View: 27627|Reply: 206
|
TAKDIR [merged] hird, sedondon, kuman
[Copy link]
|
StoneCold This user has been deleted
|
Assalamualaikum ,
Pertanyaan yang aku nak tanya ni sebenarnya berat dah aku harap hanya orang yang komited sungguh-sungguh sahaja menjawabnya.
Aku ingin mengupas dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan forum berkaitan fungsi takdir yang sebenarnya.
Apakah sebenarnya takdir ? Ada yang berkata ada 2 jenis tadir iaitu :
1.takdir mutlak iaitu takdir yang tidak boleh diubah
2.takdir yang tidak mutlak iaitu takdir yang boleh diubah.
Takdir mutlak iaitu takdir yang tidak boleh diubah ialah:
1. kematian
2. jodoh pertemuan
3.rezeki.
Harap kawan-kawan boleh bagikan rujukan al quran atau hadis sahih bila memberi rujukan
Sekian , terima kasih. Banyak lagi soala-soalan sebenarnya tapi biarlah aku mulakan dengan yang ini dulu. Wassalam
[ Last edited by antiQue at 6-9-2006 10:00 AM ] |
|
|
|
|
|
|
roselle This user has been deleted
|
Originally posted by StoneCold at 31-5-2004 09:32 PM:
Assalamualaikum ,
Pertanyaan yang aku nak tanya ni sebenarnya berat dah aku harap hanya orang yang komited sungguh-sungguh sahaja menjawabnya.
Aku ingin mengupas dan berkongsi pendapat deng ...
StoneCold,
Ini rasanya bab yang berkaitan dengan ' qada' qadar' [/color]( perancangan dan pelaksanaan ) Allah. Tak pandai lah ulas.. nanti berbelit pulak. Kesimpulan yang mudah ialah Allah berkuasa melaksanakan sesuatu dengan kehendakNya, kita hanya berusaha tapi Allah telah meletakan sesuatu keputusanNya untuk kita... yang kita namakan 'takdir'. Takdir yang boleh berubah atau tak berubah itu, setekat ini, no komen!
[ Last edited by roselle on 1-6-2004 at 04:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah dengar pulak takdir boleh dibahagi-bahagikan...kalau nak hadis yang ini ada.
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya
al-Furqan 2 (Qur'an)
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
pastu bab orang kita suka bayar nazar konon nak tolak bala...
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu bernazar kerana nazar itu tidak dapat menolak sedikitpun takdir, ia hanyalah untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang bakhil |
|
|
|
|
|
|
|
Topik ni memang berat. Berikut cuma pandangan saya.....
"Takdir" bermaksud "ketentuan". "Takdir" boleh membawa maksud "yang telah ditetapkan" dan boleh juga bermaksud "yang telah diizinkan" (oleh Tuhan). Tidak suatu pun berlaku kecuali "ditetapkan" oleh Allah atau "diizinkan berlaku" oleh Allah. Maka bolehlah dikatakan bahawa "segalanya dari Allah". Dan Allaha Maha mengetahui, oleh itu, sebelum kita lahir pun, Allah telah tahu apa yang akan kita lakukan didunia, dan dengan itu Allah dapat menentukan takdir kita sepenuhnya.
Yang "ditetapkan" itu biasanya disebut "takdir yang tak boleh diubah".
Yang "diizinkan berlaku" itu bergantung kepada kita sendiri. Itulah sebabnya banyak ayat-ayat Quran yang menjelaskan bahawa kita didunia ini untuk diuji atau diduga. Kalau semuanya telah ditetapkan, tentu kita tak perlu diduga!
Diantara ayat-ayat berkenaan ialah:
"Dia yang menciptakan langit dan bumi........supaya Dia menguji siapa diantara kamu orang yang terbaik amalannya..." (Hud 11:7)
"Sesungguhnya Kami jadikan apa yang dimuka bumi sebagai perhiasannya, supaya Kami uji, manakah di antara mereka, orang yang lebih baik amalannya" (Al Kahfi 18:7) .
