View: 11137|Reply: 46
|
Rentetan Perjalanan Hidup TUK KENALI
[Copy link]
|
|
POST 1
*** Sepintas Lalu ***
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nama Tuk Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Pattani. beliau mempunyai peranan lansung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat julukan 'Serambi Makkah'.
di samping mengajar, Tuk Kenali aktif dalam penulisan, urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan. beliau adalah orang penting di belakang penerbitan majalah 'Pengasuh'. pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ahli Majlis (Dewan) Ulama'.
Tuk Kenali berpesan kepada murid-muridnya, antara lain, "Mengaji sungguh-sungguh" dan "Buka pondok".
Sekitar 2 dekad eprtama abad ke-20 itu, era pondok-pondok pengajian berkembang begitu pesat hasil sumbangan barisan pelapis yang mendapat asuhan dan tarbiyyah secara lansung daripada Tuk Kenali serta tokoh-tokoh ulama' lain di Kelantan. Murid-murid Tuk Kenali datang dari merata tempat terutamanya Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Menurut sumber yang boleh dipegang, Tuk Kenali mengamalkan Tareqat Ahmadiyah. Beliau dikurniakan banyak karamah, kelebihan yang pelik-pelik tetapi benar berlaku.
*petikan buku: 7 Wali Melayu, Abdul Ghani Said. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
POST 2
*** Awang Kenali Anak Genius ***
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Telah menjadi satu kebiasaan baginya, bila hendak pergi mengaji Al Qur'an, dia akan meletakkan sebotol air putih di tepi pintu di sebelah dalam rumahnya. Sepulangnya dari rumah guru mengaji yang terletak berhampiran rumahnya, dia akan duduk dekat botol air itu sambil merenung ke lantai. kemudian, dengan berdakwatkan air dari dalam botol itu, dia menulis dengan jari di atas lantai papan.
Begitulah caranya seorang anak yang mempunyai nama timangan 'Awang', yang baru berusia sekitar 6 tahun ketika itu, berusaha menghafaz ilmu yang baru dipelajarinya.
Awang memang dianugerahi ALLAH kepintaran di samping mempunyai sikap ingin tahu dan ingin maju yang kuat. Dengan beberapa kali ajar dan biasanya sekali ajar sahaja, dia dapat menulis dan membaca dengan tajwid dan tartilnya.
Dia keberatan apabila diminta oleh gurunya membaca ayat-ayat yang telah diajar.
"Sudah kalih (sudah dapat), " katanya ketika ditanya.
Sambil seyum gembira, gurunya akan mengubah kepada ayat-ayat baru kerana muridnya yang bernama Muhammmad yusof itu ckup kuat ingatannya dan cerah otaknya.
Kepintaran Awang Muhammad Yusof menarik perhatian Tuk Penggawa (penghulu: yang pada masa itu sangat besar kuasanya) kampungnya, yang melantiknya menjadi kerani.
Tugas Awang Muhammad Yusof ialah membilang pokok buah-buahan orang kampung yang mengeluarkan hasil untuk dipungut sumbangannya yang diistilahkan sebagai cukai oleh pejabat Tuk Penggawa. Walaupun tugas itu nampak mudah, tetapi yang istimewan ianya dijalankan oleh seorang budak yang baru berusia 9 tahun.
Kecemerlangan Awang Muhammad Yusof dalam bidang ilmu pengetahuan tidak berakhir di situ. Kerana tidak lama kemudian dia meninggalkan jawatan kerani untuk memenuhi cita-citanya melanjutkan pelajaran ke Kota Bharu.
Di situlah bermulanya perjalanan hidupnya yang panjang untuk menguasai ilmu selama lebih 25 tahun, termasuk 17 tahun di Makkah dan 5 tahun di Mesir. Dan sebaik pulang dari perantauan menuntut ilmu, mulalah beliau menyumbang bakti kepada masyarakat ramai khususnya dalam bidang pendidikan dan pelajaran.
Menyedari peripentingnya menyebarkan ilmu secara tersusun dan berkesan, beliau membuka 2 pusat pengajian pondok di kampung kelahirannya, Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. di sinilah beliau mengasuh dan mendidik, hingga melahirkan tuan-tuan guru yang turut berjuang denagn membuka pondok-pondok pengajian di tempat masing-masing.
Sejak itu, masyhurlah seorang ulama' berbadan gempal, bermisai, berjanggut serta berjambang dan gemar kepada pakaian serban jubah itu sebagai seorang wali ALLAH dengan gelaran Tuk Kenali.
