|
sesapa yang punya info sila kongsi... apa itu tarekat...
dengarnya mereka tidak perlu ikut syariat... betul ke
[ Last edited by kyas at 7-11-2006 10:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 7-11-2006 10:11 AM
sesapa yang punya info sila kongsi... apa itu tarekat...
dengarnya mereka tidak perlu ikut syariat... betul ke
manade. syariat tu dari Allah dan Rasul. dlm kisah sufi pun, org2 yg tarekat smpai tahap wali pun masih lagi solat 5 waktu. kefahaman dlm bab tarekat ni rumit. payah nk explain. tapi takde la sampai langgar hukum syarak. itu yg aku tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 7-11-2006 10:11 AM
sesapa yang punya info sila kongsi... apa itu tarekat...
dengarnya mereka tidak perlu ikut syariat... betul ke
patut thread ni masuk kat UMUM tu bukan kat sini...mungkin MOD boleh tolong transfer...
ada betulnya statement kyas...
satu TANDA penting utk kenal antara TAREKAT yg HAQ dan tarekat yg BATIL adalah :
Tarekat yg Batil - mempromosikan tidak perlu ikut syariat
Tarekat yg HAQ - sgt mementingkan syariat iaitu turutannya seperti berikut , SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT, MAKRIFAT.
Ini bermakna;
Jika tidak ikut dan kenal SYARIAT, bukanlah TAREKAT.
Seterusnya, TAREKAT adalah jalan utk menuju ke HAKIKAT.
sekian dulu...ada masa sy sambung lagik...
-------------------------------------------------------------------------
sy suka SLOGAN awak itu..jgn terima saja......sy pun cam awak sgt perihatin utk terima apa saja dakwaan dan fakta dari sesiapapun, jika begitu sy cadangkan awak baca buku ini
PENDIDIKAN RAPAT DENGAN ROHANIAH MANUSIA
ia menerangkan dgn detail tetapi dengan bahasa yg amat mudah mengenai persoalan awk mengenai TAREKAT. Ada buku tasauf yg lain yg saya pernah baca tetapi ada yg mirip WAHABI dan ada juga yg menggunakan bahasa yg tinggi-tinggi yg tidak sesuai utk layman, ini buku terbaik dan termudah utk awak baca...
http://rufaqashop.com/buku/pener ... /rohaniah/index.php
[ Last edited by serihartatie at 7-11-2006 11:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 7-11-2006 10:11 AM
sesapa yang punya info sila kongsi... apa itu tarekat...
dengarnya mereka tidak perlu ikut syariat... betul ke
Satu tajuk yang menarik tapi oleh sebab di sini lebih memfokuskan isu mazhab maka saya mencadangkan agar perbincangan tarikat ini dilihat dari perspektif mazhab yang berbeza. Apakah pandangan wahabi, syiah dan ASWJ terhadap ilmu tarikat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
ok gek tu grave... sbb kat sini serba sedikit kita dah kenal kecenderungan forumners dlm mazhab...
dari pembacaan saya yang tak byk mana... ada geng tarikat yang menganggap bila sampai tahap tertentu ia tidak perlu rujukan quran dan hadis... di situ keluar istilah ilmu ladunni... diumpamakan kes nabi musa dgn hamba soleh (dikatakan nabi khidir)... khidir tak perlu syariat dibawakan musa... maknanya khidir ikut jalan lain... musa tak leh bantah.
padahal musa di utus utk kaumnya sahaja.
tapi ini cuma pandangan org luar.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 7-11-2006 12:30 PM
ok gek tu grave... sbb kat sini serba sedikit kita dah kenal kecenderungan forumners dlm mazhab...
dari pembacaan saya yang tak byk mana... ada geng tarikat yang menganggap bila sampai tahap ter ...
itu satu cara mereka memberi alasan utk menipu atas nama TAREKAT...tak perlulah pedulikan ALASAN mereka, sebab bila mereka TIDAK MERUJUK kepada Syariat in the first place, maka itu tandanya mereka sudah TERPESONG.
lagipun kalau org yg cerdikpun tak boleh terima alasan mereka itu, sebab kita boleh tanya mereka balik,
sape yg IKTIRAF mereke setaraf dengan nabi2 sehingga gunakan kisah Nabi Musa dan nabi Khidir utk alasan bagi mereka tidak BERSYARIAT?..
tanya lagi, pada mereka, Rasul dan nabi mereka siapa? Adakah RSAW tidak mengikut Syariat?.
tanya lagi, adakah AL QURAN dan hadis mereka hanya kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir?
dan tanyalah lagi...byk fakta logik yg boleh kita cantas akan KEBOBROKAN mereka ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ulama yang mengatakan bahawa dalam kehidupan beragama perlulah bersandarkan kepada 4 elemen yang saling berkaitan antara satu sama lain. Ia adalah Tariqat, hakikat, makrifat dan syariat (ada pula yang membahaskan yang mana dulu). Ilmu tariqat lebih memberatkan pada persoalan tasauf iaitu memberatkan mengenal diri dan mengenal Tuhan. Ada setngah-setengah kumpulan tariqat yang hanya memberatkan persoalan tasauf saja tanpa memperdulikan syariat sebab bagi depa kalau dah kenal diri dan Tuhan (iman) maka semua masalah akan selesai. Lalu mereka ini menolak urusan-urusan keduniaan seperti politik, berumahtangga, bermuamalat dsbnya. Di samping itu ada yang terlajak begitu jauh sehingga kononya tidak perlu lagi solat dan puasa apabila diri sudah sampai klimaks mengenali Tuhan. Inilah antara kesesatan kumpulan tariqat yang dipersetujui bersama dalam mazhab-mazhab utama yang ada.
Wahabi menentang ilmu tariqat (bukan tasauf) sebab bagi mereka ia adalah satu bidaah yang sesat. Mereka tidak menjumpainya wujud diamalkan di zaman Rasulullah saaw.
ASWJ mengiktiraf ilmu tariqat namun ia seperti terpisah dengan keilmuan yang lain dalam ilmu syariat. Adakalanya ilmu tariqat bertentangan dengan ilmu syariat.
Syiah Imamiyah pula tidak membezakan ilmu tariqat dengan ilmu-ilmu yang lain. Ilmu tariqat bagi mereka hanya diperolehi apabila sudah sampai ke peringkat yang tinggi dalam bidan keilmuan. Ilmu ini dikenali sebagai Irfan.
Kalau dalam ASWJ ada ilmu tariqat (tariqat sesat)yang menyebabkan penyelewengan sehingga terkeluar dari akidah ASWJ maka begitu juga dalam Syiah, ada yang terkeluar terus dari Islam seperti ajaran Bathiniyah, Ismailliyah Aga Khan, Bahaism dsbnya. Dari itulah musuh-musuh mereka akan menggunakan isu-isu ini secara borong untuk menyesatkan pula antara satu sama lain terutamanya wahabi yang lurus bendul. |
|
|
|
|
|
|
| |
|