Tiap-tiap diri mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan kembali" (Al Anbiya 21:35)
"Sesungguhnya hartabenda mu dan anak-anak mu menjadi ujian bagi mu....." (At-Taghabun 64:15)
"Maha suci yang ditanganNya kerajaan dan Dia Mahakuasa atas tiap-tiap sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan dia Mahaperkasa lagi Pengampun" (Al-Muluk 67:1-2)
"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur, supaya Kami mengujinya..." (Ad-Dahr 76:2)
Quran menjelaskan lagi:
"Adapun orang-orang yang suka memberi dan bertaqwa, maka Kami siapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka akan Kami siapkan baginya jalan yang sukar" (Al Lail 92:5-10 ).
Ayat-ayat ini menerangkan bahawa takdir "yang ditetapkan" boleh juga bergantung kepada amalan kita sendiri.
Hadith berkaitan dengan ayat-ayat diatas menyatakan:
Rasulullah bersabda, "Tidak seorang jua pun diantara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan oleh Allah disyurga atau dineraka". Maka bertanya seorang sahabat, "Ya Rasulullah! Kalau begitu, tidakkah lebih baik kita diam saja menunggu suratan takdir kita tanpa beramal?"
Jawab Rasulullah, "Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia adalah kerana dia beramal dengan amalan orang yang bahagia, dan orang yang menjadi orang yang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu, beramallah!"
(hadith ini menjelaskan bahawa Allah tahu apa yang akan kita lakukan didunia ini sebelum kita lahir lagi, dan dengan itu, telah menentukan takdir kita sepenuhnya sebelum kita melakukan apa-apa ). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by StoneCold at 2004-5-31 09:32 PM:
Takdir mutlak iaitu takdir yang tidak boleh diubah ialah:
1. kematian
2. jodoh pertemuan
3.rezeki.
Kematian dan rezeki memang takdir yang tak boleh diubah. Kadang-kadang kita terjumpa dengan orang yang mendoakan dipanjangkan umur, tapi ini tak mungkin dimakbulkan, seperti yang diterangkan oleh Rasulullah:
Dari Abdullah r.a. katanya, "Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri Nabi s.a.w. berdoa, 'Wahai Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku Rasulullah dan dengan bapaku Abu Sufyan, dan dengan saudaraku Muawiyah'. Maka bersabda Nabi s.a.w., 'Engkau memohon ajal yang sudah pasti, memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya, serta rezeki yang sudah dibahagi-bahagi, yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya, dan tak dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan dari mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah perlindungan dari siksa neraka atau siksa kubur, itu lebih baik dan lebih bagus' ". (Sahih Muslim).
Mengenai rezeki, walau pun telah ditetapkan, namun apa yang kita terima bergantung kepada kita sendiri. Ambil contoh mudah: kalau makanan dah terletak didepan kita, tapi kita malas nak mencapainya dan menyuapkan kemulut, kita tak dapat juga rezeki tu! Jadi, untuk mendapatkan rezeki yang telah ditetapkan untuk kita, kita masih perlu berusaha.
Tentang jodoh pulak, itu bukan takdir yang tak boleh diubah. Jodoh bergantung kepada usaha kita sendiri. Hadith berikut menjelaskannya:
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya "Aku kahwin pada masa Rasulullah s.a.w., sesudah itu aku bertemu dengan Nabi lalu beliau bertanya, "Ya Jabir! Sudah kahwinkah engkau?" Jawabku, "Sudah, ya Rasulullah!". Tanya beliau, "Dengan gadis atau dengan janda?" Jawabku, "Dengan janda." Tanya beliau, "Kenapa tidak dengan gadis? Engkau akan senang bersenda-gurau dengannya....." (Sahih Muslim)
Kalau benarlah jodoh telah ditakdirkan dengan takdir yang tak boleh diubah, sudah tentu Rasulullah tak akan bertanya "Kenapa tidak dengan gadis", sebaliknya Rasulullah menjawab "Sudah takdirmu, Jabir". Ini menunjukkan bahawa jodoh bukanlah takdir yang tak boleh diubah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amorist at 2004-6-2 01:23 AM:
Kematian dan rezeki memang takdir yang tak boleh diubah. Kadang-kadang kita terjumpa dengan orang yang mendoakan dipanjangkan umur, tapi ini tak mungkin dimakbulkan, seperti yang diterangkan oleh ...
Tidakkah sifat Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa dinafikan apabila kita mengatakan Allah s.w.t. tak boleh mengubah kematian dan rezeki? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 2004-6-2 08:42 AM:
Tidakkah sifat Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa dinafikan apabila kita mengatakan Allah s.w.t. tak boleh mengubah kematian dan rezeki?
