CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4696|Reply: 20

Paderi masuk islam-Utusan Malaysia

[Copy link]
Post time 19-10-2006 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Could anybody paste the article in Bicara Agama Utusan Malaysia about the priest who converted to islam..
rasa macam terharu baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2006 01:59 PM | Show all posts
takde org yang tau macamane nak paste kan dr paper tu..aku tak tau ni camamene nak paste..
Tajuknya"Yusuf Estes terima hidayah dalam satu malam"
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 02:23 PM | Show all posts
Yusuf Estes terima hidayah dalam satu malam






YUSUF Estes menyifatkan pengislamannya sebagai perkara yang paling berharga dalam hidupnya.
--------------------------------------------------------------------------------



Susunan: ZUNAIDAH ZAINON
HIDAYAH datang tanpa disangka. Walau sehebat mana sekalipun menangkis, namun atas kehendak Allah s.w.t., maka kita akan menerimanya dengan hati yang reda. Begitulah yang melanda kehidupan seorang paderi kelahiran Amerika Syarikat (AS), Yusuf Estes hingga beliau menerima Islam sebagai pengabadian hidup.

?amai orang bertanya kepada saya, bagaimana pengkhutbah atau paderi boleh memeluk Islam terutamanya setelah mengetahui semua perkara negatif mengenai Islam hampir setiap hari. Bagaimanapun, saya menyifatkan pengislaman ini sebagai perkara yang cukup berharga setelah menerima hidayah Allah s.w.t,? ujarnya yang merupakan paderi tentera di Penjara Awam AS.

Yusuf Estes dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat pegangan Kristian di Midwest. Keluarganya bukan sahaja membina gereja dan sekolah tetapi merupakan orang pertama yang meneroka kawasan tersebut. Beliau masih berada di sekolah rendah semasa ditempatkan di Houston, Texas pada 1949.

?aya selalu mengikut keluarga ke gereja dan dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas. Sebagai remaja, minat untuk mengunjungi gereja-gereja lain dan mendalami ajaran dan kepercayaan Kristian semakin bercambah.

?ada masa yang sama, saya turut berminat mengkaji agama lain termasuklah Hindu, Yahudi, Buddha, Metafizik dan kepercayaan asal orang Amerika. Tetapi entah kenapa, saya tidak mengkaji Islam secara serius berbanding agama-agama tersebut,? ceritanya mengimbas kenangan yang membawanya mengenali agama Islam.

Membesar dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat pada agama, sedikit sebanyak membuatkan Yusuf cenderung kepada genre muzik Gospel dan klasik. Akhirnya, beliau memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan muzik dan agama.

Bakatnya itu membawa beliau dilantik sebagai paderi muzik di beberapa buah gereja dan kemudiannya mula mengajar keyboard pada 1960. Beliau berjaya memiliki studionya sendiri pada 1963 dengan nama Studio Muzik Estes di Laurel, Maryland.

Selama 30 tahun, beliau dan ayahnya bergandingan menguruskan projek perniagaan yang berasaskan hiburan dan persembahan. Beliau turut membuka stor piano dan organ dari Texas dan Oklahoma hingga ke Florida. Akui Yusuf, bisnesnya amat menguntungkan tetapi beliau tidak menemui ketenangan jiwa.

Namun pada 1991 ketika berumur 54 tahun, beliau menemui bahawa kepercayaan mengenai agama Islam terkandung di dalam kitab Injil. Baginya, ini adalah sesuatu yang melampau dan di luar dugaan terutama apabila beliau mendapati pembawa kitab Injil yang digunakan untuk mengembara seluruh dunia terlalu membenci Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 02:24 PM | Show all posts
Menurut Yusuf, ayahnya bergiat aktif dengan menyokong aktiviti gereja terutama program sekolah di gereja dan ditahbiskan sebagai paderi pada 1970. Kemudian ayah dan ibu tirinya mengenali banyak paderi dan mengunjungi Oral Roberts dan membantu dalam pembinaan Prayer Tower di Tulsa. Mereka juga adalah penyokong kuat Jimmy Swaggart, Jim dan Tammy Fae Bakker, Jerry Fallwell, John Haggi termasuklah musuh ketat bagi orang Islam, Pat Robertson.

