View: 3033|Reply: 2
|
Equality vs Responsibilty
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum.
Alhamdullillah, banyak ayat2 Quran menyatakan gender equality dalam Islam.
Wanita dan lelaki itu equal dalam Islam cumanya lelaki diberi tanggungjawab yang lebih.
Boleh saya dapatkan ayat berapa dr surah mana yang menyatakan ttg hal tanggujawab ini?
Terima kasih saya dahulukan:tq: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wanita dalam Islam sebenar(seperti di dalam al-Qur'an)
Originally posted by Jiddin at 29-10-2006 06:47 PM
Assalamualaikum.
Alhamdullillah, banyak ayat2 Quran menyatakan gender equality dalam Islam.
Wanita dan lelaki itu equal dalam Islam cumanya lelaki diberi tanggungjawab yang lebih.
Boleh saya d ...
Salamun Aalaikum,
Saya petik dari artikel dengan tajuk Wanita dalam Islam Sebenar(seperti di dalam Al-Quran) oleh pengurus lamannya
[quote]
Sama
Beralih kepada soal sama ada lelaki dan perempuan itu sama. Sebenarnya, mereka adalah sama di sisi Allah. Kesamaan mereka adalah pada:
1. usaha untuk mencari pemberian daripada Allah. Firman-Nya, "Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya" (4:32).
2. keimanan dan ganjaran daripada Allah. Firman-Nya, "Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar" (33:35).
Pendek kata, seperti kata Allah juga, "Sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman (syurga), dan tidak dizalimi satu bintit pun" (4:124). Kata mukmin bererti believer dalam bahasa Inggeris.
3. jodoh masing-masing, iaitu yang jahat bagi yang jahat dan yang baik bagi yang baik. Firman-Nya, "Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik" (24:26), dan,
4. hukum, seperti hukum zina yang berbunyi, "Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan" (24:2), dan hukum bagi pencuri, berbunyi "Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan" (5:38).
Hak
Begitulah juga dengan hak. Kaum wanita mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki. Hak yang sama ini diberikan Allah kepada mereka dengan firman-Nya yang berbunyi, "Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas lelaki" (2:228).
Perbezaan
Namun begitu, mungkin kerana perbezaan pada kromosom antara lelaki dan perempuan membuatkan ada sedikit perbezaan, dan perbezaannya adalah dalam tanggungjawab. Ayat-ayat al-Qur抋n yang menjelaskannya adalah seperti di bawah:
1. "Tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SALAM untuk semua.............
Bagaimana pula perkara mengenai kuasa menceraikan pasangan? Benarkah hanya lelaki yang ada kuasa mutlak sehingga berlaku gantung tak bertali? Mari kita bincankan untuk pertimbangan...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|