CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 4

Andaikata Saudari Lina Joy Mahu Belajar Tentang Islam.....

[Copy link]
Post time 30-10-2006 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Andaikata Azlin J(contoh seorang wanita Melayu Islam) mahu memperdalam pengetahuan ttg Islam, mungkin ini yang terpaksa ditempuh olehnya :

Apabila dia sibuk mencari bahan ilmiyyah atau ustaz utk bertanya tentang agama, saudaranya mungkin akan berkata, apalah yang kamu sibukkan sangat. Kamu kan dah khatam quran (majlis dengan pulut kuning pulak tu), dah tu kan kamu dan pergi sekolah agama sebelah petang..bukankah di sana telah diajar fardhu 'ain? Takkan tak faham-faham lagi pasal agama? Tapi hatinya seperti tidak puas dengan jawapan tersebut kerana banyak lagi soalannya yang tak terjawab. Perasaan ini timbul apabila pada satu hari beliau mengikuti kuliah Aqidah bertajuk 'Sifat 20'. Di dalamnya ada banyak istilah yang sukar difahami, banyak penjelasan yang sukar diikuti. Antaranya istilah Takluk Tanjizi Hadis, Takluk Qabdhah, Takluk Suluhi Qadim, dan perbahasan panjang lebar tentang Allah tidak bertempat, Allah ada di mana-mana.., tentang kekeramatan wali yang boleh dijadikan wasilah. Di samping itu, beliau juga membaca sebuah tulisan oleh Mufti Arab Saudi yang sangat mudah dan terang berkenaan Aqidah.

Diapun bertanya kepada ustaz tersebut,
"Saya ada terbaca dalam satu buku terbitan Arab Saudi yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, katanya kita perlu meyakini bahawa Allah itu ber'istawa' di atas arasynya, sesuai dengan apa yang disampaikan dalam al-quran dan hadith. Bukannya Allah itu ada di mana2. Dalam buku karangan mufti arab saudi itu juga, diterangkan bahawa aqidah tidak boleh dicampuradukkan dengan falsafah atau akal manusia semata2. Ianya mestilah dari dalil Al-quran, dan Al-Hadith mengikut pemahaman golongan salafussoleh. Beliau juga mengajar bahawa Aqidah islam sangat mudah, dan ianya boleh diajar dalam beberapa jam sahaja, mungkin kurang daripada itu? dan begitulah juga Aqidah yang diimani oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dan semua ulama sunnah. Apa yang kita belajar sekarang ini (seperti sifat 20 dan falsafahnya yang berbelit-belit), sebenarnya berasal dari seorang ulama yang terkesan oleh fahaman atau pemikiran Mu'tazilah yang hidup selepas kewafatan imam syafie. Ini bermakna cara pembelajaran Aqidah sekarang bukanlah dari Imam Syafie!"

Ustaz memberi jawapan yang panjang lebar sepertimana soalannya :
Bahaya tu..jangan berguru dgn buku, kerana nabi kata siapa yang berguru dengan buku, maka dia berguru dengan Syaithan! (adakah ini hadith nabi?). Mana boleh kata macam tu? Kan kita dah belajar Allah tiada rupa, tidak bertempat dan tidak serupa dengan makhluk. Mana boleh ambil terus dari Al-Quran dan Hadith..kita kena belajar dari ulama. (siapa agaknya ulama ni?). Habis, takkanlah Allah tu jauh dari kita, kan dia melihat dan mendengar apa saja yang kita lakukan. Perkara ni kita kena berguru. Bukan soal mudah, ni soal aqidah. Kalau nak bincang 7 hari 7 malam pun tak cukup. Jangan baca buku dari sana tu. Mereka tu Wahabi, sesat. Kita Syafie, betul tak? (kan dah cakap sifat 20 dan falsafahnya bukan dari Shafie!)