?ereka turut menerbitkan kaset puji-pujian dan mengedarkannya secara percuma ke beberapa rumah warga tua dan hospital. Pada 1991 juga, beliau memulakan bisnes dengan seorang lelaki yang berasal dari Mesir. Ayah mahu saya berjumpa dengannya.

?alam kepala, saya terbayangkan tentang piramid, Sungai Nil dan segala keindahan yang terdapat di Mesir. Tetapi, setelah ayah memberitahu saya bahawa lelaki ini adalah Islam, hati saya tersentak. Bagaimana ayah boleh mempercayai individu yang menganut agama yang menyuruh umatnya menjadi pengganas dan pengebom berani mati? Saya tidak mahu berjumpa dengan lelaki ini hanya kerana dia adalah Muslim!? kata Yusuf.

Bagaimanapun ayahnya tetap memaksa beliau berjumpa dengan lelaki itu yang bernama Mohamed Abel Rehman dengan menyifatkannya seorang lelaki yang baik. Apabila menemuinya, Yusuf amat terkejut kerana penampilan Mohamed jauh meleset daripada sangkaannya.

?aya selalu mengandaikan bahawa lelaki Islam mestilah berjanggut dan memakai serban di atas kepalanya tetapi penampilannya jauh berbeza. Dia amat ramah dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Walaupun begitu, saya berpendapat, dia perlu diselamatkan,? cerita Yusuf mengenai pertemuannya dengan lelaki tersebut.

Kesempatan bertemu dengan Mohamed, Yusuf mengajukan beberapa soalan berkaitan agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Mereka kemudiannya berbual panjang dan mendapati Mohamed sangat mesra dan tidak menyampuk semasa Yusuf bercakap. Oleh itu, beliau berpendapat, yang Mohamed akan menjadi penganut Kristian yang baik.

Buat pertama kalinya, beliau bersetuju dengan pandangan ayahnya yang mahu melakukan urusan bisnes dengan lelaki yang berasal dari Mesir itu dan bercadang mengajaknya untuk mengikuti trip perniagaan ke Texas.

Peluang untuk menarik Mohamed kepada agama Kristian terbuka luas apabila Mohamed ingin berpindah keluar daripada rumah yang didudukinya dan bercadang tinggal di masjid buat sementara waktu. Yusuf memohon kebenaran dari ayahnya agar Mohamed tinggal di rumahnya supaya dapat menguruskan perniagaan dengan lancar.

Kesibukan dengan perniagaan tidak menghalang Yusuf menziarah rakan-rakan paderinya yang menetap sekitar Texas termasuklah salah seorang rakannya yang dimasukkan ke hospital kerana diserang sakit jantung. Beliau membawa Mohamed melawat rakannya yang terlantar sakit itu dengan harapan dapat berkongsi pandangan mengenai agama. Tetapi rakannya tidak berminat mengenai Islam.

Bagaimanapun suatu hari, Yusuf didatangi seorang lelaki yang berkerusi roda dan merupakan teman sebilik rakannya. Melihat keadaan dan sikapnya, beliau dapat mengagak bahawa lelaki tersebut dalam kesunyian dan memerlukan seseorang untuk membantunya.

?aya pergi kepadanya dan berkongsi cerita mengenai kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan paus dan tenggelam di laut tetapi tiga hari kemudian, Nabi Yunus timbul semula dan kembali ke bandarnya dengan selamat. Pengajaran daripada kisah di atas ialah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

?elepas berkongsi cerita dengannya, lelaki itu memandang saya dan memohon maaf di atas sikapnya yang kurang sopan dan pernah berhadapan dengan masalah serius beberapa tahun lalu. Kemudian dia ingin membuat pengakuan tetapi saya bukan paderi Katolik.

?aya terperanjat apabila lelaki itu mengaku bahawa dia adalah paderi Katolik yang dikenali sebagai Father Peter Jacob. Saya memanggilnya Pete. Dia kemudiannya berkongsi kisah hidupnya dengan saya semasa menjadi mubaligh Kristian selama 12 tahun ke serata AS dan Mexico.

Apabila dia dibenarkan keluar daripada hospital, saya mengajaknya tinggal bersama kami. Pete turut menceritakan bahawa paderi Katolik turut mendalami Islam dan ada sebahagiannya memiliki Doktor Falsafah dalam bidang berkenaan,? ceritanya panjang lebar.

