CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10211|Reply: 79

ISLAM HADHARI

[Copy link]
Post time 5-10-2006 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum kengkawan suma ............



Saya ingin bertanya pada forumer suma....... ape yg anda faham dan tahu tentang islam hadhari ni ? Saya konpius sket la ....... naper perlu islam hadhari ?


                                             


                                                :hatdown::hatdown::hatdown:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 10:40 AM | Show all posts
Berkenaan    Islam  Hadhari   saya  lebih  suka   meletakkan  artikel  dari  Dr. Mohd Asri  yg  tak  memihak   pada  mana2  parti  ..   ada  pro n kontra

[quote]PRO-KONTRA ISLAM HADHARI



Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin
[email protected].



(Penyelaras Sekretariat Falsafah Dan Sains Islam USM)



Islam adalah agama yang bertamadun. Sama ada ditambah perkataan hadhari atau tidak, tidak akan menjejaskan nilaian ketamadunan yang telah diletakkan oleh Allah dan RasulNya di dalam ajaran yang mulia ini. Islam yang sempurna seperti yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah merangkumi seluruh aspek kehidupan dan hajat manusia; sama ada di sudut tamadun kebendaan atau keruhanian. Penambahan perkataan al-hadhari selepas perkataan al-Islam bertujuan menggambarkan betapa Islam itu bertamadun. Sekalipun perkataan al-Islam sudah memadai, namun barangkali penambahan perkataan hadhari dirasakan mampu menyedarkan umat yang lalai bahawa Islam yang dianuti menuntut mereka membangun. Islam tidak mengajar umatnya mundur dan menjadi mangsa orang lain. Sebaliknya umat Islam mestilah bersifat memimpin manusia dan membimbing mereka ke arah tamadun yang sebenar, yang diredhai Allah kerana Islam itu bersifat hadhari.

Pada asalnya, seperti yang dijelaskan di atas, kalimah al-Islam itu sudah memadai tanpa perlu kepada sebarang penambahan. Ini kerana Allah menamakan agamaNya sebagai al-Islam tanpa sebarang penambahan. Sekalipun disedari al-Islam yang diturunkan Allah sememangnya bersifat hadhari, seperti mana ia bersifat ruhi.

Namun dalam beberapa keadaan sifat hadhariyyah itu wajar untuk ditonjolkan, sebagai satu usaha dan ijtihad bagi menjaga nama Islam. Penambahan ini hanyalah sekadar taukid iaitu bagi lebih menjelaskan. Seperti kita menyebut 揗uhammad s.a.w dia al-rasul yang mulia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:19 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 5-10-2006 09:43 AM
Assalamualaikum kengkawan suma ............



Saya ingin bertanya pada forumer suma....... ape yg anda faham dan tahu tentang islam hadhari ni ? Saya konpius sket la ....... naper perlu islam  ...


memang buat orang konfius..sampai ada yang kata ini Islam Paklah, Ajaran sesat, Islam Modern...bla bla. Walhal word ISLAM by its own dah cukup indah dah, tak payah nak berhadhari lagi dah...dah jadi redundance meaning! Ianya maybe hanyalah rhetoric politic!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 10:14 AM | Show all posts
mcm mana dengan Hadhari Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 10:15 AM | Show all posts
Salah ker guna Hadhari Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 6-10-2006 10:14 AM
mcm mana dengan Hadhari Islam?



Kalau miker nak tahu pasal Islam HADHARI , sila lihat kpd Pengasas nya.
Itu lah Islam HADHARI yg di bawak nya.

:tq:

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2006 11:39 AM | Show all posts
ada yang betulnya islam hadhari ni, dan ada yg tak betulnya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by ifanonline at 6-10-2006 11:39 AM
ada yang betulnya islam hadhari ni, dan ada yg tak betulnya...


suka2 je kata betul ke tak.apa yg betul dan apa yg tak betulnya?
lain kali bagtu detail.orait.

