View: 27255|Reply: 10
|
[Dunia]
Kemusnahan Los Angeles lebih dahsyat daripada terkena bom nuklear – Donald Trump
[Copy link]
|
|
Edited by Raline at 16-1-2025 09:27 PM
WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membandingkan kemusnahan akibat kebakaran besar di Los Angeles dengan serangan nuklear, lapor portal berita RT kelmarin.
Beliau memberi amaran, jumlah kematian dijangka meningkat susulan kebakaran hutan itu yang bermula minggu lalu.
Trump turut mengkritik kepimpinan California, khususnya gabenor negeri itu, Gavin Newsom selain menyatakan, kesilapan tadbir urus telah memburukkan lagi krisis tersebut.
Kebakaran hutan di selatan California itu meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa, memusnahkan lebih 16,000 hektar kawasan bersama lebih 12,000 bangunan serta meratakan seluruh kejiranan.
Dalam temu bual bersama portal berita Newsmax, Trump berkata, pasukan penyelamat akan menemui banyak lagi mayat dalam masa terdekat. Beliau juga menyuarakan rasa keliru terhadap skala kemusnahan begitu besar di Los Angeles.
“Saya percaya kerosakan ini lebih besar daripada Los Angeles terkena senjata nuklear. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu. Tiada apa yang berdiri,” kata Trump.
Beliau mendakwa bahawa malapetaka itu jauh lebih buruk daripada yang apa yang dilihat di kaca televisyen.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ko kayee trump oiii.. bina aje le balik.. ape susah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kalau ada yang gembira melihat orang lain ditimpa musibah tu sebab hidup dia sedih. |
|
|
|
|
|
|
|
aLHAMDULILLAH.. saya gembira dengan berita ini |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kesan nuklear tue sampai sekarang ka? sampai tempat tue kene tutup and kalau nak dtg kene pakai baju bertutup kan sebab radiation |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 17-1-2025 09:05 AM
Biasanya kalau ada yang gembira melihat orang lain ditimpa musibah tu sebab hidup dia sedih.
Sedih pun sedih la..janji aku gumbira..hHhHHhHhahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
iols tmpg bersimpati utk org2 yg mengalami kemusnahan, wpun ditadbir pemerintah keji tak bermakna rakyatnya pun sealiran (pendapat i)
tapi nak samakan kemusnahan kebakaran ni dgn nuklear membongak tak hengattt org tua ni. dia compare dgn kemusnahan nuklear kat mana tu agaknya. drama!!
at least kebakaran ni ramai je sempat lari kalau banding dgn gempa turki aritu lagi teruk kot dgn mangsa2 ramai penyek mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari2 bersedih dengan hidup sendiri sesekali dengar orang lain ditimpa musibah seperti memberi sedikit kelegaan kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebakaran on the surface jer yg rosak. Structure n foundation still intact....kalau nuclear rosak semua...sekali dgn keturunan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah_ary2 replied at 17-1-2025 04:32 PM
bukan kesan nuklear tue sampai sekarang ka? sampai tempat tue kene tutup and kalau nak dtg kene paka ...
Serangan nuclear.. hiroshima and nagasaki tu elok je bina balik and penuh makmur
Yang no access tu dekat ukraine chernobyl |
|
|
|
|
|
|
| |
|