Sejak Pete tinggal bersama mereka, Yusuf dan keluarganya membincangkan mengenai Kristian sewaktu makan malam sebagai usaha untuk menarik Mohamed kepada agama tersebut. Yusuf juga menyoal Mohamed mengenai jumlah versi al-Quran yang diturunkan sejak 1,400 tahun lalu. Mohamed menyatakan bahawa hanya ada satu sahaja al-Quran dan tidak ada versi yang lain. Malah al-Quran adalah kitab panduan yang diturunkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

Selepas melalui banyak perbincangan mengenai agama, Pete berminat mengikut Mohamed ke masjid semata-mata ingin melihat aktiviti di sana. Mereka pulang awal dan Pete memberitahu Yusuf, tidak ada apa yang istimewa melainkan jemaah mendirikan sembahyang di masjid dan pulang ke rumah setelah selesai. Namun, beberapa hari kemudian, Pete menyatakan hasrat yang serupa.


?ari sudah larut malam tetapi mereka masih belum balik. Akhirnya setelah lama menunggu saya terdengar ketukan di pintu dan sebaik membukanya, saya terkejut melihat lelaki di sebelah Mohamed yang memakai jubah dan ketayap berwarna putih dan amat mengenalinya. Rupanya lelaki itu ialah Pete! Oh Tuhan, saya memang terkejut bagaimana Pete boleh tertarik kepada Islam,? ujar Yusuf tentang perubahan yang berlaku ke atas Pete.

Yusuf yang tidak berpuas hati mendapatkan isterinya untuk bertanyakan hal tersebut. Tambah mengejutkan apabila isterinya turut tertarik dengan Islam kerana di situ terletak kebenaran yang dicari-carinya sekian lama. Untuk mendapatkan kepastian, beliau mendapatkan Mohamed dan mengajaknya berbincang di luar.

?ami keluar berjalan dan bercakap sepanjang malam hinggalah tiba waktu bagi Mohamed untuk mendirikan solat Subuh. Ketika itu, saya tahu yang kebenaran sudah tiba akhirnya dan kini adalah masanya untuk saya memainkan peranan.

?aya pergi ke bahagian belakang rumah dan mendapatkan papan lapis dan bersujud di atasnya seperti orang Islam bersembahyang. Saya kemudiannya berdoa, ?a tuhanku, sekiranya engkau ada, berikanlah aku panduan.? Apabila saya mengangkat kepala, hati saya mula terdetik sesuatu. Tiada pari-pari atau burung berterbangan di langit atau bunyi muzik tetapi, saya sedar ada sesuatu telah berubah,? jelasnya. Yusuf kemudiannya naik dan mandi dengan harapan membersihkan diri daripada segala dosa yang membelenggu hidup saya selama ini. Saya seolah-olah memulakan hidup baru yang berpaksikan pada kebenaran Islam.

Tanpa menunggu masa yang lama, pada pukul 11 pagi itu juga, Yusuf melafazkan dua kalimah syahadat dengan bersaksikan Pete dan Mohamed. Malah, isterinya turut mengikut jejak yang sama. Selang beberapa bulan, ayahnya juga memilih untuk memeluk agama Islam. Yusuf tidak dapat membayangkan betapa indahnya, saat-saat mereka mendirikan sembahyang berjemaah di masjid bersama para jemaah yang lain.

Selepas memeluk Islam, beliau mengeluarkan anak-anaknya daripada sekolah Kristian kepada sekolah untuk pelajar beragama Islam. Datuknya adalah orang terakhir dalam keluarga mereka yang melafazkan dua kalimah syahadat.

?slam terlalu istimewa kerana berupaya menarik paderi seperti saya, Pete dan ayah yang selama ini kuat pada pegangan agama Kristian. Hanya dengan keagungan-Nya, kami diberi panduan untuk melihat kebenaran Islam tanpa membutakan mata dan hati masing-masing. Selepas 10 tahun, anak-anak saya juga sudah boleh menghafaz al-Quran dengan baik.

