|
semalam aku tgk tv citer pasal dua adik beradik korean berperang kerana berlainan pendapat..
ader xsape2 tau sejarah korea utara ngan korea selatan nie.. cammane diarang leh berpecah...
aku dah selak thread2 kat blakang xjumpa pun citer pasal nie (xselak semua)... ader saper2 tau x citer lar skit..
atas permintaan seorang teman.... tajuk thread nie diubah daripada korean kepada sejarah perang korea
may be teman tersebut banyak lagi cerita yang nak dikongsikan...
[ Last edited by bundle at 13-9-2006 03:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bundle at 31-8-06 11:18 AM
semalam aku tgk tv citer pasal dua adik beradik korean berperang kerana berlainan pendapat..
ader xsape2 tau sejarah korea utara ngan korea selatan nie.. cammane diarang leh berpecah...
aku dah ...
sejarah pasal negara korea nie xde lagi
xde sape bukak ......
cam ner diorg berpecah ...... kene selak kat wikipedia ....
yg pasti sorg pk komunis n sorg pk democratic .........
bile la diorg nak bersatu cam negara jerman ek
dulu ada jerman barat n jerman timur .......
skrg nie jerman ajer ......
|
|
|
|
|
|
|
|
ermmm.. xder sape tau x.. aku sejarah nie minat nak baca.. tapi bab nak mencari punya lar malas.. huhuhu..
cam teruk sangat kan pertelikahan dirang nie.. sampai sekarang korea utara jarang nak terima bantuan dari korea selatan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bundle at 1-9-2006 02:04 PM
ermmm.. xder sape tau x.. aku sejarah nie minat nak baca.. tapi bab nak mencari punya lar malas.. huhuhu..
cam teruk sangat kan pertelikahan dirang nie.. sampai sekarang korea utara jarang nak te ...
sabar...ko baru post satu hari nak orang ramai2 terus reply ke...:jeling:
nanti aku balik aku scan pasal korea ek, aku ada Life 100 years in photos ada ceta pasal korean war. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 2-9-2006 03:37 AM
sabar...ko baru post satu hari nak orang ramai2 terus reply ke...:jeling:
nanti aku balik aku scan pasal korea ek, aku ada Life 100 years in photos ada ceta pasal korean war.
huhu okey boss... :pompom: :tq: |
|
|
|
|
|
|
|
ni aku scan dari Majalah Life 100 events that shook the world photobook
Ni bukan cerita penuh tapi dia summarise apa tu Korea War dalam beberapa ayat. Kira gezek la, kasi thrill sikit.
aku alih bahasa pasar ek.
- akhir 15th century Jepun attack korea, tak berjaya.
- lepas 400 tahun, Jepun cuba lagi.
- 1910 Jepun conquer Korea.
- Bila Jepun kalah WW2,
Allied ambik korea bawah 38th Parallel
Russia ambik Korea atas 38th Parallel
Amerika komplen kat UN pasal bagi2 tanah ni, UN tak bleh settle.
Tu jam Cold War dah start.
- 25 June 1950 , hari minggu hujan
North Korea serang bahagian South ( mesti konpem ngan izin Russia )
UN Security Council nak defend South, kebanyakkan sojer Amerika.
China lak support North
- 3 tahun perang, cuaca panas dan musim sejuk salji2
Stalemate. tak menang tak kalah dua2.
- 2 juta orang korea mati, 1 juta orang China mati, Amerika nye sojer 37,000 mati.
Juta2 hilang tempat tinggal.
- Jepun yang untung perang ni pasal dorang supply Amerika bahan perang.
Sampai skarang kira dorang masih dalam keadaan perang la, tapi kira truce.