Bukan "Allah tak boleh ubah" tetapi "Allah telah menetapkan tak akan ubah".
Beberapa contoh dari Quran:
- "Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing..." (Ali Imran 3 )
Ayat diatasa menyatakan bahawa apa yang telah ditakdirkan Allah tetap akan berlaku.
- "Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)." (Al An'aam 2)
Ayat ini menyatakan bahawa waktu mati dan wakti dibangkitkan semula telah ditetapkan.
- "Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya." (Yunus 10 )
Ayat ini menerangkan bahawa Allah tidak akan (bukan tak boleh!! ) mengubah waktu ajal seseorang.
- "(Malaikat-malaikat itu berkata): Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka) dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak(oleh bantahan atau doa permohonan)." (Hud 76 )
Ayat ini menjelaskan bahawa ketentuan Allah tak dapat ditolak atau diubah.
Diantara hadith lain (selain apa yang telah ditulis dalam post-post diatas) seperti berikut:
Dari Hudzaifah bin Asid r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah nutfah berada dalam rahim 40 atau 45 malam, maka datanglah malaikat kepadanya, seraya bertanya kepada Allah Taala, "Ya Tuhan! Apakah dia ini celaka atau bahagia?" Maka ditulisnya salah satu antara keduanya. Tanya, "Apakah dia lelaki atau perempuan?". Maka ditulisnya salah satu dari keduanya. Kemudian ditulisnya pula amalan serta hasil amalannya, ajalnya dan rezekinya. Kemudian buku ditutup, tidak ditambah dan tidak dikurangi". (Sahih Muslim)
Hadith ini menerangkan bahawa segala yang telah ditetapkan itu tak akan diubah lagi (buku ditutup). |
|
|
|
|
|
|
|
Yang saya dengar dari seorang ustaz kat masjid dulu lain. Seseorg tu dah ditetapkan ajalnya tapi boleh dpt bonus kalau Tuhan nak bagi...
Tapi saya tak tahu pula rujukan untuk ini.
Mmg tak ada hadis yang mengatakan bhg2 buku akan ditulis kembali?
Boleh saudara Amorist terangkan lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang dalam buku tu kiranya dah final dan tak akan diubah lagi. Selesai saja malaikat tulis, buku ditutup dan hanya akan dibuka balik diakhirat nanti.
Allah maha mengetahui dan tahu apa yang akan kita lakukan sebelum kita melakukannya, maka itulah sebabnya boleh dicatatkan dalam buku itu segala amalan dan hasil amalan kita, walau pun sebelum kita melakukannya. Selain itu, ketrampilan, ajal dan rezeki juga ditetapkan.
Kemudian, kita dilahirkan kedunia untuk diduga, dan kita diberikan kebebasan untuk memilih amalan apa yang kita suka lakukan. Dengan izin Allah, kita akan dapat melakukan amalan yang kita pilih itu, untuk kebaikan atau keburukan.
Setahu saya, tak ada hadith sahih yang menyatakan Allah berjanji akan bagi bonus kalau kita berdoa dipanjangkan umur. |
|
|
|
|
|
|
StoneCold This user has been deleted
|
Originally posted by Jukebox at 1-6-2004 04:48 PM:
Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya
bukankah ayat yang kau bagi ni , menunjukkan manusia dah ditetapkan takdirnya ? |
|
|
|
|
|
|
StoneCold This user has been deleted
|
Originally posted by amorist at 2-6-2004 12:09 AM:
Topik ni memang berat. Berikut cuma pandangan saya.....
"Takdir" bermaksud "ketentuan". "Takdir" boleh membawa maksud "yang telah ditetapkan" dan boleh juga bermaksud "yang telah diizinkan" (oleh Tuhan). Tidak suatu pun berlaku kecuali "ditetapkan" oleh Allah atau "diizinkan berlaku" oleh Allah. Maka bolehlah dikatakan bahawa "segalanya dari Allah". Dan Allaha Maha mengetahui, oleh itu, sebelum kita lahir pun, Allah telah tahu apa yang akan kita lakukan didunia, dan dengan itu Allah dapat menentukan takdir kita sepenuhnya.
Yang "ditetapkan" itu biasanya disebut "takdir yang tak boleh diubah".
