CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27075|Reply: 131

C&C Questions & Answers

[Copy link]
mulunani This user has been deleted
Post time 20-8-2006 07:18 PM | Show all posts |Read mode
[size=-1]Hello forumers semua. Di sini saya ada beberapa perkara yang hendak dibincangkan.

1. Apakah bahasa yang digunakan dalam Bible. Maksud saya diturunkan dalam bahasa apa?
2. Kenapa Vatican City dijadikan pusat agama Kristian?
3. Kenapa dalam kepercayaan agama kristian, Jesus disalib? apakah kesalahannya sehingga disalib. dan siapakah yang memberi arahan agar dia disalib?
4. dimanakah terletaknya kubur Jesus?

[ Last edited by  casejulia at 24-11-2006 04:26 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mulunani This user has been deleted
 Author| Post time 20-8-2006 09:03 PM | Show all posts
5. Bilakah tarikh lahir jesus. pada zaman apakah jesus dilahirkan.
6. siapakah ibu jesus itu. siapakah keluarga ibu jesus?
7. Dari mana perkataan 'Christian' diperolehi? Adakah jesus menamakannya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 12:36 AM | Show all posts
Bagus jgk soalan ni , byk info kita akan dgr nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 06:31 PM | Show all posts
Sr. Mulunani,

Salam damai Tuhan

1. Apakah bahasa yang digunakan dalam Bible. Maksud saya diturunkan dalam bahasa apa?

OT menggunakan bahasa Hebrew, dan NT menggunakan bahasa Greek

2. Kenapa Vatican City dijadikan pusat agama Kristian?

Vacitan City hanya menjadi pusat Kristian untuk mazhab katholik. Ia dipilih menjadi pusat pentadbiran gereja katholik kerana factor sejarah, dimana disitulah St. Peter mati sahid, apabila disalib secara songsang.

3. Kenapa dalam kepercayaan agama kristian, Jesus disalib? apakah kesalahannya sehingga disalib. dan siapakah yang memberi arahan agar dia disalib?

Berdasarkan kepercayaan Kristian, Yesus disalib bukan kerana melaku kesalahan. Yesus disalib kerana itu merupakan misi hadir ke dunia. Kerana seperti yang dinubuatkan oleh para nabi sebelum Yesus, Mesiah harus menderita.

Berdasarkan penghakiman orang Yahudi pada masa itu, Yesus dijatuhkan hukuman salib kerana Yesus mengaku bahawa dialah  Tuhan.


4. dimanakah terletaknya kubur Jesus?

Jurusalem.


5. Bilakah tarikh lahir jesus. pada zaman apakah jesus dilahirkan.

Berdasarkn penulisan Kristian, Yesus dilahirkan pada 25 Disember semasa pemerintahan Kaisar  Augutus

6. siapakah ibu jesus itu. siapakah keluarga ibu jesus?

Ibu Yesus, Mother Mary, keturunan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

mulunani This user has been deleted
 Author| Post time 22-8-2006 01:47 AM | Show all posts
1. Jadi bible diturunkan sebanyak 2 kali kepada jesus. sekali dalam bahasa hebrew dan sekali dalam bahasa greek?

2. St Peter mati disalib? kenapa? kenapa disalib secara sonsang...?

3. Adakah jesus menyatakan yang kehadirannya adalah untuk menderita? adakah tercatat di dalam bible?

4. Ada tak gambar kubur jesus di jurusalem

7. Adakah perkataan kristus tercatat di dalam bible?
Reply

Use magic Report

mulunani This user has been deleted
 Author| Post time 22-8-2006 07:25 AM | Show all posts
emm..nape senyap jer thread saya ni...adakah ada forumers yang berminat untuk menjelaskan secara terperinci mengenai persoalan2 saya ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2006 08:14 AM | Show all posts
saya tumpang baca... harap2 ada yang sudi menjawab sbb saya mmg tatau
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 08:24 AM | Show all posts
1. Jadi bible diturunkan sebanyak 2 kali kepada jesus. sekali dalam bahasa hebrew dan sekali dalam bahasa greek?

OT merupakan Kitab-Kitab yang ditulis sebelum Yesus. Kitab-Kitab ini terdiri daripada Kitab Para Nabi, Mazmur dll...Di dalam Kitab ini dicatatkan pengharapan bangsa Yahudi dan manusia kedatangan seorang Mesiah.

NT pula merupakan kitab-kitab yang ditulis oleh para murid Yesus, intipati penulisan adalah penggenapan akan nubuat OT.