*petikan buku: 7 Wali Melayu, Abdul Ghani Said. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
POST 3
*** Berkat Doa dan Asuhan Ibu ***
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kejayaan Tuk Kenali dalam bidang ilmu dan kepimpinan adalah berkat asuhan dan doa ibunya, seorang wanita solehah bernama Fatimah yang mengharapkan anaknya muncul sebagai seorang yang mulia di sisi agama. Asuhan awal ibunya berjaya menanamkan bibit-bibit sifat mulia pada diri beliau sehingga sifat-sifat itu menjadi pakaian dirinya sampai beliau dewasa.
Dalam masa yang sama Tuk Kenali mendapat bimbingan awal datuk sebelah ibunya, yang dikenali dengan nama Tuk Leh, seorang imam kampung yang alim. Datuknya itulah yang mula-mula sekali mengajarnya menulis dan membaca Al-Qur'an setelah kematian bapanya, Ahmad, seorang petani warak. Sejak itu bermulalah Muhammad Yusof bin Ahmad yang akhirnya masyhur dengan gelaran Tuk Kenali itu hidup yatim ketika baru berusia 5 tahun (tahun 1873).
Beliau terus dididik dan diasuh datuknya, Tuk Leh dan beberapa orang tuan guru kampung dengan iringan doa dan harapan ibunya. Dengan kecerdasan aqal yang dikurniakan kepadanya, Tuk Kenali deras dalam menghafaz dan memahami apa saja ilmu yang dipelajarinya.
Sewaktu usianya mencapai 10 tahun, Tuk Kenali mendapat restu ibu dan datuknya untuk mengaji agama di bandar Kota Bharu. Tuk Kenali terpaksa berulang-alik sejauh 8 batu pergi balik dari Kampung Kenali ke bandar Kota Bharu dengan berjalan kaki.
*petikan buku: 7 Wali Melayu, Abdul Ghani Said |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
POST 4
*** Guru-Guru Tuk Kenali di Kota Bharu ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di Kota Bharu, Tuk Kenali belajar dengan beberapa tuan guru, antaranya;
1. Encik Ismail bin Mahmud (pernah menjadi khadi)
2. Tuan Guru Haji Ibrahim bin Yusof (pernah menjadi mufti Kelantan)
3. Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh (Tuan Tabal)
4. Tuan Guru Haji Muhammad (Tuan Padang)
5. beberapa orang tuan guru lain.
Dalam masa beberapa tahun sahaja beliau dapat membaca kitab-kitab seperti Al Airrumiyyah, Syarh Ibnu 慤qail, Al Fiyyah dan Matamiah, yang semuanya berhubung dengan nahu saraf. Beliau juga khatam banyak kitab dalam jurusan tauhid, feqah, tasawwuf dan lain-lain.
*petikan buku: 7 Wali Melayu, Abdul Ghani Said. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
POST 5
*** Tuk Kenali Melangkah Ke Makkah ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kebolehan dan kepintaran Tuk Kenali telah memikat hati Haji Salleh Janggut sehingga mendorongnya untuk menjodohkan anak perempuannya, Mek Nik, dengan Tuk Kenali. Ketika itu Tuk Kenali berusia 16 tahun. Tetapi perkahwinan di atas kehandak orang tua itu berlansung selama 1 tahun sahaja, diikuti dengan perceraian.
Di sebalik peristiwa itu tersembunyi hikmah yang besar. Tuk Kenali empunyai cita-cita yang besar dan hasrat yang terpendam untuk mendalami ilmu di Makkah. Dengan berkat dorongan ibunya, yang membekalkannya wang $22, dan galakan dari kawan-kawan, Tuk Kenali bertolak ke Tanah Suci dengan kapal layar ketika berusia 18 tahun (sekitar 1886).
Pelayaran ke Makkah dengan kapal layar yang sepatutnya memakan masa 3 bulan tergendala kerana kapal mengalami kerosakan dan terpaksa mengambil masa 6 bulan untuk tiba di Makkah. Ketika sampai di Makkah, musim haji telah berakhir.
Di Makkah, hampir 7 bulan pertama Tuk Kenali tiada tempat tinggal tetap, hanya menetap di serambi Masjidil Haram. Sesudah mempunyai tempat menginap, beliau masih gemar ber抜ktikaf, bermutala抋h, belajar dan tidur di masjid.
