CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7048|Reply: 32

RAIHAN -

[Copy link]
Post time 13-8-2006 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Wilayah Raihan

Oleh ABIE ABDULLAH

SUARA Raihan terus didengar dunia. Berkesinambungan dari tahun ke tahun, kota besar ke negara kecil. Masyarakat Islam antarabangsa makin mengenali wajah dan suara nasyid popular Malaysia ini.

Wilayah dakwah mereka semakin melebar. London dan Toronto bukan bandar raya asing bagi Raihan yang ke sana hampir saban tahun. Lagu Puji-pujian, Syukur, Thank You Allah, 25 Rasul dan Rakan Selawat antara yang diterima baik di sana.

Namun dalam hal ini, terfikir kenapa Raihan saja yang berjaya menembusi pasaran mereka? Menurut anggotanya, Che Amran Idris (Che Am), dia tiada jawapan terhadap soalan itu.

揝etakat ini hanya Raihan diberi pendedahan begini, kumpulan lain pula saya tidak tahu. Mungkin juga Raihan sinonim dengan irama nasyid di negara itu.

揃agi kami, ia cukup bagus untuk pasaran kita,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2006 07:24 PM | Show all posts
saya rasa raihan adalah satu2 nya artis dari malaysia yang memang benar2
membanggakan dengan pencapaian yang mengkagumkan - dengan reputation
yang dijaga dan charisma setiap ahli kumpulan ini...

syabas raihan - dan semuga akan terus maju ---

*btw malam esok ada rancangan di RTM -- di jemput ramai
artis2 untuk mengambil bahagian -- untuk sama2 mengingati
mangsa2 palestine dan lebanon yang dibunuh kejam oleh
regime zionist dari israel --  yang sekarang masih di dalam
crisis  -
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:37 PM | Show all posts
alhamdulillah rezeki raihan utk mengembangkan islam dgn lebih meluas lagi..semoga ada yg terpanggil utk mengenali islam melalui lagu2 raihan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:21 AM | Show all posts
yup.. raihan mmg success! tapi, sangat humble dan underdog.. mmg pendakwah yang berjaya!! tahniah, raihan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 05:55 AM | Show all posts
Tawakkal album terakhir Nazrey bersama Raihan
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL


SEBELUM kemunculan kumpulan nasyid yang satu ini sepuluh tahun lalu, irama nasyid di Malaysia seolah-olah dipandang sepi oleh para peminat industri muzik. Jauh sekali untuk menyaksikan penjualan album irama itu mencapai angka yang cukup memberangsangkan.

Tetapi segala-galanya berubah dengan munculnya kumpulan nasyid nombor satu negara, Raihan, yang telah berjaya mengubah persepsi lapuk masyarakat tentang genre nasyid.

Raihan satu-satunya kumpulan nasyid di negara ini yang berjaya mencapai penjualan album tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 650,000 unit yang belum mampu ditandingi oleh mana-mana artis lain.

Malah, album sulung mereka, Puji-Pujian, juga diiktiraf oleh Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1998 sebagai Album Terbaik yang sebelum ini dikuasai oleh genre pop, R&B dan rock.

Salah seorang anggota Raihan, Abu Bakar Md. Yatim berkata, kejayaan yang dikecapi oleh Raihan hari ini bukan datang bergolek tetapi hasil usaha mereka yang ingin melihat irama nasyid diterima dengan baik.

揔ejayaan yang kami kecapi hari ini semuanya datang daripada Allah s.w.t.. Dia yang telah menentukan perjalanan hidup kami. Niat utama kami dalam industri ini hanya untuk berdakwah melalui lagu-lagu kami. Alhamdulillah, usaha kami tidak sia-sia dan kami dapat diterima,
Reply

Use magic Report

powerpuff_gurl This user has been deleted
Post time 1-10-2006 08:07 PM | Show all posts
tahniah raihan!!...kagum ahh  ngan diorang nie..perna tgk dokumentari diorang yang merantau to places such as south africa...imagine...orang sana yang tak reti berbahasa melayu siap bley hafal lagu nasyid diorang...begitu hebatnyer pembawaan nasyid raihan...ppg rasa orang seni yang sebegini yang patut diberi penghargaan sbb mampu membawa nama Islam and juga Malaysia...bukannyer orang seni yang baru shj buat persembahan di luar negara spt London sekali, gah nyer macam hebat sgt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2006 03:00 PM | Show all posts
Kembara Raihan tangkis prejudis Islam
Oleh Norhadiani Baharom


MUSUH Islam sentiasa mencari jalan untuk melabelkan agama suci ini dengan pelbagai dakyah negatif. Melalui propaganda itu, memudahkan mereka menzalimi masyarakat Islam di dunia ini dengan alasan menjaga keamanan.

Apakah sudah terlambat untuk kita memperbetulkan persepsi masyarakat sejagat terhadap Islam? Bagi kumpulan nasyid Raihan, masih ada waktu memberi pendedahan kepada masyarakat dunia pengertian Islam sebenarnya.