[ Last edited by deaf4ever at 2-9-2006 01:12 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
layan gambo..
budak korea ni mak bapak dia baru mati..
|
|
|
|
|
|
|
|
pendekata..kalau tak kerana jepun jajah korea..korea takkan berpecah.ini kerana bila jepun kalah perang dunia kedua..jajahan korea dia dibahagikan mengikut puak puak yang menang.( komunis dan kapitalis amerika). |
|
|
|
|
|
|
|
nanti aku post tentang sejarah lebih detail Perang korea dan sejarah korea Utara dan Selatan
p/s: nih mesti korang tengok movie ''Taegukgi''
[ Last edited by HangPC2 at 2-9-2006 01:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
layan gambo lagi satu kat photobook yang aku scan tapi ni besar sangat tak muat nak scan la..
ni yang cakap pasal Amerika nye marines kena roadblock ngan sojer cina dalam salji.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kebangkitan Usahawan Korea
23 June 2006
Orang Korea adalah bangsa yang gigih, tahan lasak, tidak takut diuji dan berani mengambil risiko. Orang Korea percaya tiada jalan yang singkat untuk berjaya. Mereka perlu bermula daripada bawah.
Bagi memulakan sesuatu usaha perniagaan, ia memerlukan seseorang yang bersemangat waja dan memiliki hati yang kental. Tanpanya, setiap usaha yang dilakukan tidak akan berhasil dan akan terhenti di pertengahan jalan.
Prinsip ini yang dipegang oleh usahawan Korea dan menjadi asas kepada kejayaan mereka. Mereka mempunyai cita-cita yang tinggi bukan untuk kepentingan peribadi tetapi bagi mengangkat maruah bangsa dan martabat negaranya. Kejayaan mereka adalah kejayaan bangsa Korea. Pencapaian mereka adalah pencapaian negaranya.
Sebelum Perang Dunia Kedua, Korea tidak pernah dikenali di persada antarabangsa sebagaimana negara-negara jirannya iaitu China dan Jepun. Korea hanya dikenali sebagai negara pertanian yang miskin. Kehadirannya di atas peta dunia hanya sekadar di pinggiran sahaja. Kehebatan yang boleh dibanggakan oleh orang Korea adalah pegangan kuat mereka kepada nilai tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun. Negara Korea tidak pernah menjadi kuasa dunia apatah lagi kuasa besar ekonomi. Negara Korea juga bukan kuasa militari yang kuat dan mempunyai pengaruh politik yang besar dan negara ini hanya wujud kerana ia mempunyai kerajaan dan rakyat.
Namun begitu, Korea sentiasa menjadi idaman dan mencuri tumpuan negara-negara tetangganya. Kedudukannya yang berhampiran dengan negara Rusia di utara, China di selatan, Mongolia di barat dan Jepun di Timur menjadikannya sebuah negara penampan yang baik bagi negara-negara yang bertelagah. Lokasinya yang cukup strategik itu menjadikan Korea rebutan pelbagai kuasa yang sama iaitu yang bercorak nasionalis, sosialis, fasis atau pun komunis.
Menyedari hakikat itu, pihak barat melalui Amerika Syarikat (AS) campur tangan menyebelahi Korea Selatan dalam perang saudara dengan Korea Utara. Dalam peperangan itu, tidak ada pihak yang menang atau kalah. Dengan sokongan dan dorongan pihak barat, Korea Selatan gagal mengalahkan Korea Utara. Begitu juga dengan Korea Utara yang dibantu oleh Rusia dan China tidak berupaya menguasai Korea Selatan sebagaimana yang dilakukan oleh Vietnam Utara pada Vietnam Selatan.
Dalam perang itu, kedua-dua belah pihak mengalami kerugian yang besar sama ada dari segi tenaga manusia, harta benda atau pun wang ringgit. Ekonomi kedua-dua buah negara yang bersaudara itu musnah sama sekali. Kehidupan selepas perang saudara itu begitu memeritkan. Ia memisahkan hubungan persaudaraan yang terjalin selama ini dan menyebabkan keluarga berpecah-belah serta terpisah buat selama-lamanya. Korea Selatan dan Utara sampai ke hari ini bermusuhan sehingga tidak wujud kerjasama dan kompromi bagi kedua-dua buah negara yang mempunyai bangsa yang serumpun.
Korea Selatan bernasib baik kerana mengamalkan pasaran bebas dan kapitalisme dalam sistem ekonominya. Dengan bantuan dan pertolongan barat, Korea Selatan berjaya keluar daripada sengsara dan penderitaan perang. Manakala buat Korea Utara sehingga kini masih bergelut dengan masalah kemiskinan, kebuluran, kemunduran dan kecederaan yang tidak pernah sembuh.