Yang "diizinkan berlaku" itu bergantung kepada kita sendiri. Itulah sebabnya banyak ayat-ayat Quran yang menjelaskan bahawa kita didunia ini untuk diuji atau diduga. Kalau semuanya telah ditetapkan, tentu kita tak perlu diduga!
macam mana pulak jukebox kata tidak ada dibagi-bahagikan takdir ini ? mana yang betul ? |
|
|
|
|
|
|
StoneCold This user has been deleted
|
(hadith ini menjelaskan bahawa Allah tahu apa yang akan kita lakukan didunia ini sebelum kita lahir lagi, dan dengan itu, telah menentukan takdir kita sepenuhnya sebelum kita melakukan apa-apa ).
Jadi betullah takdir tidak boleh diubah kan ?
Tengok ayat yang jukebox bagi pun, memang dah cakap camtu..
Kalau sesiapa yg dah dijanjikan akan masuk syurga , maka dia akan beramal dengan amal ahli syurga dan sebaliknya. makin mengelirukan. Ada sesiapa nak ulas ? |
|
|
|
|
|
|
StoneCold This user has been deleted
|
Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya
Ini ayat dalam al-quran. Apakah pengertian sebenarnya ?
Kalau dilihat , memang menunjukkan manusia telah dietapkan sama ada ke neraka atau ke syurga sebelum kelahirannya.Comment please. |
|
|
|
|
|
|
StoneCold This user has been deleted
|
Amorist :
Mengenai rezeki, walau pun telah ditetapkan, namun apa yang kita terima bergantung kepada kita sendiri. Ambil contoh mudah: kalau makanan dah terletak didepan kita, tapi kita malas nak mencapainya dan menyuapkan kemulut, kita tak dapat juga rezeki tu! Jadi, untuk mendapatkan rezeki yang telah ditetapkan untuk kita, kita masih perlu berusaha.
Reply :
Rezeki memang ada , tapi kalau tidak diizinkan , memang tidak dapat kan. contoh kita bawak nasi , tiba-tiba pinggan kita jatuh .
Bukankah itu menunjukkan takdir yang menentukan segal-galanya. Tidak ada apa yang akan berlaku melainkan dengan keizinan allah |
|
|
|
|
|
|
StoneCold This user has been deleted
|
Amorist :
Allah maha mengetahui dan tahu apa yang akan kita lakukan sebelum kita melakukannya, maka itulah sebabnya boleh dicatatkan dalam buku itu segala amalan dan hasil amalan kita, walau pun sebelum kita melakukannya. Selain itu, ketrampilan, ajal dan rezeki juga ditetapkan.
Reply :
Bro , aku makin pening denga expalantion kau. Sekejap kau cakap rezeki boleh diubah , yang ini pulak , kau cakap rezeki tidak boleh diubah. Yang mana satu ni ? |
|
|
|
|
|
|
StoneCold This user has been deleted
|
Amorist :
Kemudian, kita dilahirkan kedunia untuk diduga, dan kita diberikan kebebasan untuk memilih amalan apa yang kita suka lakukan. Dengan izin Allah, kita akan dapat melakukan amalan yang kita pilih itu, untuk kebaikan atau keburukan.
Reply ,
So macam mana dengan ayat yang menyatakan bahawa setiap anak adam telah ditentukan seorang ahli neraka atau syurga sebelum dia dilahirkan lagi ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by StoneCold at 2004-6-8 01:41 AM:
Amorist :
Bukankah itu menunjukkan takdir yang menentukan segal-galanya. Tidak ada apa yang akan berlaku melainkan dengan keizinan allah
Betul. Dan perkara ini telah pun saya jelaskan diatas, seperti berikut:
Originally posted by amorist at 2004-6-2 12:09 AM:
"Takdir" bermaksud "ketentuan". "Takdir" boleh membawa maksud "yang telah ditetapkan" dan boleh juga bermaksud "yang telah diizinkan" (oleh Tuhan). Tidak suatu pun berlaku kecuali "ditetapkan" oleh Allah atau "diizinkan berlaku" oleh Allah. |
|
|
|
|
|
|
StoneCold This user has been deleted
|
Ok, ini info yang aku dapat dari web indonesia
Perkara ini juga telah aku belajar masa sekolah menengah dahulu
Adakah rujukan ini sahih.Kalau ya, tolong berikan rujukan. Kalau tidak , perkara ini memang diajar kepada pelajar di malaysia sejak dulu lagi
Ini infonya .