?slam telah mengubah cara saya melihat kehidupan ini dengan lebih bermakna,? ujarnya mengenai kehidupannya selepas bergelar Muslim.



sumber utusan malaysia........:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 02:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 02:48 PM | Show all posts
yg dah lahir Islam pun liat nak solat. harap2 dpt pengajaran dari kisah ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-10-2006 03:21 PM | Show all posts
aku lepas baca kisah ni rasa sayu je...
Betapa besarnya kuasa Allah...niat asal yusuf tu nak mengkristiankan muhammad tpi dia dan keluarganya dan pete sekali melafazkan kalimah syahadah...
Bukan calang2 org depa tu...para paderi2
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 03:30 PM | Show all posts
Betul jugak tu, kita nih, lahir2 ajer dah Islam. Itu pun sembahyang tonggang terbalik,  yg lagik teruk, elok2 dah Islam nak keluar Islam pulak. Ada antara mereka yg bersusah payah,baru dapat hidayah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2006 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 19-10-2006 03:30 PM
Betul jugak tu, kita nih, lahir2 ajer dah Islam. Itu pun sembahyang tonggang terbalik,  yg lagik teruk, elok2 dah Islam nak keluar Islam pulak. Ada antara mereka yg bersusah payah,baru dapat hidayah.


Mintak dijauhkan ahli keluarga dr menyekutukan Allah:pray::pray:

Tapi ko perasan tak sedondon...yang kuor islam tu biasanya insan2 picisan aje kan...Tak pernah dengor lagi alim ulamak yang convert kan

tapi cite kat atas tu paderi yang convert..Betapa benarnya agama yang dibawa oleh Rasulullah saw....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by Dilto at 19-10-2006 03:40 PM


Mintak dijauhkan ahli keluarga dr menyekutukan Allah:pray::pray:

Tapi ko perasan tak sedondon...yang kuor islam tu biasanya insan2 picisan aje kan...Tak pernah dengor lagi alim ulamak yang c ...

aku penah dpt vcd debat antara 2 puak paderi. 1 puak asalnya muslim tapi murtad; berdebat dgn paderi yg masuk islam . dua-dua dari indonesia. debat tu nampak berat sebelah. sebab paderi yg murtad tu cuma study pasal injil saja dan QUran seolah tak tau langsung sedangkan diorang sebelom ni islam. manakala bila paderi yg masuk islam tu soal pasal isu was-was dlm injil diorang takdpat jawab. segala dalil dan hujah dari paderi yg murtad ni hanya berdasarkan injil dan takde hujah utk bangkang kenyataan dari quran.

nampak sangat ramai yg murtad ni cuma tertarik pada injil tapi Quran sendiri tak pernah tau isi makna dia.
ramai dari kalangan muslim dah kira cukup syarat dgn khatam Quran. tapi khatam pun taktau apa isi makna dia.
padahal hukum hakam yg penting ada dalam tu. ramai yg musykil, etc tapi gi tanya imam, ustaz, tany kat suratkhabar, forum. padahal dlm Quran sndiri dah ada. tk dpt aku bayangkan kalau smua muslim di malaysia khatam Quran termasuk isi makna dia. aku pun masih merangkak... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 03:57 PM | Show all posts
begitu besar kuasa ALLAH......
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 04:13 PM | Show all posts
Aku selalu berasa bersyukur sangat2, sebab, lahir2 jer dah Islam. Rasa mcm antara yg terpilih. Andai kata aku dilahirkan sebagai Kristian ker, Hindu ker, Buddha ker, adakah aku akan memeluk agama Islam? Pastu bila dah mati, baru tahu tentang kebenaran Islam. Syukur....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 19-10-2006 04:13 PM
Aku selalu berasa bersyukur sangat2, sebab, lahir2 jer dah Islam. Rasa mcm antara yg terpilih. Andai kata aku dilahirkan sebagai Kristian ker, Hindu ker, Buddha ker, adakah aku akan memeluk agama I ...


:setuju::setuju::setuju:

mungkin itu nikmat paling besar dan yg tak ternilai...:geram:


YA ALLAH AMPUNKANLAH KAMI JIKA KAMI KURANG BERSYUKUR...

[ Last edited by  ussopp at 19-10-2006 07:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 10:28 PM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 12:44 AM | Show all posts
Allah Maha Besar...tetapi yang sedihnya ada pula orang islam yang murtad menganut agama Kristian...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 01:04 AM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2006 08:00 AM | Show all posts
Alhamdullilah................

Tetapi yg TIDAK DI CEGHITERkan olih bekas Paderi ini ialah...DUGAAN DUGAAN yg di hadapi nya selepas memeluk Agama Islam.
Yg di ceghiterkan nya seolah olah vely vely SMOOTH.