Kesan perang Korea begitu dahsyat dan membawa kemusnahan pada seluruh infrastruktur ekonomi yang dibina sebelum ini. Biarpun berdepan dengan pelbagai kesan negatif, peperangan itu juga mempunyai kesan positifnya iaitu menjadikan orang Korea lebih cekal, tabah dan kuat.
Kemusnahan dan kehancuran perang dapat melahirkan sekumpulan usahawan yang bekerja keras untuk membangunkan semula negara dan menyelamatkan bangsanya. Para usahawan ini telah memulakan langkah membina kembali asas-asas ekonomi dengan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan perniagaan teras.
Orang Korea sememangnya terkenal dengan penghasilan tekstil yang bermutu tinggi. Mereka juga mahir membina kapal dan bangunan. Usahawan-usahawan Korea ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula ekonomi negaranya. Mereka menyediakan peluang pekerjaan dan di samping itu, mereka turut sama bekerja dengan rakyat Korea.
Mereka bekerja lebih daripada 14 jam setiap hari. Hasil daripada kerja keras yang dilakukan secara berterusan dan konsisten, akhirnya ekonomi Korea Selatan berjaya dipulihkan. Malahan Korea Selatan berjaya menempatkan dirinya sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang dinamik di rantau Asia dan dunia. Kemakmuran itu dicapai hasil perjuangan dan kerja keras selama berpuluh-puluh tahun.
Sepanjang perjalanan untuk menjadi sebuah kuasa besar ekonomi, rakyat Korea Selatan sudah berhadapan dengan seribu satu cabaran termasuk krisis serta ketidaktentuan ekonomi yang dialami oleh dunia. Korea Selatan sudah sewajarnya boleh berbangga dengan pencapaiannya kerana ia diperoleh hasil daripada usaha rakyatnya sendiri yang begitu gigih, bertenaga, tidak mudah menyerah kalah dan juga tidak kenal penat lelah.
Dipetik daripada: Bab 14, buku Rahsia Bisnes Orang Korea oleh Ann Wan Seng
http://www.pts.com.my/modules.ph ... article&sid=702 |
|
|
|
|
|
|
|
KOREA
Choson -- Negeri Setenang Pagi Hari
Sejarah Korea
Sejarah awal Korea berkisar di sekitar kerajaan kuno Choson yang muncul sekitar 2.300 tahun sebelum Masehi. Pada sekitar abad ke 2 sebelum Masehi, bangsa Cina mendirikan koloni di daerah kerajaan tersebut. Namun, lima abad kemudian, bangsa Korea mengusir mereka keluar. Sejak itu, muncul sebuah kerajaan, yaitu kerajaan Silla. Kerajaan Silla (668 |
|
|
|
|
|
|
|
dalam banyak2 benda pasal ni South ngan north ni kan, aku paling suka Silmido ni..
ni nama wayang korea
tapi ni diambik dari ceta betul, ni memang betul2 terjadi kat South Korea, tapi gaverment dorang sembunyikkan dari rakyat, jadi kira cam rahsia negara..
gezek dia cam gini...
tahun 1960an kan, North Korea hantar komando smua masuk South nak bunuh presiden tapi tak dapat.
South Korea pun bingit la, tak bleh accept la kira.
So South Korea nye military pegi kat penjara2, sapa2 yang takde sedara, hardocre criminal, sapa2 yang hukuman penjara lama..dorang recruit jadi sojer.
Jadi ada 31 orang tau diambik jadi sojer. Tapi dorang latihan special. Kira nak jadi killing machine.
Dorang punye tugas satu je, bila dah training dah abis, dorang smua seludup masuk North Korea then bunuh pemimpin2 North Korea.
Masa training, tak salah 7 mati.. pasal training dia brutal giler, dah tu ni 31 orang ni kan, kira cam tawanan la, dorang takde hubungan ngan sapa2, bertahun2 tiap2 hari kena training cam nak mampos nye supaya dorang bleh jadi pembunuh paling best dalam dunia.