-Paderi-

[ Last edited by  antiQue at 6-10-2006 04:38 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 12:19 PM | Show all posts
Saya tanya apa beza Islam Hadhari dgn Hadhari Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 12:21 PM | Show all posts
Sapa boleh jawab? Ada beza tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 12:36 PM | Show all posts
Mentamadun kan Islam ke atau Mengislamkan Tamadun ? dua perkara berbeza ..........
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 12:49 PM | Show all posts
Lihatlah umat Islam sekarang berada dimana? Org bukan Islam menganggap kita org Islam mundur. Dalam Islam sendiri sudah ada ciri2 hadhari. Ia hanya merupakan satu wawasan bagi umat Islam supaya terus maju. Bukannyer satu agama baru! Kalau setakat beza antara hadhari Islam dgn Islam Hadhari menjadi penghalang penerimaan kita, memanglah tak releven.
Pisang Goreng, Goreng Pisang lain ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 6-10-2006 12:49 PM
Lihatlah umat Islam sekarang berada dimana? Org bukan Islam menganggap kita org Islam mundur. Dalam Islam sendiri sudah ada ciri2 hadhari. Ia hanya merupakan satu wawasan bagi umat Islam supaya ter ...




Ni bukan pasal pisang goreng atau goreng pisang. Ni pasal akidah. Setakat ni saya tak nampak pun apa2 perubahan akidah yg dibawa oleh islam hadhari. Takde Langsung. Malah bertambah rosaknya akidah ader la. Kalo setakat nak kejar tamadun saja sampai akidah tercicir tak guna .Tapi bila bawa akidah dulu maka tamadun pun akan turut berkembang pesat. Kita mengislamkan teknologi, bukan menteknologikan islam. Bila menteknologikan islam, semuanya nak ikut cara kepala otak manusia belaka. tu pasal la di zaman fahsyar dan mungkar nih, banyak perkara haram dihalalkan dan yg halal di haramkan. benda2 nih berlaku juga dlm islam hadhari. mcm nak mainkan psikologi umat islam, atas nama islam, tudung tu jadik hiasan kepala je....... tu pasal la barat tak heran langsung dngn islam hadhari nih. sebab terang2 ikut telunjuk dia. kita je tak perasan. Cuba kalo kita bebetul ikut syariat, maunya tak senang duduk si BUSH tu, kalo kita mengharam kan yag haram dan menghalalkan yg halal......... [/size]


                                 

                                                                              :agr::agr::agr:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 03:30 PM | Show all posts
Setakat ni saya tak nampak pun apa2 perubahan akidah yg dibawa oleh islam hadhari. - by winamp

Kalau awak mengharapkan perubahan akidah daripada Islam Hadhari, awak silap! sebab, ia bukan agama baru! Memang tiada perubahan langsung dalam akidah umat Islam dalam pendekatan. Ia cuma pendekatan. Islam itu sendiri memang releven sepanjang masa dan sepanjang zaman. Islam Hadhari cuma sebagai sub kepada kehidupan Islam.Yg menyeluruhnyer adalah Islam.Melihat kepada umat Islam kini yg jauh ketinggalan dalam arus sains dan ekonomi, maka pendekatan Islam Hadhari, aku tak nampak silapnyer. Kehidupan Islam tetap menjadi teras kehidupan kita. Islam Hadhari tidak sesekali menggantikan Islam.
p/s ; jgnlah marah2.....:pray:

[ Last edited by  sedondon at 6-10-2006 03:33 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 04:21 PM | Show all posts
Jadi selama ni yg di gembar gemburkan tu adalah pendekatan untuk kemajuan lah ye ? baru saya paham ...... tapi kalo tamadun maju dan akidah runtuh pun tak guna gak kan ? saya rasa ade baiknya pendekatan tersebut dilakukan pada akidah bukan pada kemajuan. bukannya saya takmo kan kemajuan. kalo saya xmokan kemajuan bwatpe saya on line masuk cari.com nih. Cuma bagi saya kalo diikutkan, bila akidah telah mencapai satu tingkat yg mana barat sendiri tunduk pada kita masakan pula kita akan ketinggalan dari segi tamadun ? sejarah telah membuktikan banyak bangsa yg mana jika hanya ikut pada tamadun dan kemajuan, musnah lah sesuatu kaum, umat atau bangsa itu. akan tetapi kalo ikut pada syariat akidah yg Allah turunkan pada kita maka makmur dan maju kita sentiasa.  

P/S : Bukannya marah2, sesaja nak kasi panas skit bod ni........ :devil::devil: hehehehehe..............
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 04:23 PM | Show all posts
huh!! panas ni...