2. St Peter mati disalib? kenapa? kenapa disalib secara sonsang...?

Banyak yang mati disalib, ada yang direbus, ada yang direnjam dengan batu, yang yang diikat pada kuda, kemudian diheret melalui jalan berbatu. Kesemua para rasul, kecuali St. John dati dalam penyeksaan. Kenapa? Kerana kesaksian mereka akan Yesus.

Mengapa St. Peter mati disalib songsang. Pada mulanya, hukuman adalah disalib secara biasa. Tetapi St. Peter memohon disalib secara songsang kerana bagi St. Peter beliau tidak layak untuk disalib seperti mana gurunya disalib.

Sebab itu, dalam gereja katholik, ada salib yang dibuat secara songsang, iaitu mengenang akan cara kematian St. Peter.

3. Adakah jesus menyatakan yang kehadirannya adalah untuk menderita? adakah tercatat di dalam bible?

Ada.

4. Ada tak gambar kubur jesus di jurusalem

Bagi saya, tidak ada koleksi gambar photo itu. Tetapi tak taulah mereka yang lain. Tapi kalau rajin cari, dalam internet banyak.

7. Adakah perkataan kristus tercatat di dalam bible?

Ada.


Maaf, saya terpaksa menjawap secara ringkas, kerana bz bulan ni.


Salam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2006 09:48 AM | Show all posts
saya pun ada soalan nak tanya, harap ada yg sudi jawab:

1. Jika orang kristian berdoa, pada siapa doa tersebut di tujukan? pada tuhan bapa, jesus atau roh kudus?
2. Bila mula org Kristian tahu tentang wujudnya roh kudus / holy spirit? adakah selepas kewafatan jesus?
3. Bagaimana taraf kedudukan holy spirit? adakah ia mempunyai taraf sama seperti malaikat Gabriel atau setaraf dengan Jesus atau tuhan bapa?

Thanks!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 03:13 PM | Show all posts
CRK,


1. Jika orang kristian berdoa, pada siapa doa tersebut di tujukan? pada tuhan bapa, jesus atau roh kudus?

JAWAPAN : Kepada Tuhan satu yang Triniti. NT menggalakan orang Kristian berdoa kepada Bapa melalui Yesus dalam Roh Kudus. Secara praktikalnya, orang Kristian boleh berdoa kepada mana-mana peribadi tersebut. Kerana walaupun anda, berdoa kepada roh kudus, anda juga berdoa kepada Yesus dan Bapa. Anda berdoa kepada Bapa, anda juga sebenarnya berdoa kepada Yesus. Kerana menurut Yesus, Aku dan Bapa adalah satu.


2. Bila mula org Kristian tahu tentang wujudnya roh kudus / holy spirit? adakah selepas kewafatan jesus?

JAWAPAN :Semenjak Kitab OT ditulis lagi. Dengan kedatangan Yesus, ia diajar dengan lebih jelas lagi.

3. Bagaimana taraf kedudukan holy spirit? adakah ia mempunyai taraf sama seperti malaikat Gabriel atau setaraf .dengan Jesus atau tuhan bapa?

JAWAPAN : Ya, Roh Kudus setaraf dengan Bapa dan Yesus.  Bagi OT dan NT, Roh Kudus bukanlah Gabriel, tetapi mempunyai sifat-sifat ketuhanan, Maha Mengetahui, Mencipta, Maha Hadir dll.


Shalom

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 10:07 AM | Show all posts
Shalom,

satu soalan lagi..

Yesus mengaku sebagai anak tuhan tapi ada tak tercatat dalam Bible Yesus meminta / menyuruh pengikutnya berdoa dan menyembah Yesus?

Thanks!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by CRK at 23-8-2006 10:07
Shalom,

satu soalan lagi..

Yesus mengaku sebagai anak tuhan tapi ada tak tercatat dalam Bible Yesus meminta / menyuruh pengikutnya berdoa dan menyembah Yesus?

Thanks!!


[size=-1]topik ni sudah dibincangkan sebelum ini. Sila lawat link di bawah. terima kasih
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=227307&extra=page%3D1&page=9
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 26-8-2006 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by mulunani at 22-8-2006 12:47 AM
1. Jadi bible diturunkan sebanyak 2 kali kepada jesus. sekali dalam bahasa hebrew dan sekali dalam bahasa greek?

