View: 2767|Reply: 9
|
Warkah terpilu dari Sabah
[Copy link]
|
|
A'kum WBT...
Kes-kes murtad ni memang sudah dijangka untuk umat Islam di zaman mutakhir ini. Ianya antara sesuatu bentuk ujian-ujian terakhir umat dalam menempuh hidup di dunia yang busuk ini. Kita yang mendengar tak sama halnya dengan yang menanggung. Kepada mereka-mereka yang menghadapi keadaan keluarga atau kenalan yang murtad, saya nasihatkan agar banyak2 berdoa, bukan sahaja untuk si murtad malah yang lebih penting lagi diri kita sendiri. Apabila keadaan trauma selepas sesuatu insiden itu, fikiran dan akal minda kita akan selalu menjurus atau memikirkan tentang hal yang berkenaan dalam satu jangkamasa yang agak lama, dan dalam masa ini si iblis dan si syaitan akan mengambil peluang keemasan ini untuk menambahkan kejengkelan hati kita yang mana Nauzubillahi minzaalik, akidah kita mungkin terpengaruh.
Masyarakat Islam di tanah Semenanjung sekarang ini sedang dilanda gejala ini memang ada penyebabnya. Apa yang saya lihat ialah, apabila kemajuan ekonomi sesuatu tempat itu maju, sifat-sifat yang terlalu mengejar keduniaan sudah semakin tinggi, soal-soal Agama Islam dianggap perkara yang ke-2 atau yang ke-3 dalam hidup, kes-kes murtad boleh saja berlaku. Malah saya tidak hairan kalau jumlah mereka yang murtad itu semakin bertambah.
Siapa yang salah? Ibubapa? Guru? Ustaz? Mubaligh Kristian? Ahli Politik?
Jawapannya senang saja. Kita orang Islam lah yang salah. Kita sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam dan Sunnah Rasul yang sebenar. Solat 5 waktu sudah hampir pupus di kalangan umat Islam Malaysia kini. Puasa? Mmmmm...wallahu alam bissawab. Zakat? Kalau sekadar RM5.60 setahun tu si Mubaligh Kristian boleh tawarkan berlipat kali ganda lagi lah. Haji? Tunggulah aku cecah umur 56 atau 60 tahun pencen dulu. Lagipun mahal tu pergi Haji, baik aku beli kereta Proton Neo baru tu. Minta maaf banyak2, tetapi inilah hakikat Islam Malaysia pada hari ini. Walaupun pahit tetapi itulah kenyataannya. Jangan sembunyikan kebenaran, apa yang saya cuba huraikan di sini adalah melalui pengamatan saya.
Saya orang dari Sabah. Kes-kes Mubaligh Kristian ni bukan asing bagi kami di sini, malah kami hampir2 pernah berlaku pertumpahan darah semasa pemerintahan kerajaan PBS (Parti Bersatu Sabah). Tapi semangat kami (orang Islam) yang hidup sebagai 49% dari jumlah penduduk sebenar Sabah sudah faham dengan mereka. Infact, ibu saya juga bekas seorang Kristian, namun sekarang beliau merupakan seorang Muslimat yang saya sanjungi kerana hari-hari beliau melakukan solat sunat sebanyak lebih dari 60 rakaat sehari. Dan tidak kurang dari 15 orang Muallaf yang telah beliau Islam kan.
Mereka (orang Kristian dsb) ni sebenarnya senjata mereka cuma Wang/ Duit/ Pulus/ Harta Dunia. Di Sabah suatu ketika dulu, di Hospital2 kerajaan dan Swasta kegiatan Dakwah Mubaligh Kristian sering dilakukan. Mereka akan pergi ke katil-katil orang yang dirasakannya orang Islam dan berbual-bual dengan mereka. Jika dirasanya boleh makan, dia akan bagi umpan punye, seperti offer duit dan perbelanjaan dsb. Tapi mujurlah kedapatan oleh kami orang Islam dan jumpa kepada mubaligh tersebut sambil beri "warning" yang amat keras. Mereka pun lari lintang pukang. Mereka ni sebenarnya takut dengan kita. Di Sabah ni ada satu golongan pendakwah Kristian yang dikira masih muda yang didatangkan khas dari Church of England, England setiap tahun. Mereka akan pergi dari rumah ke rumah orang Kristian untuk berdakwah. Yang didakwah merekatu orang Kristian yang mana telah diajarkan pula strategi2 baru dalam pendakwahan mereka yang akan ditujukan pula kepada orang2 Islam dan Paganisme yang terdapat di sebelah2 pedalaman Sabah. Mereka ini ditaja dan serba cukup. Walaupun pada hakikatnya mereka ini nampak hanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Tapi jalan bukan sebarang jalan, sekali jalan runtuh iman seorang Islam yang bersifat seperti kulit bawang itu. Jadi berhati-hatilah kita semua.