Tuk Kenali hidup sederhana; pakaiannya hanya 2 pasang, kerap kali makan berlaukkan ikan kering, sedikit tidur dan seringkali tidur berbantalkan lengan.
Beliau juga membuat kerja-kerja sambilan untuk menyara belanja pengajiannnya, termasuk menjadi tukang masak. Beliau dikatakan menjadi tukang masak di rumah seorang hartawan. Hartawan itu menerima Tuk Kenali berkhidmat dengannya kerana terpikat dengan kerajinan dan kehalusan akhlaq beliau. Hartawan itu dikatakan berasal dari Kelantan dan bermukim di Makkah.
Falsafah hidup Tuk Kenali di Makkah ialah : |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
POST 6
*** Guru-Guru Tuk Kenali di Makkah ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara guru-guru Tuk Kenali yang berbangsa Arab;
1. Al 慉lamah Syeikh Habibullah (dari Mesir)
2. Al 慉lamah Syeikh 慉bid (mufti Malikiyyah)
3. Al 慉lamah Syeikh Muhammad Amin (imam bagi mazhab Hanafi)
4. Al 慉lamah Syeikh Bakri
5. Al 慉lamah Syeikh Muhammad Yusof Al Khiadh
6. Al 慉lamah As Sayid Abdullah bin Sayid Salleh As Zawawi ( Mufti Makkah).
Antara guru-guru Tuk Kenali yang berbangsa Melayu;
1. Asy Syeikh Mukhtar 慉thar Al Jawi Al Minangkabawi Al Bukri (Bogor)
2. Asy Syeikh Ahmad bin Abdul Latif Al Minangkabawi
3. Asy Syeikh Muhammad bin Ismail Al Fatani
4. Tuan Guru Haji Wan Ali Kutan
5. Tuan Guru Haji Muhammad Daud
6. Al 慉lamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Mustaffa Al Fatani
Guru pencurah ilmu biar seribu, mursyid biar satu. Daripada semua gurunya itu, guru dan pembimbing Tuk Kenali yang utama ialah Al 慉lamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Zain bin Mustaffa Al Fatani (yang juga menjadi bapa angkatnya. Syeikh Wan Ahmad ini seorang ulama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
POST 7
*** Tuk Kenali Melawat Mesir ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah 17 tahun di Makkah, Tuk Kenali bersama gurunya Syeikh Wan Ahmad Al Fatani melawat Mesir. Kedatangan mereka telah menjadi buah mulut khususnya di kalangan para pelajar.
Diriwayatkan, bila mereka berjalan di dalam kumpulan, biasanya Tuk Kenali yang berbadan besar itu disuruh oleh tuan gurunya berjalan di hadapan. Bila saja bertemu dengan orang yang mengajukan pertanyaan, maka Syeikh Wan Ahmad biasanya kan berkata kepada Tuk Kenali, 揂wang Yusof, sila jawab. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
POST 8
*** Tuk Kenali Pulang ke Tanahair ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidak lama setelah kembali ke Makkah, Tuk Kenali mengambil keputusan pulang ke tanahair. Keputusan itu dibuat berdasarkan rasa hatinya bahawa segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi telah mencukupi untuk beliau curahkan kepada umat Islam di tanahairnay sendiri. Tambahan pula, mursyid yang disayanginya Syeikh Ahmad Al Fatani telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1325 Hijriyyah (1906).
Tuk Kenali berkata, 揓ika masih ada Syeikh Ahmad, tentu saya tidak pulang lagi (ke Kelantan). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
POST 9
*** Kelas Tuk Kenali ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuk Kenali tinggal bersama ibunya di Kampung Paya, daerah Kenali. Pada tahun berikutnya dengan dorongan kuat ibunya, barulah Tok Kenali mengadakan kelas pengajian terbuka untuk orang ramai di rumahnya.
Dari hari ke hari, anak muridnya bertambah ramai. Mereka mendirikan pondok-pondik kecil di sekeliling rumahnya untuk mengikuti kelas pengajian beliau, solat berjamaah, berwirid dan beramal.
Dalam masa yang sama, Tuk Kenali mengajar di Masjid Al Muhammadi di Kota Bharu, yang ketika itu terkenal sebagai pusat pengajian tinggi. Beliau berpegang kepada falsafah bahawa dakwah, tarbiyyah dan ilmu perlu disebar luaskan kepada orang ramai.
Masa mengajarnya dibahagi-bahagikan dalam seminggu. 3 hari di Masjid Al Muhammadi dan 4 hari di pondoknya di Kampung Paya.