So 7 mati tu ada pasal training teruk sampai mati, ada pasal nak larikan diri so kena bunuh ngan kerajaan Korea. Pasal ni kan top secret.
Then tinggal 24 orang tu dapat tahu, gavermen South Korea kensel dorang punye tugas nak seludup gi North Korea,
so dorang dapat tahu, gavermen South Korea nak ni dorang 24 orang mati dibunuh, jadi rahsia kerajaan ni tak akan diketahui sesiapun.
Jadi 24 orang ni memberontak, pegi lawan ngan tentera2 yang dikerah melatih dan mengawal mereka la..
Pasal 24 ni dah terror tiap2 hari training, dorang bleh bunuh orang2 yang jaga dan latih mereka sendiri.
So 24 orang ni dapat keluar tempat dorang disimpan, dorang smua hijack satu bus, dan driving bus tu gi bandaraya Korea pasal dorang nak jumpa presiden Korea, dorang nak mengadu kenapa gavermen dorang sendiri buat dorang macam gini, sampai nak bunuh rakyat sendiri yang dilatih jadi pembunuh pemimpin North Korea..
Tapi belum sempat sampai, South Korea nye sojer semua dah attack ni bas, last2 ramai mati, mana yang masih hidup terus kena hukum bunuh. So tu la, kerajaan South bunuh semua 24 orang ni la, tutup rahsia.
Ni story mula2 top secret tapi bocor, then tu la last few years kat South Korea dorang buat pilem Simildo ni. Pecah rekod nye story.
Jalan cerita dia cam very the sedih eh, tapi ni cerita betul terjadi dalam sejarah South Korea. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 2-9-2006 01:41 PM
dalam banyak2 benda pasal ni South ngan north ni kan, aku paling suka Silmido ni..
ni nama wayang korea
tapi ni diambik dari ceta betul, ni ...
aku dah tengok movie nih akhir citer .... fail tentang silmido nih masuk dalam almari besi ...
Silmido
Silmido is an uninhabited island in the Yellow Sea, off the west coast of South Korea. It has an area of about .25 km². It lies within the borders of Incheon metropolitan city, and is about 5 kilometers southwest of Incheon International Airport. Silmido lies just offshore of the larger, inhabited island of Muuido, which is connected to the mainland by ferry.
Silmido Incident
Silmido became historically significant in the 1960s, when it was used as the training ground for an elite military corps trained to assassinate North Korean leader Kim Il-sung. Traces of the training facilities can still be seen. Under circumstances that have still not been fully brought to light, the members of the corps mutinied and went to Seoul in 1971, where they were killed or committed suicide.
Silmido is well-known today as the principal setting of the 2003 movie of the same name, which is loosely based on the Silmido Incident. Thanks to the movie's success, the island has become a fairly popular tourist destination.
http://en.wikipedia.org/wiki/Silmido
[ Last edited by HangPC2 at 2-9-2006 01:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 2-9-2006 01:07 PM
ni aku scan dari Majalah Life 100 events that shook the world photobook
Ni bukan cerita penuh tapi dia summarise apa tu Korea War dalam beberapa ayat. Kira gezek la, kasi thrill sikit.
http:/ ...
sebab jepun yang nak conqure dunia... rusia amerika masuk campur... xpasal2 dua adik beradik nie berperang..
jahat tul amerika ngan rusia nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
patut lar korea utara wat nuklear amerika wat dek jek.. sekutu rusia upanyer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bundle at 3-9-2006 05:38 PM
patut lar korea utara wat nuklear amerika wat dek jek.. sekutu rusia upanyer...
dorang lebih condong kat China la..
nanti sambung ek, North Korea aku memang fascinated la...
apa aku dengar.
rakyat dorang tak pernah dengar pun lagu Beatles
rakyat dorang tak pernah minum coca cola
kat bandar pyongpang, takde orang cacat, takde orang buruk, smua orang lengkap semulajadi. Pasal gavermen dorang nak tunjuk kat foreigners, negara North Korea best. Sapa2 cacat2 , tua2, smua kena hantar countryside..
nanti ek sambung lain kali |
|
|
|
|
|
|
|
wahh.. yer ker.. diskriminasi gila...
yang hodoh yang hina kena letak tepi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|