Azlin mengangguk lemah, seolah-olah beban kepalanya bertambah dengan jawapan ustaz tadi?usah rupanya nak belajar tentang tuhan ni. Tidur malamnya terganggu, lalu dia membelek sebuah buku milik ayahnya yang bertajuk "Segala Rahsia Agama". Dia tertarik dengan bahagian buku itu yang menceritakan bahawa syahadah ada 3 tingkat iaitu Syahadah Syariat, Syahadah Tarekat dan Shahadah Ma'rifat. Dan begitu juga seterusnya tentang solat, zakat, puasa dan haji. Eh..ada martabat rupanya. Esoknya dia bertanya kepada seorang ustazah, lulusan Mesir dalam syariah (guru agama sekolah menengah),  yang juga kawannya.

Jawapan Ustazah..
Oh..itu ilmu tasauf sebenarnya. Kita sebagai orang awam memang susah nak faham betul2. Kena ikut tarekat tertentu. Kena cari seorang guru yang murshid yang boleh pimpin kita memahami isi agama, mendalami hakikat sebenar agama. Sebenarnya kalau nak kenal tuhan kita kena kenal diri sendiri dulu (hadith palsu ni). Kalau nak, nanti ikut saya malam ni ke masjid ada kuliah Ustaz N.M., dia boleh jelaskan tentang perkara ini.

Keesokannya mereka menghadiri kuliah selepas Isha'. Ustaz itu mengimami solat tasbih 4 rakat selepas solat Isha'. Kemudian beliau memberi kuliah pendek yang berkisah tentang betapa manusia sudah jauh dari tuhan, betapa manusia sudah malas berzikir kepada tuhan. Selepas itu, lebih kurang pukul 10 malam, beliau meminta supaya lampu masjid dipadamkan, yang tinggal hanya cahaya yang samar2. Lantas beliau menyuruh para jemaah ikut berzikir dan memperkuatkan suara supaya ianya (suara zikir) naik ke atas langit. 30 minit berlalu, zikirnya tamat. Lampu dihidupkan semula. Majlis bersalaman pun bermula. Azlin dapat melihat orang ramai berpusu-pusu mengambil peluang mencium tangan Ustaz dengan penuh khusyuk. Ini mesti orang besar, wali agaknya..bisik hati kecilnya yang mula kagum dengan ustaz itu. Tetapi selepas itu, ada sekumpulan orang duduk di hadapan ustaz seperti mahu menerima sesuatu berharga dari ustaz. Dia diberitahu itu majlis pengijazahan wirid, hizib dan selawat tertentu. Ijazah? Benda ni kena ijazah juga ke? Kekaguman bertukar kepada kekeliruan. Orang yang tak dapat ijazah baca zikir apa pula?

Dalam kekeliruan, matanya terpandang satu borang penyertaan "Bacaan Al-Quran, Zikir dan Tahlil Arwah" yang dikeluarkan oleh akademi pengajian islam dan da'wah. Di dalam pengenalannya tertera, 'program ini diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan bulan ramadhan dengan majlis pembacaan Al-quran, Tahlil dan Zikir, sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW di dalam bulan ramadhan yang penuh berkat.' Di dalam bahagian HARAPAN tertulis 'muslimin dan muslimat diseru menyertai program ini kerana ia memberi manfaat yang besar kepada arwah mereka yang telah meninggal dunia, dengan hadiah kiriman berupa bacaan Al-quran, zikir dan tahlil'. Azlina membaca lagi, borangnya berbunyi:

Bahawa saya________, beralamat_________, menyerahkan nama-nama Arwah berikut 1.____, 2._____, 3._______sehingga 10.________. , untuk di hadiahkan bacaan al-quran, tahlil dan zikir sepanjang Ramadhan tahun ini. Setiap penyertaan dialu-alukan memberi sumbangan ikhlas samada wang pos atau tunai.