Selepas kematian ibunya, di atas permintaan Datuk Perdana Menteri Kelantan, Tuk Kenali berpindah ke Kota Bharu untuk mencurahkan sepenuh tenaganya sebagai tenaga pengajar utama di Masjid Al Muhammadi bersama dengan Haji Nik Abdullah, Haji Idris dan beberapa orang tuan guru lain.
Sejak itu, di keliling kasjid itu semakin padat dengan pondok-pondok kecil yang didiami oleh pelajar-pelajar yang datang dari segenap pelosok. Tuk Kenali memainkan peranan penting menjadikan asjid itu sebagai sebuah pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur di Tanah Melayu ketika itu.
*petikan buku: 7 Wali Melayu, Abdul Ghani Said. |
|
|
|
|
|
|
|
POST 10
*** Method PengajaranTuk Kenali ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nama Tuk Kenali semakin masyhur sebagai tuan guru yang mahir dalam ilmu nahu dan saraf serta tasawwuf. Beliau juga menguasai ilmu tafsir, hadith, tauhid, feqah dan sebagainya.
Tuk Kenali lazimnya mengajar tanpa membawa kitab; cukup sekadar mendengar salah seorang anak muridnya membaca, kemudian beliau akan syarahkan dan betulkan jika ada bacaan yang silap. Ternyata beliau sangat arif tentang matan dan syarah kitab-kitab yang diajarnya.
Antara kitab-kitab yang dijadikan teks pengajiannya ialah Ihya 慤lumiddin karya Hujjatul Islam Imam Al Ghazali, Sirrus Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Al Palembani dan kitab Hikam karangan Ibnu Ato抜llah.
Untuk membolehkan murid-muridnya mengulangkaji ilmu dan menghaluskan lagi pemahaman, Tuk Kenali mewujudkan halaqah-halaqah belajar dikalangan di kalangan mereka. Setiap satu halaqah kecil itu ada seorang ketua tala抋h (yang terdiri daripada seorang pelajar yang lebih pandai). Kaedah ini kemudian begitu popular dikalangan pelajar-pelajar pondok di merata tempat.
Perkara luar biasa yang dimiliki oleh Tuk Kenali iaialh beliau dikurniakan ALLAH SWT hatif iaitu perkhabaran ghaib secara kerohanian bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang payah-payah. Kedudukan ini rendah sedikit daripada mereka yang mendapat kasyaf. Ini satu lagi karamah Tuk Kenali.
*petikan buku: 7 Wali Melayu, Abdul Ghani Said |
|
|
|
|
|
|
|
POST 11
*** Anak-Anak Tuk Kenali ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah 23 tahun hidup sebatang kara, barulah Tuk Kenali mencari pasangan hidup ketika umurnya melebihi 40 tahun.
Wanita pilihannya bernama Siti Ruqaiyah, seorang janda muda berusia 18 tahun. Berkat perkahwinannya yang bahagia itu, merka dikurniakan 7 orang cahaya mata. Anak-anak lelaki beliau semuanya muncul sebgai tuan guru. Mereka adalah;
1. Tuan Guru Haji Ahmad (Tuk Bakok)
2. Tuan Guru Haji Salleh (anak Tuk Kenali yang paling lama belajar di Makkah, mengajar & bermukim di sana)
3. Tuan Haji Mahmud (khatib tetap di masjid peninggalan ayahnya di Kubang Kerian)
4. Tuan Haji Abdullah Zawawi (berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi)
*petikan buku: 7 Wali Melayu, Abdul Ghani Said |
|
|
|
|
|
|
|
POST 12
*** Re-structuring Sistem Pondok Tuk Kenali ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
5 tahun selepas mengajar dan memimpin kelas pengajian di Masjid Muhammadi, Tuk Kenali mengambil keputusan untuk pulang ke kampung demi untuk menghidupkan semula pondok yang telah ditinggalkan dulu.
Kali ini beliau memilih tapak baru yang juga dalam daerah Kenali, iaitu Kampung Belukar (tidaj jauh dari Kampung Paya).
Pondok pengajian diasaskan semula dengan dengan susunan yang lebih kemas baik dari segi pembangunan lahir, lebih-lebih lagi isi tarbiyyah dan ta抋limnya.
Tuk Kenali mahu pondok pengajiannya di Kenali itu benar-benar berkesan dari segi ilmu, tarbiyyah dan perjuangan kepada nak-anak muridnya.