Ada beberapa pendapat tentang bagaimana seorang manusia menyikapi takdir tersebut yang sesuai dengan aturan agama. Dalam hal ini ada tiga pendapat ulama. Pertama, mereka yang mengatakan bahwa takdir adalah keputusan Allah dimana baik dan buruk nasib sesorang ditentukan sepenuhnya oleh Allah tanpa manusia bisa berupaya dan mengganti keadaan tersebut. Di sini manusia dituntut untuk pasrah terhadap ketentuan yang telah diberikan, golongan ini disebut golongan Jabariah.
Kedua, mereka yang mengatakan bahwa nasib dan takdir seseorang ditentukan oleh seberapa besar usaha orang tersebut tanpa ada intervensi dan keikutsertaan Allah terhadap perjalanan hidup seorang hamba, dan lebih lanjut menyatakan bahwa di situ terhampar lahan luas dimana manusia bebas dan berkuasa penuh terhadap nasib yang akan dilalui nanti. Golongan ini disebut Qodariah.
Dan golongan terakhir adalah mereka yang mengatakan bahwa Allah telah menetapkan nasib dan takdir seseorang namun manusia tetap dituntut untuk berupaya semaksimal mungkin untuk merubah keadaan dan kondisiya, dan perubahan itu bisa diupayakan atas kuasa Ilahi dan ridlo dari-Nya meski nasib dan suratan takdir telah tertulis. Golongan ini adalah ulama dari Ahli Sunnah waljamaah. |
|
|
|
|
|
|
StoneCold This user has been deleted
|
Sorrylah, aku banyak tanya. Pasal aku nak tahu. Lagipun dah lama aku tak online. Topik ini pun dah terperap .
Aku rasa apa yang aku timbulkan ni juga diiizinkan oleh Allah , pasla tu aku dapat menaip.Alhamdullillah. Allah menciptakan akal kepada manusia untuk berfikir dan membezakannya dari haiwan.
Ada banyak senario yang akan aku tanya nanti berkaitan dengan takdir ini nanti , banyaknya pengalaman aku sendiri. Memang banyak kemusykilan , cuma harap kita boleh berbincang sebagai orang dewasa dan jangan jadikan forum ini untuk menunjukkan kita lebih tahu. Kita berkongsi ilmu , lagi bagus. Wassalam |
|
|
|
|
|
|
StoneCold This user has been deleted
|
Originally posted by amorist at 8-6-2004 01:48 AM:
Betul. Dan perkara ini telah pun saya jelaskan diatas, seperti berikut:
Semua perkara telah ditentukan ?
Jodoh , maut dan rezeki, betul tak ?
Bukankah ketiga-tiga perkara di atas adalah fasa-fasa penting dalam perjalanan hidup manusia ?
Kalau kita dapat banyak rezeki , kerana takdir , betul tak ?
Mesti orang cakap pasal rajin berusaha kalau seseorang itu kaya, tapi sebenarnya pasal dah takdir seseorang itu akan menjadi kaya. Ada sahaja caranya. Betul atau tidak ?
Kalau kita dapat tidak berkahwin sampai mati , itu pun takdir kan. walaupun telah berusaha , tapi memang telah ditakdirkan , seseorang itu tidak akan dapat berkahwin , pasal telah ditulis dalam "buku"nya , yang beliau akan mati tanpa berkahwin. Betul atau tidak ?
Seorang ahli ibadat atau orang yang alim dan warak , tetapi kerana telah ditulis sebagai ahli neraka , pada hujung hayatnya, tiba-tiba pada satu hari telah minum arak. Kemudian melanggan pelacur , dan kemudian membunuh pelacur itu. Sedangakan dari kecil sampai hari sebelumnya , manusia ini tidak pernah melakukan dosa-dosa besar dan hidupnya hanya beribadat pada Allah.
Tapi kerana takdirnya sebagai ahli neraka , dan kerana telah tertulis akhir hidupnya akan berakhir begitu , maka begitulah jadinya.Betul atau tidak ?
Sekian , terima kasih.
[ Last edited by StoneCold on 8-6-2004 at 02:09 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|