Teman pernah di ceghiterkan olih sahabat2 mengenai seorg budak yg ingin menyertai Jemaah.
Bapa(Islam) nya IKAT dier kat pokok kelapa........dan di taruh kerengga di badan nya.

Alhamdullilah...........budak tersebut menghadapi nya dgn tabah.

~ Selepas membaca kisah di atas, teringat teman akan kawan teman yg di Islamkan 2 tahun lepas.Lama tak tanya kabar nya. Ghoper nyer dier dok kat Cheras. Insyaallah, akan berjumper lepaih ghayer nanti kat Mesjid.
:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 19-10-2006 03:50 PM

aku penah dpt vcd debat antara 2 puak paderi. 1 puak asalnya muslim tapi murtad; berdebat dgn paderi yg masuk islam . dua-dua dari indonesia. debat tu nampak berat sebelah. sebab paderi yg murtad ...



Salamun Alaikum.........

Alhamdulillah(Segala Puji Hanya untuk ALLAH)
Saya pastekan pendapat anda disini untuk pertimbangan bersama, semuga saya dan anda mendapat pengajaran darinya bersama-sama.

Nampak sangat ramai yg murtad ni cuma tertarik pada injil tapi Al-Quran sendiri tak pernah tau isi makna dia.
ramai dari kalangan muslimdah kira cukup syarat dgn khatam Al-Quran.tapi khatam pun taktau apa isi makna dia.

Padahal hukum hakam yg penting ada dalam tu. ramai yg musykil, etc tapi gi tanya imam, ustaz, tany kat suratkhabar, forum. padahal dlm Al-Quran sndiri dah ada. tk dpt aku bayangkan kalau smua muslim di malaysia khatam Al-Quran termasuk isi makna dia. aku pun masih merangkak...


Demikianlah kenyataan penuh insaf dari Tuan BZZTS.  Sekali lagi Alhamdulillah, anda telahpun sedang menuju kejalan untuk sekali lagi KHATAM AL_QURAAN dengan cara yang HAQ! Dan saya minta ma'af, kerana selain dari paste tulisan Tuan, saya juga ada mengedit perkataan tertentu tanpa kebenaran, namun bersebab, semuga anda mema'afkan saya, saya dan anda sama sahaja, iaitu masih merangkak, biar kita merangkak dari berlari tetapi tidak tahu arah tujuan, dan bila kaki terseradung bendulan, kepala terhantuk halangan, maka seluruh penjuru kita halakan marah, sesalan, bebalan, makian dan hamunan kita.

Pada saya meskipun kita merangkak, biarlah perlahan-lahan dan berulang-ulang sehingga kita mahir merangkak dan kemudian pula bangkit berjalan, berjalanpun biarlah perlahan-lahan tapi pasti sehingga berjalanpun kita dah mahir teruslah kita berjalan,saya rasa tak perlulah kita berlari, takut-takut timbul rasa besaran dalam hati(ujub)yang 'inline' dengan riak, maka stamina iman kita gugur seperti peluh...........

Saya akui saya juga sedang merangkak, boleh jadi lebih slow dari kekura,ramai lagi yang juga sedang merangkak, namun saya sudah nampak dengan pasti garisan penamatnya, pita penyambut ketibaan masih terentang untuk saya, dan pita ketibaan juga masih terbentang untuk anda, dan pita ketibaan masih terentang untuk sesiapa sahaja yang mahu mengambil jalanNya. Tiada 'Time Frame' untuk semua. Selagi ada hayat, marilah kita sekali lagi berusaha KHATAM secara HAQ.


KITAB YANG ESA DARI YANG MAHA ESA

UNTUK SEMUA MANUSIA
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 19-10-2006 03:30 PM
Betul jugak tu, kita nih, lahir2 ajer dah Islam. Itu pun sembahyang tonggang terbalik,  yg lagik teruk, elok2 dah Islam nak keluar Islam pulak. Ada antara mereka yg bersusah payah,baru dapat hidayah.


Sebagai tambahan,
3 golongan manusia dilahirkan, 1 golongan untung dan 2 golongan rugi;
Pertama, lahir Islam , mati  Islam,(alhamdullillah)Kedua, lahir Kafir , mati Kafir,(biasalah)Ketiga, lahir Kafir,  mati Islam.(nauzubillah)
Moga kita bukan tergolong dalam golongan 1 & 2

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin !!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.054125 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list