Beliau mahu sistem pengajian pondok yang merupakan trend pengajian yang paling popular pada waktu itu terus berkembang. Ini yang diperjuangkan oleh Tuk Kenali.
Sistem pengajian pondok membolehkan terjalinnya hubungan rapat antara murid dan guru, serta mewujudkan suasana ilmu dan amal; menuntut ilmu bersama, solat bersama damn melakukan aktiviti-aktiviti lain bersama.
Benarlah kata-kata: 揑lmu itu satu kemuliaan yang disanjung oleh orang mulia dan tinggi cita-cita. Di mana ada ilmu, di situ ada penuntutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
POST 13
*** Anak-Anak Murid Tuk Kenali ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara anak-anak murid Tuk Kenali yang terkemuka;
1. Syeikh Idris Al Marbawi, dari Perak (penyusun Kamus Marbawi)
2. Syeikh Othman Jalaluddin, berasal dari Penanti
3. Haji Sallehhuddin, Pulau Pinang
4. Haji Tam, Kedah
5. Tuan Guru Haji Othman (Pak man), Bukit Besar
6. Tuan Guru Ahmad Lundang
7. Haji Ahmad Tawang
8. Haji Nor Bot
9. Haji Ali , Pulau Pisang
10. Haji Mat Jebang
11. Tuan Guru Haji Awang Yusof , pembangun pondok di Tanah Serendah Sekebun Bunga
12. Tuan Guru Haji Daud bin Haji Omar, Bukit Abal
13. Tuan Guru Haji Yaakub bin Ismail, Legor, Selatan Thailand
14. Tuan Guru Haji Zainal Abidin Sura, dungun, Terengganu
15. Ramai lagi anak murid Tuk Kenali yang hebat-hebat dari ribuan murid- muridnya.
*petikan buku: 7 Wali Melayu, Abdul Ghani Said. |
|
|
|
|
|
|
|
POST 14
*** Tuk Kenali Giat Dalam Penulisan ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika Majllis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mula mengura-ngurakan penerbitan sebuah majalah Islam, yang dicadangkan oleh Tuk Kenali. Datuk Perdana Menteri Kelantan tidak nampak orang lain untuk menggerakkan majalah itu melainkan Tuk Kenali sendiri.
Oleh itu dengan inisiatifnTuk Kenali sebagai tenaga penggerak utamanya, lahirlah majalah bulanan yang di panggil Pengasuh pada 11 Julai 1918.
Tuk Kenali, selaku Ketua Pengarang Kehormatnya, banyak menghasilkan artikel untuk majalah itu yang sebahagian daripadanya telah dikeluarkan semula dengan ulasan oleh Ustaz Abdullah Qari dalam buku karangannya, Pustaka Tuk Kenali.
Dalam keluaran sulung majalah Pengasuh, Tuk Kenali antara lain membuat saranan berikut:
搮 maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu surat khabar yang dipunyai oleh anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana (Islam). |
|
|
|
|
|
|
|
POST 15
*** Peranan Tuk Kenali Dalam Pemerintahan ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di samping mengajar dan mendidik, TuK Kenali juga melibatkan diri dalam urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bahkan semasa majlis ini hendak dituguhkan pada tahun 1916, Tuk Kenali telah diminta membantu menyusun undang-undang tubuhnya. Beliau juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi soal pembahagian harta pusaka menurut syariat. Kanun itu masih dipakai sehingga ke hari ini.
Dalam masa yang sama, Tuk Kenali juga menjadi Ahli Majlis (Dewan) Ulama |
|
|
|
|
|
|
|
POST 16
*** Akhlaq & Amalan Rohaniah Tuk Kenali ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuk Kenali terkenal sebagai seorang yang sangat menghormati ibu, dan sentisa memohon restu ibunya untuk membuat sesuatu pekerjaan baru yang besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud , 揝yurga di bawah telapak kaki ibu. |
|
|
|
|
|
|
|
POST 17
*** KaramahTuk Kenali ***
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Tuk Kenali membenci amalan jahiliyyah |
|
|
|
|
|
|
|
POST 18
*** Pulangnya Ulama |
|
|
|
|
|
|
|
Ila Hadarati Ruhi Syeikh Muhammad Zain AlFatani Wal Arwahi Syeikh Yusuf Kenali Al-Kelantani Wal Arwahi Syeikh Mahmud Nasri Uthmani Syaiulillahilahumul Fatihah |
|
|
|
|
|
|
| |
|