CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17331|Reply: 78

"Memang tunggu peluang ni, Allahu Akbar!"-Anak Shuib menangis bakal busking di Bukit Bintang

[Copy link]
Post time 3-1-2025 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Anak kedua pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, 40, iaitu Dzahira Talita Zahra (Talita), 11, menangis sambil memeluk bapanya selepas diberitahu bakal membuat persembahan kali pertama di hadapan orang ramai bersama Radio Era di Bukit Bintang jam 9 malam ini.

Menerusi perkongsian video di Instagram (IG), Shuib berkata, dia menerima panggilan daripada Era yang menawarkan Talita untuk menyampaikan dua lagu iaitu Bayangan Gurauan dan Kesetiaan secara 'busking' di sana.



"Pagi tadi, Azad telefon dan berborak bersama tapi tiba-tiba dia cakap 3 Pagi Era nak buat 'content busking' dekat Bukit Bintang jadi bos dia tanya boleh atau tidak untuk menjemput Talita menyanyi sekali?

"Sebagai bapa, saya sangat gembira dengan pelawaan terbabit dan terus memberitahu Talita selepas dia pulang dari sekolah," katanya.

Dalam perkongsiannya lagi, kata Shuib, Talita memang sudah lama menanti peluang untuk membuat persembahan dihadapan orang ramai.

  


"Rupa-rupanya, Talita terlalu nak menyanyi depan orang ramai dan dia memang menunggu  peluang macam ini. Allahu Akbar!

"Semoga Allah permudahkan urusan Talita, daddy akan selalu ada di belakang Thalita, I'm your biggest fan. Satu keluarga akan turun beri sokongan pada awak.

"Siapa yang ada kelapangan, marilah datang, sokong 3 Pagi Era bersama Pak Azad,Nabil,Radin dan Talita," katanya.

  


Sementara itu, perkongsian Shuib turut mendapat perhatian pengikutnya di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tumpang bangga dengan anak kedua penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin itu serta ramai yang sebak melihat momen dia menangis sambil memeluk bapanya itu.

  


Mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada Talita agar dapat membuat persembahan terbaik.

Selain Talita, Shuib juga memiliki tiga lagi anak bersama arwah Siti Sarah  iaitu Uwais Al-Qarni, 13;  Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan, 3 tahun.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 01:13 PM | Show all posts
Nape dorang cakap dia rupa ibu dia? Iols nampak muka soeb masa jadi pempuan kalau dia buat lawak atas pentas, gitu lah rupa dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Taktau knp aku sebak plak tgk yg dia berlatih tu
Kadang aku lupa siti sarah dh meninggal
Sbb dia kan muda lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 3-1-2025 01:13 PM
Nape dorang cakap dia rupa ibu dia? Iols nampak muka soeb masa jadi pempuan kalau dia buat lawak ata ...

Haah dia ikut soeb, jenis kurus je ni sampai tua
Abang dia dan adik ayash yg ada mirip arwah
Dia ngn 2nd last tu ikut shuib
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:17 PM | Show all posts
Aku pasti dik, 1 bukit Bintang kenal kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 3-1-2025 01:44 PM
Taktau knp aku sebak plak tgk yg dia berlatih tu
Kadang aku lupa siti sarah dh meninggal
Sbb dia kan ...

Sama beb...iols pun sebak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 02:37 PM | Show all posts
ptut la td dok lalu lalang live ank shuib ni dok melalak...ingtkn dok karok bese2 je..rupenye berlatih nk wat persembahan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehlah.
3.5/10
Jauh lagi nak jadi penyanyi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 3-1-2025 01:13 PM
Nape dorang cakap dia rupa ibu dia? Iols nampak muka soeb masa jadi pempuan kalau dia buat lawak ata ...

Haha. Muka Shuib 100%. Dah dengar dia nyanyi. Cantik tone dia. Ada iras² tone arwah emaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 3-1-2025 02:43 PM
Bolehlah.
3.5/10
Jauh lagi nak jadi penyanyi.

Ya. Kena bykkkn latihan lagi dan dia masih kecik. Byk masa lgi klu nk serius dalam bidang nyanyian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:54 PM | Show all posts
amboiiii atok & isteri duduk kat rumah tu ker?
terbaik la atokk..... sekali jaga cucu tu kannnn..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak, dia nyanyi lagu arwah mak dia, aku pulak yg nangis.. bakat nyanyian arwah ibu mengalir ke Talita..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 04:40 PM | Show all posts
Shayang replied at 3-1-2025 05:46 AM
Haah dia ikut soeb, jenis kurus je ni sampai tua
Abang dia dan adik ayash yg ada mirip arwah
Dia n ...

Yg mateen tu lg fotostat soeb, muka dgn perangai
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
X sesuai kot berseru Allahuakbar bg perkara hiburan yg jenis menjauh dr ajaran islam
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
X sesuai kot berseru Allahuakbar bg perkara hiburan yg jenis menjauh dr ajaran islam
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lalu kat tiktok live fyp anak shuib praktis. Ramai viewers, dalam 17k+
Tang sangka rakyat malaysia suka tengok benda2 gini, padahal belum famous pon lagi anak shuib ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Shuib dulu masa arwah baru meninggal, seboklah tazkirah bebudak skrg lagha idolize kpop2 ....hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang tak pernah follow kisah hidup soeb ni. Minggu lepas aku pegi rumah kakak aku. Tercerita jugak pasal soeb ni. Baru aku tahu, anak bongsu dia tak boleh bercakap lagi. Dan tangan kanan anak dia asyik menggenggam sahaja. Ada kesan jugak masa kelahiran dia dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 06:07 PM | Show all posts
netizen dah boring kisah dia yg asyik ade issue cukai dan poor managemnt business
netizen pon dah tak layan dia yg acah2 sedih tak leh move on kenangkan arwah bini

skali dia up anak dia pulak dahhhhhh

lagi2 view tinggi

apelagi..

shoib2...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 06:11 PM | Show all posts
Aku suka tengok Talita ni nyanyi.

Cuma....

Mungkin hati aku hitam....

Yg aku nampak di soeb pula....dalam kaplahotak dia nampak $$$$$$$$$$$$
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.070269 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list