2. St Peter mati disalib? kenapa? kenapa disalib secara sonsang...?

3. Adakah  ...

Nampaknya semua soalan mampu memuaskan hati para penyoal di sini. Saya cuma nak tekankan satu perkara iaitu soal turun menurun niii. Ada yg percaya Kitab diturunkan. Pada kristian yg diturunkan adalah Jesus (yg menjadikannya kandungan ibunya Maria tanpa persenyawaan manusia), Roh Kudus (yg turun kepada Jesus ketika dia di baptiskan oleh Yohanes pambaptis), Jesus (diturunkan dari kayu salib setelah dia mati) dan sekali lagi akan kedatangan 'turun' adalah semasa hari kiamat kelak dimana Jesus akan datang utk menyelamat mereka yg percaya. Sementara itu perkataan 'naik' pula; Jesus membawa anak muridnya naik di sebuah bukit dan berdoa kepada TuhanNya, Jesus memikul salibnya naik ke bukit golgota, Jesus naik ke syurga setelah 3 hari kematiannya.

Kitab adalah penulisan manusia yg menterjemahkan ajaran Tuhan yg dibawa oleh para nabi dan Jesus. Kitab juga catatan sejarah manusia berhubung dengan kekuasaan Tuhan. Sekali lagi saya tegaskan Kitab tidak diturunkan, tidak jatuh dari langit, tidak diberi pada nabi, tidak di ambil dari syurga oleh para nabi, tidak juga ditandatangani oleh Tuhan bahawa kitab itu milik Dia.

Tuhan itu tidak berbahasa sebaliknya Dia memahami dari jiwa umatnya. Dia melihat, dia medengar, tapi dia tidak menulis dan membaca. Kalau Tuhan itu menulis dan membaca, ada orang mewakilkan surat atau sms utk pergi ke gereja hari minggu ni nanti. Walaupun para nabi semuanya dari bangsa Israel keturunan abraham dan Noah tapi tidak bermaksud Tuhan itu berbangsa mereka. Tuhan itu universal (tidak berbangsa).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 07:05 PM | Show all posts
There are people who boast that they killed Jesus Christ, the son of Mary and apostle of God; but that is not really so though it was made to appear so. The truth is that God lifted him up and brought him closest to Himself. God is, indeed, wise and exalted in power. [4:157-158]
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 07:14 PM | Show all posts
emm...
kitab bukan penulisan manusia... sekiranya kitab merupakan penulisan manusia, sudah ternyata ada penyelewengan dan ketidak benaran yang sebenarnya....

Kenapa new testament dalam bahasa greek...kenapa tidak dalam bahasa ibunda jesus itu sendiri? shalom menyatakan bahawa kitab NT ditulis oleh murid jesus...tetapi bukannya pengajaran secara langsung yang dibawa oleh jesus...

kitab diturunkan oleh Allah kepada UtusanNya untuk disampaikan kepada manusia... bukannya penulisan manusia yg menterjemahkan ajaran Tuhan yg dibawa oleh para nabi dan Jesus...

maafkan saya tim...tetapi pada pendapat saya tidak semua jawapan yang diberikan dapat memuaskan hati semua forumer...
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 28-8-2006 07:27 PM | Show all posts
Anda mimpi di siang hari, anda dibuai fantasi kepercayaan kojot dan tidak logik. Apa bukti Bitab itu bukan tulisan manusia? sekadar pengakuan dalamnya.? Tidak saudara! jgn dipautkan iman dan hidup yg hanya satu ini kepada kepalsuan awang-awangan. Tuhan minta umatNya utk menggunakan akal dan percaya kepda kebenaran bukan sesuatu yg tidak boleh dipersoalkan. Saya ingin bertanya pada saudara/i, Adakah tandatangan Tuhan dlm kitab itu yg mengesahkan itu miliknya? Kenapalah Tuhan itu tidak menulis kitab dlm bahasa Melayu? Tulisan rumi? Thailand? Tamil? Chinese?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2006 07:43 PM | Show all posts
tuhan tidak menulis kitab...tuhan menurunkan kitab melalui firmanNya melalui utusanNya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 07:45 PM | Show all posts
sekiranya kitab itu merupakan tulisan manusia... apa buktinya semua yang dituliskan itu merupakan satu kebenaran?
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 28-8-2006 07:58 PM | Show all posts
Originally posted by screwing5blades at 28-8-2006 06:43 PM
tuhan tidak menulis kitab...tuhan menurunkan kitab melalui firmanNya melalui utusanNya...

Siapa yg menulis? Macam mana awak tau yg itu merupakan firma atau ciptaan yg mengaku sebagai utusan?
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 28-8-2006 08:00 PM | Show all posts
Jesus tidak menulis Bible. Kitab2 sebelumnya juga tidak ditulis oleh para nabi. Melainkan penulis yg menghimpunii kata2 atau cerita dari nabi atau mengenai nabi.

[ Last edited by  tiM at 28-8-2006 07:01 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.068391 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list