Melalui sokongan Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta pelantikan selaku duta Kempen Islam Progresif dan Kembara Keamanan Dunia 揟he Voice Of The Silent Majority
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 11:19 AM | Show all posts
tahniah raihan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2006 03:15 PM | Show all posts
Datuk Bandar London undang Raihan kempen Olimpik 2012
Oleh Zainuri Misfar


DULU, kumpulan nasyid Raihan ke luar negara membawa mesej kebudayaan dan muzik tetapi sekarang mereka bertanggungjawab untuk membawa amanat mengenai keamanan. Paling penting ialah mereka bakal memikul peranan membetulkan salah faham mengenai Islam yang selama ini Barat sering dikaitkan dengan keganasan.



Tanggungjawab itu sejajar pemilihan dan pengiktirafan dari kerajaan apabila Raihan dilantik secara rasmi sebagai Duta Keamanan Masyarakat Islam dalam program Kempen Islam Progresif dan Kembara Keamanan Dunia tajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Selain program keamanan, Raihan juga diundang pelbagai negara untuk acara utama dunia.

Mereka diundang oleh Datuk Bandar London, Ken Livingstone dan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik London 2012, Sebastian Cole untuk mengadakan persembahan khas sempena kempen London untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada 2012.

Bukan saja London, mereka juga mengadakan persembahan di Manchester, Birmingham, Leeds dan Celtic di Scotland. Selain itu, walaupun belum secara rasmi, kerajaan Qatar juga dikatakan mahu mengundang Raihan untuk membuat persembahan di pembukaan Sukan Asia Doha pada Disember ini.

Pertubuhan Islam Perancis juga menjemput Raihan untuk menjayakan program membetulkan salah faham mengenai Islam di negara itu. Ternyata jika melihat senarai undangan itu, Raihan seharusnya boleh mendapat pengiktirafan sebagai kumpulan nasyid berkelas dunia. Namun, mereka tetap merendah diri.

Jurucakap Raihan, Che Amran Che Idris, berkata sokongan dari kerajaan akan memudahkan lagi mereka menjalankan tanggungjawab dan mereka akan berusaha sebaik mungkin melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Katanya, memang mesej keamanan, terutama berkaitan Islam agak mudah disebarkan menerusi muzik berbanding pendekatan politik.

揔alau kita menyebarkan keamanan secara terus terang seperti berceramah, mungkin ada orang yang hendak tembak kita. Kalau melalui politik, daripada yang kita perhatikan ada berjaya ada, ada yang gagal.

揟api kalau menerusi muzik, saya yakin ia boleh diterima semua pihak tanpa prejudis. Pengalaman Raihan mengadakan persembahan di luar negara, termasuk beberapa negara bukan Islam membuktikan mesej keamanan menerusi muzik lebih senang diterima.

慏an, secara tidak langsung kami dapat membantu usaha kerajaan menjana kempen Malaysia Truly Asia, menarik pelancong ke negara kita,
Reply

Use magic Report

24 This user has been deleted
Post time 13-10-2006 04:23 PM | Show all posts
:lebai::lebai::lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 04:50 PM | Show all posts
congratz raihan! :love:
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 03:35 PM | Show all posts
selamat berjaya buat nazrey...dan buat raihan teruskan usaha dakwah global kalian:tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2006 11:37 AM | Show all posts
Raihan terima anugerah di Dubai
Oleh Mohd Nasif Badruddin
[email protected]

SEJAK menceburkan diri dalam karier nasyid sejak 10 tahun lalu, kumpulan Raihan terus mendapat pengiktirafan menyampaikan mesej dakwah menerusi hiburan dalam dan luar negara.


Ketika insan lain seronok dan teruja berhari raya bersama keluarga tercinta, kumpulan nasyid terunggul tanah air ini sanggup meninggalkan suasana lebaran ini demi membuktikan komitmen mereka menyebarkan syiar Islam.

Pada hari raya kedua lalu, belum puas menyambut Aidilfitri, Raihan ke Dubai untuk menerima anugerah nasyid antarabangsa yang diadakan pada 26 Oktober lalu.

Raihan yang ditubuhkan pada 1996 kini dianggotai Che Amran Idris, Nordin Jaafar, Amran Ibrahim dan Abu Bakar Md Yatim sudah pun menghasilkan lapan album sepanjang sedekad pembabitan mereka dalam bidang seni suara.

Ketua kumpulannya, Che Amran berkata, walaupun terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga pada hari raya, ia bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. Malah sudah acap kali kumpulan ini berpisah dengan keluarga mengadakan persembahan di luar negara termasuk pada hari yang bersejarah itu.

揂nugerah khas yang diberikan ini sebagai menghargai pembabitan kami sebagai artis nasyid pertama yang memperjuangkan nasyid secara profesional dengan menyampaikan dakwah melalui nasyid ke seluruh dunia.