Adakah semua ini adalah dosa pemimpin2 kita yang terdahulu kepada badan2 dakwah bebas Islam seperti Al-Arqam, Tabligh dan sebagainya. Memang betul Arqam itu ada memiliki kesalahan dari sudut politik Malaysia. Tetapi harus diingat juga, yang satu ketika dulu di Sabah, yang paling kuat dakwah Islamiah nya dan yang paling ramai meng"Islam"kan orang2 pedalaman Sabah adalah Al-Arqam dan Tabligh. Mungkin perjalanan dakwah mereka itu kuno dan tidak moden di mata pemimpin2 politik tapi tanya diri kalian, apa yang kalian telah lakukan dalam membantu pendakwah2 Islam kita yang kita sayangi itu? TIDAK ADA.....jangan tau mengutuk saja. Sebab itulah kita sudah kehilangan 100,000 orang Islam sekarang.
Di Sabah ini, apa dakwah yang telah dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan untuk dakwah Islamiah? Berkesan ke tidak? Ada badan kepala ke tidak? Sudah masuk kampung pedalaman ke belum? Dah berapa ramai mereka Islam kan? Saya tidak menolak kepentingan Politik. Kita perlu badan Politik untuk menstabilkan keadaan Daulat negara. Tapi jangan sebab terlalu pentingkan Politik sampai Islam itu dinombor 3 kan. Politik itu dunia sahaja. Ciptaan manusiawi. Tetapi Islam itu agama ALLAH SWT. Wajib ditegakkan. Politik hanya menjamin dunia, tetapi ISLAM menjamin dunia dan akhirat kita. Jadi saya bermohon la kepada sesiapa yang membaca tulisan saya yang dhaif ini, agar kita sama-sama menilai, siapa yang salah sebenarnya jika adik atau kakak atau abang atau sepupu atau sesiapa saja lah yang "murtad" dikalangan umat Islam kini, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kelemahan dan kesilapan kita orang Islam sendiri. Jangan lah tuduh menuduh (memang sifat orang kita). Tuduh lah saya yang dhaif ini kerana gagal menyampaikan Kalam ALLAH SWT dan Sunnah Rasul kepada yang lain.
Semoga ALLAH SWT memberkati kita dan merahmati kita semua dan hamba mohon kepada Mu Ya ALLAH Ya Rabbal Alamin, Tuhan Seru Sekalian Alam, agar kita selamat di dunia dan di akhirat kelak. AMIN.
WALLAHU ALAM BISSAWAB.
Petikan dari : http://www.e-ulama.org/Forum/Def ... D=1&messageID=3 |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dengan warkah terpilu diatas.ada kebenarannyer........... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sedondon at 8-11-2006 05:01 PM
Setuju dengan warkah terpilu diatas.ada kebenarannyer...........
:setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan kehidupan zaman sekarang..:lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
kat sabah.. diorang takder yg betul2 melayu. jd bangsa diorang bercampur aduk. so, takder restriction nak convert ke agama selain Islam. macam di sarawak lain. kitorg org melayu mmg jelas melayu dan beragama Islam, sama macam kedayan. jadi kalau nak convert tu, ada kontroversi sikit. kalau melanau tu, masih takder masalahlah sbb tak semua melanau tu Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Cik Mutz, ini bukan soal bangsa pun, walaupun bangsa bukan Melayu tapi Muslim, tapi kalau dia nak convert still menjadi isu pada kita. Cthnyer, saudara baru kita berbangsa cina, ingin keluar dari Islam (murtad).kontorversi tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Notwongjowo at 7-11-2006 03:50 PM
A'kum WBT...
Kes-kes murtad ni memang sudah dijangka untuk umat Islam di zaman mutakhir ini. Ianya antara sesuatu bentuk ujian-ujian terakhir umat dalam menempuh hidup di dunia yang busuk ini. K ...
Renung-renungkanlah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sedondon at 9-11-2006 11:31 AM
Cik Mutz, ini bukan soal bangsa pun, walaupun bangsa bukan Melayu tapi Muslim, tapi kalau dia nak convert still menjadi isu pada kita. Cthnyer, saudara baru kita berbangsa cina, ingin keluar dari I ...
saya rasa apa yang muntz maksudkan tu ialah sensitiviti terhadap perbuatan keluar masuk islam. kaum yg dimaksudkan islam oleh muntz tu, memang pantang sebut murtad, kecoh se Malaysia. Kalau kaum yang tak dikaitkan dengan Islam, sesilap, orang buat diam jer. Itu macam attitude individu bukan attitude islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih sangat bila baca posting notwongjowo tu. Rasa macam orang Islam ni tak sedar2 lagi (peringatan utk diri sendiri jugak ni) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sedondon at 9-11-2006 11:31 AM
Cik Mutz, ini bukan soal bangsa pun, walaupun bangsa bukan Melayu tapi Muslim, tapi kalau dia nak convert still menjadi isu pada kita. Cthnyer, saudara baru kita berbangsa cina, ingin keluar dari I ...
kadang2 diorang ni baru masuk Islam jugak. masalahnya bimbingan. aku ada byk contoh kawan bukan Islam aku yg tak dapat cukup bimbingan utk masuk Islam dan yg Islam pula hampir2 tergelincir. bukan di Sarawak jer, tapi di semenanjung. jadi apa peranan kita sbenarnya? kenapa bila murtad berlaku baru kita melenting? kenapa tidak menjalankan usaha bersungguh2 utk maintain mereka ini dlm Islam? itulah budaya org melayu sbenarnya.. cuma sedar bila sesuatu perkara terjadi, tetapi mengabaikan aspek "maintenance". |
|
|
|
|
|
|
| |
|