Pelik..macam orang kristian je, teringat Azlin tentang surat pengampunan yang pernah disedarkan oleh pihak Gereja satu masa dulu. Maknanya pelajar akademi tersebut akan membaca al-quran, tahlil dan zikir dengan niat hadiah kepada orang yang dah mati?acam ada yang tak kena je. Perkara ini menjadi bertambah rumit dengan cetakan hadith nabi di belakang borang, 'Apabila matinya anak Adam, terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara, sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang memberi manfaat.' Tak disebutpun kiriman tahlil dan zikir dari orang yang tak dikenali? "Kalau macam tu sebelum mati aku nak bagi duit pada keluarga, supaya boleh diupah pelajar tahfiz baca Al-quran selama dan sebanyak yang boleh, senanglah kalau macam tu?ak payah rajin sangat kat dunia ni?", bisik hati muda Azlin yang nakal. Dia makin keliru?.

Bulan ramadhan pun tiba dan Azlin menyertai tarawih di masjid. Bilal mula berselawat sambil menjerit sesuatu yang dia tidak faham dan ini dilakukan sebelum bermulanya setiap 2 rakaat. Dan ini telah dilihat olehnya sejak kecil lagi. Orang ramai juga menyambut sambil menjerit sesuatu yang tidak jelas buah butirnya. Dilihat dalam TV, di Mekah ianya tidak begitu, suasananya lebih tenang, kenapa ya? Kemudian, di antara solat ada tazkirah yang sepatutnya pendek tapi meleret hingga memakan masa 40 minit. Pemberi tazkirah bercerita tentang bilangan orang islam yang murtad di malaysia. Beliau sangat marah dengan kerajaan dan polisinya yang kononnya memudahkan orang murtad. Beliau ada menyebut beberapa isteri orang-orang politik yang kononya tidak bertudung dan menyokong orang yang murtad ini. Beliau juga sangat marah dengan kes pelajar yang mahu pakai serban di sekolah, yang kalah di mahkamah. Ada pemimpin negara yang beragama Islam, menjadi objek makiannya kerana tidak melaksanakan hukum bunuh kepada orang yang murtad.

Azlin tidak selesa dengan kuliah seumpama itu, dan makin keliru tentang manakah arah yang hendak dia tuju?an dalam keliru hatinya mula memberontak. Dia mahukan jawapannya?.

Kenapa sukar benar memahami ilmu tentang tuhan?
Kenapa kita tak digalakkan bertanya tentang agama?
Kenapa ada banyak golongan, yang mana satu nak dipilih?
Mazhab pun banyak?staz kata ikut je Syafie?.jangan banyak tanya.
Apa uniknya Islam berbanding agama lain? Kelihatan amalan dan falsafahnya tidak jauh berbeza!
Adakah Islam itu semata-mata hukum (sebat, pancung)?
Kenapa ustaz selalu menutup persoalan dengan berkata itu Wahabi, jangan ikut?
Orang islampun ada kasta ke, ada martabat tertentu, ada amalan khas, ada yang lebih mulia?
Salahkah membaca buku?

Dan akhirnya, pada satu hari dia bertemu seorang pemuda non-muslim yang mengajar kepadanya agama Kristian yang nampak simple. Tak berbelit2. (walaupun kurang selesa dgn penjelasan ttg triniti). Dan di dalam kemudahan pengajaran tersebut (berbanding apa yg dia pernah dengar ttg ISLAM), dia pun mula terfikir untuk memeluk agama tersebut.

KALAU INILAH YANG BENAR-BENAR TERJADI, SIAPA SEBENARNYA YG PERLU DIPERSALAHKAN? :

Individu itu sendiri ? (kerana mula berfikir, dan tidak menerima sahaja?)
Ibu bapa ?
Pemerintah ? (kerana tiada undang-undang khusus untuk cari dan pancung sahaja orang yang murtad?)
Atau golongan yang 'sepatutnya' faham agama? (yang sering memberikan jawapan yang hanya menambah persoalan?)

APA PENDAPAT ANTUM??

(semua contoh yang dibentangkan benar2 wujud dan terjadi, Cuma tidak berlaku kepada Azlin secara khusus)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2006 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by hackerGUY at 30-10-2006 11:36 AM
Kenapa sukar benar memahami ilmu tentang tuhan?


Tanpa taufik dan hidayahNya takkan dapat kita. Sebab itulah kena selalu berdoa meminta dihidayahkanNya. Selalulah berdoa
tanpa jemu.

