembung dia datang balik.tension sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by noraidil_06 at 8-9-2006 06:34 PM
cari kat kedai ubat cina. tapi mlm tadi anak i nangis dari pukul 3pg sampai ke pagi. emak n ayah jadi mcm zombie. anak i ni, selalunya, apa2 ubat berkesan utk sehari dua.lepas tu kembung dia datang ...


nora...jangan putus asa...tetiap kali kena selalu taruh minyak kat perut ngan tapak kaki dia....sabar jer yer...insyaallah akan berkurangan penyakit tu....satu lagi, jangan lupa tuamperut dia tiap kali lepas mandi (pagi n petang)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Makeupfairy This user has been deleted
Post time 14-9-2006 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by dafina at 12-9-2006 11:19 AM


nora...jangan putus asa...tetiap kali kena selalu taruh minyak kat perut ngan tapak kaki dia....sabar jer yer...insyaallah akan berkurangan penyakit tu....satu lagi, jangan lupa tuamperut dia t ...



Tuam perut tu apa? My baby pun nangis malam gaks.  Pening sey camana nak buat dia selesa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by Makeupfairy at 14-9-2006 12:46 PM



Tuam perut tu apa? My baby pun nangis malam gaks.  Pening sey camana nak buat dia selesa.

nak senang cara tuam.. gosok2 tangan.. pastu letak kat perot baby... tulah tuam yg paling senang.. slalu laki aku tuam punai anak aku ngan cara gini... tgn laki kan kasar.. so thn lama aa panas tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 02:36 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Makeupfairy at 14-9-2006 12:46 PM



Tuam perut tu apa? My baby pun nangis malam gaks.  Pening sey camana nak buat dia selesa.

mak fina simpan pusat baby, pusat fina n husband yang dah jatuh tu ngan lada hitam, jintan n buat macam bunjut..pastu panaskan iron n tuam kan kat perut baby...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 03:07 PM | Show all posts
Fina, cuba bagi dia makan dentinox colic drops. anak saya dulu saya bg mkn ni, alhamdulillah menjadi. paeditrician yg rekemen. boleh cari kat farmasi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 03:15 PM | Show all posts
Baby Ina dulu pun memang kerap jugalah kena kolik semasa umur dia 1 - 2 bulan, antara yg Ina buat ialah:-
i) Setiap kali tukar lampin dia, Ina akan sapu minyak telon dan urut kat perut, kedua belah kaki. Tapak kaki baby, Ina akan sapu vicks, biar kaki dia panas;
ii) Pastikan lampin & baju tidak basah / lembap sebab takut senang masuk angin;
iii) Sentiasa burpkan dia after evry feed;
iv) Kalau teruk sangat kolik dia, akan steam kan daun sirih dan tuam sikit2 kat perut dia.

Mak Ina dulu memang tidurkan kami secara meniarap, tapi memandangkan Ina takut sindrom SID jadi Ina tak ajar baby Ina tidur meniarap. Tetapi sejak anak Ina dah pandai guling2, dia memang suka sangat tidur meniarap
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 02:13 PM | Show all posts
Anak Hana yg 2nd masa baru lahir dulu selalu kena kolik. Balik jer dari spital kul 3 pg start nangis. Tak berenti. Abang dia hari pertama jer bangun bila dengar adik nangis. Esok dan seterusnya dia buleh tahan dgr tangisan tu. Sikit pun tak bangun. 2nd baby tu jenis tak tidur malam, asal letak jer bangun. Kul 5 atau 6 pg baru dia lelap lama sikit. Siang pun selalu tidur kejap jer, bila dtg kolik dia tu tak bersuara nangis muka naik merah padam. Macam-macam minyak sapu, tukar susu khas utk kolik, bagi ubat angin. Jumpa pakar sampai 2 org, yg last tu kata biar jer, lepas 4 bln eloklah kolik tu dgn sendirinya. Dia suruh pakai susu Bebelac Ec.

Memang lepas 4 bulan elok ler tak kena angin lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by Ina_zali at 19-9-2006 03:15 PM
Baby Ina dulu pun memang kerap jugalah kena kolik semasa umur dia 1 - 2 bulan, antara yg Ina buat ialah:-
i) Setiap kali tukar lampin dia, Ina akan sapu minyak telon dan urut kat perut, kedua bela ...

tido meniarap ni elok sangat cuma kena tengok slalu laaa... kalo tido malam, leh meniarap but make sure kena letak bantal angkat skit paler dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 04:05 PM | Show all posts
Korang try x bagi gripe water?
ari tu cik kasih kembung ya ampun sampai pkl 5 pagi
pastu nanny dia soh bg gripe water
sampai skrg dia x kembung lagi weh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2006 04:09 PM | Show all posts
Gripe water tak penah bagi
Sebab Ipan tak penah kolik
Ermmm..tapi kene betul2 baca the ingredients
carik yang without alcohol punya
satu lagi
there is a few bottle which claimed themselves already innovation for the air flow movement to avoid colic
like Dr Brown, MAM laaa
mebbe boleh try it out kut
my son guna Dr Brown
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by kawahapi at 27-9-2006 04:05 PM
Korang try x bagi gripe water?
ari tu cik kasih kembung ya ampun sampai pkl 5 pagi
pastu nanny dia soh bg gripe water
sampai skrg dia x kembung lagi weh..

]
gripe water kandungan ada alkohol tau...baru 2 nie fina dapat tahu jangan bagi pada baby Islam...yela...dari kecil kena jaga pemakanan baby bagi yang halal je....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by gam_gajah at 18-9-2006 03:07 PM
Fina, cuba bagi dia makan dentinox colic drops. anak saya dulu saya bg mkn ni, alhamdulillah menjadi. paeditrician yg rekemen. boleh cari kat farmasi.


dentinox colic drops nie tak der alkohol ker? ingat kalau tak der alkohol leh gak spare kat umah ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by dafina at 27-9-2006 04:19 PM

]
gripe water kandungan ada alkohol tau...baru 2 nie fina dapat tahu jangan bagi pada baby Islam...yela...dari kecil kena jaga pemakanan baby bagi yang halal je....



gripe water yg mana ada kandungan alkohol ???

i dah cek several types, yg biasa dijumpai. there are alchol free & sugar free.. antaranya :-



read more here ---> http://www.dooyoo.co.uk/medicine ... gripe-water/226383/


[img]
http://mud.mm-a6.yimg.com/image/2108496505[/img]
further reading ---> http://www.kidstockmontana.com/gripewater.html

http://www.babys-bliss.com/
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.072997 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list