揂cara yang diberi nama Mahabba Award, Art Of Love itu berlangsung di Binayas Ballroom, Grand Hyatt Hotel Dubai. Anugerah yang julung kali diadakan ini membabitkan beberapa kumpulan nasyid terpilih dari seluruh dunia,
Reply

Use magic Report

eyenee This user has been deleted
Post time 18-11-2006 11:49 AM | Show all posts
TAHNIAH RAIHAN. :pompom::pompom::clap::clap:
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 01:20 PM | Show all posts
album terbaru raihan aku bole kata album terbaik kumpulan tu, maybe selepas puji-pujian...
ntahla, bab2 nasyid ni, aku memang tabik dgn raihan...bukan macam typical nasyid group yg lain, buat album asal lepas, pemilihan lagu berterabur, recording lagu ala kadar, ada tu punyela malas sampai semua buat programming....muzik raihan fresh, instruments semua live, arrangement music pun aku sangat2 suke...

sape2 yg beli album2 raihan akan perasan tiap2 album diorang ada 'formula' yg sama, meaning tu say, pola pemilihan lagu tu sama...tiap2 lagu bukan tangkap muat, tapi ada purpose & audience tersendiri...semua album macam tu la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 04:31 PM | Show all posts
raihan was phenom...still remember their 1st album was the best selling album...huh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2006 09:13 PM | Show all posts
Dorang memang satu FENOMENA penjualan album dorang takde siapa dapat cantas sampai hari ni...lagu nasyid yg menenangkan sgt..

Dah round the world dan dorang yg paling layak di gelar WORLD!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2006 11:37 PM | Show all posts
Raihan terima anugerah khas di Dubai
Oleh Suzan Ahmad

RAIHAN terus membuka dimensi baru dalam pendekatan hiburan nasyid sebagai penyampai dakwah Islamiah sambil merentasi benua. Terbaru pada 26 Oktober lalu, kumpulan nasyid tersohor ini mengharumkan nama negara apabila dipilih untuk menerima anugerah nasyid di peringkat antarabangsa.

"Majlis anugerah yang diberi nama Mahabba Award, Art of Love ini berlangsung di Binayas Room, Grand Hyatt Hotel, Dubai," kata Che Am yang ditemui pada majlis meraikan kejayaan itu di Restoran Rebung, Bangsar, Rabu lalu.

Majlis yang julung kali dianjurkan itu adalah cetusan idea ahli jawatan kuasa yang terdiri daripada peminat dan penggiat seni muzik Islam dari Timur Tengah. Ia bertujuan menghargai dan mengangkat seni budaya Islam di peringkat global.

Che Am berkata, sebagai permulaan, anugerah ini ingin memperkenalkan beberapa kategori utama lain seperti filem, muzik, penghasilan seni Islam termasuk seni fotografi.

"Alhamdulillah. Terpilih menjadi penerima anugerah berprestij seperti ini daripada masyarakat luar cukup membuat kami teruja malah mengangkat moral kami ke tahap lebih tinggi," jelasnya lagi.

Katanya, sebagai artis nasyid dari Asia Tenggara, semestinya Raihan cukup berbangga dengan pencapaian itu kerana mengikut kebiasaan masyarakat Timur Tengah sukar untuk mengiktiraf penyanyi dakwah dari sekitar Asia. Tidak hairanlah, sejak dulu, gelanggang muzik dakwah lebih dikuasai sepenuhnya bangsa Arab dan kulit putih.

"Perkembangan ini membuktikan masyarakat di sana semakin terbuka dan menerima orang Asia serta menghargai sumbangan yang diberikan dalam menjalankan syiar agama menerusi seni. Ia sekali gus membuka laluan untuk kami merentasi pasaran lebih komersial dan global," katanya.

Raihan yang cukup popular dengan lagu seperti Pujian-Pujian, Assalatuwassalam, Allahu, Selawat dan Thank You Allah, sudah berjaya menembusi pasaran di Russia dan Perancis hinggakan lagu mereka diambil untuk dijadikan lagu latar bagi pelbagai pameran, pembentangan kertas kerja dan perhimpunan muslim.

Malah pengaruh Raihan begitu kuat sehingga mula tumbuh pelbagai kumpulan nasyid klon mereka di Afrika Selatan.

Antaranya kumpulan nasyid menggunakan nama mereka sebagai Raihan 2 dan Raihan Girls.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 12:24 PM | Show all posts
but i will miss vocal nazrey ...menusuk dlm jiwa ..tak pasti vocalist baru boleh carry on ke tak ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 11-12-2006 11:37 PM
Malah pengaruh Raihan begitu kuat sehingga mula tumbuh pelbagai kumpulan nasyid klon mereka di Afrika Selatan.

Antaranya kumpulan nasyid menggunakan nama mereka sebagai Raihan 2 dan Raihan Girls

raihan girls...:lol
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.162448 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list