Tak ada yang salah pun dengan islam hadari tu.. tapi pembawakannya yang salah..

kalau dah tau takder perubahan kenapa still nak menganggap islam hadari tu betul caranya.. apa salahnya islam sebelum adanya islam hadari.. hanya nak menyedapkan sebutan jer ker..

hehehe.. cam kelakar laak.. sekrang ni kalau pepahal sikit " INI LAA DIA ISLAM HADARI YANG CUBA DIBAWA OLEH PAKLAH!!" kalau laa kita asyik berpegang pada kata2 tersebut.. agak2nya lah.. apa jadi pada islam hadari apabila paklah takder klak?

adakah akan lenyap begitu sahaja? kemudian Najib naik.. jadi plak islam apa2 ntah. islam berteknologo laa plak kot..

saya rasa tak perlu mengembar gemburkan kehebatan islam hadhari tu.. adakah islam maju dengan adanya islam hadhari skang ni? hmm.. tak nampak pun perubahan..

malahan isu murtad still berlambak2.. isu gejala sosial still berleluasa... so apa yang kita hendak dalam islam sebenarnya???

lagi satu.. .kenapa pak lah taknak umumkan semua perempuan dalam malaysia ni yang beragama silam WAJIB menutup aurat tidak kira dimana berada.. tak kisah laa kalau atas nama islam hadhari ker. apa ker.. janji syariat yang wajib patut diwajibkan.. takkan laa selamanya kita nak menggunakan alasan "KEBEBASAN HAK INDIVIDU"..

agak2 kat akhirat nanti.. kalau kita bagi alasan pada ALLAH dengan alasan ni... ALLAH nak kasihankan kat kita tak? agak2 dia bagi kelonggaran untuk diseksa tak?

pastu kalau ALLAH soal lagi ni islam mana yang kita ikut.. kita jawab islam hadhari... agak2 laa kan.. apa laa balasan kita nanti kan?

saya tak kisah apa pun islam yang cuba dibawa.. janji mengikut landasan yang betul...

zaman sahabat dulu tak plak nak tukar nama islam ke islam lain2.. tapi still maju...

hmm.. tepuk dada tanya iman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 04:47 PM | Show all posts
apa jadi pada islam hadari apabila paklah takder klak?

Itu maknanyer Pak Lah meninggalkan jasa. Sama jugak macam Tunku tinggalkan kemerdekaan utk kita. Kalau Tun M, dah meninggal nanti, Tun meninggalkan kita wawasan 2020. Tak semestinyer apabila pemimpin itu telah meninggalkan arena politik, pendekatan atau wawasan mereka tidak dilaksanakan disebabkan tiadanyer kehadiran si pencetus.

Islam tetap menjadi teras. Islam Hadhari cuma sebagai sub sahaja. Kerana itu aku bersetuju kerana aku memandang dari segi itu. Kalian menentang sebab kalian melihat dari perspektif berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 04:50 PM | Show all posts
kenapa perlu ada hadhari?????.....aku tetap tak paham....

dah tak releven ke islam yang Rasullullah bawa sampai perlu ada pembaharuan????

satu persoalan akidah jangan dibawa main2....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 04:55 PM | Show all posts
Cuba kemukakan konsep pendekatan Islam Hadhari  yg bercanggahan dengan ajaran Islam? So....selagi tak bercanggah, no reason aku tak accept Islam Hadhari nih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 04:57 PM | Show all posts
saudara seodndon...

tak kisah laa perspektif macam mana pun kita pandang... tapi yang penting pembawaan itu kene betul..  kenapa islam kene ada SUB2 plak.. cam subjek kat sekolah lak.. ada sub2nya.. hehehe..

kan saya kata tak kisah laa apa islam nak dibawa sekali pun.. janji syariat tetap syariat.. kalau nak tukar islam hadhari ker apa ker.. yang halal tetap dihalalkan.. dan yang hawam tetap diharamkan.. tak gitu?

seperti persoalan yang saya tanya tu.. kenapa tak diwajibkan perempuan islam memakai tudung?

dan lagi satu.. tentang jasa... hmm.. maknanya sengaja nak letak title laa ek.. yelaa ada bapa kemerdekaan.. bapa permodenan.. bapa wawasan laa.. skang paklah nakkan gelaran bapa islam hadhari laa yerk.. hehe.. abis tu jasa Rasulullah camner lak kita nak kata?

saya tahu.. perkara ni takkan ada penyudahnya.. walau apa pun yang saya kata.. kerana apa.. kerana ini adalah umat akhir zaman.. so perkara yang sebenar bila didedahkan akan menjadi pelik dimata kita.. tetapi yang tidak benar akan disanjung dan di puja..

hmm....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.062574 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list