Kenapa kita tak digalakkan bertanya tentang agama?


Ada yang boleh ditanya dan ada yang tak perlu ditanya.

Kenapa ada banyak golongan, yang mana satu nak dipilih?


Kerana manusia memangpun dijadikan Allah berbagai-bagai. Pilihlah yang terbaik.

Mazhab pun banyak?staz kata ikut je Syafie?.jangan banyak tanya.


Boleh dipelajari setiap mazhab kalau mahu, cuma nak cari gurunya susah la sikit kerana
di sini banyak yang pandai dan amal mazhab Shafie ajer. Nak praktis pun susah sikit..

Apa uniknya Islam berbanding agama lain? Kelihatan amalan dan falsafahnya tidak jauh berbeza!


Islam itu menunjuk ke jalan yang lurus kearah pengESAan Tuhan  yang sebenar-benar.

Adakah Islam itu semata-mata hukum (sebat, pancung)?


Tidak. Islam itu semata-mata taat dan berserah mengikut suruhan Allah Tuhan yang satu dan meninggalkan
laranganNya seperti ditunjuk ajar Kitab dan rasulNya.

Kenapa ustaz selalu menutup persoalan dengan berkata itu Wahabi, jangan ikut?


Itu kena tanya ustaz tersebut. Tak adil anda hanya melihat penutup tetapi isinya anda tidak renung-
renungkan.

Orang islampun ada kasta ke, ada martabat tertentu, ada amalan khas, ada yang lebih mulia?


Sesungguhnya yang membezakan antara manusia Islam di sisi Allah adalah keimanan dan amalan. Manusia
cuma boleh menilai dari segi luaran, yang dalaman hanya Tuhan yang tahu. Apa guna kemuliaan dan martabat di dunia?
Malanglah sesiapa yang mencarinya di dunia sehingga terlupa dan asyik.

Salahkah membaca buku?


Ilmu itu adalah senjata untuk membezakan kebenaran dan kebatilan. Buku adalah salah satu cara memperolehi ilmu.
Belajar dari orang yang sudah berilmu juga salah satu cara memperolehi ilmu. Beriringan keduanya amatlah molek sekali,
jika benar-benar jujur mahu mencari pembeza kebenaran dan kebatilan.

Semoga dikurnia limpahan taufiq dan hidayahNya untuk kita semua!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 05:46 PM | Show all posts
Kalau lah banyak sangat kalau........  mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 12:20 AM | Show all posts
Masyarakat tentunya dah buat yg terbaik It is her own choice....dia dah akal baligh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 08:43 PM | Show all posts
SALAM untuk semua...................

Mungkin dia sendiri tak berusaha memahami bahawa Islam itu mudah seperti janji ALLAH didalam Al-Quraan.  Mengaji sampai khatam dan khatam lagi dan lagi dan lagi...FAHAM? Tak!!! Kerana bukan taraf dia nak fikir guna aqal sendiri.  Dia awam!  Kena terima tafsir dari Ulama!

Lalu bila ALLAH menggariskan Buat apa yang Disuruh
Tinggal apa yang Dilarang, ie: Dua perkara tunjang sahaja!

Dan entah masa bila terselit pula segala macam sunat dan makruh!
Dan dari sunat tu pula terpacul cabang-cabang sunat!
Juga terpancar segala macam makruh bercabang-cabang!

Sedang apa yang Disuruh dan Dilarang terdapat dalam Al-quraan, tinggal lagi hanya untuk dibaca dan diperhati lalu diperhalusi maka sempatkah ia bila sunat menciluk dan makruh memotong digarisan berkembar mendahului sambil berlumba meninggallkan Al-Quraan dengan segala macam taboo?

Al-Zazalah, dua ayat terakhir:

7.  
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

8.  
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Apa dia surat-surat amalnya?  Adakah lagi tambahan selain dari dua surat amalnya?



_________________________________________________________________________________
[size=-2]Azlina tu dulu qariah masa sekolah ke? Sapa tahu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.045013 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list